APA PUNCA DR. MAZA 'TOLAK' DATUK KAZIM ELIAS JADI PANEL FORUM PERDANA?
"Surat
tersebut tidak menyatakan Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel
tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini
selaras dengan kehendak ilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan
kesahihan riwayat.
"Surat
itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis
tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan
yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis. - Dr. MAZA
Siapakah ulama? Perkataan ulama adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud orang-orang yang berilmu.
Ulama adalah kata nama jamak (plural) bagi perkataan mufrad (singular) ‘alim. Ulama bermakna orang-orang yang berilmu manakala ‘alim maknsnya seorang yang berilmu.
Ulama adalah sinonim dengan ilmu kerana seseorang itu digelar sebagai ‘alim kerana merujuk kepada ilmunya. Dari aspek penggunaan semasa istilah ulama adalah secara khusus bermaksud mereka yang berilmu dalam bidang agama Islam.
Ini adalah kerana sebutan perkataan ulama dalam al-Quran dan al-Sunnah merujuk kepada mereka yang mendalami Islam, mengetahui selok belok hukum Islam, menghayatinya dan sangat takut kepada Allah SWT.
Banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kepada golongan ini seperti mana yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar.
Antaranya ialah fuqaha yang merujuk kepada ulama fiqh, mufassirun merujuk kepada ulama tafsir, ahlul kalam merujuk kepada ulama aqidah, usuliyyun merujuk kepada ulama usul fiqh, muhaddithun yang merujuk kepada ulama hadis dan lain-lain lagi, semuanya adalah dianggap sebagai ulama dalam Islam.
Jika ada yang menyatakan bahawa ulama atau alim boleh digelar kepada sesiapa sahaja yang tahu dalam apa sahaja bidang ilmu maka ia adalah berdasarkan makna ulama dari segi bahasa Arab dan bukan merujuk istilah yang digunakan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Kedudukan Ulama Dalam Islam kedudukan ulama adalah dipandang tinggi kerana mereka adalah golongan yang berilmu dan memahami agama dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Para ulama mampu menafsirkan al-Quran dan menterjemahkan al-Hadis agar dapat difahami sebaiknya oleh umat Islam untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.
Dalam surah al-Zumar ayat 9 Allah SWT berfirman: قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ Maksudnya: ((Katakan (wahai Muhammad): Apakah sama kedudukan orang-orang yang berilmu (jika dibandingkan) dengan orang-orang yang tidak berilmu? Pastinya yang mengambil peringatan ialah golongan yang mempunyai akal)).
Pertanyaan: “Apakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?...adalah dalam bentuk soalan penafian (Istifham Istinkar) yang secara jelas jawapannya ialah pasti tidak sama kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.
Ulama adalah mereka yang memimpin umat agar tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Kedudukan ulama adalah mulia, bukan kerana fizikal mereka tetapi kerana mereka memikul amanah dakwah dan menjadi pewaris kepada para Rasul yang diamanahkan membawa risalah tauhid kepada seluruh umat manusia.
Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi (no: 2682) dan telah disahihkan oleh Syeikh Al-Bani:
مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَبتَغِيْ فِيْهِ عِلْمًا ، سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ ، وَإِنَّ المَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ العِلْمِ وَإِنَّ العَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِيْ الأرْضِ حتَّى الحِيْتَانُ فِيْ المَاءِ وَفَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ إنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ إنَّ الأنبياءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَارًا وَلَا دِرْهَمًا إنَّمَا وَرَّثُوْا العِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya: “Barangsiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan membukakan jalan baginya menuju ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya kepada penuntut ilmu, dan sesungguhnya orang alim itu akan dipohon ampun baginya oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehingga ikan di dalam air, dan kelebihan seorang alim jika dibandingkan dengan seorang abid (ahli ibadah yang jahil) seumpama perbandingan bulan ke atas segala bintang.
Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan dinar mahupun dirham sebaliknya mereka meninggalkan ilmu dan barangsiapa yang mengambilnya sesungguhnya dia telah mengambil sesuatu yang sangat berharga.”
Ulama dengan ilmu dan kefahaman yang dimiliki menjadikan mereka sangat takut kepada Allah SWT dan mereka sentiasa memastikan setiap tindakan dan keputusan yang dibuat selari dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Mereka juga bersikap tegas jika berlaku sebarang tindakan yang bercanggah dengan syariat Islam.
