,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 23 March 2015

LIM KIT SIANG - UMPAN JINAK DI AIR TENANG


UMPAN JINAK DI AIR TENANG

UNTUK APA DAP NAK BERGABUNG DENGAN BN SEDANGKAN PAS DAN UMNO SEDANG MEPERKASAKAN KUASA BUMIPUTRA?


Malu dan mahu membalas dendam ke atas PAS, membuatkan Lim Kit Siang mengeluarkan cadangan agar UMNO-BN bergabung dengan DAP dengan syarat, UMNO mengumumkan penentangan ke atas undang-undang hudud.

Alasan Lim Kit Siang ialah, untuk 'menyelamatkan Malaysia' dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang negara.

Anehnya, Lim Kit Siang dan DAP sendiri tidak pernah berani mahu mengisytiharkan pendirian Malaysian Malaysia secara terang-terangan yang bertujuan mahu menghapuskan beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan terutama sekali yang membabitkan kedudukan orang Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan yang paling penting kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Terlalu banyak contoh kalau kita hendak berikan tentang bagaimana DAP secara sengaja dan dalam keadaan sedar mahu mengucar-ngacirkan negara ini serta langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan walaupun para pemimpin mereka merupakan antara penggubal undang-undang.

Contoh terbaik ialah bagaimana DAP secara berselindung dan menjadi tangan ghaib, cuba memecahbelahkan negara ini dengan mendalangi kempen memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia menerusi bantuan serta dana yang disalurkan kepada kumpulan seperti SSKM yang dipimpin oleh ahli dan penyokong tegar DAP sendiri iaitu Doris Jones.

DAP menempatkan orang Cina tempatan sebagai kepala-kepala dalam unit SSKM manakala masyarakat Bumiputera pula dipergunakan sebagai macai dan barua untuk berdemonstrasi atau melakukan kerja-kerja subversif secara fizikal.

DAP turut mahukan status autonomi diberikan kepada Pulau Pinang dalam usaha mereka untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia walaupun hakikatnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah yang perlu diserahkan kembali haknya kepada DYMM Sultan Kedah.

Sekarang, Lim Kit Siang bercakap tentang kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan?

Hanya kerana PAS membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan di DUN Kelantan selain bercadang untuk mengusulkan pembentangannya di Dewan Rakyat?

Lim Kit Siang barangkali sudah terlalu gila sehingga tidak tahu apa yang telah dilakukannya sebelum ini terutama sekali yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969

apakah sebenar yang mungkin kit siang ingin lampirkan? adakah kerana kecewa? adakah kerana sudah tak tahu nak fikir apa lagi? semua ini kerana pas, pas sudah buatkan kit siang menjadi tidak keruan, sudah risau akan kelangsungan dap yang mungkin tidak boleh dominan kerana pas sudah bergerak sendirian.


maka sudah pasti pas sudah faham, dap hanya kuat kerana ada melayu tak berfikir menyokong mereka, malah pasma adalah ajen dap dalam pas pun  tidak berjaya mengawal selia pas secara kotor.

akhirnya terungkaplah ceritera yang membolehkan dap perlu berbuat sesuatu, drama kelakar seram dibuat oleh kit siang adalah kerana terdesak, itu sahaja yang dapat penulis katakan, inilah cara licik oleh ultrakiasu untuk berkuasa, benarlah, selagi ada sultan dan raja dengan izin Allah terselamat orang melayu dan Islam, kecuali orang melayu itu sendiri menjadi tali barut terhadap kiasu dan kuffar.

PAKATAN DALAM KEADAAN TENAT, ITULAH KEBENARANNYA.

kata lim kit siang, kita perlu selamatkan malaysia,

"Mungkin sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen yang terdiri daripada gabungan baru 'Selamatkan Malaysia' dari kedua-dua belah jurang politik dan Laut China Selatan, untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan Perdana Menteri baru dan kerajaan baru," katanya berkata, dalam ucapannya di jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.

Sambil menegaskan bahawa idea gabungan itu adalah miliknya sendiri dan tidak bukannya DAP, Lim berkata Perdana Menteri baru boleh datang sama ada dari BN atau PR, selagi pemimpin yang dipilih itu mahu "menyelamatkan Malaysia, mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang".



AMUKANMELAYU - UMNO DAN PAS perlu mengujudkan GABUNGAN BUMIPUTRA dan tinggalkan BN...........