,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 16 November 2012

PEMUDA PAS PULANG MENCARI SYURGA TIKA YANG TUA KEHILANGAN ARAH


KEBERANIAN - Pemuda PAS Sebulat Suara Enggan Terlibat Dalam BERSIH 4.0

 

Semua orang tahu, penganjuran BERSIH adalah melibatkan Zionis, sama ada dari segi kewangan, latihan, mahupun strateginya. Zionis memberikan bantuan menerusi beberapa agensi-agensinya yang diketahui rapat dengan Anwar Ibrahim dan DAP. Zionis yang berpangkalan di Singapura dan Australia menjadi tempat rujukan tetap Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong, Tian Chua serta pemimpin-pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Guan Eng. Bahkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andrew Chew, menjadi orang kepercayaan Lim Guan Eng untuk melarikan sebahagian besar wang rakyat Pulau Pinang ke dalam akaun peribadinya di Singapura.

BERSIH yang konon-kononnya dianjurkan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, sebenarnya tidak lebih daripada sebuah pergerakan yang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara kucar-kacir yang memudahkan kemasukan Zionis menerusi penawanan ekonomi mahupun politik. Dan walaupun PAS terlibat sepenuhnya dalam BERSIH menerusi penglibatan Mat Sabu selaku pemimpin utamanya, PAS tidak lebih daripada seekor keledai yang ditunggang dan dicungkil punggungnya agar bergerak pantas.

Sebabnya sangat mudah, penyertaan demonstrasi siri BERSIH hampir sebahagian besarnya adalah ahli-ahli PAS. Sedangkan DAP pula sekadar mengerahkan beberapa kerat ahli dan penyokong mereka bagi mengelabui dan menyeronokkan PAS. PKR pula yang ketiadaan ahli, sekadar berlagak macam tuan besar, konon-kononnya merekalah yang mengaturkan segala-galanya. Dan konon-kononnya, wang yang dikeluarkan untuk perbelanjaan demonstrasi tersebut juga datang daripada PKR.

Manakala PAS pula dikerahkan menghimpunkan puluhan ribu ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi di jalanraya seperti kera-kera yang terbakar ekor. PAS jugalah yang menyediakan segala kemudahan dan PAS jugalah yang menyediakan UNIT AMAL untuk membantu para peserta demonstrasi selain barisan peguam yang diwakili oleh Hanifa Maidin.

Mungkin menyedari mereka ditertawakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan PAS dibodohtaikkan oleh DAP dan PKR, Pemuda PAS sebulat suara menolak usul mengadakan atau terlibat dengan penganjuran BERSIH 4.0. Alasan yang diberikan ialah, segala tenaga dan kewangan elok ditumpukan kepada PRU yang semakin hampir. Malah Pemuda PAS juga berpendapat, lebih baik tenaga yang hendak dihantar ke dalam demonstrasi BERSIH 4.0 itu digunakan untuk memberi penjelasan bagi memudahkan PAS menawan Putrajaya.
PAS tawan Putrajaya dengan 60 kerusi?

Alahai… kalau PAS tidak terlibat dalam demonstrasi BERSIH 4.0, kuranglah meriahnya demonstrasi tersebut. Tanpa PAS, demonstrasi BERSIH 4.0 mungkin akan hanya diadakan di Dataran Maybank Bangsar Utama, atau paling tidak pun di hadapan pejabat Hishamuddin Rais tidak jauh dari Dataran Maybank.

Tanpa penyertaan ahli-ahli PAS, sudah tentulah, Hishamuddin Rais hanya mampu menjentik telur sendiri kerana berapa kerat sangatlah demonstrator dari PKR dan DAP yang sanggup turun. Lagipun, ahli-ahli PAS adalah upahan yang paling murah boleh diperolehi oleh DAP dan PKR. Cukup dengan duit rokok dan janji-janji muluk, ahli-ahli PAS boleh berguling-guling di atas jalanraya.
Takkanlah ahli-ahli PAS, terutama sekali Pemuda PAS mahu melepaskan peluang itu? Takkan mereka tidak mahu membuktikan yang PAS adalah parti murahan dan ahli-ahlinya pula tidak lebih hormat daripada pelacur kelas kambing yang boleh dipergunakan untuk apa-apa tujuan bagi kepentingan DAP dan PKR?


BAGAIMANA DENGAN HUDUD - MUKTAMAR PAS: HUDUD TIDAK BERDENYUT LAGI



HASRAT Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam dan hukum hudud di negeri tersebut merupakan satu niat yang baik. Apatah lagi penubuhan Negara Islam merupakan matlamat perjuangan PAS sejak ia ditubuhkan lagi. Namun begitu, adalah agak janggal apabila hukum hudud masih diperkatakan sedangkan PAS, di bawah gabungan Pakatan Rakyat telah pun bersetuju untuk tidak lagi menimbulkan soal Negara Islam, jauh sekali hukum hudud.

Malah PAS telah pun menggariskan hala tuju baru iaitu ke arah Negara Kebajikan yang lebih terbuka dan sederhana bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan Pakatan Rakyat.
Lebih dari itu, bertambah janggal lagi apabila Nik Aziz mahu mendapatkan kebenaran kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang tersebut sedangkan ia belum lagi mendapat ‘kelulusan’ rakan-rakan sekutu PAS, iaiatu DAP dan PKR.

