,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 6 May 2015

POLITIK - MAZLAN DURI PADA ORANG MELAYU DAN FELDA

    
17 Rejab 1436 - OLAK LEMPIT, Pilihanraya Kecil Rompin adalah medan menguji kekuatan BN dan PAS. Banyak isu Nasional yang di biarkan BN menjadi VIRAL dalam masyarakat rakyat terbanyak dan PAS pula dengan isu dalaman dan KRISIS PAKATAN RAKYAT yang menampakkan mereka tiada ketokohan untuk menjadi Sang Penguasa di Putrajaya.

Ketokohan Calon bukan lagi eliment penting untuk  memenangai pilihan raya tapi sebaliknya isu parti dan pemimpin menjadi pilihan kepada pengundi untuk menentukan pilihan pemimpin mereka. FITNAH dan isu peribadi seakan sudah menjadi halal kepada mereka dan berlambak kes Mahkamah yang sedang menunggu dek di sebabkan keceluparan mulut dan KETAGIH nak jadi pemimpin sanggup berdepan dengan apa saja sehingga ada yang BANKRAPSI. 

Pilihan raya Rompin atau di mana-mana saja di Pahang sudah semestinya akan terlibat dengan FELDA. Felda kini lebih jelas adalah Rancangan Kerajaan yang paling berjaya. Dari rumah berdinding KELARAI di kampung asal.....kini peneroka mampu berkereta mewah dan tinggal di Banglow di tengah kepala sawit. Rumah asal Peneroka sudah tidak kelihatan lagi di Felda-felda seluruh negara.  Tapi sebaik mana pun BANTUAN KERAJAAN dan pemerintah menyediakan untuk Orang Melayu, ianya tetap ada duri dalam daging dan menjadi PENGKHIANAT kepada Kemajuan Bangsa. Jom kita layan seorang dari anak Peneroka yang menjadi PENGKHIANAT ini...... 




Anonymous said...
mazlan... kau tak kan terlepas dari sumpahan orang2 felda yang selama ni hidup hasil dengan felda.. masyarakat felda tau jika kau berjaya hancurkan felda.. maka kehidupan mereka tak sesenang dulu... kau jangan cuba nak tutup periuk nasi warga felda.. tindakan kau ni menampakkan yang kau cuba tutup periuk nasi warga felda... jadi.. jangan cuba ganggu kami warga felda..


Walau pun BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calonnya, Datuk Hasan Ariffin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi, namun dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).



Tahniah. Dengan amanah yang diberikan oleh para pengundi kepada Datuk Hasan sebagai wakil rakyat, beliau pasti akan meneruskan semua usaha dan tugas-tugas yang dipikul oleh arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebelum ini.

Selamat Berbakti kepada rakyat.

Jika mengikut kepada TOLAK ANSUR UMNO dengan PAS, UMNO sanggup tidak bertanding di kawasan Tok Guru selepas kerusi itu ksong selepas Tok Guru kembali kepada yang menciptanya. Disini di lihat PAS sangat bernafsu. Kenapa terjadinya demikian......jawapannya mudah, dalam PAS kini penuh dengan mereka yang TERGILA-GILA nak jadi pemimpin dan tahap kepimpinannya adalah bertaraf PEMIMPIN PERSATUAN dan mereka menjaikan POLITIK adalah SUBER PENDAPATAN.

Bertempit bersoraklah PAS bila dapat mengurangkan majoriti undi UMNO dan kononnya mereka semakin hampir dengan Putrajaya. Ada apa dengan penambahan 80 undi?


ROMPIN - PAS TAMBAH 80 UNDI SAHAJA......



Oleh: Dr Taki (Penganalisis bebas)

PRK Rompin agak menarik untuk di analisis. Khusus nya Parti PAS dan calonnya Nazri Ahmad. Hasil tinjauan 8 hari team kami di Rompin menampakkan seperti berikut.



