,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 16 September 2014

AKTA HASUTAN - PEMIMPIN LIBERAL MINTA ISRAEL CAMPUR TANGAN?




 Apa kata Najib...

PUTRAJAYA: Keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan penuh berhemah, terbuka tetapi dalam keadaan terkawal supaya negara terus harmoni, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata kerajaan tidak akan melakukan sesuatu langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.


"Percayalah proses itu akan dilakukan penuh berhemah, dengan cara terbuka  tetapi dalam keadaan terkawal mudah-mudahan kesudahannya nanti negara lebih harmoni, kukuh, stabil dan berjaya," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Berhemah..! terkawal..! terus harmoni..!

Selepas hapus ISA betul ke rakyat lebih berhemah..! negara lebih terkawal dan kehidupan lebih harmoni???


Sebelum ini kita jugak diFAHAMkan bahawa Lebai-Lebai PAS ini JUMUD, terlalu TAKSUBkan PEMIMPIN dan BODOH.. Selepas meneliti KLIP-KLIP di atas, kita FAHAM kenapa PAS mampu menarik golongan berPENDIDIKAN hingga tahap PhD menyertai 'JEMAAH' mereka.. Malah, KONSEP 'TARBIYAH' dan USRAH PAS jugak sebenarnya mempunyai RAHSIA keKUATan PARTI ini.. Maka tak HAIRAN jika DS HJ Hadi sendiri CUKUP yakin PAS masih mampu 'SURVIVE' walaupun WUJUDnya PASMA atau PAS diTENDANG keluar dari PR.. Sedangkan UMNO pulak masih terKIAL-KIAL tak TAHU yang PARTI ini NASIONALIS atau LIBERAL?

Kita PERCAYA jika puak-puak 'PARASIT' dan 'ERDOGAN' keluar beRAMAI-RAMAI dari PAS pun PAS tetap 'SURVIVE'.. Sedangkan cuba UMNO pulak SINGKIRkan puak-puak berOTAK LIBERAL dari PARTI mereka yang sebenarnya NASIONALIS? Maunye meRAUNG-RAUNG DS Najib  dan mereka yang LIBERAL tuh nanti seolah-olah DUNIA dah terbalik!

Akta Hasutan: Anggota Kabinet Selar Kenyataan Saifuddin Abdullah

Anggota Kabinet, Dato Rahman Dahlan hari ini mengkritik tindakan Saifuddin Abdullah membuat kenyataan bahawa deraf rang undang-undang Harmoni Nasional akan menggantikan akta hasutan.
MENURUT Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, kenyataan tersebut merupakan satu tindakan tidak bertanggung jawab dan di luar skop tugas mereka.
Rahman menulis dalam Facebook beliau seperti berikut:

