,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 22 December 2013

ANWAR - KES LIWAT YANG TERLEWAT


 pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808


Olak Lempit -  Ahad 18 Saffar Bersamaan dengan 22hb. Disember 2013. Penulis sudah jemu dengan KES LIWAT ni. Memandangkan dah bertahun penulis mengikutinya, maka penulis teruskan juga. Dari kes USUNG TILAM hinggalah kepada KES LIWAT 2 ini. Sudah berapa banyak tenaga, wang ringgit, masa dan ftnah yang timbul dengan KES ini. 

Pagi tadi Penulis telah menceritakan kepada anak buah kat Office. Malaysia adalah satu Negara yang Unik. Hampir semua pelaku "SEX" dan "RASUAH" di simpan dan selalu menang kes jika dianya dari "Orang Besar". Inilah menjadi faktor kenapa kes Buang Anak dan Rasuah berleluasa di Malaysia. 

Dengan selogan "Kepimpinan Melalui Tauladan" yang di gunakan sepenuhnya oleh remaja untuk sex bebas dan penguatkuasa pula menjadi Penerima RASUAH TEGAR. Sedangkan banyak Kes Pemimpin Luar Negara yang di singkir atau MELETAK jawatan hanya dengan issu moral yang "RINGAN" sahaja dan hampir tiada langsung Kes Rasuah. Untuk jadi KEBAL, maka jadilah "AHLI POLITIK"

 

Jom kita cuba MEMAHAMI Kes LIWAT@LEWAT ini:

Ketika ini Karpal Singh bertanyakan kandungan laporan polis itu di barisan ketiga berbunyi "kejadian kali terakhir pada 26.6.2008" yang membawa maksud Anwar pernah meliwat Saiful lebih dari sekali.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bertanyakan kepada Saiful benarkah lebih daripada sekali Anwar meliwatnya.

Saiful mengesahnya dengan mengatakan kejadian sebelum ini berlaku pada hari sebelum nya, 25 06 2008, di pejabat Anwar Ibrahim, Seksyen 16, Petaling Jaya, jam 10.30 pagi, selepas mesyuarat staff.

 

 

Hujah Akhir : Karpal Rumuskan Liwat Berlaku Atas Dasar Suka Sama Suka

BERNAMA – 12/12/11, Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.
Karpal berkata Mohd Saiful mendakwa diliwat secara paksa namun, hujahnya, keterangan saksi utama, di mahkamah membuktikan sebaliknya.
“Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri”, katanya.
Karpal menyifatkan Mohd Saiful seperti sebutir bom yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat.
Menurutnya, Mohd Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.
Justeru itu, Karpal menggesa mahkamah mengkaji semula kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi.
“Kredibiliti SP1 (Mohd Saiful) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes,” katanya.
Karpal menekankan, Mohd Saiful ada mengatakan bahawa perbuatan diliwat pada 26 Jun 2006 berlaku dengan laju dan rakus.
Menurut Karpal, keterangan Mohd Saiful itu telah berjaya dicabar oleh saksi pakar pihak pembela, Dr Thomas Hoogland, yang mengatakan bahawa seorang yang dalam usia Anwar tidak mungkin boleh melakukan perbuatan yang digambarkan oleh saksi utama itu.
“Apa yang berlaku di lantai bilik tidur berhubung kejadian liwat yang didakwa oleh SP1 tidak ditimbangkan dengan teliti oleh mahkamah ini”, kata Karpal.
Tambahnya, Dr Hoogland juga ada mengatakan bahawa Anwar tidak mungkin boleh melakukan aktiviti sedemikian tanpa melalui kesakitan yang teruk ekoran masalah artritis dan kerosakan saraf dialaminya.
Oleh itu katanya, keterangan Saiful di peringkat itu menimbulkan keraguan dan tidak boleh dipercayai, sekali gus menjejaskan tuduhan yang dibawa ke atas Anwar.
Karpal yang menggulung hujahnya selama 44 minit itu, turut mendesak mahkamah menangguhkan keputusan untuk menentukan Anwar bersalah atau tidak untuk membolehkan mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan Saiful Bukhari bagi menentukan status hubungan mereka.
“Mahkamah ini perlu ditangguh untuk membolehkan Mohd Saiful dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini,” katanya.
Menurutnya, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.
Semasa dalam proses pembelaan, Anwar dan barisan peguamnya tidak membangkitkan isu hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful, malah daripada 8 orang pembela, hanya Anwar dan Mohd Najwan Halimi sahaja yang menyentuh berkenaan kredibiliti saksi utama.

