,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 4 May 2015

KAK WAN WAKIL SUAMI VS "Abang Mie" WAKIL RAKYAT VS ULAMAK WAKIL KAFIRUN


Kak Wan suruh Azmin jaga Kajang, Guan Eng jaga Permatang Pauh......Kak Wan nak jaga cucu........

Image result for wan azizah main buaian
Ndoi-ndoi ciak, ciak makan padi......Kajang jangan teriak, Azmin kan MB







Para pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berbangsa Cina menyeru para pengundi Pilihanraya Kecil (PRK) tidak memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ahli parlimen kawasan itu supaya Presiden PKR itu dapat balik semula ke Kajang untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya dan beberapa ahli PKR dengan lantang menyeru supaya Kak Wan balek Kajang jalankan tanggung jawab dan amanah yang telah di berikan di Kajang......

Ketua SAUK  Mazli Saring berkata, kehadiran mereka adalah untuk menyedarkan pengundi Permatang Pauh tentang tindakan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah pada tahun 2008 yang meletak jawatan sebagai ahli Parlimen atas alasan mahu menjaga anak dan cucu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 Mei, 2015.


Sekumpulan kira-kira 20 individu yang mendakwa diri mereka ahli PKR Selangor mengadakan sidang media di Pulau Pinang hari ini bagi membantah pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Menamakan diri mereka sebagai Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK), kumpulan yang diketuai Mazli Saring mengatakan kehadiran mereka adalah untuk menyedarkan pengundi Permatang Pauh tentang tindakan Dr Wan Azizah pada tahun 2008 yang meletak jawatan sebagai ahli Parlimen atas alasan mahu menjaga anak dan cucu.

Namun katanya Dr Wan Azizah bertanding dalam PRK Kajang pada tahun 2014 tetapi gagal memberikan khidmat terbaik dan kini sibuk pula bertanding di Permatang Pauh.

"Kami masih sayangkan parti. Kenapa begini jadinya?

"Presiden sepatutnya kempen dalam PKR untuk wujudkan perpaduan dalam parti.

"Bukan maksud kami untuk suruh tolak Wan Azizah tetapi kenapa selepas kes Anwar, Wan Azizah datang semula untuk bertanding," katanya yang mengaku terlibat dalam kempen PRK 2008 yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mazli sebelum ini mengetuai NGO pro- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikenali sebagai Pakatan anak-anak Selangor menyokong menteri besar Selangor (Pasmeb) sewaktu kemelut berlangsung.

Mazli bagaimanapun menafikan kempen mereka kali ini mempunyai kaitan dengan Pasmeb.

Beliau bersama dua orang lagi 'anggota jawatankuasa' SAUK mengenakan kaca mata hitam sewaktu sidang media berlangsung.

Di belakang mereka pula terdapat beberapa individu memegang poster dengan lambang PKR dan wajah personaliti PKR.

Di antara mesej yang tertulis pada poster itu adalah "Anwar ke Mahkamah Syariah Bukti PKR Sokong Hudud", "Tun M dan Azmin Perlu Digabungkan", dan "TQ Rafizi dan Nurul Izzah kerana sokong hudud".

Dalam era politik kini....kini semakin jelas KONSEP PROKSI di praktik sepenuhnya di dalam dunia Politik kini. Kini sapa-sapa pun boleh masuk dunia politik sekiranya "RM" melinpah-ruah..... jika Azmin menjaga Kajang dan Guan Eng pula menjaga Permatang Pauh.....Kak Wan nak buat apa....dan sudah semestinyalah apa yang di hajatkan Kak Wan semasa memberi laluan kepada Anwar di Permatang Pauh dahulu akan di buktikan...."Kak Wan nak bewrsara dan bermain dengan cucu". Kini semua pengundi di Kajang dan Permatang Pauh di perbodohkan begitu sahaja oleh "Jalang-jalang Politik" seperti mereka ini......lihat apa yang di perkatakan oleh


Lim Guan Eng DAP mendakwa akan 'menjaga parlimen Permatang Pauh' jika Wan Azizah menang Pilihanraya kecil ini.



Penang Chief Minister Lim Guan Eng has pledged to take care of the Permatang Pauh parliamentary constituency if Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail wins at the polls next Thursday. more
Boleh percayakah kenyataan Lim Guan Eng ini?

Persoalan ini timbul kerana usul rakyat di DUN Penanti parlimen Permatang Pauh pun tidak dipedulikan. Dan menyebabkan Norlela Ariffin, ADUN PKR Penanti sakit dada kerana 5 usul beliau untuk kesejahteraan rakyat dibuang oleh pre-council DUN.

Bukan itu sahaja, ADUN Penanti juga mengatakan ada yang mengetawakan beliau!  



Jadi sebelum Lim Guan Eng DAP menabur gula-gula pilihanraya yang dipersoalkan kebenarannya, beliau dituntut untuk menjawab isu DUN Penanti parlimen Permatang Pauh iNI.

Dan kenyataan Azmin Ali yang akan menjaga Kajang dan Lim Guan Eng menjaga Permatang Pauh sebenarnya adalah satu kenyataan politik yang silap dan mencerminkan Wan Azizah sebagai calon parti yang tidak kompoten sebagai wakil rakyat. 

Ianya memburukkan lagi Wan Azizah yang sekarang dikenali sebagai wakil suami dan bukannya wakil rakyat. Malah, rakyat Kajang juga telah bangkit marah kepada Wan Azizah dan ini memberi "LALUAN MUDAH KEPADA DAP" untuk MENJAHANAMKAN MELAYU di Malaysia ini melalui Proksi seperti Wan Azizah yang menjadi "WAKIL SUAMI" dan bukannya "WAKIL RAKYAT"....

Dengan ini mudahlah DAP untuk menjahanamkan Negara ini dan Orang Islamelayu denganb keseluruhannya. Ini kerana banyak ULAMAK kini yang menjadi PROKSI DAP dan mereka ini mendabik dada kononnya memperjuangkan Ugama sedangkan pada hakikatnya mereka inilah telah memperdagangkan Ugama dan mereka akan menghukum Orang yang menuduh mereka memperalatkan Ugama sebagai Orang yang dangkal Ugama dan mereka sentiasa selemat dan perjuangan mereka di redhoi Allah......

Lihatlah apa yang perjuanghkan oleh DAP di bawah ini? Dalam masa jangka panjang, kitsa akan jadi bangsa Malaysia dan Ugama menjadi sama rata.....dan selepas itu di galakan PERKAHWINAN CAMPUR tanpa menukar UGAMA.....bagaimana kesudahannya nanti? Akhidah anak-anak kita sudah tidak penting......bila Orang Ugama sudah asyik dengan POLITIK dan kerja-kerja DAKWAH di tinggalkan......MURTAD akan menjadi mudah dan tidak lagi menjadi halangan kepada Orang Islamelayu dan PERLEMBAGAAN bila-bila masa sahaja akan di ubah dengan KUASA POLITIK.....sayonara ISLAM di Malaysia.......

Slogan ‘No Malay, No Chinese, No India’ APa Tersiratnya Itu?


Agenda DAP....

Bumiputra diHapuskan ditukar rakyat Malaysia .
Agama Islam Hanya Agama Rasmi. Senang cerita Agama Wayang .
Dan semua Agama setaraf....
Berhati2lah kamu menyokong DAP ...
Cita² dia ingin jajah malaysia.
Dgn menjadikan melayu barua mereka . dan melayu ini akan diAngkat dipuji dan dimuliakan .
Sehingga lupa Agama, bangsa dan maruah . kerana termakan budi




Kata Ahmad Awang dalam temubualnya semalam, "Kalau pas terus dipimpin ulamak maka pas akan terus tertinggal ke belakang".



Ahmad Awang dulu KETUA PERSATUAN ULAMAK MALAYSIA, kini tibai balik gelaran yang pernah dia sandangkan nya. Apa maksud Ahmad Awang kalau ulamak terus dominan dalam pas, maka pas tertinggal ?

