,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 27 March 2015

GANGGU MAJLIS ORANG BUKAN LAGI PERJUANGAN, TAPI BAJINGAN


Penganjur Demo "KITA LAWAN" Nak Ganggu Majlis Perkahwinan Anak Najib...?



KES ANWAR
Sebenarnya kes Saiful ini adalah kes peribadi melibatkan Anwar Ibrahim dan pembantunya Saiful Bukhari. Ia adalah kes aduan seorang kakitangan yang mengadu majikannya telah meliwat beliau.

KES NAJIB
Kes Perkahwinan anak Najib ini adalah kes Keluarga dan peribadi, jika benar ada niat dan perancangan dari "Kumpulan Kita Lawan"  mahu merosakkan dan menjahanamkan majlis orang lebih lebih lagi berkaitan dengan perkahwinan, ternyatalah ini memang kerja jahat yang gila..!



Dah semakin bangang dan biul nampaknya tahap pemikiran juak juak murahan pencacai Pakatan Pembangkang yang menganjurkan Demo Haram SOGO setiap petang Sabtu! Semakin melampau..!!

Rakyat ang tidak menyokong UMNO pun tak pernah kesah dengan gelagat mereka yang berhimpun secara haram jadah setiap petang Sabtu di depan SOGO untuk menyatakan bantahan terhadap hukuman penjara keatas Bapa Peliwat Negara.

TETAPI apabila kendengaran berita bahawa peserta peserta Demo Haram ini akan menuju ke Majlis Perkahwinan anak PM, maka ramai yang tidak bersetuju! Ini kerja gila....



Iya! Ini memang kerja gila... Ini jenis kerja orang yang tidak tahu adab. Ini jenis mak bapak tak pernah ajar erti kesopanan menghormati majlis.....

Sebagai orang melayu kita diajar adap dan sopan.... Lebih lebih lagi dalam konteks majlis perkahwinan, ianya sangat sensitif. Terjadi kisah sahabat handai atau saudara mara akan berkecil hati sekiranya tidak dijemput. Begitulah juga terjadi kisah tuan rumah akan berkecil hati sekiranya tetamu yang dijemput dengan sengaja tak mahu hadir ke majlisnya.

Sehubungan itu sekiranya ada niat dan perancangan mahu merosakkan dan menjahanamkan majlis orang lebih lebih lagi berkaitan dengan perkahwinan, ternyatalah ini memang kerja jahat yang gila..!

Hanya orang jahat dan gila sahaja tergamak melakukan perbuatan seperti ini.

Bercakap mengenai adab dan sopan, bukan sahaja tertaluk kepada orang melayu atau ianya adat ketimuran. Lihat bukti dibawah ini, warga negara luar yang mendapat tahu mengenai perancangan jahat ini juga TAK setuju dan mengutuk sekeras-kerasnya!


Jika ditanya kepada sesiapa pun yang waras akal fikiran, tidak kiralah samada menyokong BN-UMNO atau pun tidak, semestinya mereka tidak akan bersetuju dengan idea mengganggu majlis perkahwinan anak YAB Datuk Sri Najib di KLCC Sabtu ini.

Dengan itu diharap pihak yang mahu menganjurkan kerja jahat dan kerja gila ini dapat berfikir dengan waras agar tidak tergamak memalukan majlis orang lain....

Ada bukti-bukti dan beberapa saksi memaklumkan bahawa salah seorang penganjur untuk merosakkan majlis perkahwinan anak Najib ini pernah dibebani dengan kisah adik perempuannya mencoteng arang di muka famili sendiri.... Adik perempuannya kena cekup tangkap basah dan majlis nikah "terpaksa" diadakan di salah sebuah rumah di Kota Damansara selepas jam 12 malam.

Kisah ini disaksikan sendiri oleh bekas Setiausaha AMK PKR Pusat yang sudah tidak lagi bersama parti pimpinan Bapa Peliwat Negara - BY MEDAN INFO KITA



Ganggu Majlis Perkahwinan Anak PM Amalan Politik Rimba Luar ‘Tabie’ – Azrinizam

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim menyifatkan tindakan pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan “Kita Lawan” di majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sabtu ini adalah satu amalan politik rimba luar ‘tabie’.
Jelasnya, mengganggu majlis orang lain bukanlah budaya masyarakat majmuk negara ini dan sekiranya benar terjadi maka akan tercatatlah sejarah hitam dalam lipatan politik tanahair.
Beliau menambah, sekiranya perkara ini berlaku kepada pemimpin pembangkang, sudah pasti ayat ‘jangan ganggu privacy kami’ akan dilemparkan.
“Cuba kita lihat bila rakyat berhimpun di hadapan rumah Ambiga suatu ketika dahulu kerana marah dengan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pembangkang. Mereka cukup marah dengan mengatakan hak peribadi mereka diganggu.
kitalawanbodoh_400_260
“Begitu juga bila gambar rumah mewah Ngar Koh Meng menjadi viral. Ayat yang sama turut diucapkan malah Nurul Izzah juga menggunakan ayat yang sama apabila status perkahwinannya dipersoalkan.
“Yang menghairankan, mengapa mereka tidak boleh menghormati hak peribadi orang lain… sekiranya mereka boleh menggunakan ayat ‘hak peribadi’ atau ‘jangan ganggu peribadi saya’ maka mengapa harus diganggu majlis peribadi Datuk Seri Najib,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau turut menempelak puak pembangkang yang sering memperalatkan rakyat demi kepentingan peribadi.
“Budaya apa yang cuba mereka kenal dan ajarkan kepada golongan muda ini… adakah mereka mahu golongan muda yang bakal menjadi pemimpin negara mengamalkan sikap kurang ajar sebegini.
“Jangan ditiru budaya yahudi… saya amat berharap rakyat tidak akan terpengaruh dan berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu yang bodoh. Belajarlah untuk menghormati hak peribadi orang lain sekiranya mereka juga mahu hak peribadi mereka dihormati,” katanya. 


