OLAK LEMPIT, Selasa 29 Muharram 1435 = 03hb Disember 2013,. - Di petik dari artikal asal niddurimiazra.blogspot.com/ dan
Ingatlah pesan ALLAH didalam Surah Al-Ankabut: 2-3, 'apakah manusia
mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah
beriman', dan mereka tidak di uji? Dan sungguh, kami telah menguji
orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar
dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta'.
Ujian bagi seseorang pejuang Islam itu adalah sunnatullah. Ia bertujuan
untuk mengangkat martabatnya, menambahkan pahala dan menghapuskan segala
dosanya insya ALLAH.
Mereka juga adalah PEMBAWA FITNAH yang besar dengan BERSELINDUNG di sebalik Ayat-ayat Allah. Mereka ini sukar di kesan melainkan bila mereka ZAHIRkan di ketika-ketika begini. Mereka sama dengan kita, malah mereka di lihat beribadat lebih dari kita.
Tapi mereka hanya menjadikan Ayat-ayat Allah dan berpewatakkan alim dengan berselindung di sebalik JUBAH PAS, mereka berselindung di sebalik bayang-bayang Tok Guru dan mereka berpewatak baik di hadapan kita. Tapi mereka akan sanggup pergi jauh dari itu. Mereka inilah yang menjual Ugama dan merosakan PAS dari dalam. Mereka ini akan sentiasa BERCANGGAH dengan SIFAT-SIFAT RASULLULLAH dan mereka amat bernafsu. Sifat orang-orang PAS tidak begitu. malah mereka lebih baik dari Orang UMNO. Yang berperangai dan berakhlak sebigina bukan Ahli PAS tapi sebaleknya mereka adalah PUAK ANTI SUNAH (P.A.S)
Mereka bukan PENDAKWAh, tapi sebaliknya mereka inilah yang memecahbelahkan Orang Islamelayu dan untuk itu Ustaz Kazim tidak perlu takut dan terasa dengan mereka ini. Kerana Abu Jahal akan ada di mana-mana hinggalah ke akhir zaman. Mungkin kita terlupa pada awal Nabi menjalankan kerja-kerja dakwah, ketika baginda Rasullullah Nabi
Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang
nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang,
di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan
ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat
penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau
menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan
kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa
luhur bapanya yang teramat tabah itu..
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanyadi seksa? Lantas suatu
hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya
secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di
hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di
maki, di pukul, dan di baling batu...
"Menangis anak perempuan saya yang kecil itu. Dua hari (dia) tak buka Facebooknya, tak sentuh langsung komputernya. Dia sedih. Isteri dan lima anak saya ambil keputusan untuk balik kampung, tengok sawah, bendang."Mereka tak tergamak nak tengok ayah mereka kena maki.Isteri saya kata: 'Abang, kami anak beranak berkorban, tak jumpa abang. Tak makan, tak minum (sama-sama) dengan ayah, tak bercuti, walaupun cuti sekolah dah tiga minggu."Kami berkorban sebab abang nak berceramah satu Malaysia tapi, sampai hati mereka panggil abang haram jadah, munafik, babi, anjing.'Itu yang dilontarkan isteri saya apabila membaca komen-komen yang begitu menyedihkan selepas pengumuman itu.--Sinar |
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal
dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan
baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.a
datang membersihkan najis di badan ayahnya..
Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi
Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa
menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.a berkata:
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku
bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di
desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke
dalam rumah seperti tersebarnya malam…”
Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan
petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama,
mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu,
tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan
masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya
malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan
hadith Nabi Muhamad SAW.
Ini yang deme marah sangat tu Ustaz |
Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi
semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat
menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah
kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu
mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh
alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati
solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat
di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak
akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami
dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan
cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...
Sesungguhnya, Dalam berdakwah dan kemeriahan beribadat serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…teruskan Ustaz....
"Anjing"? "Ba*i"??? hanya Sebahagian Kecil Ustaz Jika Di Bandingkan dengan Apa Yang Rasullullah Terima Dari Orang-orang seperti Ini. Teruskan Ustaz....jangan mengeluh.....
Astaghfirullahil’azim.
Dunia politik PAS tiba-tiba gundah gulana, kecoh dengan fitnah, caci
maki dan hina nista apabila Ustaz Kazim Elias diumumkan tersenarai
dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO baru-baru ini. Ada juga
pihak yang kononnya bergelar “ustaz” PAS melatah dan tergamak
melemparkan tohmahan terhadap beliau. Islam jenis apakah ini?
SEBAK - Ustaz Kazim di hina semahunya |
Saya mengerti bahawa PAS rasa terhina
bila Ustaz Kazim dipelawa untuk dilantik menganggotai MT UMNO. Apatah
lagi beliau merupakan salah seorang ahli PAS. Namun mungkin disebabkan
polisi PAS yang tidak boleh ditegur dan semakin menolak kedudukan ulama
Islam di dalam parti itu berbanding ulama PAS, maka disebabkan itu Ustaz
Kazim tidak mendapat tempat di dalam jemaah mereka.
Perkembangan terkini melaporkan bahawa
Ustaz Kazim telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
selama sejam hari ini bagi membincangkan tentang perlantikan beliau
sebagai MT UMNO.