Adakah ianya bermakna ulamak tak pandai atur kewangan, tidak pandai mentadbir? Apakah Ulamak yang jujur dan ikhlas sudah tiada lagi di Malaysia ini?

 Atau apakah maksud ahmad awang, ulamak perlu progresif dan perlu bersetubuh minda dan akalnya dengan parti yang terang-terang menjadikan Islam momokan atas nama demokrasi? Apakah kerana demokrasi kita sanggup membiarkan Ugama di hina dan di cerca? atau adakah banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang mengingatkan kita betapa Orang-orang KAFIR ini tidak boleh di percayai perlu di mansuhkan dari Al-Quran? Dan
Ahmad Awang nak ISLAM yang bagaimana dan kemana halatuju PERJUANGAN PAS sekarang ini?




Apakah "Ulamak" seperti Ahmad Awang mahukan pas yang progesif lantas meneruskan ide pembantaian hak Islamelayu sepertimana yang dilakukan oleh Nizar Jamaludin di perak ?

Ahmad Awang adalah pesuruhjaya PAS Perak di kala Perak ditadbir 9 bulan oleh Nizar Jamaludin. Mungkin pada pengamatan Ahmad Awang, cara 9 bulan Nizar Jamaludin menjadi MB Perak itu dianggap yang terbaik untuk pas teruskan. Sejak kebelakangan ini Ahmad Awang semakin naik namanya di mata portal yang dilihat tidak sebulu dengan TGHH.


Malah, kelibat Ahmad Awang yang berdemo pada 1 mei lepas jelas membukti dia sedia untuk menjadi terbuka dan progresif seterusnya layak menjadi saingan utama pemilihan presidensi pas jun nanti sedangkan selama ini, dia tak pernah pun join sebarang demonstrasi yang dilakukan PAS. 


Adakah Ahmad Awang amat terdesak atau telah TERHUTANG BUDI sehingga sanggup mengadai maruah diri? Apakah ini dikira politik MENGHALALKAN cara dan sanggup buat apa saja janji populis?.



AMUKANMelayu menjadi kasihan melihat perangai Ulamak seperti ini yang sanggup
bertukar menjadi balaci setelah sekian lama berada dalam hirarki Persatuan Ulamak. Sedangkan TGHH dengan jelas MENOLAK secara lembut untuk berkempen bagi pihak Wan Azizah di Permatang Pauh.....

KOTA KINABALU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membayangkan beliau tidak akan berkempen untuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.  Ketika ditanya sebab beliau tidak turun berkempen di Permatang Pauh, Hadi berkata beliau sibuk dengan program parti yang diatur lebih awal selain terpaksa berulang ke hospital untuk menerima rawatan.

Hadi berada di ibu negeri Sabah untuk merasmikan konvensyen PAS negeri. Beliau agak aktif berkempen untuk calon partinya di pilihan raya kecil parlimen Rompin Selasa ini, namun belum muncul di Permatang Pauh walaupun tempoh kempen hanya tinggal empat hari. Ketiadaan Hadi di Permatang Pauh di lihat sebagai “membalas” ketiadaan pemimpin-pemimpin utama PKR dan DAP membantu jentera PAS di Rompin.

Ia juga memperlihatkan hubungan semakin rapuh di antara Hadi dan pimpinan PKR serta DAP, sekali gus menguatkan spekulasi Pakatan Rakyat akan berpecah secara rasmi tidak lama lagi. Dalam pada itu, Hadi berkata beliau tidak mengetahui secara pasti golongan mana yang dikatakan membantah pencalonan Wan Azizah untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh. Beliau enggan menyalahkan anggota PAS, sebaliknya berkata mungkin golongan itu adalah daripada pihak yang cuba membuat provokasi sebelum ini.

