KERISAUAN - Wajah Najib agak MURAM dan sedikit CENGKONG.....Dua wajah Najib di malam bersama media yang jelas tergambar tiada lagi gembira dan ceria... |
Najib seharusnya berwajah lebih ceria dan bersemangat kerana sudah mendapat sokongan moral yang sangat bermakna......
Apakah keceriaan yang sudah hilang itu kerana Najib kini semakin menyedari hayat politiknya kian pendek berikutan serangan berterusan daripada Tun Mahathir ini bukan saja membuatkan rakyat semakin menjauhinya, bahkan sudah ada pemimpin UMNO sendiri yang goyang pendiriannya?
Apakah juga Najib kini semakin menginsafi bahawa kerana karenah sesetengah ahli keluarganya dalam isu 1MDB yang terus berlarutan ini turut membuatkan hubungannnya mulai renggang dengan adik-beradiknya sendiri?
Setelah adik-beradiknya sebelum ini membantah kaitan perbelanjaan mewah keluarga Najib dengan kekayaan warisan Tun Razak, semalam adik bongsunya, Nazir bersuara lagi dengan menyarankan Lembaga Pengarah 1MDB sepatutnya meletakkan jawatan kerana sering berdiam diri di sebalik kemelut yang berterusan.
Tidak dinafikan ia adalah sindiran kepada Najib yang menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat pelaburan yang sedang bermasalah dan dikritik rakyat itu.
Akhirnya, mungkinkah keceriaan yang hilang ini merupakan tanda-tanda Najib semakin tak tertanggung dengan beban yang dipikulnya sekarang dan bakal membuat pilihan tidak lama lagi kerana sedar mengharapkan Tun Mahathir berhenti daripada menyerang dan mengkritiknya adalah mustahil sama sekali? (SH 15/05/2015)
Adik Beradik Najib Dedah Tembelang Najib?
Keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini menolak cakap-cakap tentang peninggalan harta perdana menteri kedua Malaysia itu dengan mengatakan Allahyarham seorang yang berjimat dan berintegriti.
Kenyataan dikeluarkan beberapa hari selepas laporan The New York Times memetik kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan kekayaan Datuk Seri Najib Razak datang daripada peninggalan keluarganya, selepas laporan mengatakan anak tirinya membeli hartanah mewah di New York, Amerika Syarikat (AS).
"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak," kata keluarganya dalam kenyataan yang ditandatangani anak- anak bekas perdana menteri itu – Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir.
Laporan The New York Times menunjukkan anak tiri Datuk Seri Najib Razak membeli hartanah mewah di New York. Najib merupakan anak sulung kepada Razak.
"Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan khidmatnya serta pengorbanannya kepada negara.
"Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya.
"Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini," tambah mereka dalam kenyataan 3 perenggan dikirim kepada The Malaysian Insider malam ini.
Artikel The New York Times bertarikh 8 Februari tentang kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur bagi pelbagai pihak, termasuk Riza Aziz, anak tiri kepada Najib.
Low membeli apartmen mewah di New York berharga US$33.5 juta (RM122 juta) dan rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta dalam bentuk wang tunai, bagi pihak Riza, lapor akhbar AS itu.
Laporan itu juga mengatakan Najib diserang teruk dengan berita tentang isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja boros membeli barang kemas dan beg tangan berjenama.
Laporan itu berkata Najib "yang berpendapatan lebih kurang $100,000 (RM360,000) sebagai perdana menteri, diserang hebat oleh media tentang laporan perbelanjaan mewah isterinya."
Ia juga menimbulkan gambar Rosmah menggunakan 9 beg tangan Birkin yang berbeza, yang selalunya bernilai antara US$9,000 dan US$150,000 setiap satu.
Isu harta peninggalan keluarga Najib mula timbul apabila akhbar itu yang menunjukkan invois serta dokumen lain sebagai bukti pembayaran untuk barang kemas Rosmah dan meminta jawapan dari Pejabat Perdana Menteri.
