NAZRI TAN SERI AZIZ– Rafizi Ramli, "Kalau berani dan ada bukti...report POLIS atau Lapor Pada SPRM....tak payahlah buat sidang akhbar"
Gelagat Rafizi Ramli yang khabarnya akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan menentang bekas Presiden MCA, Ong Tee Kiat, semakin melucukan dan menjelekkan. Apakan tidak, dia seperti kehilangan punca dan terpaksa mencari sasaran lebih mudah seperti yang diajarkan oleh 'jurulatih-jurulatih' Zionisnya dengan membuat serangan kepada anak dan cucu salah seorang pemimpin UMNO, Nazri Aziz.
Janji Rafizi Ramli untuk membuat pendedahan menggemparkan dengan penayangan klip video bagi membuktikan tuduhannya bahawa wujud kaitan antara Nazri Aziz menerusi anak lelakinya, Nedim dengan seorang taukeh balak kontroversi, Michael Chia, bukan sahaja tidak ditepati, bahkan Rafizi jelas tidak memiliki bukti-bukti kukuh untuk menyokong tuduhannya itu. Untuk menunjukkan kononnya dia benar, dia mencabar Nazri Aziz untuk menyamannya.
Sebaliknya pertanyaan daripada para wartawan telah menyebabkan Rafizi Ramli terpaksa menamatkan sidang medianya dan kemudian bergegas meninggalkan sidang media yang dia sendiri aturkan!
Bagaimanapun, Rafizi Ramli yang sedang berhadapan dengan saman RM100 juta oleh Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil selepas Rafizi menfitnah bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat itu mempunyai kepentingan secara langsung dalam NFCorps dan NFC yang terbabit dalam industri fidlot, masih mahu bercakap besar.
Cakap besarnya itu amat mudah difahami. Rafizi konon-kononnya cuba mengumpan Nazri Aziz agar bertindak terhadapnya dan dia kemudian akan membuat pendedahan di mahkamah.
Taktik sebegitu seringkali digunakan oleh Anwar Ibrahim yang akhirnya tiada sebarang bukti didedahkan, sebaliknya Anwar Ibrahim sendiri amat takut untuk memberikan keterangan bagi membela dirinya.
Sebelum ini, PKR kecoh dan membuat kenyataan kononnya Michael Chia telah ditangkap oleh ICAC Hong Kong kerana cuba menyeludup wang berjumlah RM40 juta untuk UMNO Sabah. Bagaimanapun, Nazri menjelaskan bahawa PKR hanya membuat fitnah memandangkan Michael Chia tidak pernah ditangkap atau ditahan oleh ICAC.
Bagaimanapun, Rafizi yang sudah terperangkap segera menzahirkan KEBANGANGAN dan KEBEBALANnya selaku PENIPU dengan mengatakan, kekurangan kerjasama dari pihak berkuasa Malaysia telah menyebabkan ICAC Hong Kong terpaksa menggugurkan kes berkenaan dan Michael Chia dibebaskan.
Tidak cukup dengan itu, Rafizi dan Tian Chua turut mendesak agar pihak berkuasa Malaysia termasuklah Peguam Negara menunjukkan bukti yang Michael Chia tidak pernah ditahan oleh ICAC Hong Kong.
Agak menakjubkan, bagaimana PKR menerusi Rafizi Ramli dan Tian Chua yang bersungguh-sungguh mahu rakyat Malaysia percaya bahawa ahli perniagaan tersebut ditahan ICAC, meminta pula bukti dari pihak berkuasa Malaysia yang dia tidak pernah ditahan. Bukannya mereka yang membuktikan bahawa Michael Chia pernah dan telah ditahan oleh ICAC sebaliknya beban pembuktian dipindahkan pula kepada pihak lain.
Dan biarpun tuduhannya tidak mempunyai sebarang asas dan bukti, Rafizi turut mendesak agar Nazri 'bercuti' daripada jawatannya bagi membolehkan siasatan SPRM dijalankan. Walhal laporan kepada SPRM dijangka akan dibuat pada minggu hadapan.
Dalam tujuh klip video yang dipertontonkan oleh Rafizi Ramli dan Tian Chua kepada wakil-wakil media, beberapa buah kenderaan ditunjukkan kononnya milik anak lelaki Nazri Aziz. Antaranya ialah sebuah Hummer yang berharga lebih RM500,000 yang kononnya telah dihadiahkan oleh Michael Chia kepada Nazri Aziz.
Bagaimanapun, dalam ketujuh-tujuh klip video tersebut, tidak langsung kelihatan kelibat Nazri Aziz mahupun anak lelakinya yang bernama Nedim bagi menyokong tuduhan Rafizi Ramli sedangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim JELAS dengan gambar dalam "JET" mewah seperti di beritakan di bawah ini. Jelaslah disini RAFIZI adalah GUNTING DALAM LIPATAN dan MENIKAM PKR/ANWAR DARI BELAKANG atau mungkin juga RAFIZI adalah AGEN UMNO yang dengan jelas kini sedang memusnahkan harapan Dato' Seri Anwar untuk menggantikan Najib di Putrajaya.
KANTOI!! PUKUL ANAk SINDIR MENANTU - ANWAR ADA JET PERIBADI YANG DI "SPONSER"RAKAN
1. Dassault Mystere Falcon 900
2. No Pendaftaran N990BB
3. Didaftarkan atas nama Wells Fargo Bank Northwest sebagai trustee (sebuah syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat)
4. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012.
5. 'Pemilik' - 'Ajen Tempatan' - 'Operator' : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.
___________________________
Berikut di atas adalah antara butiran lengkap berkenaan 'rakan' Anwar
yang terlalu sukar untuk disebutkan dari mulut Anwar sendiri. Ada yang
nak nafikan lagi ke?
JB tak kisah pun sebenarnya siapa punya jet cuma rakyat nak tahu
siapakah 'rakan' Anwar yang bermurah hati untuk meminjamkan jetnya
kepada Anwar supaya mereka senang berkempen di Sabah dan Sarawak.
Apa nak ditakutkan? Dah bagitau kan senang. Presiden Malaysian Judo
Association, Dato' Mohamad Taufik bin Haji Omar rupanya 'rakan' Anwar
yang begitu bersungguh Anwar sorokkan kan identitinya.
Betul-betul kaya lah Dato' ni. Pemurah pulak tu siap boleh bagi pinjam
tanpa mengharap balasan apa-apa. Untuk makluman, kalau Anwar nak sewa
jet tu harganya USD 9700 (RM35,000) Sejam tau. Beruntung Anwar dapat 'kawan' baik yang sanggup bergolok bergadai bagi pinjam jet peribadinya.
Apabila video "Kembar Seiras" Anwar melanggan China Doll tersebar, Rafizi nampak satu peluang terbaik melonjakkan namanya sambil-sambil mencuba untuk menarik perhatian Anwar dengan membawa bukti untuk menafi. Malangnya bukti yang dibawa oleh Rafizi memakan diri.
Apabila video "Kembar Seiras" Anwar melanggan China Doll tersebar, Rafizi nampak satu peluang terbaik melonjakkan namanya sambil-sambil mencuba untuk menarik perhatian Anwar dengan membawa bukti untuk menafi. Malangnya bukti yang dibawa oleh Rafizi memakan diri.
KES PERTAMA YANG MELONJAKAN NAMA RAFIZI SEBELUM KES NFC
amukanmelayu - ketuk dulang....paku yang serpih. PKR sepatutnya perlu menyelidiki....siapa sebenarnya RAFIZI dan apa yang dia mahukan, mungkin ada udang di sebalik batu.