PAS Permatang Pauh dan Pemuda PAS negeri sebelum ini bercadang memulau Wan Azizah dan hanya akur untuk menggerakan jentera kempennya selepas di arah oleh PAS Pusat. Mengenai pendirian PAS Pusat berhubung ahli Pakatan Rakyat (PR) Sabah khususnya DAP yang menolak pembabitan PAS dalam PR Sabah, Hadi berkata terpulanglah kepada PR negeri masing-masing untuk membuat keputusan namun PAS masih anggota PR Pusat.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan PAS tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Beliu juga menegaskan PAS berpegang kepada persetujuan dicapai di kalangan pemimpin-pemimpin PR sebelum ini yang memulangkan kepada parti masing-masing dalam soal pendirian parti yang berbeza – Antarapos

Melihat gaya "TENDANGAN" mereka adalah sama dan banyak lagi persamaan di antara mereka yang tidak kita endahkan yang sebenarnya mereka adalah "SAMA tapi TIDAK SERUPA"

Najib dan Anwar Bakal 'Cium Mulut'?


Image result for najib tendang bola
TENDANGAN yang sama

TENDANGAN yang sama



Ungkapan politik selau mengingatkan,  tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi. Yang kekal adalah kepentingan peribadi.

Orang-orang lama juga ada berpesan, dunia politik ini untuk mereka yang tebal kulit mukanya. Ia hanya sesuai untuk mereka yang boleh berpura-pura, sanggup buang kawan dan sentiasa terbuka untuk berbaik dengan musuh.

Yang banyak pengalaman pula ada berkata, kalau dalam matematik,  dua darab dua bersamaan empat, tetapi dalam politik jawapannya boleh jadi lain daripada angka itu.

Begitulah selalunya perjalanan politik. Paling kerap berlaku ialah kawan bertukar jadi lawan dan lawan bertukar jadi kawan. Dua orang yang bergaduh boleh berbaik bila musuh yang dihadapi adalah orang yang sama.

Dalam perseteruan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim sejak bertahun-tahun sebelum ini serta berdasarkan rentetan peristiwa antara keduanya, barangkali di luar pemikiran semua orang tentang kemungkinan kedua-duanya boleh bersatu dan bekerjasama.

Apatah lagi penyokong Anwar dan Najib juga sama-sama agresif menyerang, mencerca dan memaki-hamun kedua-dua pemimpin itu. Jika penyokong Najib membuat serangan dengan antaranya berkaitan dakwaan liwat dan mengedarkan video seks, penyokong Anwar pula membalasnya dengan menuduh Najib sebagai "pembunuh" dalam kes Altantuya, dikawal Rosmah dan banyak lagi.
Image result for najib minum kopi dengan anwar
Jib.....Karipap takde ke?
Tetapi perkembangan mutakhir ini semakin memperlihatkan Najib dan Anwar bakal bersatu dan saling "cium mulut"  antara satu sama lain. Puncanya tidak lain kerana kedua-duanya sudah mempunyai musuh yang sama - Mahathir dan Daim.

Media arus perdana yang dulunya melanyak Anwar dan parti pembangkang habis-habisan, terutama dalam isu liwat dan video seks, kini tiba-tiba memberi ruang seluas-luasnya kepada PKR dan Ketua Pembangkang itu mengenai isu rasuah melibatkan Daim Zainuddin. Tindakan media arus perdana ini secara logiknya tentulah mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu.

Dengan Anwar pantas menyambut sedia menyerahkan bukti yang dimilikinya mengenai kekayaan Daim dan sekali lagi publisiti meluas diberikan oleh media arus perdana, ia umpama salam dan "kenyit mata" Najib sudah pun disahut dengan mesra dan penuh makna oleh Ketua Pembangkang itu.

Beberapa pemimpin UMNO juga turut mengkritik Mahathir melalui akhbar arus perdana sedangkan selama ini mereka hanya diam mengenai kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib.

