,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 29 November 2012

PENDEBAT UMNO BAGAIKAN KHATIB MEMBACA TEKS KHUTBAH


Perhimpunan Umno 2012 - Ke tiga-tiga Sayap SYOK Sendiri...... 

   

PEMUDA UMNO - Songkok(Mereng)Tinggi Belum Tentu Tinggi Semangatnya


APAKAH kedinginan Perhimpunan Agung Umno ini disebabkan kerana musim banjir dan air termenung? amukanmelayu lebih selesa dengan UCAPAN TANPA SKRIP....hujah-hujah bernas yang menjadi trade Mark perhimpunan itu, baik pemuda, wanita atau puteri seperti dulu-dulu. 
Namun kali ini, boleh dikatakan tidak terdapat pendebat-pendebat yang boleh meransang minda, sebaliknya pendebat, sangat bergantung kepada skrip yang disediakan.
Pendebat, sangat terikat dengan satu skrip.. membelasah pembangkang, termasuk ucapan Perasmian Tan Sri Muhyiddin. Segala intipati ucapannya juga adalah di ceduk dari pendapat penganalisis politik dan petikan sebahagian dari pendapat BLOGERs yang UMNO atau Pro UMNO. Menghenyak PAS dan PKR mungkin baik, tapi membelasah Anwar, Hadi dan Tok Guru berlebihan adalah kurang baik.....kalau di amati GAYA politik PAS dan PKR.....mereka lebih "Tidak Terasa" jika parti yang di belasah...tapi jika "IDOLA" mereka yang di belasah.....ini berti kita telah menyisih atau menyingkirkan sebahagian dari anak-anak kita yang "NAKAL" dari rumah kita.

Membelasah DAP dan pemimpinnya adalah satu keputusan yang tepat.....ini kerana bukan semua cina suka dengan cara DAP. Tektik "MENGGERTAK" peniaga dengan "KETIDAK KESTABILAN POLITIK" boleh menjejaskan urusan perniagaan dan pelaburan adalah satu modal yang baik di mana banyak negara-negara yang kecelaruan politiknya telah banyak "MEMISKINKAN" parapeniaga tidak di gunakan sepenuhnya.....walau pun ada sedikit mengenai FIJI yang di sentuh oleh Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, ucapan pengolongan sama ada daripada Pemuda, wanita mahupun Puteri, banyak berisi buah "Mat Kepong", bahawa Umno adalah petarung yang sungguh handal, tidak gentar berhadapan dengan sesiapapun, walhal kalu di tengok secara realiti.....kini hampir seluruh kampung dan desa ketiga-tiga sayap ini menikus dengan meninggalkan saf perjuangan. Contohnya AJK Masjid....bila tidak dilantik lagi atau Kawasan Dun atau Perlimen yang jatuh ketngan PR, hampir tiada langsung Orang UMNO yang pergi bersolat di Masjid tersebut. Begitu juga dengan Program Kemasyarakatan, Gelanggang futsall terbiar, padang bola menjadi hutan, IKS dan Industri desa terbiar, dewan atau pusat komoniti di tinggalkan begitu sahaja. "Bukankah Ini Menikus Namanya?"....adalah di harapkan....semua Masjid Khususnya di 5 Negeri terbabit hendaklah di penuhkan oleh UMNO...biarkan saf pertama dan kedua di isi "Mereka" tapi saf yang ketiga, ke empat dan seterusnya telah lama kosong yang sebenarnya tidak mampu diisi mereka. Saf inilah yang sepatutnya diisi oleh 4 sayap sebenarnya. Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri.

Inilah sebenarnya amukanmelayu nampak sayap pemuda, wanita mahupun puteri gagal melontarkan hujahan yang bersifat menyeluruh, yang mencerminkan bahawa semua rakyat adalah penyokong Umno dan Umno adalah payung kepada rakyat secara keseluruhannya. Tiada kedengaran "PR tidak kuat, tapi UMNO yang gagal mendekati raayat". Kerana semua skrip telah di olah sedemikian rupa......dan TERLEBIH awal Rais Yatim telah ingatkan jangan DUK GELAK LEBIH SANGAT...... takkan Pemimpin UMNO sekarang dah tak boleh di usik atau terlalu nak menampakkan serius...sehingga semunya dah menjadi ROBOT.

  Amukanmelayu mengharapkan para pemimpin pelapis UMNO ini sedar akan hakikat realiti bahawa tidak semua rakyat menyokong Umno atau BN, tetapi sebagai parti yang besar yang mempertahankan kerajaan dan seterusnya mahu terus memerintah, Ketua-ketua cabang dan pendebatnya seharusnya memperlihatkan dasar UMNO dan halatuju yang jelas mendidik, memperkukuhkan jati diri menjadikan satu maklamat memperjuangkan kemahuan segenap masyarakat menjadi SATU, yang akan dengan sendirinya menampakkan perjuangan PEMBANGKANG menjadi sia-sia kerana UMNO telah jauh kehadapan dan kenapa kita perlu sekali lagi bermula dengan KOSONG. Dengan itu penyokong ataupun pembangkang akan dengan sendirinya akan  tertanam dalam benak hati mereka, winner take all.
Semoga esok, melalui ucapan dasar Presiden Parti, konsep 1Malaysia diberi keutamaan, agar seluruh rakyat merasakan, Umno itu menjaga semua rakyat negara ini, tanpa melihat latarbelakang, baik bangsa mahupun agama.  Melalui pendekatan itu, maka secara automatik menjawab tohman pembangkang bahawa Umno atau BN zalim adalah mainan politik.