Pas tidak akan kembali pada perjuangan asal: Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali menolak
secara terang-terangan desakan ahli Pas Selangor yang mendesak agar parti itu
kembali ke landasan asal.
Satu forum yang dianjurkan oleh segelintir
ahli-ahli Pas Selangor dianjurkan semalam, selain membuat desakan di atas, juga
dalam forum itu diputuskan agar parti Pas mengkaji semula hubungan dengan
DAP.
Forum sehari itu, melihat Pas kini sudah lari
daripada perjuangan asal, malah parti itu lebih condong kepada menuruti
keinginan dua parti sekutu parti itu DAP dan PKR.
Parti Pas sejak berkerja sama dengan DAP dan
PKR menurut forum semalam, bukan lagi parti dominan, melainkan menjadi parti pak
angguk parti DAP dan PKR.
Mengulas kesimpulan forum itu, Mustafa Ali
berkata, forum itu dianjurkan oleh ahli-ahli Pas yang bermasalah.
Yang lebih melucukan lagi, menurut Setiausaha
Agung Pas itu, forum yang diadakan oleh ahli-ahli Pas itu, kononnya didalangi
Umno.
Hebat juga Umno ini, sehingga mampu
mempengaruhi ahli-ahli parti lain, jika benarlah kenyataan Mustafa Ali
itu.
Umum sudah mengeahui, Pas kini bukan lagi
berjuang seperti mana perjuangan parti itu sejak ditubuhkan lebih 40 tahun lalu.
Parti itu telah mengubah haluan daripada berlandaskan islam kepada parti
berlandaskan kepada kebajikan, terjemahan kepada perjuangan DAP yang berasaskan
kepada sosialis.
Perubahan kepada perjuangan Pas itu, atas sebab
untuk membantu PKR dan DAP mendapat kuasa. Kuasa adalah segalanya bagi Pas pada
ketika ini, walaupun mengorbankan matalamat penubuhan parti itu sebelum merdeka
lagi.
Apa kah perubahan perjuangan Parti Pas ini
masih mendapat sokongan akar umbi parti itu? yang mana selama ini mereka memilih
parti itu kerana perjuangannya?
Pada peringkat akar umbi Pas, mereka telah
maklum, bahawa menyokong Pas sama juga menyokong DAP, ertinya menyokong Lim kit
Siang atau Lim Guan Eng, yang mana sebelum ini adalah taboo menyokong
mereka-mereka itu.
Pas melalui Mustafa Ali, jelas dan nyata
menolak desakan agar supaya Pas kembali ke landasan pejuangan asal, seperti mana
perjuangan mantan-mantan pemimpin Pas terdahulu seperti Datuk Fadzil Noor.
TAHNIAH NAJIB ! yang menerima Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat sempena Forum Ekonomi China Sedunia Keempat (WCEF) di sini, sebentar tadi.
Anugerah itu julung kali diwujudkan atas dasar sifat Muhyiddin yang suka membantu masyarakat Cina sejak bertugas sebagai Menteri Besar Johor dan menyokong sistem pendidikan Cina sejak dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Anugerah dalam bentuk pasu yang ditempah khas dari China itu
disampaikan oleh Gabenor Victoria, Alex Chernov selepas Muhyiddin
menyampaikan ucaptamanya dalam WCEF.
Hadir sama Penaung dan Pengasas Bersama WCEF, Tan Sri Liew Kim Yew, Pengerusi WCEF yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Dr Michael Yeoh dan Presiden MCA yang juga Penaung WCEF, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
****************
Eh.....Najib pulaaaaak, minta maaf ya, tersalah terjah.... MUHYIDDIN la !
Tapi ....... Muhyiddin ? Kenapa bukan Najib ? Jasa Najib kepada sekolah cina TERAMATLAH BESAR dan kalau nak dibandingkan dengan Muhyiddin....errrr.... jauh bezanya. Anugerah pulak peringkat DUNIA tuh ...