Blog dan pengamal media sosial pro Najib kini lebih terbuka dan berani menyerang Mahathir serta Daim, termasuk mengungkit isu-isu lama semasa keduanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
Image result for tun m dan daim
Daim dan Tun M kini adalah Musuh Bersama Najib dan Anwar?
Dalam masa yang sama, serangan media pro Najib kepada Anwar agak reda dan berkurangan sejak kebelakangan ini. Mahathir dan Daim lebih dimusuhi berbanding Anwar.

Sementara Mahathir dan Daim saling bergilir menyerang Najib dengan pelbagai isu kelemahan dalam kerajaan, Anwar pula hanya berdiam saja. Meskipun ada juga pemimpin pembangkang lain turut bercakap soal 1MDB misalnya, tetapi Anwar nampaknya lebih berminat tumpang sekaki dalam isu melibatkan Daim daripada turut menyerang Najib.

Dalam percaturan kuasa dan kepentingan peribadi, walaupun bergasak bagai nak runtuh dunia, realitinya tidak mustahil Najib dan Anwar boleh berbaik dan menukar hubungan lawan menjadi kawan. Selain musuh yang sama, mereka juga ada kepentingan masing-masing yang boleh dijadikan tawar-menawar.

Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pernah bersama untuk menentang Mahathir setelah bermusuh sekian lama dalam UMNO. Mahathir dan Ku Li yang bermusuh boleh berbaik dan Musa Hitam yang dipecat juga boleh kembali menyokong Mahathir. Anwar yang selama bertahun-tahun memusuhi Pas dan DAP, segera menggamit mereka sebagai rakannya sebaik dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Semuanya dengan mudah boleh berubah apabila kepentingan atau musuh menjadi sama.

Dalam realiti sekarang, Najib hanya ingin terus berkuasa di Seri Perdana tetapi berdasarkan keputusan PRU 13 lalu, halangannya kini lebih sukar kerana tiada lagi sokongan daripada Mahathir dan Daim.

Anwar pula hidup mati politiknya bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diketahui tidak lama lagi. Sementara Najib masih menghitung-hitung untung rugi antara membebas atau memenjara, Anwar tentulah lebih suka dibebaskan berbanding memimpin perjuangan daripada dalam penjara.

Di ketika yang sama, Anwar juga diketahui masih ghairah untuk kembali menggenggam kuasa. Jika Najib sedia berkongsi kuasa dan memastikannya tidak ke penjara, tambahan pula Mahathir dan Daim sudah jadi musuh bersama, membalasnya dengan sokongan bukanlah masalah besar bagi Anwar.

Dengan serangan Mahathir dan Daim yang kian berterusan ini, Najib juga mungkin terfikir beliau akan kehilangan sama-sekali talian hayatnya jika Anwar berada di dalam penjara. Najib juga tahu hanya Anwar yang sesuai untuk membantunya menghadapi serangan Mahathir dan Daim ini.

Jika kerjasama atau "cium mulut"  itu dapat diwujudkan, mungkin dengan cara Anwar bersama penyokongnya menyertai UMNO atau bekerjasama antara parti dengan PKR, Najib tentunya berasakan peluangnya mengekalkan kuasa menjadi lebih cerah lagi. Ini kerana selain undi Melayu kekal dalam genggaman melalui UMNO, perolehan undi bukan Melayu, undi bandar, separa bandar dan golongan muda kepada kerajaan boleh diperbaiki lagi dengan bantuan Anwar dan PKR.

Selain dibebaskan daripada hukuman penjara, Anwar dan pasukannya juga akan diberikan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Anwar mungkin diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri semula manakala yang lain akan dijadikan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru itu nanti. 

Meski tidak kesampaian untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian berjaya meletakkan orang-orang kanannya dalam kerajaan, termasuk Nurul Izzah, Rafizi, Shamsul Iskandar dan lain-lain, ia tetap merupakan kejayaan besar bagi Anwar.

Lagi pula dengan PR yang kian berpecah, terutama hubungan Pas dengan DAP yang sentiasa berbalah, ditambah dengan golongan ulama dalam Pas juga sukar diramal kehendaknya, harapan Anwar untuk berkuasa melalui gabungan itu turut kian kabur kebelakangan ini.