Sikap mereka ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Fatir ayat 23: إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ Maksudnya: ((Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah al-Ulama)). Menurut Imam al-Razi dalam tafsirnya (Tafsir al-Kabir) makna ‘al-Khasyyah’ dalam ayat 23 surah Fatir ialah takut menurut kadar apa yang ditakuti. Al-‘Alim pula ialah orang yang mengenal Allah dan takut kepada-Nya serta mengharapkan-Nya (redha Allah SWT).
Ini menunjukkan bahawa ‘alim lebih tinggi kedudukannya daripada seorang ‘abid (ahli ibadah) , kerana Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: ((Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (takutkan Allah SWT)).
Ayat ini menerangkan bahawa kemuliaan seseorang adalah berdasarkan kepada ketaqwaan dan ketaqwaan pula diukur berdasarkan ilmu (kenal Allah SWT). Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya (al-Jami’ Li ahkam al-Quran: 14/308) menaqalkan riwayat Ali bin Abi Talhah dari Ibnu Abbas bahawa maksud ayat : ((Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama)) ialah mereka yang tahu bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan Dia Maha Berkuasa.
Al-Rabi’ bin Anas menjelaskan bahawa barangsiapa yang tidak takut kepada Allah bukanlah seorang alim. Mujahid berkata: “Sesungguhnya orang yang alim itu ialah yang takutkan Allah Azza wajalla. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya (6/544-545) menjelaskan maksud ayat tersebut ialah orang yang sebenarnya takutkan Allah ialah ulama yang benar-benar mengenali Allah kerana apabila seseorang itu kenal Tuhan Yang Maha Besar, Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui juga bersifat dengan segala sifat kesempurnaan maka itulah yang dinamakan sebenarnya ilmu pengetahuan yang sempurna.
Peranan Ulama Jika difahami dari hadis yang menjelaskan bahawa ulama adalah pewaris kepada para Nabi, maka amat jelas tugas mereka ialah memimpin ummah, menyampaikan ilmu, memberikan contoh tauladan yang baik, memberi nasihat dan menegur sebarang tindakan yang bercanggah dengan kehendak Allah SWT.
Mengenai kepentingan dan peranan ulama Allah SWT menjelaskannya dalam surah al-Taubah ayat 122 :
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Maksudnya: ((Tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar berjihad semuanya, hendaklah ada sekumpulan dari mereka yang mendalami ilmu agama agar mereka memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila pulang kepada mereka semoga mereka berawas)).
Imam al-Baghawi menjelaskan bahawa maksud mendalami ilmu agama (al-Tafaqquh) dalam ayat ini ialah mengetahui hukum-hakam agama berasaskan al-Quran dan al-Sunnah (Tafsir al-Baghawi:133).
Ulama adalah tempat rujukan masyarakat samada dalam urusan dunia mahupun akhirat.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 7:
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالاً نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: ((Dan tidak Kami utuskan sebelum kamu melainkan lelaki-lelaki (para Rasul) yang kami wahyukan kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui)).
Tugas dan tanggungjawab ulama adalah sangat besar kerana jika diabaikan umat manusia akan berdepan dengan wabak kejahilan dan kesesatan.
Ulama yang lesu dan malas pasti mendapat murka dari Allah SWT, kerana mengabaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka justeru para ulama hendaklah sedar akan peranan mereka dan berada di barisan hadapan memimpin ummah melaksanakan amanah amar makruf nahi mungkar.
Al-Quran telah mengingatkan para ulama bagaimana sikap mendiamkan diri terhadap kemungkaran seperti yang berlaku di kalangan bani Israel telah mengundang murka daripada Allah SWT, firman Nya dalam surah al-Maidah ayat 78:
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيل عَلَى لِسَان دَاوُد وَعِيسَى اِبْن مَرْيَم ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَر فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Maksudnya: Telah dilaknat golongan kafir dari kalangan bani Israel di atas lidah Nabi Daud, Isa ibnu Maryam, yang demikian itu adalah kerana maksiat yang mereka kerjakan dan mereka melampaui batas, mereka tidak mencegah kemungkaran yang dilakukan , amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.
