Dakwaan Kekayaan Najib Dan Rosmah Ternyata Fitnah Belaka...
14 Rejab 1436 - klia2, Memetik coretan
Mulai hari ini sebahagian besar rakyat Malaysia harus memohon maaf dan bersimpati dengan Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kekayaan yang selama ini digembar-gemburkan kononnya dimiliki oleh mereka ternyata tidak benar, palsu dan fitnah belaka.
Ringkasnya, Najib dan Rosmah bukan sekadar hidup biasa-biasa, malah mungkin lebih susah daripada kebanyakan penerima BR1M sekali pun. Ini kerana Najib dan Rosmah sebenarnya bukan setakat tidak mampu berbelanja mewah, malah mengadakan kenduri menerima menantu pun tidak berkeupayaan.
Melalui penjelasan Pegawai Khas Perdana Menteri, Rizal Mansor bahawa kenduri kahwin anak perempuan Najib dan Rosmah iaitu Nooryana Najwa dengan Daniyar Bessikbayev yang diadakan penuh gemerlapan di KLCC dan rombongan bertandang ke Kazakhstan seramai 250 orang sebenarnya ditanggung oleh pihak lelaki, tidak lain memberi gambaran bahawa Perdana Menteri tidak berkemampuan sama sekali.
Mana-mana ibu bapa yang menerima menantu, ia adalah antara momen paling gembira dalam kehidupan mereka. Ramai yang sanggup berhutang dan meminjam di sana sini untuk mengadakan hari meriah itu.
Tetapi semua orang melakukannya berdasarkan kemampuan. Bagi golongan susah, mengadakan majlis secara ala kadar sudah memadai sebagai tanda gembira dan syukur.
Ada juga yang sekadar mengadakan doa selamat ringkas di surau atau masjid saat menerima menantu. Tetapi ia tetap menjadi kebanggaan kerana ibu bapa atau keluarga pengantin dapat menunaikan tanggungjawab berdasarkan kemampuan mereka.
Tetapi agak berbeza dengan Najib dan Rosmah. Sudahlah kenduri di sebelah pihak perempuan ditanggung oleh keluarga pengantin lelaki, rombongan bertandang ke Kazakhstan juga dibiayai oleh menantu budiman itu.
Sudah barang tentu pihak lelaki menawarkan semua itu kerana keluarga pengantin perempuan tidak berkemampuan membiayainya. Jika mampu, jarang benar ibu bapa pengantin perempuan mahu merendahkan maruah atau ego mereka dengan membiarkan keluarga pengantin lelaki menanggung kenduri-kendara dan kos bertandang kerana ia boleh menjadi ungkitan di masa depan atau ketika pasangan pengantin berselisih faham nanti.
Keluarga pengantin lelaki pula biasanya tidak mudah menjadi begitu pemurah kerana jika belum tinggal bersama sudah terpaksa mengeluarkan banyak belanja dan menanggung itu ini, ianya pasti meningkat lagi apabila selepas berkahwin kelak.
Dalam hal ini, mungkin juga Daniyar ini seorang menantu budiman yang jauh lebih baik daripada Khairy Jamaluddin kerana ketika beliau berkahwin dengan anak Tun Abdullah dahulu, juga seorang Perdana Menteri, tidak pula terdengar kemurahan hatinya mahu menanggung kenduri di pihak perempuan.
Apa pun, semua ini menunjukkan Najib dan Rosmah tidak berkemampuan. Dalam tidak mampu itu, mujur pula Tuhan jodohkan anaknya dengan lelaki budiman, pemurah lagi penyayang, lalu dapatlah juga akhirnya mengadakan kenduri yang meriah serta bertandang ke Kazakhstan.
Oleh itu, rakyat negara ini seharusnya bersimpati dengan Najib dan Rosmah. Rupa-rupanya mereka adalah ibu bapa yang tidak mampu, waima untuk mengadakan majlis kenduri menerima menantu sekali pun.
Dengan ini ia bukan saja mengesahkan bahawa semua dakwaan kekayaan Najib dan Rosmah selama ini tidak benar, bahkan laporan kononnya mereka memiliki jam tangan mewah, barang kemas intan berlian, pakaian mahal dan sebagainya juga turut palsu dan khayalan semata-mata.
Kalau untuk mengadakan kenduri menerima menantu pun terpaksa ditanggung oleh pihak lelaki, memiliki jam Casio atau memakai gelang daripada besi pun tentu nampak mustahil serta di luar kemampuan Najib dan Rosmah.
Kesian Najib dan Rosmah, difitnah siang malam selama ini. Dengan ini, ramai rakyat kita termasuk Tun Mahathir rupa-rupanya telah membuat "dosa kering" dengan menghebah-hebahkan kekayaan dan perbelanjaan mewah sedangkan Perdana Menteri dan isteri sebenarnya tidak berkemampuan sama-sekali.