1. PENANGAN KEMPEN TEAM ANAK iaitu NGO Anak Anak Peneroka FELDA yang mesra PAS pimpinan Mazlan Aliman sangat berkesan. Jika dilihat dari awal kempen, mereka menguasai isu, menguasai program impak tinggi, jentera tersusun dan berjaya membuat kejutan.

 a) Isu - Jika dilihat sejak penamaan calon dilihat seolah oleh Isa Samad (BN) vs Mazlan Aliman@Sachu Sawal (X Bos KPF). Media-media menyiarkan isu-isu tersebut secara baik. Antara isunya FGV, rumah Gen 2, pengurusan ladang dll.

 b) Beberapa program impak tinggi berjaya dibuat:
i- Himpunan selamatkan FELDA (Keratong 4)
ii- Karnival Rakyat (Keratong 7)
iii- Jamuan Rakyat- Bandar Tun Razak
iv- Program pengisytiharan masuk PAS/ANAK di hampir setiap rancangan FELDA (khabarnya hampir 1000 sertai PAS)
v- Program malam terakhir di FELDA Selendang.

 c) Jentera tersusun- ANAK mempunyai Markaz sendiri di FELDA Keratong 4. Penerangan PRK setiap malam dikuasai oleh lebih 60 peratus penceramah daripada ANAK seperti Mazlan Aliman, Sachu Sawal, Said Jonid, Nasaie Ismail, Rahman Jempol, Noraza Muda, Aris Fezol dll. Dari permulaan hari berkempen. Pembawaan kempen mereka lebih dekat dihati pengundi berbanding lain.

d- Kejutan- Pengistiharan kemasukan Datok Sachu Sawal bekas CEO KPF dan Ghani Mamod bekas VP FGV mengejutkan BN. Dilihat Sachu lebih teruk diserang Cyber Trooper BN berbanding calon BN sendiri. Sachu dan Said Jonid (bekas CEO Felda Plantation) dilihat mempunyai jadual ceramah antara terbanyak mewakilan bekas kakitangan FELDA. Jika biasanya orang politik sahaja turun berkempen tetapi kali ini bekas kakitangan kerajaan.

2. ISU GST: Setiap malam dan setiap penceramah dan risalah diedarkan berkait isu GST dan BN dilihat tidak mampu menjawab isu ini.

3. TIDAK MEMBAWA MASALAH DALAMAN KE ROMPIN Walaupun pada awalnya disebut calon Rompin daripada kumpulan tertentu dalam persaingan muktamar PAS. Namun dilihat tiada boikot memboikot diantara team sepanjang muktamar.

Dewan Ulama dengan aturan kuliah maghribnya setiap malam dan himpunan Hindar di Bandar Muadzam. Manakala team Erdogan turut hadir berceramah dan kebanyakannya hadir 2 pusingan. Nama nama seperti Khalid Samad, Mahfuz Omar, Suhaizan Kayat, Mohammad Sabu, Siti Zailah, Dr Dzulkefli Ahmad dan lain lain nama hadir memberi penerangan sepanjang kempen. Ini tindakan bijak.
Ketepikan soal dalaman dan fokus lawan BN.


Masalah dalaman PAS Rompin juga tidak kelihatan walaupun awalnya cybertrooper BN menyerang hal tersebut. Nuridah Saleh bekas calon juga turun kempen. Mazlan Yasin bekas YDP PAS yang dikalahkan Nazri Ahmad juga berkempen dan menjadi wakil calon kepada Nazri. Nama popular sebagai calon sebelum ini Lowyer Fadhli Ramli juga turut berkempen. Faktor beliau kuat mempengaruhi undi dun Tioman khususnya Bandar Rompin. Fadhli mengetuai kempen di dun tersebut.

Kesimpulan Keputusan PRK Rompin sangat bergantung kepada isu FELDA kerana 55 peratus pengundinya adalah warga FELDA. Strategi ANAK dan kempen anti GST sangat berkesan. Calon muda dan anak FELDA juga satu kelebihan.