Rasulullah SAW juga telah mengingatkan tentang situasi buruk yang bakal berlaku apabila tiadanya para ulama atau ulama tidak menjadi rujukan di kalangan umat Islam sepertimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari rh bahawa Nabi SAW telah bersabda:
إنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ العِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ العِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ العِلْمَ بِقَبْضِ العُلَمَاءِ، حَتىَّ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوْسًا جُهَّالًا، فَسُئِلُوْا، فَأفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوْا .
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari jiwa hamba-hamba-Nya, tetapi Dia mengangkat ilmu dengan dimatikan para ulama sehingga tiada seorangpun orang alim, manusia mengangkat orang-orang jahil sebagai ketua mereka, maka mereka ditanya lalu mereka memberikan fatwa tanpa asas ilmu, lalu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.
Saranan Ulama jangan diperkecilkan! Dalam konteks masyarakat Islam masakini, para ulama hendaklah dijadikan pemimpin dan ikutan, kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap Islam akan memelihara ummah dari terjerumus kepada kesesatan. Juga dengan sifat mereka yang takutkan Allah Taala menjadikan para ulama sentiasa bertindak berdasarkan panduan wahyu al-Quran dan al-Sunnah yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan.
Sebaliknya perbuatan memandang serong kepada para ulama, memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat meraka adalah bibit-bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulama.
Ia adalah permulaan malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila jauhnya mereka dari pimpinan para ulama bermakna semakin jauhlah mereka dari panduan al-Quran dan al-Sunnah.-
by: My Media Hub
DUKE |
Tersebar di laman sosial sekeping surat dalaman Jabatan Mufti Negeri Perlis yang menyatakan bahawa pihak JMNP tidak bersetuju Datuk Kazim Elias dipilih sebagai panel bagi Forum Perdana Ehwal Islam, dimana surat itu ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri atau lebih dikenali dengan nama Dr. Maza.
Forum Perdana Ehwal Islam itu dianjurkan bersempena dengan hari keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-72 dan ulang tahun ke-69 RTM.
Difahamkan, pemilihan Datuk Kazim Elias itu dibuat oleh YB Senator Tuan Mohd Khalid bin Ahmad.
Dr Maza menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan pemilihan senator berkenaan kerana Datuk Kazim Elias didakwa sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.
Surat yang tersebar di laman sosial itu mengundang pelbagai reaksi negatif dari netizen yang menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Menyedari gambar surat itu tersebar, ini jawapan Dr. Maza;
"Ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis ke pihak pengurusan satu forum sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis yang Jabatan Mufti merupakan pihak yang terlibat sama dalam penganjuran.
"Surat tersebut tidak menyatakan Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak ilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.
"Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.
"Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.
"Oleh kerana surat itu telah tersebar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan," kata Dr Maza melalui Facebook rasminya.
Apa kene dengan gambar ini? |
Apa bezanya "LAKARAN" gambar ini dengan gambar di atas |
Siapa yang mengajar "MENGHINA Al-Marhum TOK GURU" sampai seperti ini? |
MAZA Bertindak GOPOH... Selidikilah Dahulu Sebelum 'COP' Orang sedemikian Rupa...
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan
Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau
sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja
Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.
Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering
terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang
kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.
“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan
dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi
menjaga air muka mereka yang berkaitan.
“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana
ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang
dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.
“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.
“Saya akan membuat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.
Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan
Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi
panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku
Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau
‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.
Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam
surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan
daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW
menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau
hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah
dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis
kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.
Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut
‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah menggambarkan dirinya sudah
banyak kali membacakan hadis tidak benar.
“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan
hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan
penjelasan,” katanya. - sumber Utusan
Cthnya:-
- guna hadith jiran untuk halalkan demonstrasi
- guna istilah simbolik untuk halalkan Candle Light Vigil
- guna dalil untuk halalkan kondem pemerintah secara terbuka
- guna kias untuk halal babi
- guna kias untuk halal arak
- guna dalil akal untuk halal salam lelaki perempuan
- guna "pandangan demokrasi" untuk hina Islam dan puji kafir dalam hanya masalah tak susun selipar
- guna dalil akal untuk haramkan hukuman rejam
- guna dalil hak rakyat untuk halal fitnah pemerintah
- guna dalil hak rakyat utk dan menyamakan kerajaan dengan babi
- seleweng ayat al-quran untuk mengecop ulama kerajaan yang tidak sependapat sebagai anjing
- eh, banyak juga yang Dr Maza Muzabzib selewengkan
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Kena Batang Hidung Sendiri?