Selesai bertemu PM, Ustaz Kazim
mengiystiharkan secara rasmi keluar dari PAS dan menyerahkan pada Najib
untuk mengumumkan hasil perbincangan selama 1 jam tersebut. Satu jam
bukanlah satu jangka masa yang pendek. Pada saya, banyak yang sempat
dibincangkan di antara PM dan Ustaz Kazim.
Sebelum ini, Ustaz Kazim dilaporkan
pernah memberitahu bahawa beliau perlu bertemu Presiden UMNO untuk
mengetahui peranan beliau di dalam MT dan apakah beliau akan terhalang
untuk melakukan aktiviti dakwah yang menjadi kegemarannya.
Ugutan Bunuh |
Paling utama, Ustaz Kazim tertanya-tanya
apakah UMNO mampu memberi jaminan bahawa tangannya tidak akan terikat,
mulutnya tidak akan terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan
seperti mana sekarang bebas menegur tanpa sebarang sekatan dari pihak
kepimpinan parti?
Pada saya, berdasarkan kenyataan dan
persoalan Ustaz Kazim itu, beliau akan menerima perlantikan MT tersebut
berdasarkan tujuan lantikan, kepentingan aktiviti dakwahnya dan prinsip
“berkata benar walaupun pahit” selain dibenarkan menegur secara langsung
perkara-perkara yang dilhat bertentangan dengan Islam sebenar.
Jadi, saya tidak melihat permintaan dan
persoalan Ustaz Kazim itu sebagai satu penghalang untuknya menganggotai
MT UMNO.
UMNO kini sedang di fasa transformasi dan saya yakin PM tidak keberatan langsung untuk memenuhi syarat atau permintaan tersebut.
UMNO kini sedang di fasa transformasi dan saya yakin PM tidak keberatan langsung untuk memenuhi syarat atau permintaan tersebut.
Berkenaan dengan isu Ustaz Kazim keluar
dari PAS. PAS perlu lihat perkara itu dalam kacamata demokrasi. Kalau
PAS gembira apabila ada ahli UMNO yang keluar parti dan menyertai parti
mereka, mereka juga perlu berfikiran terbuka untuk menerima yang
sebaliknya. Itu barulah erti demokrasi dan terbuka. Lagipun, bukannya
keluar dari PAS itu hukumnya “murtad” dari sudut Islam, bukan?
FITNAH |
Saya meminta agar PAS bersikap terbuka
terhadap isu Ustaz Kazim ini. Apa salahnya beliau menyertai UMNO dan
diberi peluang menentukan dasar UMNO? Apakah berdosa dan menyalahi hukum
Islam jika seorang ustaz menyertai UMNO? Jika tidak bertentangan dengan
hukum Islam, mengapa pula puak PAS harus marah-marah?
Ustaz Kazim tidak melakukan perkara yang
bertentangan dengan Islam. Tapi dari isu ini, jelas PAS pula yang
melanggar hukum Islam dan berdosa terhadap Ustaz Kazim. Apakah tidak
berdosa mencela Ustaz Kazim dengan kata-kata nista seperti “anjing,
babi, macai” dan memfitnah beliau dengan membayangkan dirinya disogok
dengan “projek mewah”? Sila berikan dalil naqli yang menghalalkan
kelakuan jijik itu jika ada…
Sebelum ini PAS mendakwa ahlinya dijamin
syurga jika menyertai PAS ekoran parti itu kononnya “dipandu” ulama.
Tapi memandangkan perkembangan terkini selepas muktamar PAS berakhir,
nampaknya kepimpinan ulama semakin terpinggir. Mungkin dimulut PAS masih
melaungkan “meneruskan kepimpinan ulama”, tapi berdasarkan keputusan
pemilihan kepimpinan tempohari ianya jelas bertentangan dengan ungkapan
tersebut.
APA HASILNYA NANTI - Ustazah kepada anak-anak kita |
Kami juga mahu dimasukkan ke syurga Allah
dan kami berusaha ke arah tersebut secara istiqamah. Apakah salah kalau
kita sama-sama bertemu di syurga Allah di akhirat kelak? Salahkah UMNO
mendekatkan diri dengan ulama? Atau PAS suka kalau UMNO menjauhi
golongan ulama? Golongan ulama itu hak eksklusif PAS sahajakah di
Malaysia ini? Mazhab dan ajaran mana PAS pakai?
Pada saya, isu lantikan Ustaz Kazim
sebagai MT UMNO sebenarnya tidak wajar pun menjadi isu. Malah tidak
wajar pun disusuli dengan kami hamun, caci cerca, fitnah atau pun ugutan
dari pihak PAS. Tapi memandangkan kejumudan tahap pemikiran puak-puak
PAS tersebut, maka terpaksa pula dijelaskan tentang isu ini. Apa PAS tak
punya akal untuk berfikirkah? Wallahu’alam…
AMUKANMELAYU - Ustaz....mana ada PENDAKWAH yang tidak di duga....jangan risaulah...ALLAH sentiasa bersama dengan orang-orang yang SABAR. Jangan risaulah...deme mengusik jer tu..