Seperti yang dirumuskan dalam hujah penggulungan Karpal, Anwar semasa proses bela diri mengesahkan beliau berada bersama Mohd Saiful di Unit 1151 seperti tarikh, tempat dan masa didakwa, tetapi menegaskan hubungan seks itu berlaku atas dasar suka sama suka.

Malah, kehadiran Najwan Halimi hanya untuk mengesahkan Mohd Saiful adalah sebenarnya pekerja Anwar yang sering dinafikan oleh Ketua Umum PKR sebelum ini.
Karpal turut mengesa mahkamah agar menerima keterangan yang diberikan anak guamnya, Anwar Ibrahim, walaupun keterangan itu dibuat daripada kandang tertuduh.
Lazimnya dalam prosedur mahkamah, keterangan saksi dari kandang tertuduh tidak diambil kira oleh hakim kerana keterangannya tidak diuji kesahihannya oleh pihak pendakwa dan tidak dimulai dengan acara bersumpah.

Pihak Pembelaan Kes Anwar Mempersoalkan Kredibiliti Mohd Saiful
KUALA LUMPUR, 12 Dis – Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.
Beliau berkata pada akhir kes pembelaan, mahkamah mestilah mempertimbangkan sama ada kes terhadap tertuduh (Anwar) itu telah dibuktikan melangkaui keraguan munasabah.
“Dalam penghujahan, pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan,” kata Karpal.
Beliau memberikan hujah pada akhir kes pembelaan Anwar, 64, yang menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Karpal berkata daripada keterangan saksi pembelaan, pakar bedah Ortopaedik Dr Thomas Hoogland dengan jayanya “meruntuhkan” keterangan Mohd Saiful berkaitan kemampuan tertuduh (Anwar) untuk melakukan aksi liwat seperti yang digambarkan oleh Mohd Saiful.
Beliau berkata Dr Hoogland dalam keterangannya berkata adalah tidak mungkin seorang lelaki dalam umur itu boleh melakukan aksi seks seperti yang digambarkan oleh Mohd Saiful.
“Adalah menarik bahawa Saksi Pendakwaan pertama (SP1) (Mohd Saiful) ketika disoal balas menyatakan bahawa “pada hari tersebut, beliau (Anwar) melakukannya dengan laju dan rakus,” kata beliau.
Karpal berhujah bahawa keterangan Dr Hoogland, keterangan Mohd Saiful, dengan itu, dalam perkara ini SP1 tidak boleh dipercayai dan memusnahkan pertuduhan terhadap Anwar.
Beliau juga berkata keterangan mengenai tingkah laku Mohd Saiful, sebelum dan selepas dakwaaan liwat itu, tidak boleh dipercayai.
“Sukar untuk dipercayai SP1 (Mohd Saiful) yang bertindak seperti sebutir bom yang patuh dengan arahan tertuduh walaupun banyak peluang untuknya keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan. Beliau memilih tidak berbuat demikian,” kata Karpal.
Karpal berhujah bahawa tidak ada keterangan bahawa pintu ke bilik tidur itu dikunci dan Mohd Saiful boleh berlari keluar dari bilik itu ke ruang tamu.
Beliau juga boleh meminta tolong dan bantuan daripada penghuni yang tinggal di unit bertentangan kondominium itu dan membuat aduan kepada mereka, kata Karpal.
“Sebaliknya, beliau (Mohd Saiful) berkata beliau menerima perlawaan tertuduh (Anwar) ke ruang makan,” kata Karpal.
Karpal juga berkata kredibiliti Mohd Saiful terus terhakis kerana beliau (Mohd Saiful) lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.
Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Mohd Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Mohd Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.
Sambil memberikan beberapa undang-undang kes, Karpal berkata kenyataan dari kandang oleh Anwar apabila beliau dipanggil untuk membela diri, boleh diambilkira sebagai memberikan keterangan.
Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung Selasa – bernama

ULASAN PRO PAKATAN

Anwar silap besar, Karpal Singh bakal perlingkup masa depan politiknya...

Apa Motif Karpal Singh?
SEBAGAI seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar dimasa hadapan.

Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful.

