,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 22 December 2013

ULAMAK MULA MEMBUKA RAHSIA BANI TA MIM 2



Artikal kiriman saudara Pendekar mengenai Rahsia Bangsa Melayu adalah satu topik yang menarik dimana kita dapat menilai serta mengkaji asal usul bangsa Melayu.Artikal ini dipindahkan dari entri Sejarah & Info Islam

RAHSIA BANGSA MELAYU
Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.
Selamat Membaca.

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”
(Genesis 25:6 New International Version)

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di’suis’ dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.’Melayu’ adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah ‘The Promised Land’ seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.

Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.

Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai ‘unknown nationality’.Persoalannya,
“Siapakah Keturah ini?”

Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai ‘raksasa’,’orang gasar(barbarian)’,’kaum yang ganas’ dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat ‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

“Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini” (Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.

Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.

Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.

Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan ‘gundik Firaun’.

Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.

Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai ‘kifarat’ dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.

Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.

Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.
dalam Alquran ada disebut:

“Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?….Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian”.
(Ali Imran: 65 – 68)

Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).

Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.

Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.

Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.

Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan ‘Babilonian Magic’ yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.

Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.

Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.
*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.

Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).

Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.

Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.

Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.

Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.

Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.

Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?

Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.

Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.

Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar ‘dongeng-dongeng’ ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai ‘keajaiban’ cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang ‘nakal’ mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.

Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.

Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!

Siapakah sebenarnya Bani Tamim ?



TA MIM

Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan surah pertama berbunyi iqra’..”bacalah” Bacalah di sini membawa maksud ‘break the code’. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan. Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.

TA = Tanah,
MiM= Melayu

Andalah pemuda-pemuda bani ta mim yang mampu menghancurkan bukit bukau itu.
Kenapa tanah melayu saja?
Anda harus tahu di mana sudut geografi tanah melayu ini. Seperti saya sebutkan di atas, Dunia melayu yang saiznya sebesar eropah ini adalahsecara keseluruhannya di gelar tanah melayu. Tapi, sebenar-benar TANAH itu adalah ‘tanduk’ / ‘Zakar’ / ‘jantung’ bumi ini.

Jadi, berbaik sangkalah sesama rumpun dan teruskan persatuan agar MIM itu mekar berdiri di hujung zaman. Kita juga tahu bahawa, keturunan di raja adalah dari keturunan iskandar zulkarnain. Jika di katakan iskandar itulah cyrus the great, maka kita tahulah iskandar itu datangnya dari parsi dan membawa bangsa aryan bersama ke sini. Tapi, harus di ingat kesultanan haruslah tahu tentang ilmu agama, ilmu kebatinan, ilmu perubatan, ilmu sains teknologi, ilmu kesaktian dan berbagai lagi demi bergelar sultan. Jika tidak, anda hanyalah sultan pada nama.

 \Ddirect to the point bukan?! Ini di tambah lagi dengan kesetiaan bangsa asli (orang asli/pribumi) yang tinggal di sini dan di merata dunia. Mereka tidak akan mengambil tahta bahkan mereka akan membantu untuk membangun demi kesejahteraan bersama. Orang asli ini adalah mereka yang terselamat di dalam banjir besar itu. Mereka tinggal di gua-gua. Bukti arkeologi seperti Perak Man adalah bukti tentang wujudnya komuniti orang asli ini yang telah tinggal di gua-gua selepas tamat era banjir besar. Kemudiannya, mereka merantau dan menuju ke segenap pelusuk dunia demi penerusan survival. Yang tinggal kini adalah saki baki penduduk asal tanah sunda yan tidak lagi mahukan kehebatan kerana cukuplah dengan bencana yang pernah berlaku dulu. Kenapa itu terjadi? Ini kerana di sinilah bermulanya ketamadunan pertama dunia. Tidak dapat terima hakikat ini?

Terdapat faktor-faktor Orang asli yang merantau ke seluruh dunia (asalnya dari sini) dan terselamat dari banjir besar oleh Peter Bellwood dalam buku the Austronesian:-
-berdasarkan rantaian makanan
-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling ‘advance’ di tanah melayu)
-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadi sejuk)
-berdasarkan explorasi peta sekitar
-berdasarkan pembiakan waris
-berdasarkan material kegunaan

Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh dunia kerana mereka pada masa itu cukup ‘advance; tapi kenapa kini kita melihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana mereka tidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenek moyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di muka bumi.

MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH ‘HIDUP’ BERSAMA BANGSA MIM. Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku di kalangan mereka dan ‘pendatang’ dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, mereka ini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalami proses pembelajaran 3,5,7 dan 9.

Apakah proses itu 3,5, 7, 9?
Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang oleh kewalian 3, seterusnya belajar silat dari kewalian 5, seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajar tentang kehidupan dari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah mereka apakah itu ILMU SEGALA.

Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah waris ADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia berjiwa dewa.

Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat menyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapat melihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih islam. Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hati mereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badan orang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri. Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takut mati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.

Akhir kata, ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifat UNIVERSAL, di tanah bekas UNIVERSAL.