Perlu diakui, bahawa majoriti kemenangan Barisan Nasional telah menurun iaitu 61.4%, berbanding 66.7% pada PRU13. Namun begitu, penulis rasa sedikit lucu, apabila ramai di kalangan penyokong UMNO, juga pimpinan Pakatan Rakyat dan penganalisis politik menggunakan hujah bahawa Barisan Nasional kehilangan hampir 50% undi majoriti.
Sungguh pun ada kebenaran tentang penurunan tersebut, hujah ini tidak relevan, kerana tidak mengambil kira jumlah keluar mengundi yang jelas berbeza, iaitu 73% pada pilihanraya kecil kali ini berbanding 85% pada PRU13.
Untuk pemahaman yang lebih baik, para pembaca boleh merujuk kepada “trend” keputusan-keputusan pilihanraya kecil sebelum ini. Sebagai contoh, pilihanraya kecil DUN Kuala Besut, DUN Sungai Limau dan DUN Kajang serta Parlimen Bukit Gelugor menyaksikan penurunan jumlah majoriti disebabkan penurunan jumlah keluar mengundi berbanding pilihanraya umum.
Penulis merasakan, faktor penurunan keluar mengundi adalah disebabkan sikap enggan peduli kerana kemenangan di Rompin tidak akan mengubah apa-apa hakikat bahawa kerajaan sudah pun terbentuk. Malah, tidak melampau kiranya, penulis mengatakan bahawa dengan majoriti yang besar sebelum ini, pengundi Barisan Nasional tanpa disedari mengalami sindrom “selesa” lantas memilih untuk tidak mengundi.
Difahamkan, kira-kira 7 ribu pengundi luar tidak pulang untuk membuang undi. Ia menjadi faktor utama penurunan jumlah keluar mengundi di Rompin. Faktor ini di jadikan SANDARAN yang rakyat telah MELUAT dengan UMNO......dengan Jentera FITNAH yang tersusun apa tujuan mereka memasuki FELDA? Kenapa anak FELDA tidak bertanya....."Apa rancangan PAS pada FELDA jika mereka dapat menawan Putrajaya"?.

Mengambil alih Pemerintahan Negara penulis kira tidaklah susah, tapi bagaimana hendak menguruskannya sedangkan kemenangan hanya bersandarkan FITNAH, sedangkan pada hakikatnya kita tiada upaya untuk menguruskan Persatuan apa lagi hendak menguruskan organisasi yang sebesar FELDA ini? Soalan mudah...."Apa Jasa Mazlan Aliman Pada Anak Felda"?




"Mazlan, sedarlah di mana engkau dilahirkan. Siapa yang membesarkan kau? Hasil pendapatan FELDA lah engkau dibesarkan. Dengan titik penuh ayah kau menyara hasil pendapatan FELDA."




Mengungkap kata2 abang kepada Mazlan - "Mazlan, kembalilah ke pangkal jalan."

Siapa yang tidak kenal dengan Mazlan Aliman di negara ini. Rakyat Malaysia, khususnya warga Felda memang selalu dengar namanya memandangkan dia sering mendapat “sambutan hangat” dari para peneroka di gugusan tanah-tanah rancangan Felda.

Di dalam PAS di peringkat negeri, Mazlan Aliman merupakan Ketua Penerangan PAS Johor dan di peringkat kebangsaan pula dia yang merupakan antara salah seorang generasi kedua Felda menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Mazlan Aliman pernah bertanding sebagai calon PAS sejak tahun 1999 sehingga PRU edisi ke-12 di mana dia kalah teruk di dalam semua pertandingan merebut kerusi DUN mahupun Parlimen.

Menyedari dirinya yang telah di“TKO”kan calon BN dan nak sangat menang, dia sentiasa mencari jalan untuk memenangkan dirinya di dalam pilihanraya dan mungkin “syaitan” datang memberi “wahyu” padanya untuk memberi fokus menghuru-harakan Felda dan para peneroka.

Menurut maklumat, dia dewasa di Felda Bukit Ramun di Kulai, Johor. Ibubapanya adalah salah seorang peneroka di tanah rancangan itu. Khabarnya dia pernah masuk Universiti Pertanian Malaysia (UPM), tapi tak tahulah dia masuk ke situ sebagai pelajar atau tukang kebun…

Berbekalkan cita-cita politiknya yang tinggi, dia memilih untuk menghuru-harakan Felda yang telah banyak berjasa pada ibubapa, keluarga dan dirinya sendiri. Mungkin pada Mazlan, biarlah terkenal sebagai orang yang tidak mengenang budi, tapi berjaya menjadi YB.

Sejak itu, boleh dikatakan setiap hari dia buat bising mengenai Felda. Itu tidak kena, ini tidak betul, seolah-olah dia seorang saja yang betul. Pendek kata, Felda semuanya buruk dan yang baik itu semuanya Mazlan Aliman saja…

mazlan pengacau
Mazlan Aliman berjaya mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah NGO, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan ia digunakan sepenuhnya untuk “menabur racun di perdu pokok kelapa sawit” di tanah-tanah rancangan Felda.

Hasil dari usaha gigihnya “menabur racun”, dia telah berjaya mengumpul lebih kurang 1,000 orang ahli dari 112,635 orang peneroka dan kira-kira 1.6 juta anak peneroka Felda. Agak-agak berapa peratus warga Felda yang berjaya “diracun” Mazlan Aliman?

