Dewan Negara: Lulus Kursus BM Syarat Baharu Jadi Pengawal Keselamatan
Kemas dan Bergaya |
OLAK LEMPIT, Selasa 13 Saffar 1435 = 17hb Disember 2013, Penulis ketawa kecil melihatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Bernama di mana Dewan Negara meluluskan Pra Syarat untuk menjadi Pengawal Keselamatan perlu lulus Bahasa Malaysia. Hehehehe.....yang meluluskannya pun TIDAK LULUS BAHASA MALAYSIA macamana dia nak tentukan Pengawal Keselamatan Lulus BM?
Penulis yakin dalam tempoh 2 bulan sahaja Bangla yang datang kat Malaysia ni boleh Bertutur dalam BM, tapi yang SEPET tu lahir disini tapi jangan kata nak menulis dan membaca....nak bercakap pun Ke Laut perginya.
Penulis juga nakkan Syarat ini di kenakan kepada yang menjadi Calon untuk menjadi Wakil Rakyat WAJIB KEPUJIAN BM. Tidak ada kompromi lagi. Dengaq tu Mohyiddin Yassin dan Najib.
KUALA
LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Lulus kursus Bahasa Melayu, antara syarat
baharu yang bakal dikuatkuasakan untuk pengawal keselamatan asing tahun
depan, sebagai langkah menambah baik industri keselamatan negara.
Timbalan
Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata
penambahbaikan itu mengambil input daripada kajian yang dilakukan, yang
turut melibatkan pelaksanaan mekanisme baharu bagi mengaudit kesemua
pengawal keselamatan tempatan dan asing di negara ini.
"Kita
harap dapat bentangkan kajian tidak lama lagi untuk menambah baik
industri secara keseluruhan," katanya pada persidangan Dewan Negara
Selasa.
Beliau
menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong yang bertanya langkah
kerajaan dalam mengatasi masalah komunikasi dengan pengawal keselamatan
asing di pelbagai sektor dalam negara.
Pada masa ini terdapat kira-kira 300,000 pengawal keselamatan tempatan dan asing di negara ini.
Semasa
menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed mengenai pemeriksaan latar
belakang pengawal keselamatan, Wan Junaidi berkata kaedah baharu Agency
Link Up System (ALIS) telah diguna pakai baru-baru ini.
Menerusi sistem itu, pihak berkuasa dapat mengesan keaslian atau penipuan maklumat diri mana-mana pengawal keselamatan.
"Menerusi
sistem itu, kita dapat kesan nama individu, gambar, cap jari dan segala
butiran akan keluar. Jika tidak keluar, bermakna seseorang pengawal
keselamatan itu bukan warganegara atau menggunakan maklumat palsu,"
katanya.
Semasa
menjawab soalan asal Khairiah mengenai pemberian lesen senjata api, Wan
Junaidi berkata sejak 2010 hingga kini, sebanyak 20 buah syarikat telah
digantung lesen dan 22 syarikat dibatalkan lesen di bawah Akta Agensi
Persendirian 1971.
"Sebanyak
138 syarikat kawalan keselamatan telah diberikan lesen senjata api
dengan 806 pucuk pistol dan pumpgun sebanyak 10,712 laras," katanya.-- BERNAMA
AMUKANMELAYU - MP dan ADUN sepatutnya di WAJIBKAN KEPUJIAN Bahasa Malaysia.......