Penulis boleh faham tujuan Karpal membangkitkan perkara tersebut – untuk menimbulkan keraguan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar seterusnya mencerahkan peluangnya untuk dibebaskan. Tetapi sedarkah Karpal bahawa perbuatannya itu hanya akan merosakkan karier politik Anwar dalam jangka masa panjang – kalau pun tidak ‘membunuhnya’ (karier politik) terus!!

Tidak ada gunanya Anwar terlepas daripada pertuduhan yang ini tapi masyarakat kekal memandangnya sebagai peliwat. Rakyat hari ini semakin bijak, bukan seperti 20-30 tahun lepas ketika Karpal memulakan kariernya sebagai peguam. Ketika itu yang dilihat orang hanyalah keputusan bersalah atau tidak sahaja, alasan disebalik keputusan itu orang tidak peduli.

Nak mengaksesnya (alasan penghakiman) juga bukan mudah.

Tapi hari ini berbeza keadaannya. Dengan akses internet yang meluas, rakyat boleh membaca alasan penghakiman yang membebaskan Anwar seperti mana keadaannya pada 2004 dalam perbicaraan fitnah liwat 1. Benar ketika itu Anwar dibebaskan tapi stigma masyarakat dan diapi-apikan oleh musuh Anwar ialah, Anwar dibebas secara teknikal (tarikh kejadian yang berubah-ubah), bukan kerana tidak meliwat.

Bagi mengukuhkan tuduhan mereka, alasan penghakiman yang menjelaskan perkara tersebut dimuat turun dari internet dan digunakan secara meluas sebagai bukti untuk melengkapkan dakwaan bahawa Anwar sememangnya seorang peliwat (walaupun dibebaskan).

Kesilapan pasukan pembelaan Anwar ketika itu tidak menyemak semula alasan penghakiman yang mengesahkan penglibatan Anwar dalam hubungan homoseksual, menyebabkan sehingga ke hari ini masih ada segelintir rakyat yang percaya Anwar benar-benar seorang peliwat.

Rakyat hari ini mahukan satu penjelasan yang muktamad dari perbicaraan ini iaitu sama ada Anwar meliwat Saiful atau tidak. Soal secara paksa atau secara suka-suka ini bukan masalahnya, yang penting adakah kejadian liwat itu benar-benar berlaku. Menjadi tugas Karpal Singh sebagai ketua peguambela Anwar untuk memastikan bahawa dari segala apa segi pun Anwar bebas dari ‘bayangan’ liwat yang menghantuinya sejak 1998 lagi.

Tambah buruk lagi kalau keputusan hakim nanti benar-benar menjadi seperti mana yang dihendaki oleh Karpal (liwat secara suka sama suka), Anwar masih lagi tidak terlepas daripada kemungkinan dituduh dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan pula.

Memang benar sistem perundangan negara tidak membenarkan pesalah yang dibebaskan daripada pertuduhan dibawah Seksyen tertentu, dituduh semula dibawah Seksyen yang sama, tapi kini kita bercakap tentang 2 Seksyen (377B dan 377C) berbeza dibawah Kanun keseksaan yang sama.

Penulis dari dulu pun mempersoalkan kebijakan memilih Karpal Singh sebagai peguam untuk mengetuai kes Datuk Seri Anwar. Bukan soal kebolehannya tapi kerana Karpal mempunyai sejarah yang panjang membela tertuduh daripada pertuduhan tanpa mengambil kira kesan-kesan langsung selepas dari itu.

Disamping ‘dosanya’ membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen pada 1997.

Yang penting pada Karpal (malah mana-mana pengamal profession perundangan sekalipun) ialah menang kes, soal ia akan mencemarkan imej tertuduh atau tidak selepas proses perbicaraan selesai, itu bukan masalah mereka. Asal duit masuk cukuplah.

Sebagai peguam dan ahli politik dalam masa yang sama, Karpal perlu sedar bahawa tertuduh dalam kes ini bukan orang biasa, kita bercakap tentang bakal Perdana Menteri Malaysia dan imej sebagai peliwat ini tidak baik untuk dirinya dan negara ini.

Kalau majoriti penduduk negara barat pun masih memandang hina amalan homoseksual dan pelakunya apatah lagi di Malaysia yang dihuni majoriti orang Melayu beragama Islam.

