,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 25 March 2015

CERITA TGHH DENGAN BLOGER's JALANAN BAGAIKAN Singapura Dilanggar Todak


PUTUS SUDAH KASIH SAYANG....

Image result for hadi dan kit siang
Cool.....................

Assalamualaikum warohmatullah...... 
Saudara ku sekelian. 
Kasihan Tuan Guru Hj Hadi Awang. Seorang ulamak di injak2 oleh kafirun. Inilah balasan Allah. Tetapi kita ketepikan dahulu persepsi negatif. Saya terpanggil untuk memberi komen diatas kebiadaban DAP. Kasihan ulamak kita dihina sedemikian rupa. 
Kenapa Lim Guan Eng berani menghina TGHH? Sebabnya ialah :- 
Image result for hadi dan kit siang

1) Bulan Jun ini pemilihan Pas. Dap mahu TGHH dan golongan ulamak disingkir. Seperti orang main poker. DAP ada kad tersembunyi. Kadnya ada dua iaitu PASMA dan yang kedua golongan liberal yang digelar Anwarinas dan Erdogan. Seandainya TGHH keluar dari pakatan PASMA akan didaftar sebagai parti politik dan menggantikan PAS. Golongan Anwarinas dan Erdogan akan keluar PAS dan menyertai Pakatan. 

2) DAP mahu ahli2 PAS buang kepala iaitu TGHH tetapi DAP masih mengharapkan badan dan ekor PAS. Lim Guan Eng dan CEC DAP tahu bahawa mereka boleh gunakan Mat Sabu, Husam Musa, Khalid Samad, Hatta, Pahlolrazi untuk agenda kepentingan politik mereka. Pemimpin PASMA dan Anwarinas boleh dibeli. Mereka adalah merupakan pemimpin yang boleh dibeli sepertimana kata Lim Kit Siang sebelu. PRU13 lepas melalui surat terbukanya dalam bahasa Mandarin di Parlimen Gelang Patah. 

Tafsir / Indonesia / DEPAG / Surah Ali ‘Imran 118

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118)

Pada ayat ini Allah memperingatkan orang-orang mukmin agar jangan bergaul rapat dengan orang-orang kafir yang telah nyata sifat-sifatnya yang buruk itu, jangan mempercayai mereka dan jangan menyerahkan urusan-urusan kaum muslimin kepada mereka. Menurut Ibnu Abbas ayat ini diturunkan berhubungan dengan tindakan sebagian kaum muslimin yang berhubungan rapat dengan orang-orang Yahudi Madinah karena bertetangga dan adanya perjanjian damai antara mereka.

Walau bagaimanapun sebab turun ayat ini namun dapat dipahami dari padanya bahwa Allah melarang mengambil orang-orang kafir yang telah nyata kejahatan niatnya terhadap orang mukmin sebagai teman akrab mereka itu adalah orang-orang musyrik, Yahudi, munafik dan lain-lain.

Maka janganlah orang mukmin bergaul rapat dengan orang-orang kafir yang mempunyai sifat yang dinyatakan dalam ayat ini yaitu mereka yang:

a.Senantiasa menyakiti dan merugikan kaum muslimin dan berusaha menghancurkan mereka.

b.Menyatakan terang-terangan dengan lisan rasa amarah dan benci terhadap kaum muslimin. mendustakan Nabi Muhammad saw dan Alquran dan menuduh orang-orang Islam sebagai orang-orang yang bodoh dan fanatik.

c.Kebencian dan kemarahan yang mereka ucapkan dengan lisan itu adalah amat sedikit sekali bila dibandingkan dengan kebencian dan kemarahan yang disembunyikan dalam hati mereka. Tetapi bila sifat-sifat itu telah berubah menjadi sifat-sifat yang baik atau mereka tidak lagi mempunyai sifat-sifat yang buruk itu terhadap kaum muslimin maka Allah tidak melarang untuk bergaul dengan mereka.

Apa Bezanya Peringatan Bloger's Kepada TGHH Dengan Sejarah Singapura Dilanggar Todak?


