,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 11 May 2015

1MDB - SEKALI LAYAR TERKEMBANG, PANTANG BIDOK SURUT KE PANTAI



SELAMAT BERTARUNG DATO' SRI NAJIB. SEMUGA BERJAYA


'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'. - falsafah Bugis

NAJIB yang hebat!!!!!!

" Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya.

"'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan. 

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab. 1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. 


Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri," yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin. Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad - 1MDB)."  - NAJIB RAZAK

Sejarah 'Dawn Raid' Guthrie Era Tun M VS Skandal 'Jhow Low' 1MDB Era


Tabung Haji di PECAH demi untuk menyelamatkan 1MDB @ Jhow Low ? Kata-kata yang jauh menyimpang itu sedang berlegar dikalangan masyarakat sekaligus mengundang pelbagai persepsi negatif akan masa depan rakyat dan negara.

Pembelian tanah Tun Razak Xchange oleh Tabung Haji daripada 1MDB telah menimbulkan pelbagai spekulasi, tanah berkeluasan satu setengah ekar yang dibeli pada harga RM188.5 juta itu menyamai harga tanah berkeluasan 70 ekar yang dibeli oleh 1MDB daripada kerajaan.

Maknanya dengan penjualan satu setengah ekar sahaja, 1MDB seolah-olah memperoleh tanah tersebut secara percuma.

Bijak sungguh 1MDB ni berniaga, dapat untung berganda-ganda, berniaga dengan siapa ? beli dari kerajaan jual kepada tabung haji, siapa kerajaan dan siapa pula tabung haji ? Kerajaan adalah Amerika dan tabung haji adalah Israel.....???

Bercerita bab untung dan tanah ni mengingatkan kita satu sejarah yang berlaku dizaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dimana apa yang disebut sebagai “Dawn Raid” atau Operasi Serangan Subuh dilancarkan demi mengembalikan tanah-tanah yang dijajah oleh British menerusi syarikatnya yang berusia 100 tahun yaitu Guthrie.


Biarpun negara kita telah mencapai kemerdekaan, namun hasil kekayaan bumi bertuah ini masih lagi dijajah oleh British, sehinggalah pada 7 September 1981...

Dengan persetujuan Perdana Menteri, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pounddiambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN). 

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini.... Sambung baca kisah menarik itu diSini.

Apa yang dapat kita katakan menerusi kebijaksaan kerajaan terdahulu dalam mengambil semula kekayaan negara daripada 'orang putih' adalah jasa yang cukup besar,  ketokohan pemimpin terdahulu amat terserlah akan kewibawaannya berbanding kebanyakkan pemimpin yang ada pada hari ini yang hanya tahu bermewah dan berniaga barang yang sudah dipunyai oleh kerajaan...

Dengan pemgambilalihan  syarikat Guthrie secara bijak dan licik itu sudah pasti menambahkan lagi kemarahan British, biarpun kita negara kecil namun PM ketika itu tidak pernah merasa gentar untuk menghadapi apa sahaja tekanan yang akan dilakukan oleh British.
Malah PM ketika itu bukan sekadar bertahan dengan tekanan British, jauh sekali untuk memohon maaf, sebaliknya bangkit bertindak balas dengan melancarkan beberapa dasar baru termasuk kempen 'Buy British Last' serta dasar pandang ke timur dsbnya.

Siapa PM ketika itu kalau bukan si tua yang dicaci dan digelar nyanyuk pada hari ini, jika bukan kerana usahanya, kritikkannya, kebijaksanaannya, keberaniannya, kepepimpinannya belum tentu terbinanya Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya, Litar Antarabangsa Sepang, Proton, Transit Aliran Ringan (LRT) sekaligus belum tentu nama Malaysia dikenali diseluruh dunia dan kita hari ini belum tentu seperti kita pada hari ini.
Berbeza jika dibandingkan dengan apa yang dibina oleh PM sekarang, jika bukan kerana penasihat, mungkin belum tentu dibinanya TRANSFORMASI, PEMANDU, GTP, ETP, KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP, AH JIB GOR dsbnya, orang kampung mungkin bertanya, menate gapo-kah itu? Walaupun tidak bersifat sturktur bangunan tapi pembinaan itu tetap menelan kos berbillion ringgit apatah lagi perlaksanaannya melibatkan konsultan asing dari British.

Hasilnya 1MDB, Jhow Low dan GST, kehilangan wang 1MDB belum terjawab, falsafah Bugis pula yang timbul. Jika Tun M kata satu undi pun dia tetap menang apakah 2 Bahagian UMNO di Sabah cukup untuk Najib bertarung dengan KEMARAHAN rakyat dan Sultan Johor yang GERAM dengn GST?


Andainya Tun M dulu mentadbir negara sebagaimana yang ditadbir oleh pemimpin sekarang, apakah negara kita mampu berada ditahap hari ini ? Andainya Tun M dulu ada 1MDB dan Jhow Low, mungkin tabung saja yang tinggal haji entah Ya HaNaNa kemana!....

Katakan, sekalipun benar (biarpun tidak ada bukti) Tun M ada kaitan dengan skandal BMF, PERWAJA dsbnya, dari sudut pandang persepsi, semua itu masih boleh dianggap kecil jika dibandingkan dengan hasil dan sumbangannya pada kehidupan rakyat dan negara.

Sedangkan jika benar skandal 1MDB ia jauh tidak memadai untuk dibandingkan dengan BR1M berintikan GST. Sekadar janji manis dan degaran kenyataan berunsur retorik ia tidak memberi sebarang kesan.

Kesimpulan dari itu, kita bukan hendak membandingkan ketokohan dan kejayaan pemerintahan pemimpin, cuma ada eloknya umum lebih menyedari akan sejarah siapa sebenarnya tokoh yang sedang mengkritik pentadbiran kerajaan pada hari ini, beliau bukan hanya berani mengkrtik sesama Melayu, bahkan demi agamanya, pemimpin kuasa besar dunia waima bangsa Yahudi pun turut dikritiknya, bukan secara tertutup atau sekadar di-blog malah di forum-forum antarabangsa yang disensasikan keseluruh dunia.

Jika dibuat analisis sekalipun akan sejarah kritikkan beliau, ternyata apa yang dikritik beliau itu kesemuanya berasas bukan '0'. Sikapnya itu konsisten, jika melibatkan kepentingan Agamanya, Bangsanya dan Negaranya maka muncullah pemimpin lantang bernama MAHATHIR.

Sebagai rakyat, kita bukan ingin seorang pemimpin yang mendabik dada bangga kerana berdarah Bugis, tapi kita ingin pemimpin yang mampu mensejahterakan keseluruhan rakyat. Jika kritikkan Tun M itu bakal merubah dan membawa kesejahteraan untuk rakyat, maka "You are not alone".. Anda Mampu Mengubahnya.


AMUKANMelayu - Tun M melabuhkan sauh setelah 22 tahun memerintah dengan pencapaiyan yang amat di banggakan dan semangat NASIONALISnya mampu menyerang British dan membawa Tanah Jajahan kembali ke pangkuan PERTIWI. 1MDB pecah Tabung kerana nak bayar perniagaan yang RUGI....