Macam-macam “racun” yang Mazlan Aliman gunakan dan “racun” yang paling hebat ialah ketika dia menyerang penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia. Macam-macam kaedah yang digunakan untuk “menabur racun”, termasuk mengheret Felda ke mahkamah.

Terkini, khabarnya Mazlan Aliman setiap hari akan meneliti pasaran saham di Bursa Malaysia. Kalau saham naik, dia akan “period” dan “malas bercakap”. Tapi kalau saham jatuh, dialah yang paling gembira sampai panggil wartawan buat sidang media!

Persoalannya, sepanjang perjuangan Mazlan Aliman sebagai anak Felda, apakah sumbangan yang pernah dia sumbangkan kepada warga peneroka? Bermula dari peneroka asal hinggalah yang generasi ketujuh Felda, apa jasa Mazlan pada mereka? Ada?

Ada atau tidak jasa Mazlan Aliman terhadap warga Felda dari sudut kemajuan pendidikan, sukan, ekonomi, sosial dan agama? Kalau ceramah politik mungkin Mazlan Aliman pandailah selit-selit menjual ayat Al-Quran sekerat-sekerat, kan? Itupun matanya sebok merenung karung derma yang diedarkan pada mereka yang cuba “diracun”, kan?

Image result for mazlan aliman

Apa Jasa Mazlan Aliman Pada Anak  Felda?


Ada Mazlan Aliman usahakan “durian runtuh” untuk para peneroka? Ada dia sedekahkan saham percuma tanpa risiko pada peneroka? Ada dia taja kelab bolasepak seperti Felda United? Ada dia tubuhkan universiti? Rasanya pusat tuisyen percuma pun dia tak ada…

Begitulah perihal perangai Mazlan Aliman. Tak habis-habis nak porak-perandakan Felda dan kepentingan syarikat GLC itu. Semua gerakannya boleh dikatakan bermotifkan politik. Maklumlah, mungkin teringin benar dia nak jadi YB.
Hakikatnya kini warga Felda sudah jauh meninggalkan Mazlan Aliman dan ANAK. Bukan saja dari sudut ekonomi yang sudah melangkah ke persada antarabangsa, malah anak-anak Felda sudah menongkah dari benua ke benua mengharumkan nama Felda.

Masyarakat antarabangsa kini mengiktiraf Felda sebagai salah sebuah syarikat berasaskan pertanian terbesar dan “major key player” di peringkat dunia. Anak Felda kini sedang mendaki Everest. Felda United semakin garang di padang dan anak-anak peneroka semakin maju ke hadapan.


Tapi Mazlan masih lagi ditakuk lama. Masih lagi dengan “racun” lama yang sudah “expired”. Padanlah Mazlan Aliman kerap dihalau para peneroka dan warga Felda setiap kali dia nak masuk ke tanah rancangan. Hairan, tak malukah dia jadi terkenal sebagai “pengacau keamanan Felda”? Sedangkan pada tahun 2012 sahaja Kumpulan Felda telah mengeluarkan zakat sebanyak RM30.6 juta. Berapa ringgit pula zakat yang di keluarkan Mazlan Alimin pada tahun ini?

Zakat Kumpulan Felda Untuk Tahun 2012 Berjumlah RM30.6 Juta

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pembayaran zakat perniagaan Felda Global Ventures Holdings Berhad berjumlah RM10 juta daripada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad (dua dari kanan)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Isnin menyerahkan pembayaran zakat Kumpulan Felda berjumlah RM30.6 juta kepada 14 pusat zakat negeri.
Jumlah itu adalah untuk pembayaran zakat tahun 2011 oleh Felda Global Ventures Holdings Berhad sebanyak RM10,000 (pembayaran zakat interim bagi keuntungan separuh tahun kewangan), Felda Holdings Berhad sebanyak RM15,606,057 dan Koperasi Permodalan Felda sebanyak RM5,000,000.
Najib menyerahkan zakat itu kepada negeri-negeri yang diwakili Menteri Besar, Ketua Menteri dan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi perdana menteri Seri Perdana.
Bayaran zakat kali kelapan itu adalah hasil daripada keuntungan operasi perniagaan Kumpulan Felda bagi tahun kewangan 2011.
Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Pada majlis itu Perdana Menteri turut memotong pulut kuning dan kek ulang tahun beliau yang ke-59.
Kemudian Najib menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Ilham (Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail), Rumah Anak-anak Yatim dan Saudara Baru Shifa’ dan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)

AMUKANMelayu - Bagaimana jika FELDA ini tiada.....