Yang menghapuskan kuasa Menteri keatas sekolah cina adalah Najib .... itu jasa yang tak ternilai tuh.... sumbangan2 lain tak payah ceritalah.
Kalau Muhyiddin....errr....baru dua hari lepas dia bunyi yang sekolah cina ni akan kekal ( KLiK ), hari ni dah terima Anugerah Kecemerlangan SEPANJANG HAYAT ! ? ? Sepanjang Hayat ??
Errr..... lain macam jer ......
Mungkin sebab Najib dah DALAM TANGAN jadi anugerah ni mungkin sebab nak sauk Muhyiddin sekali kot .... TERNYATA BERJAYA !
Aduyai ....Gini ah senang cerita..... Satu jer cara yang boleh menghalalkan sekolah cina, memartabatkan bahasa cina tanpa siapapun boleh pertikaikan - Jadikan bahasa Cina sebagai Bahasa Kebangsaan Kedua Malaysia !Amacam ?
SEKOLAH CINA
NAJIB PENGEMIS UNDI ATAU DI BULI?!
TAHNIAH NAJIB ! yang menerima Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat sempena Forum Ekonomi China Sedunia Keempat (WCEF) di sini, sebentar tadi.
Anugerah itu julung kali diwujudkan atas dasar sifat Muhyiddin yang suka membantu masyarakat Cina sejak bertugas sebagai Menteri Besar Johor dan menyokong sistem pendidikan Cina sejak dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Hadir sama Penaung dan Pengasas Bersama WCEF, Tan Sri Liew Kim Yew, Pengerusi WCEF yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Dr Michael Yeoh dan Presiden MCA yang juga Penaung WCEF, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
****************
Eh.....Najib pulaaaaak, minta maaf ya, tersalah terjah.... MUHYIDDIN la !
Tapi ....... Muhyiddin ? Kenapa bukan Najib ? Jasa Najib kepada sekolah cina TERAMATLAH BESAR dan kalau nak dibandingkan dengan Muhyiddin....errrr.... jauh bezanya. Anugerah pulak peringkat DUNIA tuh ...
Yang menghapuskan kuasa Menteri keatas sekolah cina adalah Najib .... itu jasa yang tak ternilai tuh.... sumbangan2 lain tak payah ceritalah.
Kalau Muhyiddin....errr....baru dua hari lepas dia bunyi yang sekolah cina ni akan kekal ( KLiK ), hari ni dah terima Anugerah Kecemerlangan SEPANJANG HAYAT ! ? ? Sepanjang Hayat ??
Errr..... lain macam jer ......
Mungkin sebab Najib dah DALAM TANGAN jadi anugerah ni mungkin sebab nak sauk Muhyiddin sekali kot .... TERNYATA BERJAYA !
Aduyai ....Gini ah senang cerita..... Satu jer cara yang boleh menghalalkan sekolah cina, memartabatkan bahasa cina tanpa siapapun boleh pertikaikan - Jadikan bahasa Cina sebagai Bahasa Kebangsaan Kedua Malaysia !Amacam ?
Pluralisme Agenda PKR ?
Posted by YB Raz
Naib Presiden PKR Nurul izzah mengatakan dirinya sebagai Muslim - yakni orang beragama Islam boleh menerima LGBT? Bukankah kenyataan dan pandangan ini bertentangan dengan ajaran Islam dan tuntutan Allah SWT.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah membentuk satu fenomena baharu dalam pola pemikiran manusia di Malaysia amnya, bahawa atas kedudukan hak seseorang manusia, maka ia berhak menentukan agamanya.
Adakah segala cetusan idea baru itu baik untuk umat Islam? Walaupun ia bukan satu promosi kepada murtad tetapi kenyataan ini boleh dilihat sebagai satu aliran pemahaman yang memberikan keluasan hak manusia terutamanya orang Melayu untuk memilih agama lain selain Islam.
Dengan tidak secara langsung ia adalah sebuah persepsi bahawa orang Melayu juga harus diberikan hak untuk memilih agama lain selain Islam. Jika hak ini dilaksanakan maka ada kebarangkalian orang Melayu yang lahir sebagai beragama Islam secara automatik mungkin sudah tidak lagi lahir sebagai beragama Islam kerana undang-undang ini akan ditukar oleh mereka untuk memberikan laluan kepada Melayu yang dilahirkan ini memilih agamanya.
Ingin saya menarik perhatian bahawa Nurul Izzah menyebut bahawa "Tiada desakan dalam beragama… mana boleh kita kata 'maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja', ia seharusnya dilaksanakan sama rata."
Sememangnya betul bahawa Islam tidak mendesak sesiapa yang di luar Islam memeluk agamanya tetapi ungkapan atau firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 256 ini hanya berlaku kepada orang kafir yang belum beriman kepada Allah.
Allah SWT berfirman ertinya : "Barang siapa kafir kepada Allah sesudah ia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang-orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar".....(16:106).
Allah juga menyatakan: "Bagaimana Allah akan menunjuk suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahawa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul dan keterangan-keterangan pun telah datang kepada mereka? Allah tidak menunjuk orang-orang yang zalim."....(Ali Imran:86).
Persoalannya, di mana yang dikatakan orang Melayu yang sudah beragama Islam sejak lahir itu diberikan kebebasan memilih agamanya sendiri? Allah SWT dan Rasulullah SAW telah begitu jelas memberikan pertunjuk dan jalan penyelesaiannya. Kenapa manusia di bumi memandai-mandai menentang firman Allah dan perintah Rasulullah?
Nurul Izzah juga berkata: seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan antara agama Islam dan agama lain di negara ini. Apakah maksud Naib Presiden PKR itu? Adakah agama Islam itu sama dengan agama Hindu, Buddha, dan Kristian?
"Seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan ini" yang dikatakan oleh Nurul Izzah ini apa? Apa dalil dan asas kenyataan ini? Kenyataan ini jelas berideologikan pluralisme.
Nurul Izzah berkata, jika iman seseorang itu kukuh, ia tidak mudah goyah dengan pendakwahan agama lain. Tetapi, adalah lebih baik jika kita mengelakkan perkara-perkara luar seperti pendakwahan agama lain ini berlaku daripada kita cuba menguji sejauh mana iman seseorang.
Apakah Nurul Izzah yakin bahawa umat Melayu di negara ini sudah cukup kuat imannya? Dan apa taraf Nurul Izzah untuk menentukan seseorang itu sudah kuat imannya atau tidak? Jika pandangan Nurul Izzah itu mahu diterjemahkan, maka Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan wajib dipinda dengan menghapuskan ciri "Melayu itu wajib Islam".
Apakah sudah ada gerakan anti Perlembagaan Malaysia sekarang ini? Memandangkan pandangan ini dibuat oleh anak ketua pembangkang, adakah ia mewakili pandangan semua parti komponen pembangkang termasuk Pas?
Selain persoalan memberikan hak kepada orang Melayu untuk memilih agamanya, Nurul Izzah juga mengatakan bahawa golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ini hendaklah dihormati privasinya. Dia juga turut mempertikaikan undang-undang di negara ini berkaitan dengan halangan terhadap LGBT. Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi.
Kalau begitu, jika ada orang yang melakukan zina, maka pihak jabatan agama Islam negeri tidak boleh menyerbu masuk ketika perkara zina berlaku atas dasar menghormati privasi mereka dan hak mereka melakukan zina di tempat peribadi.
Adakah ini yang dimaksudkan oleh Nurul Izzah? Inikah yang diperjuangkan oleh Naib Presiden PKR itu dan Pas? Adakah ini bermakna melakukan zina atau apa jua aktiviti LGBT secara peribadi lebih mulia kedudukannya daripada mencegahnya menurut al-Quran?
Nurul Izzah berkata lagi, jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi ia tidak menghormati hak privasi seseorang. Beliau berkata "Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini."
