Tan Sri Dr Muhamad Shafee Abdullah |
TANGGUH LAGI... SEBAB PEGUAM SAKIT? APA GUNA BERPULUH YG ADA?
OLAK LEMPIT, Rabu 7 Saffar 1435 = 11hb Disember 2013,. - Di petik dari artikal asal Semut Hitam dan Sekupangdua, penulis lihat amat lucu semenjak dua tiga menjak ni. Kes Liwat belum selesai walau pun dah bertahun, kini timbul pula kes Syiah. Habislah gegak-gumpita seluruh Negera menceritakannya. Kes liwat kini berada di tangga tercorot dalam carta Issu popular minggu ini. Untung
amik peguam sakit... boleh tangguh lagi... memang kaki kencing nie kuat
kencingnya... iti sakit. Kalau padam pulak macamana? Mau mintak setahun
tangguh sebab nak berkabung... boleh ler kali nie lakunan dengan air
mata...
Entah
berapa lama lagi nak diheret semacam dah di kira dan dicatur supaya
sampi mampos pun tak kan sudah... tangguh lagi nampaknya... pulak tu
mungkin kita yang tak terfikir Sebaliknya kalau bijak macam-macam boleh
berlaku... bagai diatur jer nampaknya.
Paling
penting boleh buat kes ditangguhkan... peguam yg boleh kita tahu boleh
adakan sebab untuk tangguh Selama mana yg boleh adalah satu kelebihan.
Boleh adakan ruang Alasan untuk tangguh...
Catatan |
Nyata
peguam pendakwa yg sudah tahu liciknya segala percaturan dan alasan
memohon kepada makamah rayuan supaya tidaknlagi ada penangguhan. Alasan
kali ini adalah kononnya ketua yang juga peguam utama yang mengetuai
pembelaan Karpal Singh dimasukan ke hospital bermula 7 hingga 12
disember....itu
alasan sakit... bagaimana pulak bila keluar nanti ambiknalsan
berehat... tangguh lagi. Belum masuk soal mati pulak... tangguh lagi...
biatnya mintak tangguh lagi 44 ker atau100 hari sebab nak berkabung...
Banyak alasan yg boleh diberi... adakah ini semua yg boleh kita
sinonimkan dengan peribahasa BERANI KERANA BENAR?
Bukan
setakat iti sahaja peguam bela Nuar juga akan mengemukakan permohonan
kali kedua kepada makamah supaya ketua peguam pendakwa yg diketuai oleh
Tan Sri Dr Muhamad Shafee Abdullah digugurkan... apa pasal pulak tetiba
si Nuar takut benar dgn dia nie? Hehehe korang dah taukan sapa dia
Muhamad Shafie sebelum nie... bukan dia saja malah dah.banyak yg mula
angkat kaki bila tau alkisah sebenarnya... Zulkifli Nordin dan pegawai
khas beliau pun dah banyak angkat kaki. kenapa semuanya tiba-tiba
berubah malah sanggup kemerata pelusuk berceramah untuk pembongkaran
kisah yg sebenar... Dan dah tentulah ada sebabnya. Sehingga kini mintak
pulak nuar nak dakwa...
Sementara dalam Kes Syiah pula, menduduki tangga teratas minggu ini. Nampaknya semuanya menjadi kelam-kabut bawai negeri di serang garuda.
"Pas panik. Mat Sabu panik, Hadi Awang tenggelam punca isu Syiah dalam Pas"
Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam pasti membuatkan tidur Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semakin tidak lena. Ini kerana pendedahan tersebut dilakukan berdasarkan penelitian, siasatan yng dijalankan, kenyataan serta tindakan Mat Sabu sebelum ini yang jelas mencurigakan.
Dalam satu sidang media di Putrajaya semalam, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk keterangan daripada Mat Sabu sendiri.
Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni" dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
"Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.
Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Julai 2011.
Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.
Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.
Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.
Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah.
Ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013 sebelum ini, Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidmendedahkan pihak KDN mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah.
Malah Zahid turut menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas agar menolak pemimpin terbabit malah turut melahirkan rasa hairan, bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti itu.
Paling menarik, ekoran kenyataan tersebut ramai pemimpin pakatan pembangkang khususnya Pas segera tampil membuat kenyataan membela Mat Sabu, sedangkan ketika pendedahan itu dilakukan, Zahid langsung tidak menyebut mana-mana nama individu. Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Mat Sabu dengan pantas mengatakan akan mengambil tindakan terhadap Zahid ekoran kenyataan tersebut.
Mungkin kerana menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, Mat Sabu dengan segera membuat kenyataan balas mengatakan dia tidak pasti sama ada kenyataan Zahid itu merujuk kepada dirinya atau sebaliknya.