Ajaibnya, inilah metafora syariat+hakikat+makrifat. Syariat=islam, Hakikat=kerahsian melayu universal, Makrifat=bekas pentas sunda syurga dunia. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda harus faham apa itu melayu dan buangkan kebangsaan melayu buatan politik. Jika tidak anda tidak mampu untuk menafsir apa yang sedang dan akan berlaku. Jika sesuatu berlaku, mereka yang tidak ketahui tadi akan sengsara dan merana lantas datanglah dajjal cuba menipu sedaya upaya dengan hakikat makrifat yang menipu yang bersandarkan pada firaun. Meskipun benar, tapi ia bukanlah kebenaran sebenar.

Dek kerana itulah takkala munculnya pak Dajjal ini, segala tok-tok imam akan masuk geng dia. Ini kerana Dajjal mengetahui kerahsiaan hakikat dan makrifat. Melalui itulah juga dia akan membelit kita semua. Mula-mula mengaku sebagai penyelamat, kemudiannya sebagai nabi dan seterusnya menjadi tuhan, sama seperti firaun lakukan. Pada era firaun dulu, para firaun ini mengetahu hakikat yang cukup tinggi yang mana sebarang kata mereka pasti jadi. Dari situ timbul bongkak dan akhirnya dia bertemu seteru yang sama taraf dengannya yakni MUSA dan HARUN. Dua orang nabi di hantar untuk menumpaskan firaun tapi akhirnya firaun tumpas di ‘makan’ lautan. Apatah lagi tika dajjal ini keluar. Anda mampu menanganinya?! Apapun, saya hanyalah seorang murid dan sedang belajar dari anda juga.

Takkala ini, saya melihat ramai yang cuba untuk meng-arab-kan adat serta jalan dakwah. Dek kerana itulah terjadinya ‘perang’ di antara umat islam di seluruh dunia. Dakwah harus kreatif dan berdasarkan kesuaian adat dan istiadat sesuatu kaum itu. Sekarang ini masih ramai yang melihat serban dan janggut berbanding kain pelikat serta orang tua bertongkat. Kita jarang melihat keilmuan di dalam diri seseorang itu. Kita sering saja menyerang seseorang tanpa sebab lalu berdabik dada mengatakan ‘ilmu aku cukup kerana aku pernah belajar di al-azhar atau telah mendapat PHD dalam sekian-sekian jurusan”. Persoalannya, adakah golongan ini yang akan membangkitkan sesuatu dari timur.

Apa yang saya lihat, golongan ini semakin menyemarakkan api perselisihan dan pertelingkahan lastas membunuh saudara seislam dengan label-label tertentu. Belum lagi di tambah dengan frasa politik dan polimek. Islam dan melayu kelihatannya seperti sarkas. Alif wau mim..sarkas.
……………………………………………………………
PENGAKHIRANNYA
Apa yang saya beritahu ini hanyalah kajian, pendapat dan soal selidik saya selama ini dalam membongkar rahsia kemelayuan yang sering saja di salah ertikan. Ini ditambah pula dengan mainan para pembelot bangsa serta musuh-musuh di sekeliling kita tanpa kita sedari.
Tidaklah saya menyuburkan perkauman di sini tapi cukup sekadar saya memberitahu apa makna MELAYU sebenarnya.

Ada pemimpin tahu akan rahsia MIM ini tapi mereka masukkan pula unsur politik, terus jadi rojak. Jika anda ke UiTM Shah Alam, anda akan dapat lihat dari jauh di bangunan chanselori, satu replika MIM yang berbentuk keris di letakkan atas bukit. APA MAKNANYA INI? Di tambah pula dengan sentimen politik pada tahun lepas di mana UiTM menyiarkan slogan “UiTM benteng melayu terakhir”. Fahamkah mereka apa yang mereka war-warkan itu? Replika di atas bukit itu bermaksud bahawa bangsa melayu ini datangnya dari bangsa-bangsa gunung (Pentas sunda yang tenggelam, Tibetan, Aryan dan lain-lain).

Pergabungan ini akhirnya menjadikan Malaysia seolah-olah satu-satunya negara yang mempertahankan kemelayuan?! Apakah indonesia tidak begitu? Apakah Thailand lebih-lebih lagi selatan thai tidak mempertahankan kemelayuan? Apa yang pasti mereka semua mempertahankannya tapi tidak langsung bergabung atau bersatu akibat politik, ketenteraan, keselamatan dan perbezaan pendapat serta kepentingan sosio-ekonomi. Ternyata ketidaksatupaduan ini telah meremuk secara halus kemelayuan sedikit demi sedikit. Mungkin lagi 10 tahun, kita tidak lagi akan di gelar melayu tapi sebagai satu negara bangsa. Negara bangsa Malaysia, negara bangsa indonesia, filipina, Thailanda dan sebagainya.

Manakala sisa-sisa kota-kota lama akan di ubah mengikut siapa yang memegang tampuk penguasaan itu. Jika di situ budhaa yang pegang, maka candi tadi akan di nyatakan sebagai candi budhaa 1000 tahun lalu!!! Kalau hindu pula, mereka nyatakan candi itu milik hindu dan sebagainya. Akibatnya anak cucu tidak lagi dapat melihat asal usul bangsa ini. Jadi, jika ini terjadi, selamat tinggal bangsa Melayu, kerana kalian telah pun membangsakan MIM itu dan kalian termaktub dalam sunnatullah tentang penghapusan bangsa-bangsa seperti di dalam Al-quran. Maka, tunggulah bencana yang bakal menimpa.