Jika kita perhatikan kenyataan tersebut, maka kita boleh bertanya kepada Melayu Liberalis ini apakah Allah telah menjadikan kaum Nabi Luth ini 'mangsa'? Apakah Allah akan menerima mereka ini? Jika mereka bertaubat, ya benar Allah akan menerima mereka semula. Tetapi jika mereka ingkar, apakah Allah akan menerima mereka?
Yang penting di sini bukan kepentingan mereka tetapi kepentingan Islam dan masyarakat Islam itu sendiri. Yang penting, sebagai orang Islam kita wajib mempertahankan Islam bukan mempertahankan Hak Asasi Manusia yang bergerak di luar batasan Islam.
Kata Naib Presiden PKR itu lagi: "Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama. Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi."
Tegas beliau: "Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima LGBT. Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh menerima ini".
Sebagaimana yang kita maklum, Allah melaknati manusia LGBT ini. Adakah ini diredai juga oleh ahli Pas? Apakah Naib Presiden PKR itu sudah lupa kepada kisah Nabi Luth a.s? Adakah ahli Pas juga sudah lupa dengan kisah Kaum Nabi Luth a.s?
Kesimpulannya, tujuan utama Nurul Izzah memberikan pandangan sebegini adalah kerana ia mahu meraih undi golongan 'urban' yang rata-rata mempunyai pemikiran liberalis.
Naib Presiden PKR itu pada satu sudut apabila berada dalam kelompok Melayu liberalis, dia akan menceritakan dan memberi pandangan serta mendendangkan perkara dan isu yang sedap didengar dan mahu didengar oleh golongan ini.
Apabila berhadapan dengan Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar yang rata-rata fundamentalis Muslim, maka ia akan berteriak dan beria-ria menegakkan daulah Islamiah dengan konsep dan manhaj al adlu wa ihsan.
Nurul Izzah telah meletakkan dan mempromosikan dirinya sebagai Melayu Liberalis dan Melayu oportunis kelas pertama. Kenyataan dia jelas sekali, satu kenyataan politik yang mahukan undi golongan 'urban' bagi mendapatkan faedah politik PKR. Ini menampakkan kesanggupannya untuk berbuat apa saja demi meraih undi untuk ke Putrajaya sehingga maruah dan integriti Islam diperdagangkan dan digadaikan.
Adakah ahli Pas merestui 'lelongan' agama yang sebegini rupa dan adakah masyarakat Melayu Islam di Malaysia telah bersedia menerima politik hipokrasi seperti ini? Dengan mengambil sikap berdiam diri, adakah ini juga pendirian dan perjuangan Mursyidul Am dan Presiden Pas?
Gempar!!! Perlaksanaan Hudud PAS Benarkan Umat Islam Untuk Murtad?
Kebebasan agama!!!
Itulah agenda tersembunyi yang dibawakan IFC
untuk membawa umat Islam berbangsa melayu kearah kesesatan yang nyata iaitu
MURTAD!!!