Selain pihak KDN, ramai di kalangan pimpinan Pas turut mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah apabila isu mengenai fahaman sesat itu dibangkitkan. Malah ia turut diakui sendiri Mat Sabu ketika siri kempen pemilihan yang diadakan oleh parti itu baru-baru ini.
Beberapa hari sebelum berlangsung muktamar, Mat Sabu dilaporkan bertemu dengan beberapa orang kenalannya untuk menyuarakan kebimbangannya. Dia mengeluh kerana kurang senang dengan gaya dan bentuk kempen keterlaluan yang dijalankan oleh para pengikut dan penyokong Pas.
"Aku dituduh Syiah!" begitulah antara katanya ketika bercakap dengan salah seorang rakan yang ditemui itu dengan nada sedih dan kecewa.
"Apa Syiah buktikan dulu. Aku hanya mengambil semangat revolusi Iran untuk menghadapi Umno. Apakah kerana pernah ke Iran maka dituduh Syiah…" katanya lagi
Disebabkan pendedahan yang dilakukan semalam, Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang terpaksa menulis kenyataan yang panjang lebar di dalam ruangan portal pembangkang, bagi membela Mat Sabu. Namun apabila diteliti semula artikel tersebut ada ayat-ayatnya yang seakan ingin memberi tekanan kepada Mat Sabu.
"Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al "Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama'ah. Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli Pas WAJIB menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam Pas" katanya.
Menurutnya lagi, parti itu bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang jelas telah terpesong dari fahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah.
"Pas juga memahami betapa Revolusi Islam Syi'ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan Pas dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat. Pas tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.
"Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada Pas atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli Sunnah yang didukung oleh Pas secara istiqamah dan muhasabah" tegasnya lagi.
MAHFUZ TUDUH ZAHID HAMIDI SYIAH!!!
MAHFUZ - Zahiddddd.....U pun Syiah |
Tapi, sekali
sekala tengok Si Mahfuz Bean ni melatah best jugak. Makin terserlah
pulak sifat lawak dia yang tiada tandingannya tu dimata seluruh rakyat
Malaysia ni.
Akibat
tertekan dengan dakwaan KONONnya Si Mat Syabun tu terlibat dengan
fahaman Syiah, habis semua orang Si Mahfuz Bean tu dakwa sesat belaka.
Kata Si
Mahfuz Bean tu, andaikata semua orang yang ditemui boleh dianggap Syiah
oleh Kementerian Dalam Negeri, bagaimana pulak dengan Zahid Hamidi dan
Tun Mahathir?
Mengulas perkembangan itu, Mahfuz berkata kerajaan Persekutuan seperti “meludah ke langit” jika membesarkan isu perjumpaan Mohamad dengan ulama Syiah itu, ekoran pemimpin tertinggi negara sendiri pernah berjumpa tokoh agama lain."Ooo...Zahid Hamidi juga Syiah, Tun Mahathir juga Syiah...Ooo ya mereka jumpa pemimpin Iran, sama sajalah dengan Mat Sabu, Mat Sabu jumpa pemimpin Iran, mereka pun jumpa pemimpin Iran juga, Syiah juga, sama kan?"Siap ada gambar semua Tun Dr Mahathir jumpa pemimpin Iran, Najib jumpa Pope di Vatican City, tak tahu kalau ikut KDN itu kalau Najib jumpa Pope tu Christian la dia. Siapa jumpa orang itu, maka jadi orang itu, saya minta fatwa dari KDN adakah Datuk Najib Kristian?" katanya ketika dihubungi Antarapos sebentar tadi.
Nah!!!
Disitu sahaja kita dapat melihat kedangkalan Si Mahfuz Bean tu buat
tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan. Dia buat anggapan tanpa
mendedahkan bukti.
Dalam kata
mudahnya, jika benar Si Mat Syabun tu tak de kaitan dengan fahaman
Syiah, suruh je dia saman Zahid Hamidi tu. Jangan la banyak sangat bagi
alasan.
Cakap banyak
apa guna. Bawak kes tu masuk mahkamah, lepas tu kita tengok bukti betul
ke tidak. Tak payah la nak mengabihkan masa buat benda yang tak
mendatangkan faedah!!! Setakat bagi alasan yang bukan - bukan, buat
apa!!!
AMUKANMELAYU - Setelah mengambil kira yang UMNO ni telah menjadi kafir sebab bersekongkol dengan KAFIRUN dan FATWA Banggol Peradung mengatakan dan selepas itu PAS pun menjadi KAFIR kerana NAK MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH dan BERSEKONGKOL dengan KAFIRUN, kini dengan adanya Syiah dalam PAS, apa PAS akan jadi selepas ini? Dengan ajaran SESAT, AMUKANMELAYU dengan ini menjelaskan: SUDAH TIADA LAGI ORANG ISLAM DI MALAYSIA ini.