SPR Perlu Peraturan Lebih Ketat Agar Masyarakat Mendapat Wakil Rakyat Lebih Bertanggungjawab
OLAK LEMPIT, Rabu 7 Saffar 1435 = 11hb Disember 2013,. - Di petik dari artikal asal dari Blog DET, Setiausaha SPR, Datuk Haji Abdul Ghani Salleh telah mengeluarkan
Laporan Post Mortem PRU Ke 13. Post mortem berkenaan melibatkan 222
kerusi parlimen dan semua kerusi Dun kecuali Sarawak. Tujuan post mortem
berkenaan dilakukan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang
timbul dan cadangan untuk mengatasinya. Ini menunjukkan SPR komited
untuk membuat penambahbaikan bagi mengatasi masalah-masalah yang
timbul.
Seperti yang kita semua tahu sebelum PRU 13 yang lepas bagaimana SPR
dihenyak sampai ke dinding oleh puak-puak sebelah sana. Pelbagai tuduhan
jahat yang mereka lemparkan termasuk dakwaan SPR bekerjasama dengan BN
membawa masuk 40,000 pengundi asing untuk mengundi. Naik mencanak darah
tinggi Pengerusi SPR apabila mendengar fitnah yang dilemparkan terhadap
agensi yang diketuainya.
Masa fitnah orang tak ingat dunia, bila menang pilihanraya yang
dikendalikan SPR yang difitnah sebelum itu, mereka pula yang
berebut-rebut nak jadi MB dan Exco.
Allah maha kaya, enam bulan selepas PRU 13, pemimpin MUNAFIK sendiri
yang membuka aibnya dan mengesahkan dia seorang pembohong. Tiba-tiba dia
buat pusingan U mengatakan dia tidak pernah mengeluarkan dakwaan
sedemikian.
Beberapa hari lepas sekali lagi dia ulangi dakwaan jahat terhadap SPR
dan kerajaan di Dewan Rakyat. Dalam masa beberapa minit dia pusing lagi
menafikan kata-kata asalnya.
Sebab itu saya kata , Allah Maha Kaya. Sebabnya dia sendiri yang
mengesahkan pembohongannya. Kita tidak perlu susah payah untuk nak
meyakinkan masyarakat bahawa dia seorang pembohong.
Antara yang dilaporkan dalam post mortem SPR yang dikeluarkan semalam
adalah berhubung kesukaran pegawai pengurus pilihanraya untuk mengesan
status bermaustatin seseorang calon kerana terdapat sesetengah calon
yang tidak tinggal dialamat seperti yang diisi dalam borang atau
mengikut kad pengenalan mereka.
SPR akan mengatasi perkara ini dan akan menyediakan panduan kepada
pegawai pengurus pilihanraya bagi menentukan status bermaustatin
seseorang calon.
Peraturan pilihanraya yang ada hari ini menetapkan seseorang yang ingin masuk bertanding bagi kerusi DUN dia harus tinggal di negeri yang dia bertanding. Manakala untuk bertanding kerusi parlimen pula dia boleh tinggal dimana-mana asalkan dalam Malaysia.
Masalah bertanding tak ikut kawasan ini kebiasaannya timbul di sebelah
pihak pembangkang. Orang Johor bertanding di Kelantan. Orang Melaka
bertanding di Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang bertanding di Kedah.
Malah dalam PRU yang lepas kita boleh lihat bagaimana orang Negeri
Sembilan pergi bertanding di Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang.
Sebabnya mereka bukan nak jadi wakil rakyat atau berkhidmat kepada
rakyat sangat. Mereka nak guna rakyat sebagai rubber stamp untuk
mengesahkan mereka bergelar YB.
Peraturan menjadi calon yang ada pada hari ini kelihatan agak longgar.
Saya ingin mencadangkan kepada SPR agar perkara ini dipinda dan
diperketatkan supaya rakyat tidak menjadi mangsa percaturan politik
parti-parti politik. Dalam masa yang sama juga kita dapat melahirkan
wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab. Apabila ada wakil rakyat yang
lebih bertanggungjawab pembangunan rakyat dan kawasan yang mereka wakili
juga akan lebih mantap.