Adusss...sempatkah kita bertaubat dan memohon maaf? (SH 02/05/2015)
"Waspada kerenah isteri jika tidak mahu dibenci rakyat" yang di siarkan pada 20 April 2015 dan Ayahanda Tun M juga menyselar gaya hidup 'mewah' PM dan "first lady".
"Waspada kerenah isteri jika tidak mahu dibenci rakyat" yang di siarkan pada 20 April 2015 dan Ayahanda Tun M juga menyselar gaya hidup 'mewah' PM dan "first lady".
Berikut tulisan penuh beliau yang bertajuk 'Wanita dan pengaruhnya terhadap lelaki'.
Umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruhi yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.
Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslihat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya.
Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf: “Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28)
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust)
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda: “Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda baginda juga: “Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya”. (Riwayat Muslim)
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya.
Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat. Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.
Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.
Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah”. (Riwayat Muslim)
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya.
Sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya”. (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan)
Sabda Nabi s.a.w juga: “Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau”. (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan)
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.
Dengan tajuk TANYA PADA ROSMAH MANSOR Yahya Ismail pula menambahkan "SESAK" di dada. Pada Tuesday, April 28, 2015 dalam kolumnya, Yahya Ismail "TANYA PADA ROSMAH MANSOR"
Tahniah kepada Rosmah Mansor kerana melantik dirinya sendiri sebagai First Lady of Malaysia.
Ini sejarah baru politik Malaysia setelah Najib jadi PM.
Dalam sejarah politik dunia yang minat melantik diri sendiri sebagai presiden seumur hidup seperti Marcos, Sukarno dan beberapa pemimpin negara2 di Afrika. Tak pernah dengar bini mana-mana presiden negara Afrika, termasuk yang makan daging manusia, yang melantik diri sendiri menjadi First Lady.
Hebat Ro...smah! Tahniah Rosmah! Rosmah bernasib baik selepas dicerai oleh suaminya yang dulu dia mendapat Najib, suami berstattus mithali pula.
Sebagai suami mithali Najib ikut saja segala kemahuan bininya.
Kononnya Rosmah banyak memberi nasihat kepada suaminya yang amat patuh dan setia itu.
Pendek kata, PM banyak mendapat nasihat2 yang berguna dari bininnya yang, menurut kata orang lebih bijak dari suaminya.
Tuan-tuan dan puan-puan rakyat marhein patut berasa bangga dengan Rosmah yg banyak membimbing dan menasihati suaminya yang taat setanya tak berbelah bagi pada bininya.
Oleh itu janganlah hairan bin pelek kalau Rosmah nampaknya lebih berkuasa dari PM.
Kata orang dua kepala lebih baik dari satu kepala apalagi dalam urusan negara yg memerlukan buah fikiran yg super bernas menghadapi cicak, mengkarung, babi hutan beruk dan siamang.
Juga jangan rasa cemburu gila kalau Rosmah dan Najib hidup dalam dunia fantasi yang super mewah, kekayaan melimpah, perkahwinan anak dianggap sebagai "marriage of the century".
Itu semua berkat simpanan sejak masih bayi lagi.
Tak perlu lampu Aladin atau membela sejuta ahli kehormat toyol.
Juga tak perlu bela hantu raya, dewa dewi atau pun mandi susu oleh sami Hindu atau Budha.
Tuan-tuan dan puan-puan rakyat marhein semua jangan bimbang menghadapi PRU 14.
Najib dan Rosmah akan pastikan BN menang cemerlang dengan 2/3 suara di Parlimen.
Kami bagi minyak pelincir BRIM kepada rakyat.
Ingat jangan tak ingat, jangan sekali-kali tanya suamiku atau aku mengenai 1MDB itu.
Itu saja pantang larang kami tau..
Jangan lupa sambut kami di mana-mana dengan slogan WE LOVE PM.
Itu adalah janji keramat rakyat marhein untuk mengekalkan kami di Putra jaya.
Hidup Najib! Hidup Rosmah! Oh, maaf, lupa. Aku sendiri mengangkat diriku!
Belum habis lagi dengan "FITNAH" yang di lemparkan kepada PM dan "first lady".......dalam keGhairahan PRK di Rompin dan "CHEROK TOK KUN".....sunyi seketika "telunjuk" yang di halakan kepada PM dan "first lady", tiba-tiba "DUTA BESAR" Malaysia di Jakarta pulak bersaing rapat dengan Ku Nan untuk "Mencuci Epal" supaya lebih berkilat dan licin.....dan persoalan pun timbul Berapa Billion RM Harta Milik Keluarga Bangsawan Najib Rosmah"?
Apa yang di lakarkan oleh Din Turtle sangat seronok untuk ulas bersama.....hehehehe, jom layan.........
Apa yang di lakarkan oleh Din Turtle sangat seronok untuk ulas bersama.....hehehehe, jom layan.........
" |
Utusan |
Agaknya Zahrain tidak mahu rakyat lupa akan perkara itu .... ok, jom kita bincang agar tidak mudah lupa akan kebangsawanan Najib.