Laporan itu memetik Pejabat Perdana Menteri berkata: "Wang yang dihabiskan dalam pelancongan, pembelian barang kemas, dan kandungan peti besi mana-mana pun semuanya tidak luar biasa bagi seseorang dengan kedudukan perdana menteri dengan tanggungjawab dan aset warisan keluarga."
Artikel tersebut menyebabkan ahli Parlimen DAP Tony Pua mempersoalkan punca kekayaan Najib, kerana ayahnya terkenal dengan sifat berjimatnya.
Pua mendesak perdana menteri mengisytiharkan asetnya serta menjelaskan perbelanjaan keluarganya dengan barangan dan hartanah mewah dan menambah Presiden AS juga terpaksa mengisytiharkan aset serta perbelanjaan keluarganya setiap tahun di bawah undang-undang negara polis dunia itu.
TOWERS OF SECRECY
Urusan pelaburan di AS oleh seorang rakyat Malaysia yang rapat dengan ramai orang ternama menimbulkan tanda tanya
TODD HEISLER / THE NEW YORK TIMES
|
FEBRUARY 8, 2015
Taek Jho Low mulai mendapat perhatian umum semasa beliau masih lagi dalam usia 20-an, apabila beliau mulai menghabiskan ribuan dollar bersama rakan-rakannya di kelab-kelab malam sekitar Manhattan. “Spekulasi mulai timbul tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang,” lapor The New York Post.
Namun, sejak itu, persoalan yang berlegar-legar tidak lagi hanya tertumpu kepada kehidupan malam beliau. Low memperlihatkan dirinya kepada umum sebagai seorang pelabur yang besar dalam bidang perniagaan dan hartanah di Amerika Syarikat. (Read in English.)
Walaupun Low mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang kenamaan, namun begitu, terdapat sebuah keluarga yang terus-terusan dikaitkan dengan Low, iaitu keluarga perdana menteri Malaysia sendiri, Dato’ Seri Najib Razak. Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London.
Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM 117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem “The Wolf of Wall Street” dan “Dumb and Dumber To.” (Teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)
Unit kondo mewah dan syarikat perfileman tersebut kini dipaparkan di dalam sebuah siri projek siasatan global oleh New York Times yang meneliti aliran wang asing yang masuk ke Amerika Syarikat, dengan menjadikan unit-unit kondominium di dalam bangunan “Time Warner Center” sebagai titik fokus.
New York Times mendapati bahawa walaupun sebahagian besar wang asing ini datangnya daripada sumber kekayaan yang sah, namun beberapa rakyat asing yang memiliki unit kondo di Time Warner Center telah menjadi subjek dalam beberapa penyiasatan kerajaan. (Teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)
Projek ini turut memaparkan artikel-artikel tentang ahli-ahli politik dari Mexico (teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggerisa) dan Rusia (teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris), dan juga tentang seorang ahli perniagaan kontroversi dari India (teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)
New York Times juga mendapati bahawa kini, lebih setengah daripada pembeli-pembeli unit kediaman mewah di bandar New York memilih untuk melakukan pembelian secara rahsia dengan menggunakan tabung amanah atau jenis syarikat yang lain, daripada memilih untuk menggunakan nama mereka sendiri.
Pada tahun 2011, Low telah membeli sebuah penthouse di Time Warner Center bernilai RM 109 juta dengan menggunakan sebuah syarikat yang rahsia. Pada masa yang sama juga, Low mulai dikritik oleh umum di Malaysia. Kritikan tersebut mempersoalkan peranan Low dalam pembentukan 1MDB, yang merupakan syarikat pembangunan strategik milik kerajaan. Sejak itu, parti pembangkang dan juga beberapa ahli UMNO terus mempersoalkan 1MDB, di mana lembaga penasihatnya juga dipengerusikan oleh Najib sendiri.
Menurut Low, Riza Aziz merupakan sahabatnya, dan hartanah yang dijualnya kepada Riza telah dilakukan sebagai dua individu persendirian dan telah mengikut kadar pasaran semasa.