TOK AWANG SELAMPIT: MENJELANG KEPUTUSAN RAYUAN KES LIWAT ANWAR

Tak lama lagi kita akan dapat mendengar keputusan dari mahkamah berkenaan kes liwat Anwar Ibrahim. Yang memihak kepadanya sudah bersedia untuk menuduh mahkamah tidak adil jika beliau didapati salah. Seperti selalu, apa saja keputusan yang tidak memihak kepada mereka adalah tidak adil dan salah.

Rakyat sudah sangat sedar mengenainya. Perjuangan hanyalah untuk membebaskan Anwar walaupun beliau bersalah. Tok Awang baca banyak pendapat mengenai perkara ini, namun pendapat dan pandangan dari seorang yang pernah bersahabat baik dengan Anwar suatu ketika dahulu jangan kita tidak ambil peduli.

Berikut adalah pandangan dari Zulkifli Nordin, seorang yang rapat dengan Anwar dan dapat melihatnya dari luar dan dalam:

Sebenarnya kes Saiful ini adalah kes peribadi melibatkan Anwar Ibrahim dan pembantunya Saiful Bukhari. Ia adalah kes aduan seorang kakitangan yang mengadu majikannya telah meliwat beliau.

Dalam bahasa hak asasi manusia, ini adalah aduan kes pencabulan seksual oleh seorang majikan terhadap kakitangannya. Dinegara barat, ini adalah suatu kes yang serius dan boleh dikenakan hukuman berat!

Takkanlah kita nak percaya tohmahan kumpulan pro-pembangkang bahawa Najib terlibat!

Cuba tanya akal kita sendiri, menasabah kah untuk Najib terlibat?

Bagaimana caranya Najib mendapatkan sampel airmani Anwar? Bagaimana Najib memasukkan sampel airmani itu kedalam dubur Saiful? Perlu diingat DNA yang ditemui didalam dubur Saiful dan disahkan oleh pakar kimia, forensik dan perubatan iailah DNA bersumberkan airmani Anwar!

Takkanlah Najib yang memerangkap Anwar? Adakah Najib memerangkap Anwar supaya meliwat Saiful? Logik kah tohmahan itu?

Apa yang penting ialah kita memberikan ruang dan peluang kepada kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang untuk membuat keputusan dan penghakiman mereka.

Anwar telah diberi peluang seluas-luasnya untuk mengemukakan hujah dihadapan Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili oleh berbelas peguam, diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan seorang peguam veteran Datuk Gopal Sri Ram, selain anak-anak mendiang Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh, Jagdeep Singh, selain daripada beberapa peguam kanan dan senior yang lain.

Mereka diberi ruang dan peluang secukupnya, malah berlebih-lebihan, untuk mengemukakan hujah mereka.

Kini benarkan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan ini membuat keputusan dan penghakiman mereka tanpa sebarang tekanan, desakan atau ugutan.

Jangan dipolitikkan kes ini. Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah melibatkan seorang majikan yang didakwa meliwat kakitangannya!

Apa juga keputusan Mahkamah Persekutuan hendaklah kita hormati dan terima. Walaupun saya memberikan hujah panjang lebar diatas, namun kata pemutusnya adalah ditangan Mahkamah dan Hakim-Hakim yang arif lagi bijaksana ini.

Kalau ditakdirkan mereka membuat keputusan menerima rayuan Anwar dan membebaskan dia, saya perlu akur menerima dan menghormatinya, walaupun saya mungkin tidak setuju.

Dan jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara samada 5 tahun atau lebih, maka itu pun kita wajib menerima dan menghormatinya walaupun kita mungkin tidak bersetuju.

Ingatlah, keadilan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga untuk Saiful.

Dan yang lebih penting, keadilan adalah untuk kebenaran, insyallah!

Tok Awang tak nak komen banyak-banyak, cuma fikir-fikirkanlah. Anwar bukanlah maksum. Semakin lama kita nampak wajah sebenarnya semakin jelas. Lihat saja parti PKR yang ditubuhkan sebagai alat untuk membelanya dulu... mana kawan-kawan yang sama-sama menubuhkannya? Jika Anwar dipihak yang benar, kenapa kawan-kawanya semuanya sudah meninggalkan perjuangan yang sia-sia itu?

Tok Awang rasa, kita akan lebih bahagia tanpa adanya bersama kita.

Tok Awang Selampit.


AMUKANMELAYU - Perjuangan yang menjadi sia-sia........