Karpal perlu ingat, jika dalam kes pembunuhan model Altantunya, Pakatan Rakyat berjaya juga mengaitkan dengan Perdana Menteri dan isteri melalui ’calit-calit’ kecil berkaitan dengan kes tersebut, tidak mustahil dimasa hadapan bila Datuk Seri Anwar pula yang menjadi Perdana Menteri, keadaan sama boleh digunakan musuh politik beliau untuk menjatuhkan karier politiknya.

Apatah lagi bila ‘calit’ yang kita cakapkan ini bukan kecil tapi besar saiznya.

Sebenarnya ada banyak lagi ‘kecacatan’ yang penulis lihat dari cara Karpal mengendalikan kes pembelaan Anwar, antaranya menyerahkan kepada peguam-peguam yang lebih ‘junior’ dalam pasukan pembelaannya untuk menggulung hujah mengenai perkara-perkara rumit berkaitan DNA lelaki Y dalam dubor Saiful yang dikatakan sepadan dengan DNA Anwar.

Tetapi penulis memberi keutamaan kepada soal yang dibincangkan di atas kerana ia mempunyai kesan jangka panjang kepada karier politik Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri Malaysia.- SPR


ULASAN PRO BN

AIDCNews – 07/01/12 – Dua penulis pro Pakatan Rakyat terkasima dan menyalahkan Ketua Peguam Bela, Karpal Singh kerana menggunakan hujah ‘suka sama suka’ sebagai perisai utama untuk mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi pertuduhan melakukan seks luar tabie terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
shalehudin.blogspot.com, blog pro PAS keliru kenapakah Karpal akhirnya menumpukan terhadap hujah-hujah yang mengesahkan kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku dengan menekankan aspek elemen suka sama suka.
“Sebagai seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar di masa hadapan.
“Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful.
“Penulis boleh faham tujuan Karpal membangkitkan perkara tersebut – untuk menimbulkan keraguan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar seterusnya mencerahkan peluangnya untuk dibebaskan. Tetapi sedarkah Karpal bahawa perbuatannya itu hanya akan merosakkan karier politik Anwar dalam jangka masa panjang – kalau pun tidak ‘membunuhnya’ (karier politik) terus!!”, katanya.

    

PASUKAN PEGUAMBELA ANWAR
Antara faktor-faktor yang dinyatakan oleh Pendakwaraya untuk memfailkan Rayuan untuk Kes Liwat 2 adalah

  • keraguan terhadap integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful
  • kecuaian Pegawai Penyiasat
  • kenyataan hipotesis oleh 'expert witness' iaitu David Wells dan Brian Macdonald
Dalam Petisyen yang difailkan, sebanyak 9 sebab telah dikemukakan oleh Pihak Pendakwaraya untuk pertimbangan semula Hakim-hakim di Mahkamah Rayuan daripada aspek undang-undang. Menurut Petisyen yang difailkan, Hakim Mahkamah Tinggi telah salah tafsir kes dan bukti-bukti yang dibentangkan berikutan kewujudan beberapa percanggahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum itu dengan keputusan muktamadnya pada 9 Januari. 
Misalnya, jikalau integriti sampel diragui, ATAS DASAR APA Tuan Hakim menyuruh Anwar Ibrahim untuk 'enter defence'. 'Enter defence' bermaksud Pihak Pendakwaraya telah membuktikan ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim bersalah.  
Hakim Mahkamah Tinggi dalam alasan penghakimannya pada masa tersebut telah mengesyorkan integriti sampel DNA Saiful tidak dikompromi. Oleh itu, ada asas untuk menyuruh Anwar Ibrahim untuk menjawab tuduhan ke atasnya. 
Dalam hujah-hujah yang dibentangkan oleh Peguambela Anwar berdasarkan kenyataan saksi pakar daripada Australia, soal tentang kesahihan sampel tersebut tidak menjadi hujah utama. Alasan 'break in the chain of evidence' di mana bukti-bukti yang penting untuk kes telah dikompromikan. Kita berhujah bahawa DSP Judy iaitu Pegawai Penyiasat Kes Liwat 2 adalah seorang yang tidak mempunyai integriti berdasarkan rekod lama beliau yang pernah disiasat untuk sebuah kes sebelum ini. 
Malah, DSP Judy telah melanggar peraturan IGSO iaitu Inspector General Standing Orders. Peraturan IGSO yang dilanggarnya ialah tidak mendengar arahan daripada Jabatan Kimia untuk menyimpannya dalam Lokar untuk Simpan Ekshibit Mahkamah yang digunakan untuk kes-kes yang lain tetapi telah menyimpannya dalam lokar peribadinya di dalam bilik. Yang pelik, dia juga mengaku telah buka botol sampel untuk 'gamkan' penutup botol itu dengan lebih kemas. Ganjil! 
Secara  ringkas, sampel DNA tidak ada masalah daripada segi integriti maupun kesahihannya. Malah, sampel tersebut telah didapati padan dengan sampel DNA Anwar yang diambil daripada lokap di mana dia ditahan untuk satu malam. Memandangkan undang-undang pada masa itu memerlukan kebenaran daripada tertuduh untuk memberi sampel DNA, kita telah pertikaikan penggunaan DNA yang diambil daripada lokap. Kan Anwar Ibrahim menggigil untuk beri DNA-nya. 
Huraian di atas adalah petunjuk penting kepada sandiwara masa kini di mana Anwar cuba cari pelbagai alasan untuk tangguhkan kesnya. Mengapa Anwar meroyan begini? Gelisah pula itu!
Adakah Tan Sri Shafee faktornya? Adakah Anwar takut penglibatan Tan Sri Shafee bermaksud campur tangan UMNO? Tidak. Tidak ada asas untuk pemikiran sedemikian pun!
Anwar tidak pernah kalah kes kepada Tan Sri Shafee atas sebab-sebab yang mencurigakan. 
Dua kes yang saya terlibat secara langsung lawan Tan Sri Shafee untuk pihak Anwar adalah kes saman terhadap Khairy dan Hamzah Zainudin. Kes Khairy itu kita kalah sebab Peguam sebelum itu telah silap besar daripada aspek teknikal iaitu 'service of writ'. Kes Hamzah pula Anwar tarik balik. 
"Campur tangan UMNO" menyebabkan Kes Anwar Tak Pernah Selesai