Contoh terbaik dalam kes ini adalah Lim Kit Siang. Dia sering lari dari
satu parlimen ke satu parlimen lain. Daripada Melaka ke Selangor ke
Pulau Pinang ke Perak dan sekarang di Johor. Dimana tempat tinggal dia
yang sebenar pun kita tak tahu. Dia tidak perlu komited terhadap
tempat-tempat yang di wakili. Kerana apabila datang pilihanraya sekali
lagi dia pindah ke tempat lain pula. Ini berlaku kerana peraturan yang
sedia ada yang mungkin digubal puluhan tahun lampau dilihat longgar.
Boleh bertanding mana-mana kerusi parlimen asalkan tinggal Malaysia.
Sedangkan tugas wakil rakyat adalah mewakili rakyat sesuatu kawasan,
membantu mereka mengatasi pelbagai masalah yang timbul, serta memajukan
kawasan yang diwakili dari segenap aspek. Tetapi jika wakil rakyat
sering melompat dari satu tempat ke satu tempat bagaimana nak menolong
rakyat atau memajukan kawasan ? Apabila seseorang wakil rakyat itu bukan
berasal atau tinggal di kawasan yang dia wakili atau bukan dari negeri
berkenaan, sifat tanggungjawabnya akan jadi kurang. Kerana dia fikir dia
popular atau partinya popular maka dia boleh bertanding dimana-mana
sahaja.
Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada SPR agar membawa usul
ke parlimen dan Dun supaya satu peraturan baru yang lebih ketat
dikenakan. Tujuannya bukan untuk menyusahkan tetapi untuk melahirkan
wakil rakyat yang bertanggungjawab. Setiap orang yang ingin bertanding
kerusi Dun, wajib tinggal di Dun berkenaan atau Dun yang bersebelahan dan wajib berasal di negeri yang dia bertanding dan dia sendiri seorang pengundi dalam Dun berkenaan.
Untuk calon parlimen pula wajib berasal atau tinggal lebih 10-15 tahun dari dan di negeri yang terletaknya parlimen dia bertanding. Dia sendiri juga seorang pengundi dalam negeri berkenaan. Jika ini dilakukan barulah seseorang wakil rakyat itu akan bertanggungjawab terhadap kawasannya atau negeri mereka.
Apabila peraturan ini diperkenalkan SPR juga tidak lagi menghadapi
masalah untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon. SPR boleh
mengesannya melalui kad pengenalannya atau melalui bil-bil utiliti di
atas namanya atau dokumen-dokumen rasmi yang lain yang diatas namanya.
Dalam hal ini kita juga tidak boleh menyalahkan SPR, kerana peraturan
ini diputuskan di Dewan Rakyat, dan SPR hanya sebagai agen pelaksana
apabila sesuatu keputusan itu diputuskan Dewan Rakyat. Saya berharap
agar SPR dapat membawa perkara ini ke menteri berkaitan supaya ianya
diusulkan di Dewan Rakyat. Dengan harapan agar satu hari nanti sistem
pilihanraya tidak menjadi medan untuk calon dan parti politik berpesta.
Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada pihak SPR kerana mengeluarkan
Laporan Post Mortem PRU 13. Ini bukti SPR telus. Berani berkongsi
dengan umum tentang kelemahan-kelemahan yang timbul dan berusaha
menambaik apa yang tidak kena. Ini juga bukti SPR komited ke arah usaha
untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia adalah yang terbaik.
Tahniah….
AMUKANMELAYU - Pejuang-pejuang DEMOKRASI mengatakan, "Demokrasi Adalah Sistem Pemerintahan Yang Terbaik"....... tapi betul ke begitu, habis bagaimana dengan Membeli Undi, Menipu Undi, Fitnah semasa kempen?, Pergaduhan kerana Taksub dengan parti atau pemimpin, Rakyat menjadi dua atau tiga KUMPULAN dan sampai habis Pilihanraya tidak dapat di satukan semula? Mana Baiknya?......kembalilah kepada TERAS PEMERINTAHAN ISLAM....semuanya lengkap kecuali menggunakan Islam untuk kepentingan POLITIK.