Saya kurang bersetuju dengan sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Global Movement of Moderates yang dipetik berkata bahawa rang undang undang Harmoni Nasional yang ditulis oleh Majlis Konsultatif Perpaduan Negara dan dibantu oleh Majlis Peguam Malaysia, bakal menganti Akta Hasutan. Beliau dan Majlis Peguam Malaysia juga didapati telah mendedahkan kandungan deraf itu kepada umum.
Pertamanya, Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak pernah diberi mandat oleh kerajaan untuk mengumumkan kandungan deraf itu kepada umum. Mereka hanya diberi mandat untuk mendengar dan membincangkan cadangan-cadangan dan buah fikiran pihak-pihak yang berkepentingan dalam perbincangan tertutup dan selepas itu, mereka dikehendaki untuk menyerahkan rumusan mereka kepada pihak kerajaan untuk diteliti, diperhalusi dan dibincang.
Adalah salah bagi mereka untuk mengatakan bahawa rang undang-undang yang ditulis oleh NUCC yang dibantu oleh Majis Peguam itu adalah dokumen rang undang-undang yang akan diangkat ke parlimen.
Kerajaan tidak akan berbuat begitu kerana kerajaan akan juga mendengar pandangan daripada pihak selain dari NUCC mengenai cadangan Akta Harmoni Nasional ini sebelum membuat keputusan rasmi.
Selepas itu barulah, pihak Peguam Negara akan menderaf rang undang-undang itu untuk diangkat ke mesyuarat kabinet dan selepas itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diundi.
Yang keduanya, sebagai anggota jemaah menteri, saya boleh sahkan bahawa setakat artikel ini ditulis, rang undang-undang Harmoni Nasional belum lagi dibentang dalam mesyuarat kabinet. Oleh sebab itu. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak boleh membicarakan isi kandungan deraf rang undang-undang mereka itu di dalam media.
Itu tidak adil dan salah dari segi prosedur. Ia juga boleh mengelirukan rakyat dan boleh dianggap tidak beretika kerana mereka tidak mempunyai mandat untuk meluahkan isi kandungan cadangan mereka itu kepada umum melalui media massa.
Saya amat berharap agar Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam berhenti untuk merujuk kononnya cadangan mereka itu sebagai dokumen terakhir yang akan diangkat ke parlimen. Yang akan menentukan bentuk terakhir dokumen rang undang-undang itu ialah jemaah menteri. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam tidak boleh mendahului kabinet Malaysia.

 

Larangan melantik Kafir sebagai pemimpin tertinggi 

Ali-Imran [28] Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman

Agama juga berkait rapat dengan politik iaitu kuasa pemerintahan. Ayat ini melarang orang Islam dari melantik orang kafir sebagai pemimpin tertinggi dan apa-apa jawatan penting dalam sesebuah kerajaan Islam. Ini kerana apabila mereka (orang kafir) berkuasa, mereka boleh memusnahkan amalan orang Islam, juga askar dan polis terletak di bawah kekuasaan mereka.
Islam tidak benar lantik orang kafir sebagai ketua negara, ketua tentera dalam sesebuah kerajaan Islam . (post yang “top” seperti perdana menteri mesti Islam). Ini kerana dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan pertahanan umat Islam akan diketahui mereka. Dalam ayat yang lain, dilarang menjadikan orang kafir sebagai penyimpan rahsia:
Ali-Imran [118] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai)…….
Dalam mazhab Syafie, orang kafir tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan Islam dan menjadi tentera. Dalam mazhab Hanafi, orang kafir boleh memegang jawatan dalam kerajaan Islam dan boleh menjadi tentera selagi jawatan tertinggi dipegang oleh orang Islam.
Sekiranya dilantik juga, Allah tidak rugi apa-apa, sebaliknya orang Islam yang rugi, berdosa dengan Allah dan Islam juga akan musnah :
dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun,
Selain itu dilarang juga berkawan rapat dengan orang kafir. Sejak dari dahulu lagi, mereka tidak ikhlas dalam berkawan dengan orang Islam. Cuma sekadar menanam tebu di bibir mulut. Dibolehkan bergaul dengan orang kafir dalam urusan harian dan bisnes, selagi mereka tidak menggangu urusan kerajaan dan pemerintahan. Jika mereka terlibat dengan pemerintahan, maka berhati-hatilah berurusan dengan mereka seperti “menanam tebu dibibir mulut”. Orang kafir yang terlibat dengan politik tidak lagi termasuk dalam kategori kafir zimmi.

Petikan kata-kata daripada tokoh kaum Cina, mendiang Tun Tan Siew Sin yang telah menyatakan pada  30 April 1969*:
 
Orang Melayu, melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka, 90% bukan-Melayu menjadi warganegara.
Suasana ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu ini.
Mengambil kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah masyarakat lain.
Petikan kata-kata daripada tokoh kaum India, mendiang Tun VT Sambanthan yang telah menyatakan pada 01 Jun 1965*:

Kita telah memenangi pilihanraya 1955 dengan majoriti yang sangat besar. Kemudian kita memperolehi kebebasan dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh itu, kita perlu berbincang soal kewarganegaraan dan beberapa perkara lain. Dan apa yang orang Melayu lakukan - memandangkan kita bercakap mengenai soal perkauman - apakah yang dilakukan oleh kepimpinan orang Melayu? Mereka mendapat sokongan 88% pengundi. Apakah yang mereka lakukan mengenai soal kewarganegaraan?

Kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia Timur khususnya, kita akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, tidak diterima di Myanmar. Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India dihalau keluar; di Sri Lanka mereka ditolak kewarganegaraan dan di Kampuchea sama sahaja. Saya tahu, dan kamu pun tahu apa yang berlaku.
Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini kita dapati kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu sebagai saudara kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal di negara kami ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara". Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa (Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.
Seperti yang saya katakan, saya sangat bernasib baik dilahirkan didalam negara ini. Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa Melayu yang begitu berkebajikan, sopan dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu boleh menerima layanan politik yang sangat bermaruah untuk mana-mana kaum immigran? Dimana lagi didalam sejarah dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini adalah hakikat dan fakta! Siapa yang akan menjaga kepentingan kita? Saya hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara ini. Tetapi saya sangat gembira disini.

Petikan kata-kata daripada tokoh umat Melayu-Islam, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah menyatakan pada 15 April 1969*:

Sekiranya DAP berterusan mempertikaikan dan mencabar Artikel 153 (berkaitan hak istimewa orang Melayu & bumiputra), maka kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur!
Jadi kepada kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama, adakah perlu untuk saya komen lagi? Res ipsa loquitur – sudah terang lagi bersuluh!!!
Kita semua sepatutnya berterima kasih dan bersyukur. Ini adalah kerana budaya orang Melayu yang berasaskan kepada agama Islam mengajar kami untuk sentiasa bertolak ansur dan memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Atas sebab itulah generasi awal orang Melayu menerima kaum Cina dan India sebagai rakan-warga dan memberi peluang sepenuhnya untuk mereka meneroka potensi yang ada dengan tujuan untuk membangunkan negara tercinta yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Dan umat Melayu-Islam tidak ada masalah menerima keadaan itu sekarang. Malah saya berani menegaskan bahawa sesiapa yang mempersoalkan status kewarganegaraan kamu sekarang akan dianggap sebagai musuh bagi umat Melayu-Islam!
Dan apa yang umat Melayu-Islam harapkan ialah kamu tidak mempersoalkan, mencabar atau menyerang kesahihan dan keabsahan hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa agama Islam dan segala peruntukkan perundangan berkaitannya, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu!
Selain daripada itu, untuk segala maksud dan tujuan, kita adalah bersaudara, dan warganegara kepada negara hebat Malaysia ini!

Rakyat mahu kekalkan Akta Hasutan, Najib pula nak mansuhkan!

 
Semalam saya tulis sikit mengenai akar umbi Umno mahukan akta ISA di di kembalikan, begitu juga kenyataan daripada Ketua Polis Negara yang bersetuju jika akta ISA di kembalikan semula.

Semalam dalam usul tergempar, Umno Taiping dan mungkin banyak lagi bahagian lain mahukan Akta Hasutan dikekalkan.

Perdana Menteri YAB Dato Seri  Najib Tun Razak pula dikatakan tetap akan memansuhkan akta hasutan dan menggantikan dengan akta baru iaitu Akta Keharmonian Sosial Nasional.

Bagaimana pun, Rang Undang-Undang Harmoni Nasional yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 terlampau menjulang Perkara 8 (lapan)  Perlembagaan Persekutuan.

Perkara Lapan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah yang memperuntukkan kesamarataan itu sehinggakan mengetepikan pula empat perkara sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahasa Kebangsaan (Perkara 152), kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153), kedaulatan Raja-Raja Melayu (Perkara 181) dan Bahagian III berkaitan kerakyatan (Perkara 14-30).