Kisah sebenar di sebalik kegelisahan Anwar ialah dia tahu dia akan kalah Rayuan ini. Sebabnya adalah 9 faktor yang dikemukakan oleh Pendakwaraya untuk pertimbangan semula menyelaputi subjek dan konteks hujah-hujah yang dibentangkan oleh Sankara Nair dan diselidik oleh saya semasa kes masih di Mahkamah Tinggi. 
BERSAMA PAKAR DNA BRIAN MACDONALD
Hanya Sankara dan saya yang faham secara menyeluruh segala aspek teknikal dan undang-
undang hujah kami. Ini kerana hujah-hujah kami terdiri daripada banyak aspek teknikal DNA dan Forensik yang tidak pernah dihakimi di mana-mana Mahkamah di Malaysia. Bukan di Mahkamah Persekutuan pun!
Karpal tidak tahu apa-apa tentangnya. Sama juga dengan RamKarpal. 


 Kini saya bukan lagi bersama Anwar dan Sankara pula tidak mewakili Anwar dalam Rayuan ini. Mengapa.Kenapa.Apa dah jadi adalah cerita untuk hari lain. Anwar Ibrahim ini satu makhluk yang tak tahu nak kenang budi. Sanggup 'hack' e-mel Peguam Peribadi sendiri untuk lihat kaitan di antara saya dan Sankara dan jika Sankara turut terlibat dengan saya dalam pendedahan wajah sebenarnya. Yang saya kesal, hubungan dengan manusia baik seperti Sankara yang putus.
Sumbangan Karpal dalam Kes Liwat 2 adalah untuk jatuh sakit dan tangguhkan kes. Dan juga untuk beri hujah politik di Mahkamah. Mereka yang tahu undang-undang dan proses Mahkamah semestinya akan tahu siapakah sebenarnya yang memenangkan Anwar Kes tersebut. Begitu ketara.
BERSAMA PAKAR FORENSIK DR DAVID WELLS
Hujah-hujah tersebut boleh dibidas hanya dengan pemahaman yang terperinci tentang aspek DNA dan Forensik. Erti kata lain, hanya Sankara Nair dan saya yang mampu nak pertahankan hujah tersebut. Atau bidasnya.
Kan penyelidikan dibuat oleh saya dan dididik oleh Brian dan David serta dibimbing oleh Sankara nair. Sankara kini bermasam muka dengan Anwar kerana mengesyakinya dam saya pula bernekad untuk menghapuskan Agen CIA ini!
Baru-baru ini Anwar menerusi salah seorang kenalan kita berdua telah suruh saya untuk tidak libatkan diri dalam Kes Liwat 2 ini. Dia tidak mahu saya bantu Tan Sri. Nak tahu jumlah wang yang saya di-offer? 300Ribu! Tunai...Di Selangor Club..Di tempat parking..
Dengar khabar juga Anwar dalam proses memujuk Sankara. Dia tidak percayakan Karpal. Itu hakikat! Akrab kan DAP dan PKR? :)
Kalaulah Anwar ini sememangnya mangsa konspirasi, Inilah saksi yang perlu di bawa ke Mahkamah.
  • kenapa tiada saksi selain saksi pakar dan Najwan yang bekerja untuk MB Selangor masa kes..
  • Mana Hasanudin?
  • Mana Ezam?
  • Kenapa tak sub poena PM dan isterinya?
  • Kenapa tak berani masuk kandang saksi?
  • Mana alibi yang disebut untuk dapatkan ikat jamin?
  • Mana ahli ekonomi yang kononnya bersama Anwar masa itu?
Anwar dan Saiful adalah pasangan biseksual yang memang melakukan hubungan seks. Bukan saja di sini tapi di Hong Kong dan banyak lagi tempat di luar negara. Faham tak sekarang kenapa Karpal kata 'suka sama suka' di Mahkamah?