Ikuti keratan artikel ini untuk lebih
memahaminya;
KETIKA membuat liputan persidangan ke arah penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 24 Februari 2005 di sebuah hotel di pinggir ibu negara, isu berkenaan seseorang yang dilahirkan sebagai Islam di negara ini yang tidak mempunyai kebebasan untuk memilih agama ditimbulkan.Lebih tepat mereka merujuk kepada orang Melayu sendiri yang secara umumnya pasti kekal dengan agama Islam berikutan kerangka undang-undang Malaysia yang menetapkan hal tersebut.Malah definisi Melayu di dalam Perlembagaan sendiri menerusi Perkara 160 (2) adalah berdasarkan tiga ciri iaitu bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu dan ketiga yang paling jelas iaitu beragama Islam hingga menjadikan siapa yang mengaku dirinya Melayu maka secara automatik dia beragama Islam.Perkara itu, telah tujuh tahun berlalu namun ingatan penulis terus segar bagaimana seorang peserta wanita bangun bertanyakan kepada ahli panel pada petang persidangan tersebut tentang kedudukan orang Melayu yang tidak bebas membuat pilihan agama seperti mana rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam.Wanita yang tidaklah terlalu muda itu tetapi berambut perang sepenuhnya biar pun raut wajahnya tetap persis Melayu dengan angkuhnya bertanyakan ‘bagaimana kebebasan beragama bagi kami yang dilahirkan Islam?' dalam bahasa Inggeris.Dan selepas tujuh tahun persidangan tersebut yang antara penggerak utama ialah Majlis Peguam dan sebuah yayasan dari negara Eropah berakhir, soalan wanita berkenaan seolah-olah bukan lagi asing hinggakan ada pemimpin kanan pembangkang yang kini seperti membantu menyokong hujah berkenaan.Gerakan untuk mengubah apa yang sudah menjadi amalan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara semakin kuat dan tersusun sejak beberapa tahun lalu menerusi beberapa kumpulan yang bergiat aktif mahu menjadikan kebebasan beragama di negara ini dilaksanakan secara mutlak.Nampaknya, ada juga umat Islam yang terpengaruh dan sama-sama menggunakan logik akal serta berselindung di sebalik hak asasi mahu semua penganut agama diberikan layanan sama rata dalam memilih agama dikehendaki tanpa semestinya terikat dengan agama ketika dilahirkan.Pastinya golongan ini juga mahukan kebebasan dalam menyebarkan semua agama dan kepercayaan kepada umat Islam dan orang Melayu yang kini dihalang oleh undang-undang.
Namun soal akidah tidak boleh disandarkan pada logik akal dan jika mengikut hukum seseorang yang ingin keluar Islam harus dibimbing dan diminta bertaubat dengan tetap tidak dibenarkan murtad dalam apa jua keadaan.Murtad, jelas bukanlah hak kepada orang Islam sebaliknya ia satu dosa besar dan jenayah riddah (murtad) ini dijadikan suatu kesalahan dan termasuk di dalam kategori kesalahan hudud.Ini kerana soal akidah mengatasi segala-galanya yang mana bagi yang dilahirkan sebagai Muslim, ia adalah anugerah terbesar Allah yang harus dipelihara biar pun pada masa sama tidak membenarkan berlakunya paksaan untuk seseorang memeluk Islam - ayat al-Quran yang sering disalah tafsir sebagai merujuk kepada umat Islam.Dan realitinya di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan menerusi Perkara 3 telah membataskan kebebasan beragama dalam konteks umat Islam yang pastinya bertujuan menjaga akidah umat Islam.Perkara 11, kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama ada batasannya menerusi Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sama sekali untuk bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.Selain itu, cubaan murtad juga dimaktubkan sebagai satu kesalahan di bawah enakmen jenayah syariah negeri-negeri.Peruntukan Perlembagaan ini kemudian dipanjangkan melalui Enakmen Sekatan dan Pengembangan Kawalan Agama yang digubal di hampir kesemua negeri bagi menguatkuasakan peruntukan perlembagaan tersebut bagi menghalang penyebaran agama lain.Sebab itu, di negara ini tidak ada pihak yang secara terbuka dapat menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Islam dan berdekad lalu perkara ini berjalan dengan baik kecuali kes-kes terpencil yang telah ditangani pihak berkuasa termasuk menerusi penggunaan undang-undang pencegahan pada dekad 80-an.Namun dengan perkembangan semasa, gesaan demi gesaan supaya membenarkan umat Islam atau lebih tepat orang Melayu di negara ini bebas memilih agama seterusnya membolehkan penyebaran agama lain dilakukan semakin galak dilaungkan.
Hujah dangkal dan bersandarkan logik terus diberikan pihak-pihak liberal dan penyokong pluralisme agama kononnya tidak ada guna untuk mempunyai umat Islam tetapi tidak berkualiti hingga boleh terpengaruh dengan dakwah agama lain.