Kegusaran  ini pada dasarnya berasas kerana kelihatannya ketika ini yang berlegar-legar dalam fikiran sebahagian ahli berfahaman liberal dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) agak menjurus untuk menguar-uarkan Perkara Lapan Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu keputusan menggantikan Akta Hasutan dihormati.

Apa yang di bangkitkan Ahmad Zahid adalah sokongan bersyarat. Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan, kata Menteri ini, harus merangkumi tiga elemen utama iaitu agama, kaum dan budaya.

Kewujudan tiga elemen sedemikian penting bagi memastikan akta berkenaan benar-benar relevan dan berfungsi dengan baik, terutama dalam melindungi perkara sensitif.
Nampaknya ada pro dan kontra..terhadap akta yang sudah dan bakal dihapuskan. Akta ISA digantikan dengan SOSMA, Kini Akta Hasutan juga bakal dihapuskan dan digantikan dengan yang baru.
Pada pandangan Taipingmali, kedua-dua undang-undang  tersebut (yang lama) tidak perlu dimansuhkan kerana ia masih juga relevan. 
Akta ISA dan Akta Hasutan patut dikekalkan dan akta baru iaitu SOSMA dan Akta Keharmonian Sosial Nasional menjadi penambahan kepada dua akta sebelum ini, jadi jika ada tangkapan maka boleh lah diletakkan dibawah mana-mana yang sesuai... Maaf saya bukan peguam......tak pandai nak ulas panjang-panjang tentang perundangan ...sekian.

Akta Hasutan Tak Jadi Mansuh?

Berikut ialah emel yang penulis terima dari seorang pembaca blog ini ;

Semak kepala bila baca di media sosial pasal Akta Hasutan , baik daripada pendapat sebelah
penyokong kerajaan atau pendapat pembangkang sendiri . Yang di sebelah pembangkang beria-ia mahu Akta Hasutan dimansuhkan di sebelah penyokong kerajaan pula nak ia dikekalkan . Bila baru-baru ini PM buat kenyataan bahawa Akta Hasutan yang sedia ada ni akan tetap dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Harmoni seperti yang pernah dinyatakan beliau pada tahun 2012 , maka berbondong-bondonglah mereka di kalangan penyokong kerajaan mengecam kenyataan itu walaupun tak tahu apa isi kandungan Akta Harmoni yang akan menggantikan Akta Hasutan.

Sebelum aku meneruskan coretan ini, aku ajak para pembaca meneliti semula petikan ucapan berikut yang dibuat oleh pemimpin pembangkang seperti yang dipetik dari portal milik DAP , Roketkini . Artikel bertajuk "  Akta Hasutan: Najib atasi rekod 22 tahun ‘zaman gelap’ Dr Mahathir" antaranya memetik kenyataan Lim Kit Siang




"Menurutnya lagi, berbanding enam tahun pentadbiran Najib, sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir hanya seorang ahli parlimen yang didakwa, dipenjara, dan digugurkan kerana akta berkenaan, iaitu Lim Guan Eng."

sumber : http://www.roketkini.com/2014/08/28/akta-hasutan-najib-atasi-rekod-22-tahun-zaman-gelap-dr-mahathir/

Kenyataan yang dibuat di atas mengakui bahawa pada zaman Najib , Akta Hasutan lebih banyak digunakan terhadap ahli parlimen berbanding zaman Tun.M . Selain artikel di atas, banyak lagi artikel2 lain yang pertikaian Najib kerana Akta Hasutan yang digunakan sekarang untuk tujuan pendakwaan makin menjadi-jadi . Selain ahli parlimen , pensyarah fakulti undang2 UM , Azmi Shahrom dan penulis Malaysiakini, Susan Loone turut didakwa di bawah Akta yang sama.