Pada masa yang sama, Riza mengatakan dirinya seorang yang kaya secara peribadinya. Pejabat Perdana Menteri mengatakan bahawa Najib juga tidak memeriksa berapa banyakkah pendapatan anak tirinya itu.
Malaysia merupakan salah satu negara dengan aliran wang keluar tertinggi di dunia. Keadaan ini telah menempatkan Malaysia, sebuah negara dengan hanya 30 juta penduduk, bersama-sama dengan negara seperti China, Rusia, India, dan Mexico – negara-negara di mana aliran wang keluar yang tinggi lebih biasa dilihat.
Sepanjang tempoh pemerintahan beliau, Najib juga telah berusaha untuk membina hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.
ADEK NAJIB
FRIDAY, MAY 15, 2015
ADIK NAJIB DESAK JURUAUDIT BEBAS AUDIT 1MDB ATAU LEMBAGA PENGARAH LETAK JAWATAN
BIJAK PANDAI MELAYU termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan Pengarah-pengarah Melayu yang BIJAKSANA di 1MDB termasuk Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Tan Sri Ismee Ismail (Tan Sri 1MDB) serta KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO harus MEMBACA KENYATAAN ADIK NAJIB RAZAK, NAZIR, yang dibuat di Singapura semalam mengenai 1MDB.
Kata Nazir:
"Kenapa 1MDB perlu tunggu Ketua Audit Negara untuk mengaudit 1MDB? Ia adalah TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH melakukannya. Saya merasakan apa yang 1MDB PERLU LAKUKAN SEKARANG IALAH MELANTIK JURUAUDIT BEBAS untuk mengaudit harta, tanggungan dan aliran tunai hadapannya untuk membolehkan kita melihat dengan jelas masalah 1MDB.
"Masalah sekarang ialah TAHAP KETIDAKPERCAYAANterhadap 1MDB terlalu tinggi dan LEMBAGA PENGARAHNYA MEMBISU.
"Situasi amat memerlukan sekarang untuk 1MDB untuk memperjelaskan aset, tanggungan dan aliran tunai untukMENGEMBALIKAN semula KEPERCAYAAN dan memastikan perkara ini tidak lagi TOKSIK.
"Untuk MENGATASI MASALAH KETIDAKPERCAYAAN dalam kemampuan kewangan 1MDB, Lembaga Pengarah perlu mengambil tindakan segera ATAU MELETAKKAN JAWATAN BAGI MEMBOLEHKAN ORANG LAIN MENGAMBIL ALIH TUGAS MEREKA.
"INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KAMU (LEMBAGA PENGARAH). TAHAP KETIDAKPERCAYAAN KEPADA LEMBAGA PENGARAH SEKARANG ADALAH TINGGI. KAMU KENA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGATASI ISU INI.
"SEBALIKNYA, KAMU DUDUK DIAM dan TUNGGU KETUA AUDIT NEGARA. PADA SAYA, ITU TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUGJAWAB. JIKA KAMU BERBUAT DEMIKIAN, LEBIH BAIK LETAK JAWATAN DAN BIAR ORANG LAIN MASUK DAN MELAKUKAN TUGAS ITU.
"JIKA SAYA SALAH SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH, DAN SAYA TIDAK MAMPU MEMBERI PENJELASAN, SAYA AKAN LANTIK JURUAUDIT BEBAS UNTUK MENGAUDIT AKAUN SAYA ATAU SAYA LETAK JAWATAN."
JELAPANG: Nampaknya adik Najib sendiri pun tidak menyokong abangnya yang juga Perdana Menteri.
Apakah Ketua-Ketua Bahagian yang kejap-kejap dipanggil untuk memakai baju merah akan DIPANGGIL berhimpun sekali lagi di Sri Perdana dan memekik mengangkat tangan menyokong Najib?
Apakah Tunku Aziz yang sudah berusia yang kononnya pejuang ketelusan itu akan menyerang Nazir pula?
Setakat ini yang kita nampak hanya 150 ketua bahagian saja yang menyokong Najib.
Rakyat 30 juta lagi entah bersama Najib, entah tidak. Wallahuallam.