,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 24 September 2014

AISYAH IVAN FIRNAS CUCUKU




 AISYAH IVAN FIRNAS CUCUKU

Aisyah.......
Seindah nama nukilan Allah
Rindukan Aisyah diungkap kata seribu bahasa
Pelengkap tubuh ada rohnya
Antara Niat dan Solat ada wudhuknya
Antara Aisyah dan Iman ada Opahnya
Tidak pun jauh jika ada makrifat
Tangan di hulur rasa di rentap

Aisyah seindah nama
Tangis dan tawanya terbayang dimata
Aisyah di rindu tak kunjung tiba
Iman menyebut nama Aku yang terasa
Rindukan Aisyah bersarang dimata
Kancil dan Harimau ada ceritanya
Ternganga mulutnya bila Aku bercerita
Iman yang lebih hilai dan tawa

Aisyah senakal Abangnya
Solat berjemaah mereka makmumnya
Imam rokok, mereka dah sujud
Imam bertahyat mereka dah ketawa
Mahasuci Allah mohon di ampun mahu dikira
Sebersih kain puteh kita yang mencoraknya
Jika berdoa, mereka mengaminkannya
Iman di riba kanan, kiri tentulah Aisyahnya.

Aisyah cucuku bersanggul dua
Lesung pipit di pipi amat manisnya
Nampak syurga di muka mereka
Jika Aku bertimbul dosa
Aisyah juga nama di damba
Menjaga Rasullullah hungga ke akhir usia....


Nukilan Tok Aki
Olak Lempit
Rabu 1 Zulhijjah 1435H