Jadi secara logiknya sekarang kita boleh nampak Akta Hasutan ni dah aktif digunakan untuk mendakwa individu-individu yang berpotensi mencetuskan kekacauan dan pada masa yang sama Najib mengulangi pendirian bahawa Akta Hasutan akan dihapuskan . Cuba kita fikir kejap, kalau Akta Hasutan nak dihapuskan dan nak digantikan dengan akta lain yang kononnya lebih 'bertoleransi' , pendakwaan terhadap individu-individu ini sebenarnya tak perlu tapi kenapa Akta Hasutan ini digunakan secara agresif sekarang ? Pendapat aku lah, ini tak lain dan tak bukan nak bagi 'signal' Akta Harmoni yang akan diperkenalkan tak kurang lebih macam Akta Hasutan dan mungkin lebih 'strict'

Seperti yang kita tahu, Akta Hasutan digubal pada tahun 1948 , dipinda pada tahun 2006 . Senario 2006 dan 2014 berbeza . 'Style' orang sekarang menghasut bukan saja di ceramah2, tabloid, majalah,,tetapi ramai yang galak menghasut di media sosial . Tahun 2006, berapa ramai yang pakai Facebook, Twitter. Blog berbanding tahun 2014 ? Konsep 'viral' dalam masa yang amat singkat wujud di era sekarang , tak sama macam tahun 2006 dulu . Kalau rajin lah, cuba belek kembali Akta Hasutan yang dipinda pada tahun 2006 , tidak ada perincian mengenai hasutan di laman sosial . Apa yang ada , hanyalah isi kandungan yang umum mengenai penerbitan berbaur hasutan yang boleh saja di 'spin' oleh peguam-peguam si penghasut .

Satu lagi point, melalui Akta Hasutan yang sedia ada bagaimana Mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk menghentikan pengedaran bahan2 berbentuk hasutan di media sosial seperti yang tertera di Perkara 10 dalam Akta Hasutan ? Apabila hasutan dalam media sosial dah jadi 'viral' adalah agak mustahil untuk mana-mana pihak menyekat hal sedemikian . Jadi seperti yang terkandung dalam ucapan Najib pada tahun 2012 , Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Harmoni yang memberikan lebih perincian terutamanya dalam hal-hal yang dinyatakan ini , selari dengan perkembangan teknologi dalam sebaran media.

Antara petikan ucapan Najib pada tahun 2012 yang menyentuh mengenai Akta Harmoni ;

"Peruntukkan-peruntukkan Akta baru ini akan mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk mempertahankan semua agama dan semua kaum yang membentuk negara bangsa Malaysia daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. Perbuatan adu domba seumpama ini akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap rakyat Malaysia. "

Jelas sekali apa yang dinyatakan adalah lebih kurang dengan Akta Hasutan yang sedia ada cuma Akta Harmoni akan digubal menjadi lebih spesifik atau terperinci dan bukan bersifat umum seperti Akta Hasutan , kita tahu kalau sesuatu perkara itu bersifat umum , maka mudah untuk peguam menggunakan alasan teknikal mengenepikan pertuduhan terhadap si penghasut. Dan akhir kalam, janganlah mudah melompat sebab penggubalan Akta Harmoni yang akan menggantikan Akta Hasutan akan mengambilkira perkara2 berikut seperti yang dinyatakan Najib dalam satu wawancara,

"Perdana menteri berkata, kerajaan akan memastikan bahawa peruntukan akta baharu itu akan mengekalkan tiga prinsip utama dalam menangani perbuatan yang mendatangkan kebencian dan penghinaan kepada institusi dan peruntukan perlembagaan sedia ada.

Katanya, prinsip pertama merujuk kepada soal menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perbuatan yang tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.

"Kedua, bagi menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan dalam negara," katanya.

Najib berkata, prinsip ketiga pula merujuk kepada soal menangani perbuatan dan perlakuan yang mempersoal apa-apa perkara mengenai hak taraf kedudukan keistimewaan kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan bahagian tiga Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 153, 151 dan 181 Perlembagaan Persekutuan."