KENYATAAN SAIFUL DILIWAT BANYAK KALI DIBUANG ATAS DESAKAN KARPAL
Saiful insaf ke derhaka bukan masalah saya. Tapi dia tidak rela untuk lakukan aktiviti homoseksual dengan Anwar lagi. Namun, Anwar paksanya. Macam rogol.

Sama seperti cerita yang diberitahu oleh bekas banduan yang bersama Anwar di Sungai Buloh. Saya tidak mendedahkan identitinya kerana tidak ingin mengkompromikan masa depan budak tersebut. Namun, diberitahu dia bakal jadi saksi dalam Kes Nalla.

Guess who else might choose to be a witness in Nalla's case? ;)

Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual yang gila seks seperti mana yang diakuinya sendiri apabila sperma Male Y dikenal pasti miliknya. Masa tu penaung untuk pakar saksi daripada Australia dah bengang gila dan enggan 'finance' Anwar lagi. Kita di barisan peguam sememangnya dah tahu fakta ini.

Male Y milik Anwar. Hanya kerana DNA diambil tanpa kebenaran, ianya tidak boleh digunakan. Sampel daripada dubur Saiful yang dipadankan dengan DNA daripada Tuala dan Berus Gigi yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di lokap memang padan. Ini tidak dipertikaikan oleh pakar kita pun.

Saman lah. Kalau apa yang saya catit di sini adalah 'konspirasi Barisan Nasional' iaitu Alasan serta Automatik Respon untuk segala soalan yang melibatkan seksualitinya.

Anwar tawar Saya RM300K Supaya Tidak Campur Kes Liwat II - Yuktes Vijay


Anwar Ibrahim melalui kenalan pernah tawarkan saya sebanyak RM300K supaya tidak campur tangan dalam kes Liwat II", kata Yuktes.

Anwar Ibrahim yang terlibat dalam kes Liwat tahu bahawa beliau akan kalah dalam rayuan yang difailkan oleh pihak pendakwa yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee.
Antara faktor-faktor yang dinyatakan oleh Pendakwaraya untuk memfailkan Rayuan untuk Kes Liwat 2 adalah:
  1. Keraguan terhadap integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful
  2. Kecuaian Pegawai Penyiasat
  3. Kenyataan hipotesis oleh 'expert witness' iaitu David Wells dan Brian Macdonald
Dalam Petisyen yang difailkan, sebanyak 9 sebab telah dikemukakan oleh Pihak Pendakwa untuk pertimbangan semula oleh hakim-hakim di Mahkamah Rayuan.
Menurut Petisyen yang difailkan, Hakim Mahkamah Tinggi telah salah tafsir kes dan bukti-bukti yang dibentangkan berikutan kewujudan beberapa percanggahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum itu dengan keputusan muktamadnya pada 9 Januari yang lalu. 
Misalnya, jikalau integriti sampel diragui, ATAS DASAR APA Tuan Hakim menyuruh Anwar Ibrahim untuk 'enter defence'. 'Enter defence' bermaksud Pihak Pendakwa telah berjaya membuktikan ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim bersalah.
Hakim Mahkamah Tinggi dalam alasan penghakimannya pada masa tersebut telah mengesyorkan integriti sampel DNA Saiful tidak dikompromi. Oleh itu, ada asas untuk menyuruh Anwar Ibrahim untuk menjawab tuduhan ke atasnya. 
Dalam hujah-hujah yang dibentangkan oleh Peguambela Anwar berdasarkan kenyataan saksi pakar daripada Australia, soal tentang kesahihan sampel tersebut tidak menjadi hujah utama. Alasan 'break in the chain of evidence' di mana bukti-bukti yang penting untuk kes telah dikompromikan. Kita berhujah bahawa DSP Judy iaitu Pegawai Penyiasat Kes Liwat 2 adalah seorang yang tidak mempunyai integriti berdasarkan rekod lama beliau yang pernah disiasat untuk sebuah kes sebelum ini.
Malah, DSP Judy telah melanggar peraturan IGSO iaitu Inspector General Standing Orders. Peraturan IGSO yang dilanggarnya ialah tidak mendengar arahan daripada Jabatan Kimia untuk menyimpannya dalam Lokar untuk Simpan Ekshibit Mahkamah yang digunakan untuk kes-kes yang lain tetapi telah menyimpannya dalam lokar peribadinya di dalam bilik. 
Yang pelik, dia juga mengaku telah buka botol sampel untuk 'gamkan' penutup botol itu dengan lebih kemas. Ganjil!
Secara ringkas, sampel DNA tidak ada masalah daripada segi integriti maupun kesahihannya. Malah, sampel tersebut telah didapati padan dengan sampel DNA Anwar yang diambil daripada lokap di mana dia ditahan untuk satu malam. 

Memandangkan undang-undang pada masa itu memerlukan kebenaran daripada tertuduh untuk memberi sampel DNA, kita telah pertikaikan penggunaan DNA yang diambil daripada lokap. Kan Anwar Ibrahim menggigil untuk beri DNA-nya. 
Huraian di atas adalah petunjuk penting kepada sandiwara masa kini di mana Anwar cuba cari pelbagai alasan untuk tangguhkan kesnya. Mengapa Anwar meroyan begini? Gelisah pula itu!
Kisah sebenar di sebalik kegelisahan Anwar ialah dia tahu dia akan kalah Rayuan ini. Sebabnya adalah 9 faktor yang dikemukakan oleh Pendakwaraya untuk pertimbangan semula merangkumi subjek dan konteks hujah-hujah yang dibentangkan oleh Sankara Nair dan diselidik oleh saya semasa kes masih di Mahkamah Tinggi. 
Hanya Sankara dan Yuktes faham secara menyeluruh segala aspek teknikal dan undang-undang hujah kami. Ini kerana hujah-hujah kami terdiri daripada banyak aspek teknikal DNA dan Forensik yang tidak pernah dihakimi di mana-mana Mahkamah di Malaysia. Bukan di Mahkamah Persekutuan pun!
Karpal tidak tahu apa-apa tentangnya. Sama juga dengan RamKarpal.

Kini Yuktes bukan lagi berada dalam tim Anwar dan Sankara pula tidak mewakili Anwar dalam Rayuan ini. Mengapa?
Kenapa?
Apa dah jadi adalah cerita untuk hari lain. Anwar Ibrahim ini satu makhluk yang tak tahu nak kenang budi. Sanggup 'hack' e-mel Peguam Peribadi sendiri untuk lihat kaitan di antara Yuktes dan Sankara dan jika Sankara turut terlibat dengan Yuktes dalam pendedahan wajah sebenarnya. 
Sumbangan Karpal dalam Kes Liwat 2 adalah untuk jatuh sakit dan tangguhkan kes. Dan juga untuk beri hujah politik di Mahkamah. Mereka yang tahu undang-undang dan proses Mahkamah semestinya akan tahu siapakah sebenarnya yang memenangkan Anwar kes tersebut. 


AMUKANMELAYU - Kenapa kes ini begitu panjang, apa Agenda "TANGAN GHAIB" sebenarnya. Adakah dengan Kes ini menjadi alasan untuk US bertapak di Malaysia untuk mengekang Kebangkitan China(Ekonomi dan Tentera) yang mula mempamerkan kekuatan Tenteranya dengan Super Cerrier yang Canggih itu?