,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 8 September 2014

SEMBAH DURHAKA TERJADI JUA


Tuanku Sultan Selangor Dukacita Dengan PKR & DAP



OLAK LEMPIT - 13 Dzulkaedah 1435H, Dalam Kenyataan Akhbar yang dikeluarkan menerusi Setiausaha Sulit baginda pagi ini, Tuanku Sultan Selangor bertitah hanya PAS yang akur menghantar 3 nama calon MB Selangor. Tuanku Sultan Selangor menganggap tindakan PKR dan DAP yang menghantar satu nama sahaja calon MB Selangor, iaitu bini KETUM (Ketua Umum), Dr Wan Azizah, sebagai kebiadapan terhadap Institusi Raja dan perbuatan derhaka pada titah Baginda. Baginda amat dukacita dengan tindakan biadap dan derhaka parti PKR dan DAP yang sememangnya kurang ajar dengan institusi Raja-Raja Melayu.

KENYATAAN media ini juga menunjukkan yang Sultan Selangor benar-benar dukacita dengan tindakan PKR & DAP yang hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar. Walaupun telah memberi tempoh tambahan 48jam untuk menghantar nama lain sebagai calon MB yang sesuai, namun mereka masih lagi ingkar dengan arahan Sultan. PAS yang menjunjung Titah dan Perintah Tuanku telah menghantar nama calon dari barisan Exco PAS sendiri yang terdiri daripada Iskandar Samad, Yunus Hairi, dan Sallehen Mukhyi.

Dalam kenyataan media Sultan juga ada menyebut yang baginda boleh juga melantik MB daripada bukan parti pakatan pembangkang.

Nampaknya pakatan memang betul-betul dah tak berpakat. Apa yang aku nampak sekarang, untuk menjadi MB perlu mendapat sokongan majoriti dewan. PAS menghantar 3 nama calon yang memenuhi syarat untuk menjadi MB. Aku juga percaya, yang Sultan pasti akan memilih calon daripada PAS sebagai pengganti Khalid Gagap.


Tuanku Raja-Raja Melayu adalah Sultan yang terhebat di dunia ini. Mereka adalah orang-orang yang bijak akalnya. Percayalah, campur tangan Tuanku akan menyelesaikan kemelut MB Selangor. Jika sokongan Dewan di ambil kira seperti yang di war-warkan oleh KETUM, maka akan berlaku DERHAKA kepada Tuanku jika Tuanku melantik dari mereka yang mendapat sokongan MENORITI. Di sini Tuanku ada dua pilihan:

Pertama Tuanku akan menggunakan sepenuhnya KUASA ISTANA dan yang kedua Tuanku akan mengarahkan DUN di bubarkan. Jika DUN di bubarkan, ini berti Tuanku kembalikan Kuasa Kepada Rakyat. Sebab inilah yang di laung-laungkan oleh PR.....KERAJAAN RAKYAT dan jika Tuanku menggunakan pilihan pertama.... ini berti Tuanku telah menjentik "TELUQ" Pakatan Rakyat yang sebenarnya adalah PAKATAN JAHAT.

Dengan tertubuhnya PasMa yang kononnya adalah NGO dalam PAS, penulis tidak nampak apa keperluannya. Yang jelas ianya adalah seperti  IDEA Tun M menubuhkan UMNO baru selepas UMNO di haramkan dan selepas itu UMNO terbahagi dua 46 dan UMNO baru, selepas itu PERKATAAN BARU di buangkan. Maka tinggalah UMNO dan 46 pun balek ke UMNO.

Pada pendapat penulis, PKR dan DAP ke arah memerangkap Tuanku untuk MEMBUBARKAN Dun. Jika Kajang mereka boleh menang walau pun berbueh mulut kita menerangkan pada rakyat semua ini adalah kerana NAFSU seseorang yang Gila Kuasa, tapi rakyat terbanyak terus juga menyokong mereka. UMNO jangan berharap sangat untuk merampas Selangor dan PAS juga jangan di percayai kerana di Shah Alam banyak BULATAN dan banyak U TURN. Ia bila-bila masa sahaja PAS akan buat U TURN.


Perancangan KETUM adalah di luar jangkaan. Di sebabkan Jijah dah tak boleh jadi MB. Anwar nak jijah jadi MB  tapi tak boleh. Anwar dan dap tidak akan benarkan pas jadi MB. Solusi anwar dan dap. Pkr dan dap desak bubar dun. Pkr dap dan pasma akan bentuk pakatan baru tanpa pas. Pada hari pengundian, PasMa akan guna BenderaPKR dan penyokong PAS rumi akan ke PasMa dan yang tinggal dalam PAS adalah PAS Jawi.......mendengar Guruh Di Langit, janganlah Air di Empangan di Pump Keluar.....kelak akan berlaku penyatuan Air......tapi rakyat tetap suka......Asalkan Bukan UMNO - ABU. Kenapa tidak ABAI?