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pm-akta-keharmonian-nasional-tidak-jejas-kuasa-kerajaan-jaga-perpaduan#sthash.JIkF45pD.dpuf

Senang cerita , Akta Hasutan dan Akta Harmoni adalah sama , cuma Akta Harmoni lebih diperincikan untuk selaraskan dengan perkembangan teknologi penyebaran elemen-elemen hasutan/

Andrew Khoo berpengaruh hingga atur Angola hina negara di UN


Ramai tak berapa mengenali Andrew Khoo yang merupakan Pengerusi Jawatankausa Bar Council dalam hal Human Rights. Di United Nation, dia seperti kenal hampir macam-macam orang.

Dia merupakan sebahagian dari Coalition of Malaysian NGOs for the United Nation’s Human Rights Council Universal Period Review process atau COMANGO. Di Bangsa Bersatu, kerja dia adalah untuk mengkritik Malaysia atas tuduhan bukan-bukan hingga negara Afrika macam Anggola boleh kritik record Human Rights nagara kita.


NGO ISlam dari Malaysia kena dapatkan kebenaran Security Check untuk masuk premis di UN yang  banyak sekatan tapi COMANGO macam ada lesen besar di UN untuk senang dapat pass. Malah UN bagi mereka accreditation.

Dalam satu incident terbaru, ANdrew menunjukkan kuasa dan pengaruhnya:

Prost! (L to R) Dr Raimund Cerny, Andrew Khoo, Elfi Seitz, Chanyuth Hengtrakul and Peter Nordhues raise a toast to another fun party.

 Lawyer Andrew Khoo denied entry to Vietnam

7:00PM Sep 8, 2014

Bar Council human rights committee co-chairperson Andrew Khoo was denied entry into Hanoi, Vietnam today, shortly after landing.

Khoo (below) said he was escorted back onto the plane he arrived on and was not given a reason why he was denied entry.

He said that he was told informed of this by when he was sent to the airport's immigration office after his passport was stamped.

"People busily ran around filing forms, making phone calls and photocopying my passport several time.

"After about 20 minutes I was informed that I was denied entry into Vietnam, my entry stamp was cancelled and I was escorted back on to the same Malaysian Airlines MH753 plane that brought me here," he said in Facebook post.

He was also issued a “standard letter”, which states that he is barred according to Article 8 of the Ordinance of Entry, Exit and Residence of Foreigners in Vietnam.

Natinal security

The Ordinance states that one can be denied an entry visa for making a false declaration or forging travel documents, breacing Vietnamese laws in previous entries or if one is a carrier or infected with an epidemic disease.

A foreigner can also be barred "for the reasons of protecting national security" or other "special reasons" decided by the minister of public security.

Khoo could not be reached for comment.

Malaysiakini has contacted the Vietnamese embassy in Kuala Lumpur on the matter and is awaiting a reply.

Khoo was travelling to Hanoi to attend a two-day workshop starting tomorrow to present a paper on peace and security at the invitation of the Vietnam Peace and Development Foundation.


Berita di atas menunjukkan betapa bahaya dan berpengaruh Andrew ini untuk menjatuhkan nama baik mana-mana negara hingga ditahan masuk Vietnam. 

SAIFUDDIN ABDULLAH Perlu Lebih Berani Dengan Menggugurkan Keahlian UMNO dan Mohon menyertai PKR atau DAP!


Antara parasit dalam UMNO yang cukup dikenali kerana sokongannya yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng adalah Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh yang kemudiannya kalah dalam pertandingan parti di Bahagian dan menggunakan isterinya untuk mempengaruhi Najib bagi membolehkan dia menjawat jawatan sekarang.

Tiada sebarang sumbangan yang diberikan oleh Saifuddin Abdullah kepada UMNO mahupun rakyat Malaysia, sebaliknya dia merupakan salah seorang yang cuba mencetuskan rusuhan berdarah di Kuala Lumpur apabila dia menyokong sepenuhnya tindakan subversif seperti Adam Adli, Safwan Anang dan Hishamuddin Rais.

