,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 14 September 2014

LATIHAN BERSAMA - SEJAUH MANA KEBAIKAN PADA MASA HADAPAN PERTAHANAN NEGARA


Tentera US berlatih di Gua Musang

Senjata dan peralatan  tentera Amerika dibawa masuk melalui Pelabuhan Kuantan manakala anggota tentera pulak masuk ikut Lapangan Terbang Terengganu.

Kegusaran berlaku kepada rakyat negeri Terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.  Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera. 

Ketibaan askar-askar tersebut belum dipastikan secara detail tujuan dan niat mereka ke Malaysia ini dan pelbagai spekulasi telah timbul dan bermain difikiran rakyat Terengganu khususnya. Apa pun pihak berwajib perlu membuat perjelasan kepada rakyat tentang ketibaan pesawat boeing 777 yang lengkap dengan alatan perang dari Amerika itu.