PENGENALAN

Karya klasik ‘Singapura dilanggar todak’ terkandung dalam teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang telah dikarang oleh Tun Seri Lanang dalam bab empat , halaman 67. Kisahnya bermula semasa Tuan Jana Khatib yang merupakan seorang yang mahir dalam ilmu agama telah datang ke Singapura. Di Singapura, Tuan Jana Khatib berjalan di pekan Singapura sehinggalah ke pintu peranginan raja. Di situ, Tuan Jana Khatib telah menilik atau merenung pohon pinang sehingga pohon itu terbelah dua dan kejadian itu berlaku di hadapan permaisuri raja. Raja telah menitahkan hukuman bunuh keatas Tuan Jana Khatib kerana menganggap Tuan Jana Khatib sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan permaisuri. Beberapa lama kemudian, Singapura menerima bencana besar iaitu bencana serangan todak. Ramai rakyat jelata telah terkorban. Nyawa rakyat terus melayang apabila Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis. Kemudian datang seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang. Akhirnya berkat cadangan bernas budak pintar tersebut, serangan todak telah berakhir. Tetapi budak tersebut telah dijatuhi hukuman bunuh akibat hasutan para pembesar terhadap raja yang tidak berfikir panjang tentang kebijaksanaannya yang di khuatiri akan menggugat raja apabila dia besar kelak.

Petikan Sulalatus Salatin : Singapura Dilanggar Todak

Maka dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindungi oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua. Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; titah baginda, “Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada dipintu maka ia menunjukkan ilmunya.” Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnnya; tutup bikang itu pun menjadi batu, ada sekarang di Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang disana. Inilah dibuat orang pantun:

Telur itik dari Singgora,
Pandan terdandar di batang tui;
Darahnya titik di Singapura,
Badan terhantar di lengkawi.

Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu keparit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilompati todak itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka gempalah orang berlari-larian ke sana kemari, semuanya mengatakan, “Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya.” Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilompatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati.

Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak berkata, “apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?” setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, “Benar seperti kata budak itu,” maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota. Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang melompat itu lekatlah jongornya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melompat lagi. Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka:

Carek baju dilompati todak,
Baharu menurut kata budak.

Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah Orang Besar-besar, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku.” Maka titih raja, “Benarlah kata tuan hamba sekalian itu, bunuhlah ia!”

PAS DAN DAP KAHWIN TANPA RESTU

Inilah masalahnya bila sesebuah 'Perkahwinan' atau perhubungan itu dibuat atas dasar nafsu serakah semata - mata. Penyudahnya musibah juga yang datang menimpa dek kerana kerakusan sendiri.

Dalam hal ni, diorang nak salahkan siapa? Diorang nak salahkan 'pasangan' masing - masing kerana tidak menghormati dan mengkhianati perhubungan yang dijalinkan selama hari ini?

Itulah yang berlaku diantara puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Hanya kerana mereka terlalu mengikut nafsu buas nak merampas kuasa, mereka sanggup berpakat sesama sendiri.

Malangnya, masing - masing sedar bahawa diri mereka mempunyai agenda subversif mereka sendiri dan ianya tidak mampu untuk diselesaikan secara 'Konsensus' semata - mata.

Sebab apa semua ini berlaku? Sebab masing - masing sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi masing - masing. Bukannya diorang nak menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh.
Image result for hadi dan kit siang

Hari ini, puak - puak DAPigs tu buat keputusan untuk memutuskan semua perhubungan dan kerjasama Politik mereka dengan Hadi Awang yang dilabelkan dengan pelbagai tuduhan.

Diantaranya, mereka mendakwa Si Hadi Awang tu tidak bermaruah serta tidak berlaku jujur kerana bekerjasama dengan UMNO dalam usaha merealisasikan perlaksanaan hudud di  Kelantan.

Bahkan, mereka juga turut menegaskan bahawa kepimpinan DAPigs turut hilang sepenuh kepercayaan terhadap kepimpinan yang diterajui oleh Hadi Awang berhubung isu tersebut.
 "DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

 "DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau," tegas Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
TAPI, puak - puak DAPigs ni bijak. Diorang pandai nak memperdayakan rakyat kerana hanya sekadar memutuskan hubungan dengan Hadi Awang SAHAJA dan bukannya dengan PAS.

Itu membuktikan bahawa puak - puak DAPigs ni sebenarnya TAKUT jugak nak tinggal berseorangan kerana mereka tau yang mereka TAK MAMPU nak bergerak sendirian!!! Jadi, sebab itulah diorang Kecut Buah Kerandut nak putuskan hubungan dengan PAS!!!
AMUKANMELAYU - Peringatan demi peringatan di beri.......tapi apakan daya....kami hanya AKAL BUDAK....................