Berbaik dan bergabung bukan saja pilihan terbaik untuk Anwar, tetapi juga sesuatu yang sukar ditolak oleh Najib demi masa depan politiknya.

Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan dua darab dua tidak semestinya empat adalah antara hukum politik yang dihalalkan demi kepentingan masing-masing. Hukum yang sama juga, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan penyokong Najib mencium tangan Anwar dan penyokong Anwar mencium tangan Najib. (SH 20/01/2015)


NAJIB DAN ANWAR BAKAL 'CIUM MULUT'? Oleh Shahbudin Husin Dulu minum teh tarik bersama, kini Mahathir dan Daim juga sudah jadi musuh bersama... Ungkapan politik selau mengingatkan, tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi. Yang kekal adalah kepentingan peribadi. Orang-orang lama juga ada berpesan, dunia politik ini untuk mereka yang tebal kulit mukanya. Ia hanya sesuai untuk mereka yang boleh berpura-pura, sanggup buang kawan dan sentiasa terbuka untuk berbaik dengan musuh. Yang banyak pengalaman pula ada berkata, kalau dalam matematik, dua darab dua bersamaan empat, tetapi dalam politik jawapannya boleh jadi lain daripada angka itu. Begitulah selalunya perjalanan politik. Paling kerap berlaku ialah kawan bertukar jadi lawan dan lawan bertukar jadi kawan. Dua orang yang bergaduh boleh berbaik bila musuh yang dihadapi adalah orang yang sama. Dalam perseteruan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim sejak bertahun-tahun sebelum ini serta berdasarkan rentetan peristiwa antara keduanya, barangkali di luar pemikiran semua orang tentang kemungkinan kedua-duanya boleh bersatu dan bekerjasama. Apatah lagi penyokong Anwar dan Najib juga sama-sama agresif menyerang, mencerca dan memaki-hamun kedua-dua pemimpin itu. Jika penyokong Najib membuat serangan dengan antaranya berkaitan dakwaan liwat dan mengedarkan video seks, penyokong Anwar pula membalasnya dengan menuduh Najib sebagai "pembunuh" dalam kes Altantuya, dikawal Rosmah dan banyak lagi. Tetapi perkembangan mutakhir ini semakin memperlihatkan Najib dan Anwar bakal bersatu dan saling "cium mulut" antara satu sama lain. Puncanya tidak lain kerana kedua-duanya sudah mempunyai musuh yang sama - Mahathir dan Daim. Media arus perdana yang dulunya melanyak Anwar dan parti pembangkang habis-habisan, terutama dalam isu liwat dan video seks, kini tiba-tiba memberi ruang seluas-luasnya kepada PKR dan Ketua Pembangkang itu mengenai isu rasuah melibatkan Daim Zainuddin. Tindakan media arus perdana ini secara logiknya tentulah mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu. Dengan Anwar pantas menyambut sedia menyerahkan bukti yang dimilikinya mengenai kekayaan Daim dan sekali lagi publisiti meluas diberikan oleh media arus perdana, ia umpama salam dan "kenyit mata" Najib sudah pun disahut dengan mesra dan penuh makna oleh Ketua Pembangkang itu. Beberapa pemimpin UMNO juga turut mengkritik Mahathir melalui akhbar arus perdana sedangkan selama ini mereka hanya diam mengenai kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib. Blog dan pengamal media sosial pro Najib kini lebih terbuka dan berani menyerang Mahathir serta Daim, termasuk mengungkit isu-isu lama semasa keduanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu. Dalam masa yang sama, serangan media pro Najib kepada Anwar agak reda dan berkurangan sejak kebelakangan ini. Mahathir dan Daim lebih dimusuhi berbanding Anwar. Sementara Mahathir dan Daim saling bergilir menyerang Najib dengan pelbagai isu kelemahan dalam kerajaan, Anwar pula hanya berdiam saja. Meskipun ada juga pemimpin pembangkang lain turut bercakap soal 1MDB misalnya, tetapi Anwar nampaknya lebih berminat tumpang sekaki dalam isu melibatkan Daim daripada turut menyerang Najib. Dalam percaturan kuasa dan kepentingan peribadi, walaupun bergasak bagai nak runtuh dunia, realitinya tidak mustahil Najib dan Anwar boleh berbaik dan menukar hubungan lawan menjadi kawan. Selain musuh yang sama, mereka juga ada kepentingan masing-masing yang boleh dijadikan tawar-menawar. Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pernah bersama untuk menentang Mahathir setelah bermusuh sekian lama dalam UMNO. Mahathir dan Ku Li yang bermusuh boleh berbaik dan Musa Hitam yang dipecat juga boleh kembali menyokong Mahathir. Anwar yang selama bertahun-tahun memusuhi Pas dan DAP, segera menggamit mereka sebagai rakannya sebaik dipecat daripada UMNO dan kerajaan. Semuanya dengan mudah boleh berubah apabila kepentingan atau musuh menjadi sama. Dalam realiti sekarang, Najib hanya ingin terus berkuasa di Seri Perdana tetapi berdasarkan keputusan PRU 13 lalu, halangannya kini lebih sukar kerana tiada lagi sokongan daripada Mahathir dan Daim. Anwar pula hidup mati politiknya bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diketahui tidak lama lagi. Sementara Najib masih menghitung-hitung untung rugi antara membebas atau memenjara, Anwar tentulah lebih suka dibebaskan berbanding memimpin perjuangan daripada dalam penjara. Di ketika yang sama, Anwar juga diketahui masih ghairah untuk kembali menggenggam kuasa. Jika Najib sedia berkongsi kuasa dan memastikannya tidak ke penjara, tambahan pula Mahathir dan Daim sudah jadi musuh bersama, membalasnya dengan sokongan bukanlah masalah besar bagi Anwar. Dengan serangan Mahathir dan Daim yang kian berterusan ini, Najib juga mungkin terfikir beliau akan kehilangan sama-sekali talian hayatnya jika Anwar berada di dalam penjara. Najib juga tahu hanya Anwar yang sesuai untuk membantunya menghadapi serangan Mahathir dan Daim ini. Jika kerjasama atau "cium mulut" itu dapat diwujudkan, mungkin dengan cara Anwar bersama penyokongnya menyertai UMNO atau bekerjasama antara parti dengan PKR, Najib tentunya berasakan peluangnya mengekalkan kuasa menjadi lebih cerah lagi. Ini kerana selain undi Melayu kekal dalam genggaman melalui UMNO, perolehan undi bukan Melayu, undi bandar, separa bandar dan golongan muda kepada kerajaan boleh diperbaiki lagi dengan bantuan Anwar dan PKR. Selain dibebaskan daripada hukuman penjara, Anwar dan pasukannya juga akan diberikan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Anwar mungkin diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri semula manakala yang lain akan dijadikan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru itu nanti. Meski tidak kesampaian untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian berjaya meletakkan orang-orang kanannya dalam kerajaan, termasuk Nurul Izzah, Rafizi, Shamsul Iskandar dan lain-lain, ia tetap merupakan kejayaan besar bagi Anwar. Lagi pula dengan PR yang kian berpecah, terutama hubungan Pas dengan DAP yang sentiasa berbalah, ditambah dengan golongan ulama dalam Pas juga sukar diramal kehendaknya, harapan Anwar untuk berkuasa melalui gabungan itu turut kian kabur kebelakangan ini. Berbaik dan bergabung bukan saja pilihan terbaik untuk Anwar, tetapi juga sesuatu yang sukar ditolak oleh Najib demi masa depan politiknya. Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan dua darab dua tidak semestinya empat adalah antara hukum politik yang dihalalkan demi kepentingan masing-masing. Hukum yang sama juga, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan penyokong Najib mencium tangan Anwar dan penyokong Anwar mencium tangan Najib. Posted by cerita kedai kopi

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
AMUKANMelayu - Demokrasi semakin bercelaru.......