Dalam percubaan PAS mengambil hati DAP dan PKR sehingga menggadaikan prinsip dan mengubah hala tuju perjuangan, kenyataan Nik Aziz berkenaan hudud dilihat sebagai satu pusingan U yang mampu menggugat bukan sahaja PAS tetapi juga Pakatan Rakyat secara keseluruhan.KLIK SINI UNTUK BACAAN LANJUT

PEMUDA TERLEPAS PANDANG - PAS Tandatangani Perjanjian Sulit Dengan DAP & PKR, Gugurkan Hudud & Negara Islam


AIDCNews – 15/11/12 – Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.
Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita ini ditipu oleh pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.
“PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang.
“Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,”dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.

SYIAH - ADAKAH PEMUDA PAS RELA UNTUK DI Sesatkan? 


PAS sudah jauh tersasar..jauh menyimpang dari landasan semasa ianya ditubuhkan oleh Ustaz Ahmad Fuad setelah kecewa, marah, dengki dan dendam apabila kalah di tangan YTM Tunku Abdul Rahman dalam merebut jawatan Yang Di Pertua UMNO.

Hari ini perwakilan pemuda PAS didalam Muktamarnya juga membuktikan bahawa PAS jauh "tersesat" dengan mengagungkan puak Syiah pembunuh umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malah ada dikalangan pemimpin PAS yang jelas berfahaman Syiah...

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) digesa menegur segelintir pimpinan tertinggi parti itu yang dilihat cenderung dan terarah kepada fahaman Syiah.

Perwakilan Pemuda PAS Melaka, Abdul Wahab Mohd Jawi, berkata kecenderungan itu dapat dilihat melalui artikel serta ucapan segelintir pemimpin yang mengagungkan pemimpin Syiah dan Iran.
Selain pemimpin utama PAS, beliau juga menegur media rasmi parti itu, Harakah, supaya lebih peka dan sensitif serta tidak mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan fahaman Syiah.

“DPPP perlu menegur kepemimpinan tertinggi supaya jaga tindak-tanduk dan tutur kata supaya jangan terjerumus dengan fahaman Syiah. Saya tidak tuduh pimpinan mengamalkan ajaran Syiah.

“Tapi segelintir pimpinan suka memberi artikel atau ucapan yang mengagungkan pimpinan Syiah dan Iran. Ini akan menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan ahli serta masyarakat.



Akhirnya Muktamar PAS ke 58 menjadi saksi suara akar umbi yang menolak pendirian yang diputuskan Jawatankuasa PAS Pusat yang dikuasai Parasit.

Pembelaan terhadap Mantan Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa disuarakan menerusi perbahasan wakil Dewan Pemuda PAS Wilayah yang mengecam media lidah rasmi Harakah yang jauh terpesong dari matlamat asal.

Harakah yang menjadi alat media Parasit PAS dikecam kerana mengeluarkan karikatur salah seorang Pemimpin yang diikhtiraf selaku Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ustaz Nasha seolah2 mencerminkan krelibiliti tokoh2 Ulama' yang disanjung Parti tersebut membarisi Majlis berkenaan.

Turut disentuh teguran bekas Pemimpin No. 1 PAS Selangor Dr. Hasan Ali yang didakwa ada positifnya akan tetapi terus dikecam sehingga dipecat pemimpin berkenaan.

Dewan Pemuda juga gamat dengan ceritera kenyataan Nurul Izzah yang didakwa harus disiasat secara terperinci tanpa membuat sebarang sokongan membabi tuli dek kerana mahu mempertahankan keakraban komponen Pakatan.

Mungkin puak2 Pimpinan Parasit PAS kini sedang duduk semeja dan menyusun strategi agar suara2 sumbang ini dapat disekat. Rasa panik semakin tidak terkawal jika Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mula menegur peranan2 Puak yang turut digelar Pro Erdogan tersebut.

PEMUDA BALUN TANTAWI KAW KAW PUNYA


KOTA BHARU 15 Nov. - Pemuda Pas Johor mengkritik ucapan dasar Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang disifatkannya sebagai ucapan tidak membina tanpa memberi sebarang idea baru seperti mana yang diharapkan golongan muda.

Selain itu perwakilan berkenaan turut membidas Nasruddin kerana tidak berani mengkritik kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang seolah-olah pemimpin negeri itu maksum.

Perwakilan Pemuda Pas Johor, Mohd. Faizul Mohd. Salleh berkata, ucapan Nasruddin hanya mengimbau kembali sejarah silam perjuangan parti itu dan tahap ekonomi negara.

Beliau berkata, Pemuda sewajarnya memainkan peranan mereka sebagai ejen pendesak dan berani menegur pemimpin pembangkang terutama di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

laa baru tau ka otak ketua pemuda pas tu slow.


Perwakilan Pemuda PAS Kawasan Klang DEDAHKAN Islam Demokrat Tajaan CIA & Bapa Jahiliyyah




Perwakilan Pemuda PAS Klang Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad mendedahkan penglibatan CIA dalam menaja Islam Demokrat.

Beliau kesal dengan Harakah yang bersubahat menjadi pelobi pemimpin yang membawa anasir Islam Demokrat.

Meskipun tidak disebut nama pemimpin berkenaan, pastinya ia adalah merujuk kepada Anwar Ibrahim.

Beliau bimbang, jika ini berlaku ia akan memerangkap PAS kedalam perangkap Jahiliyyah.


PEMUDA JUGA MENOLAK MEE SEGERA

 


 
 

amukanmelayu - MUKTAMAR DI PUTIK TIKA HARAPAN RAAYAT PADA PEMUDA(PAS) KEMBALI BERPUTIK