Sedangkan akidah adalah perkara teratas yang perlu dipelihara mengatasi lain-lain perkara biar apa sekali pun situasinya yang pastinya tujuan utama adalah untuk menjaga ketertinggian agama Islam itu sendiri.Bagi kita di Malaysia yang merupakan negara Islam dan menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, kerangka undang-undang telah lama digubal yang memperlihatkan kesungguhan pemerintah untuk memelihara akidah.Maka, semakin jelas, selepas separuh abad merdeka, kebimbangan ramai mengenai pihak yang mahu menulis semula Perlembagaan negara semakin kelihatan biar pun golongan ini acap kali cuba menafikannya. -Tungkaran Hati
Sekiranya benar PAS memperjuangkan hukum hudud
seperti mana yang dilaungkan sebelumnya, seharusnya merekalah yang menjadi wira
bagi menentang kenyataan dangkal yang dikeluarkan Nurul Izzah.
Namun amat menyedihkan, Islam yang ditunjangi
PAS tidak lebih sekadar mahu memperolehi kuasa dunia.
PAS sekarang sudah terlalu jauh tersasar dari
kerangka asal yang pernah diterapkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor tidak
berapa lama dahulu.
Lebih memilukan, Abdul Hadi selaku Presiden parti itu juga dilihat memilih untuk berdiam diri dari mengatakan kebenaran.
Nasharuddin Sarankan Nurul Izzah Bertaubat
PETALING JAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disaran bertaubat dan menarik balik kenyataannya berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu di negara ini.
Saranan dibuat bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai kenyataan besar dan memberi implikasi serius jika digunapakai oleh orang Melayu.
"Dalam hal ini saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam apabila kita melakukan kesalahan, dan apabila kita sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat di atas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita kerana Allah SWT itu Maha pengampun Lagi Mengasihani," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, pada Ahad.
Katanya, isu ini dianggap serius kerana melibatkan perkara asas Islam dan Nurul Izzah harus bertanggungjawab.
Sambil menyifatkan kenyataan Nurul Izzah sebagai bercanggah dalam Islam dan Perlembagaan, beliau berkata ia juga boleh menimbulkan kekeliruan besar dalam masyarakat.
"Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas 'Akidah dan Syariah Islam'.
"Kedua, ia tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Nasharudin berkata dalam kes ini Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan telah membuat tafsiran yang salah.
Tambahnya, Nurul Izzah mentafsirkan ayat ke- 256 surah al-Baqarah yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam agama' untuk ke arah sebagaimana yang telah beliau ucapkan.
Menurut Nasharudin, ayat 'Tiada Paksaan dalam agama' itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang disepakati seluruh Ahli Tafsir Islam tanpa khilaf.
"Tafsiran bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.
"Namun, apabila orang Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 surah al-Ahzah terpakai ke atasnya sebagai Muslim," katanya.
Ayat ke-36 surah tersebut bermaksud "Tidak boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak ada hak untuk memilih..."
Mengulas mengenai cubaan menjawab balik Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan dengan menyalahkan pihak tertentu, kononnya kenyataan disalahpetik dan disalahtafsir, Nasharudin mengaitkannya dengan kaedah penting yang oleh pakar-pakar dan sarjana Islam iaitu meletakkan hukum dengan perkara yang zahir.
"Dalam konteks kenyataan Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas dan bermaksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan," katanya.
Dalam pada itu Nasharudin turut menunggu 'keberanian' kepimpinan tertinggi Pas memberikan kenyataan dan pandangan terhadap kenyataan Nurul Izzah.
"Saya amat yakin Pas berani untuk menyatakan pendiriannya sebab aliran pluralisme agama, aliran liberalisme merupakan dua aliran yang ditentang hebat oleh Pas.
"Dalam konteks ini saya pasti mungkin dalam tempoh terdekat ini ada pimpinan terkanan Pas akan membuat kenyataan dan saya juga dapat merasakan ini akan menjadi topik yang akan diketengahkan oleh para perwakilan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-58 minggu depan," katanya. - Mstar