Saifuddin Abdullah merupakan orang yang mengalu-alukan tindakan Adam Adli menceroboh PWTC dan menurunkan bendera yang tertera wajah Najib Abdul Razak dan menaikkan bendera subversif. Malah, Saifuddin Abdullah juga sempat memberi ucapan pendek yang secara dasarnya memuji-muji tindakan subversif Adam Adli dan gerombolannya.

Namun Saifuddin Abdullah sebenarnya lebih terkenal kerana cubaannya untuk memperkenalkan NEW POLITIC yang akhirnya menyaksikan dia tergolek dan kalah serta tidak diterima oleh sesiapa pun, baik penyokong-penyokong UMNO-BN mahupun penyokong-penyokong PKR-DAP.

Kini Saifuddin Abdullah kembali semula dengan idea baru. Dia melihat anak-anak muda pro-Pakatan yang sedang berusaha memperjuangkan penghapusan Akta Hasutan. Saifuddin Abdullah berasakan dia boleh mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan daripada golongan berkenaan.

Anehnya, Saifuddin Abdullah enggan dan masih bergayut kepada UMNO walaupun tindakannya dari semasa ke semasa adalah menikam UMNO serta menjahanamkan UMNO dari dalam. Bukankah lebih baik kalau Saifuddin Abdullah yang kerap berkata, dia seorang gentleman, benar-benar mengotakan kata-katanya, keluar dari UMNO dan menyertai PKR atau DAP kemudian memperjuangkan apa yang dipercayainya?

Dia tidak berani kerana bimbang segala sumber kewangan dan kemewahannya akan hilang begitu sahaja?

DORIS JONES Minta Bantuan MOSSAD dan Benjamin Netanyahu Lindungi SSKM

Monday, 15 September 2014


Doris Jones yang dikatakan dalam pelarian dan cuba berlindung daripada ditangkap oleh polis ekoran perbuatannya menghasut serta membangkitkan sentimen kebencian terhadap Kerajaan Pusat, nampaknya semakin terdesak untuk menyelamatkan diri.
Dalam kenyataannya yang terbaru, Doris Jones berharap MOSSAD yang merupakan badan perisikan Israel yang kononnya terhebat di dunia, mampu memberikan pertolongan dan bantuan kepadanya dan SSKM daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Paling menarik ialah apabila Doria Jones turut mengharapkan Israel dan Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu untuk menyerang dan memusnahkan Malaysia bagi membolehkan SSKM tidak dikenakan tindakan undang-undang.
Melihat kepada sokongan yang diberikan kepada SSKM, beberapa penyokongnya turut mengharapkan Israel menyerang Malaysia dan mereka sangat gembira ketika Zionis mengganyang Gaza dan rakyat Palestin tempoh hari.


AKHBAR SIAL..!!!!!!

Apa maksud akhbar milik cina Komunis ni menggelar guru guru penipu..?? adakah hanya kerana beberapa orang guru yang tidak bertanggungjawab maka semua guru di cop penipu atau kerana kebocoran kali ini menyebabkan tembelang pusat pusat tuisyen cina yang sejak zaman berzaman membekalkan soalan bocor kini terdedah dan dah tak boleh cari makan lagi..???
Tindakan akhbar cina Komunis ini melabelkan guru guru sebagai penipu adalah bertujuan menghasut masyarakat agar hilang kepercayaan terhadap guru. Adakah tindakan akhbar ini sebahagian dari rangkaian perancangan Komunis untuk menghancurkan organisasi kerajaan seperti PDRM, ATM, Raja-raja Melayu....????


 
AMUKANMELAYU - Kejatuhan Melaka kerana PENGKHIANAT dan ingatlah, Buat baik BERPADA-PADA, Buat jahat jangan SEKALI.......kita alpa dan terperangkap dengan bidalan yang tidak di endahkan.....jika sekarang kita memaki hamun pemimpin yang terdahulu, anak cucu kita juga akan MEMAKI HAMUN kita di kemudian nanti......kata-kata manis mereka hanya di bibir sahaja....