Bagaimana dengan sandaran HADITH untuk menghalalkan perkara di bawah ini?
- guna istilah simbolik untuk halalkan Candle Light Vigil
- guna dalil untuk halalkan kondem pemerintah secara terbuka
- guna kias untuk halal babi
- guna kias untuk halal arak
- guna dalil akal untuk halal salam lelaki perempuan
- guna "pandangan demokrasi" untuk hina Islam dan puji kafir dalam hanya
masalah tak susun selipar
- guna dalil akal untuk haramkan hukuman rejam
- guna dalil hak rakyat untuk halal fitnah pemerintah
- guna dalil hak rakyat utk dan menyamakan kerajaan dengan babi
- seleweng ayat al-quran untuk mengecop ulama kerajaan yang tidak sependapat
sebagai anjing
Rasanya banyak juga yang Dr Maza SEBUTKAN menjadi KEKELIRUAN pada masyarakat.
Harap tidak double standart ya..........
AMUKANMELAYU - Dalam adab menuntut ilmu tiada "JOKE".....dan jangan MELEBIHKAN ilmu "QIAS" untuk menghalakan cara.........................
Kena batang hidung
sendiri? Maza maza
Sebar hadith palsu memang jelas haram. Nabi kata tempah tempat sendiri
dalam neraka. Sabda beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya
berdusta atas (nama)ku tidak sama dengan berdusta atas (nama) orang
lain, barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka
hendaknya dia menempati tempat duduknya di neraka [HR al-Bukhari (no.
1229) dan Muslim (no. 4)]
Tapi guna hadith sahih dan seleweng maksud hadith untuk halalkan benda
yang jelas haram juga perlu dibenteras. Seleweng dalil-dalil untuk halal
tindakan sendiri dan tindakan kawan-kawan juga berlaku dikalangan
agamawan.
Cthnya:-
- guna hadith jiran untuk halalkan demonstrasi
- guna istilah simbolik untuk halalkan Candle Light Vigil
- guna dalil untuk halalkan kondem pemerintah secara terbuka
- guna kias untuk halal babi
- guna kias untuk halal arak
- guna dalil akal untuk halal salam lelaki perempuan
- guna "pandangan demokrasi" untuk hina Islam dan puji kafir dalam hanya
masalah tak susun selipar
- guna dalil akal untuk haramkan hukuman rejam
- guna dalil hak rakyat untuk halal fitnah pemerintah
- guna dalil hak rakyat utk dan menyamakan kerajaan dengan babi
- seleweng ayat al-quran untuk mengecop ulama kerajaan yang tidak
sependapat sebagai anjing
- eh, banyak juga yang Dr Maza Muzabzib selewengkan
Perkara ni semua juga ada ancaman dari Allah. Harap tidak double
standart ya..
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Kena batang hidung
sendiri? Maza maza
Sebar hadith palsu memang jelas haram. Nabi kata tempah tempat sendiri
dalam neraka. Sabda beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya
berdusta atas (nama)ku tidak sama dengan berdusta atas (nama) orang
lain, barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka
hendaknya dia menempati tempat duduknya di neraka [HR al-Bukhari (no.
1229) dan Muslim (no. 4)]
Tapi guna hadith sahih dan seleweng maksud hadith untuk halalkan benda
yang jelas haram juga perlu dibenteras. Seleweng dalil-dalil untuk halal
tindakan sendiri dan tindakan kawan-kawan juga berlaku dikalangan
agamawan.
Cthnya:-
- guna hadith jiran untuk halalkan demonstrasi
- guna istilah simbolik untuk halalkan Candle Light Vigil
- guna dalil untuk halalkan kondem pemerintah secara terbuka
- guna kias untuk halal babi
- guna kias untuk halal arak
- guna dalil akal untuk halal salam lelaki perempuan
- guna "pandangan demokrasi" untuk hina Islam dan puji kafir dalam hanya
masalah tak susun selipar
- guna dalil akal untuk haramkan hukuman rejam
- guna dalil hak rakyat untuk halal fitnah pemerintah
- guna dalil hak rakyat utk dan menyamakan kerajaan dengan babi
- seleweng ayat al-quran untuk mengecop ulama kerajaan yang tidak
sependapat sebagai anjing
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin