Buat senyap-senyap, bila dah berisi mana mau sorok lagi!!!!! |
OLAK LEMPIT - Khamis, 2 Syaaban 1436H. Rakyat tak kesah pun dengan 1MDB, rakyat tak kesah pun dengan beli Jet baru....ada aku kesah? Yang marah sangat ni adalah Rafizi...sebabnya dia pun nak guna jugak Jet tu....
Dalam isu sehangat 1MDB sekarang ini, Mak Long Senah di Cherok Sembok terpinga-pinga bila pembaca berita duk sebut 1MDB....dari pagi hinggalah ke senja hari dan kadang-kadang membawa sampai ke malam. Awang Leng pulak duk marah sambil pegang resit Kedai Papan yang Ah Kiaw tulis GST RM 2.70 kat bawah resit tersebut.
Pasal 1MDB, haram tak di sebutnya. Posting kali ini penulis hendak memisahkan antara KERAJAAN dan NAJIB. Kali ni penulis sebut Najib bukan kerajaan, sebab dari apa yang sudah tersingkap setakat ini, hampir semua Menteri dan mereka yang berkhidmat sebagai kerajaan tidak tahu apa2 mengenai 1MDB.
Hanya Najib saja yang tahu apakebendanya 1MDB ni.
Betulkah kabinet atau kerajaan tahu tentang 1MDB ? Kalau tahu kenapa semua nampak BLUR ? Sampai TPM sendiri pun BLUR ....
Bukan kecik anak Najib ooooi...... sekarang hutang dah RM49,000,000,000,000,000 ( ada berapa kosong kalau billion, ek ? )
Yang merasa billion2 tu berapa orang ? Yang terpaksa merana menanggung beban kesan billion2 tu SELURUH RAKYAT.
Bila rakyat bising dan bertanya, Najib buat tak layan....... Tapi bila Tun Mahathir bertanya benda yang sama, pandai pula BISING2 marahkan Tun..... bukannya nak jawab tapi habis diungkitnya segala tok nenek perkara yang pernah Tun lakukan semasa zaman beliau jadi PM.
Sekurang2nya kesan peninggalan zaman Tun masih banyak dapat kita lihat dan rasa ketika ini ........ kesan dari hutang RM49 billion 1MDB apa yang dapat kita nikmati ?
Projek RM49 BILLION Kenapa buat senyap2 ? Bila rakyat tanya kenapa senyap juga ? Bila rakyat dah mula marah, baru nak suruh audit siasat .... kerana KONONNYA apa yang didakwa oleh rakyat itu tidak benar dengan kenyataan sebenar.
Rakyat tuduh 1MDB ada masalah tapi Najib kata tidak ada masalah, makanya kena tunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan Pacman. Sebab keduanya antara dakwaan rakyat dan apa yang Najib tahu itu bercanggah.
Semalam Najib melalui kenyataannya yang turut disiarkan oleh TV3 -
Kita percaya bahawa langkah-langkah pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Saya yakin MOF boleh bersama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan. Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah-langkah menyelamatkan ataupun memulihkan 1MDB boleh mencapai matlamatnya.
Bagi rakyat yang terlalu BERPOLITIK ini satu pengakuan bahawa apa yang Tun M duk bising mengenai 1MDB ternyata BENAR! Jadi ikut logiknya, TIDAK PERLULAH tunggu siasatan Ketua Audit Negara dan PAC jika hanya untuk mendapatkan penjelasan, ianya telas jelas TERANG dan lagi mau SULUH ka?
Najib sendiri mengaku 1MDB perlu diselamatkan. Dan langkah-langkah menyelamat sedang diusahakan. Kenapa Najib sendiri tidak mahu tunggu hasil audit ? Sebab Najib tahu apa masalahnya ......
Tolong jelaskanlah kepada rakyat, APA MASALAHNYA yang Najib tahu yang tidak perlu menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara itu.......Buat 1MDB Senyap-senyap, bila dah kantoi dan di kritik tak perlulah bising-bising. Berbaliklah kita kepada TRADISI Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah.
Apa impaknya kepada Negara jika hutang itu tidak dapat di bayar? Adakah Kerajaan akan Muflis? Apakah Negara akan jatuh miskin? Bawalah berbincang ke atas perkara ini. Tolonglah cakap perkara yang betul. Macamana nak jadi PM selama 22 Tahun jika cakap macam Kapten Kapal yang nak karam.
Aku dan Orang Kampung Olak Lempit...huhhh.... ada aku kesah semua itu? Tak ada masa semua itu....kelapa sawit jatuh merudum...itu yang rakyat bising sekarang ini. Semua kos dan perbelanjaan harian meningkat. Harga barang keperluan melambung naik dan nilai duit semakin mengecil. Bila SEMUA barang naik harga serentak dek sebab tindakan kerajaan ( contohnya bila harga minyak naik walaupun harga minyak dunia rendah ), sudah semestinya rakyat akan bengang ! Kenaikan tak setimpal dengan kenaikan berapa sen sangat harga minyak ...... Salahkan peniaga yang mengambil kesempatan !
Begitu juga bila GST diperkenalkan, kalau mengikut kata promosi kerajaan, tolak 10 campur 6, harga seharusnya turun kalau tidak pun, tidak berubah. Tapi kenapa harga naik ?
Salahkan peniaga yang mengambil kesempatan !
Entahlah ..... saya akui benda ni bukan satu perkara yang mudah hendak dirungkai melalui satu artikel pendek oleh orang yang bukan pakarnya. Point saya cuma, standardlah kalau rakyat bising bila beban kos kehidupan meningkat.
Soalan PM kenapa bila dapat BR1M rakyat senyap ..... hmmmm .... itu kena tanya orang yang dapat BR1M lah...aku tak dapat. Bukan semua orang dapat BR1M tapi bila kos meningkat, ia tak kira orang tu dapat BR1M atau tidak, semuanya akan menanggung akibatnya.
Gaji tetap sama .... Kalaupun kerajaan naikkan gaji penjawat awam, bukan semua orang kerja gomen.
Ramai yang berpendapat, Kalau kerajaan terpaksa AMBIL demi untuk BERI, baik tak payah BERI ...... sebab itu kerajaan tak payahlah AMBIL !
Bila BERI, bukan semua dapat. Tapi bila AMBIL, semua kena.
Ada Orang Islamelayu kesah dengan semua itu? Orang Melayu sudah muak dan jemu dengan POLITIK Orang Melayu sendiri.....bila penulis sogokkan dengan KABINET Bayangan Pakatan Rakyat.....mereka hanya berkata "Siapa Memerintah pun Kita Begini Jugak"........
Lihat ini:
MENAKUTKAN - KABINET BAYANGAN PAKATAN
Minta Allah jauhkan dari semua ini dan MEMURKAI mereka yang membuat PERANCANGAN ini ...aminnnn..........
nilah Menteri-Menteri yang akan menerajui kementerian-kementerian kita tahun 2017 - 2022. Pada semua penjawat awam jika anda tidak bersetuju maka boleh resign pada tahun tersebut. Kalau tak resign pun Menteri Kewangan yang baru YB Tony Pua akan mengeluarkan satu surat pekeliling yang akan mengurangkan saiz dan bilangan kakitangan awam demi menjimatkan perbelanjaan negara.
Lagi pun banyak sangat Melayu dan Bumiputera dalam perkhidmatan awam menunjukkan betapa rasisnya perkhidmatan itu. Di Singapork saiz penjawat awam sikit jer dan tidak rasis kerana mereka yang diambil jadi kakitangan awam berdasarkan meritokrasi. Lihat lagi Malaysia akan mempunyai seorang Perdana Menteri seorang wanita pertama dalam sejarah.
Walaupun hanya berkedudukan sementara tetapi jadilah walaupun sehari sekurang-kurangnya boleh dapatkan balik berbilion hinggit duit nota RM500, RM1000 dan RM5000 yang dulunya dibawa lari bersama...Lepas tu bolehlah kaw tim kita jadikan negara ini Republik Pakatan Rakyat Malaysia.
Boleh buang Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu. Boleh pinda Perlembagaan jadi Deklarasi Republik. Naikkan lah seorang Presiden...sapa dia...dah tentu Menteri Mentor Lim Kit Siang.
Perlahan-lahan boleh singkir Perdana Menteri Wanita Pertama tu. Suaminya pun tak boleh buat apa-apa. Sebab kes-kes terlampaunya banyak dalam kocek sang Presiden.
Menteri Dalam Negeri serta Menteri Perumahan dan Perundangan ada banyak ceritanya...banyak cakap sangat nanti masuk 'ke dalam' lagi. Maka mudahlah nak jadikan negara ini sebagai sebuah negara yang liberal kapitalis-sosialis mengikut acuan sang Presiden dan anaknya yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri baru.
Boleh ubah lagu kebangsaaan, boleh ubah bendera Malaysia....ya ubah...ubah...ubah apa saja yang ada bau-bau Melayu dan Islam. Maka bergabunglah Malaysia dengan Singapork di selatan menjadi sebuah Republik yang kuat dari segi ekonomi dan politiknya. 90 buah kawasan Parlimen yang majoritinya orang baik-baik ditambah dengan 222 buah kawasan Parlimen di Malaysia semuanya jadi 312 buah Parlimen.
250 buah Parlimen dikuasai mereka yang telus transparent hingga ke soal pemakaian akan jadi pemimpin negara Republik ini.
Hudud...jangan mimpi nak sebut pun silap-silap akan dituduh terroris dan militan oleh Perdana Menteri yang baru merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan. Nak sebut pasal Melayu...baru cakap dah masuk ISA...rasis dan chauvinis! Maka kita pun kena redho dan to'at wa'la sebagai jemaah dan rakyat yang mukhlisin kepada barisan kepimpinan negara yang baru ini.
Tak perlulah bising-bising soal bangsa dan agama sebabnya semua nikmat kita dah dapat free. Yang penting perut terisi... Rumah free, gaji tinggi, kereta free, minyak murah, pendidikan free, nak kahwin free...Satu Bangsa, Satu Jiwa Semua Sama Rasa... Ketika itu MENAGISLAH SEPUAS-PUASNYA.....Puaskan?
Do'a Ibu.......
Tun Dr Siti Hasmah Doakan Najib Jangan Buat Sesuatu Yang Tak Baik Bagi Agama Islam...
Dengan nada sebak, Dr Siti Hasmah berkata, selain berdoa untuk rakyat, beliau turut berdoa supaya Najib "tidak buat sesuatu yang tidak baik terhadap Islam".
Bagaimanapun, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak mengulas lanjut mengenai doanya itu.
"Saya fikir suami saya dan saya tak sampai (Mekah) tapi Alhamdulillah, Tuhan bagi masa, usia, kesihatan, dapat juga sampai.
"Saya
berdoa depan Kaabah untuk keselamatan bagi semua. Saya sebagai ibu,
saya juga doakan untuk Najib supaya dia jangan buat sesuatu yang tak
baik bagi agama Islam," katanya sebak.
Beliau
berkata demikian dalam Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Siti Hasmah
sempena Hari Ibu anjuran Yayasan Generasi Muda di Kuala Lumpur.
SUDAH 500 TAHUN, MELAYU TETAP SAMA.
1. Melayu tetap
Melayu. 500 tahun berlalu. Terjajahnya Melaka bukan disebabkan kuatnya
penjajah semata-mata, tetapi ia disebabkan oleh rapuhnya benteng
pertahanan orang-orang Melayu.
2. Melaka gah disebabkan oleh perjuangan Melayu. Melaka jatuh pun disebabkan oleh Melayu.
3. Hilangnya Laksamana Hebat Hang Tuah jua disebabkan oleh Melayu sendiri.
4. Terbunuhnya Panglima Hebat Melaka, Hang Jebat juga disebabkan Melayu.
6. Termetrainya
perjanjian 1909 di antara Siam - British pisahkan Tanah Melayu tanpa
pengetahuan Pemerintah Tanah Melayu juga kerana kelalaian dan kealpaan
Melayu.
7. Bersatunya
persatuan Melayu, tubuhkan parti Melayu untuk kemerdekaan disebabkan
oleh satunya Melayu, pecahnya serpihan parti Melayu untuk tubuhkan parti
Pas juga disebabkan oleh Melayu.
8. Tanah Melayu hilang sebuah Negerinya (Singapura) disebabkan oleh perpecahan orang-orang Melayu.
9. Pecahnya UMNO lagi , muncullah Kelompok Semangat 46.
10. Pecah Lagi UMNO , muncullah Parti Keadilan Rakyat.
11. Zaman berganti zaman, pemerintah
berganti pemerintah, generasi berganti generasi, sikap pecah Melayu
masih ada lagi. Kini perseteruan antara mantan Presiden dan Presiden ,
masih samar penghujungnya tetapi jelas pengakhirannya, Melayu sentiasa
dalam kerugian.