Pertamanya, benarkah keluarga Najib Rosmah begitu kayaraya ? Yep, yang ini kita tidak boleh pertikaikan lagi sebab telah disahkan oleh PMO dan Zahrain sendiri dan yang paling utama, disahkan sendiri oleh gaya hidup mewah ( lavish lifestyle ) keluarga Najib Rosmah sendiri.
Kaya biasa atau kaya giler ? Sudah tentu KAYA GILER ! Kalau tidak mana mampu anak Rosmah boleh beli kondo mewah di NewYork bernilai RM110 juta dan rumah lebih RM60 juta di Beverly Hills secara tunai !! Belum cerita kemewahan sambutan perkahwinan anak mereka baru2 ini...
Itu baru anak2 Najib Rosmah ....... Rosmah sendiri ?
TAPI seperti kata Zahrain, apa nak diherankan kalau sememangnya keluarga mereka kaya giler... duit mereka, jadi ikut pandailah mereka nak hidup lavish pun...
Hmmmm ..... tertanya juga saya, apakah gaya hidup mewah keluarga Najib Rosmah ini hanya terserlah sejak Najib jadi PM atau memang dari dulu lagi sebelum jadi PM lagi dah nampak ? I mean, kekayaan itu kan di warisi, so tidak ada kaitan dengan jawatan PM. Maknanya sebelum jadi PM lagi keluarga Najib Rosmah sudah kaya giler.... kan ?
Atau sejak berstatus keluarga PM jer baru terserlah keinginan mahu hiduplavish ? Sebelum itu lebih kepada Wasatiyyah atau Kesederhanaan seperti yang sering dilaung2kan oleh Najib ?
Apakah gaya hidup mewah itu menepati konsep Wasatiyyah ?
Benarkah seluruh keturunan datuk kepada Najib itu hidupnya mewah atau cuma keluarga Najib Rosmah saja ? Saya bertanyakan ini kerana bukankah adik beradik Najib sendiri yang telah protes kepada kenyataan PMO yang mendakwa kekayaan keluarga Najib Rosmah adalah hasil harta pusaka ?
Kalau kaya giler dan jika semua perbelanjaan adalah hasil duit sendiri, saya rasa rakyat tak boleh nak cakap banyaklah kecuali pertikai sikap menunjuk2 kemewahan jer lah .... Wasatiyyah lah konon...
TAPI ..... kalau dah kaya giler, tidak seharusnya timbul cerita2 tentang salahguna harta kerajaan untuk kegunaan peribadi.... haaaa, yang ini rakyat tak suka dengar.
Sebelum ni dah kecoh hal penyalahgunaan jet kerajaan untuk tujuan peribadi.... terbaru rakyat dah mula bertanya siapa yang bayar kos rombongan kahwin ke Kazakhstan ? Adakah keluarga Najib Rosmah yang bayar atau keluarga besan yang tanggung atau penumpang yang bayar sendiri ( hah ! ) ?
Tak perlulah tunggu wakil rakyat bertanya di Parlimen baru nak jawab ..... isu macam ni pejabat PMO atau Najib Rosmah sendiri boleh terus je jawab supaya rakyat tidak terus bergossip.
PASTI ada yang marah dengan artikel ini ! Kenapa ? Rakyat tak boleh tanya ke ? Jadi PM ni macam jadi artis juga .... kehidupan anda dah jadi milik umum, semua orang mahu tahu cerita anda. Standard lah tu .... semua rakyat negara di dunia pun macam tu juga.
Apatah lagi jika PM itu juga adalah Menteri Kewangan ...... dan juga bertanggungjawab mewujudkan 1MDB ... yang kebetulan berdepan dengan persoalan2 tentang urus kewangan billion2 RM yang masih belum terjawab ..... kes yang ini hanya di Malaysia saja, negara lain di dunia tak ada.
Tak perlu nak marah2 .... jawab saja dan elakkan kontroversi. Kita tak naklah nanti ada rakyat yang mengaitkan kekayaan giler keluarga PM dengan isu 1MDB... kan ?
Yang sebenarnyalah, berapa nilai harta kemewahan yang dimiliki oleh keluarga bangsawan Najib Rosmah ni ? Berapa billion RM yang mereka miliki ? ( i mean, kalau boleh miliki hartanah bernilai RM ratusan juta, pastinya harta mereka mencecah billion, kan ? )
Salahkah kalau rakyat mahu tahu secara lebihkurang jer, nilai kemewahan keluarga PM mereka ? Bila dah tahu PM memiliki sekian2 billion, saya percaya lepas ni takde lah orang nak bersangka buruk lagi setiapkali baca berita akan lavish lifestyle mereka.
Alaaaa.... dia billionair, dia mampu .... apa kisah.
Jadi demi kebaikan keluarga Najib Rosmah sendiri, mungkin ada baiknya didedahkan lebihkurang nilai kemewahan yang mereka miliki ..... tak gitu ? Demi mengelakkan sangka buruk di kalangan rakyat.