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat memajukannya”
ayat 34 surah al-araf

Pilihan di tangan anda. Anda mahu memilih untuk menjadi negara bangsa atau menjadi nusabangsa berNUSA-Antara (bermaksud; international/universal). Itu adalah pilihan anda. Saya hanya memberi sedikit bukti yang saya ketahui dan saya yakin terdapat banyak lagi bukti di luar sana. Ini belum lagi di tambah dengan kenapa gempa bumi berlaku di janda baik dan sekitar pahang serta baru-baru di negeri sembilan. Kepada mereka yang telah membaca dan menganalisa teori FUTURE PHENOMENON dari saya, sudah pastinya kalian akan dapat melihat kenapa ianya berlaku dan kenapa di timur.

Ini ada sedikit lagi klue yang harus saya berikan. Antaranya ialah:-
-Waris Ibrahim adalah tanda pemegang ekonomi. Pada zaman dulu, waris Hajar yakni bangsa arab memegang ekonomi dunia (tika empayar khalifah bermula). Kemudian, di susuli dengan ekonomi para yahudi dan campurannya (yakni zaman sekarang). Maka, masa depan adalah hak milik waris dari Qeturah/Jawiyah ini pula. Tapi bagaimana pula ianya bangkit. Itu anda sendiri yang jawab.
-Bunian adalah sebangsa dengan puteri Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Maka, dari situ lahirlah suatu bangsa ‘jin tak jin, manusia tak manusia’…Hanya alam melayu banyak perkara perihal bunian selalu terjadi. Anda percaya?!

-Ketua Pemuda Bani Ta MIM ini adalah Syuib Salleh. Untuk mengetahui kuncinya, carilah mengenai nabi Syuib (kaum Madyan) dan Nabi Salleh (kisah unta)
-1435 Hijrah adalah tarikh ‘akhir’ seorang reformer atau mujaddid harus ‘muncul. Sekarang menghampiri 1431, jadi di mana beliau?

-Melayu hebat kerana keilmuannya bukan kerana sifat badannya yang berketul-ketul seperti puak-puak rom sana. Jika seorang melayu yang berbadan kecil berlawan dengan seorang ‘fighter’ berbadan tegap dari u.s, saya rasa fighter tadi akan kalah dulu. Ini kerana akalnya melayu itu ligat dan cepat. Tapi kenapa sekarang sudah tidak ligat dan cepat? Anda jawab!!!

-Orang sekarang sudah tidak menganggap melayu itu islam. Kerana islam itu adalah islam, kenapa pula harus melayu. Memang benar pernyataan tersebut. Tapi, jika anda seorang ‘melayu’, tidakkah anda juga seorang islam. Zaman sekarang ini saja baru muncul Melayu kristian atau Melayu hindu. Ini semua akibat ‘kebebasan beragama’. Maka taniah saya ucapkan. Lagi cepat bencana yang akan turun.

-Bencana yang selalu berlaku sering kali di anggap kebetulan atau bencana akibat alam. Tapi bila di herdik mengenai islam, terus melatah dan keluarkan hujah Al-quran dan hadis, tapi bila sebut bencana-bencana ini tidak pula mereka kata itu adalah ‘amaran’ dari ALLAH. Tidakkah mereka berfikir?!

-Kebangkitan adalah dengan perang? tak de benda lain ke? atau muslim dah buntu mencari jalan demi kebangkitan islamiyah?!

Apa yang pasti, seorang ‘melayu’ itu tidak harus tinggalkan keilmuan kemelayuannya, juga tidak harus tinggalkan spiritualnya kerana nenek moyang kita adalah orang baik-baik. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri.

IHSAN adalah ‘engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia melihatmu.”. Senang kata IHSAN itulah TARIQAT yang membawa kepada HAKIKAT dan menuju ke MAKRIFAT. Bila ini berlaku, syariat tadi menjadi cukup utuh sehinggakan jika datang musuh untuk memusnahkan kita, seorang ‘melayu islam’ itu akan dapat menghapuskan 1000 daripadanya.

 Inilah IKHWAN YANG TIDAK TERKALAH ITU. Walaubagaimanapun, seorang melayu itu haruslah bersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun serta tidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlaku sehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jika musibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar, bukannya pesilat.

“Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.”
Surah Hud ayat 75
……………………………………………………………
AKHIR KATA
Syukur Alhamdulilah akhirnya telah selesai amanah yang harus saya sampaikan. Ia cukup-cukup membebankan dan selagi saya tidak menyampaikan, ia akan memberatkan saya.
Definisi yang harus anda faham adalah:-

Bangsa MIM adalah asimilasi kepelbagaian bangsa lantas menjadi satu identiti tapi masih mengekalkan ada istiadat sesuatu kaum yang asal.
Melayu pula adalah bahasa penyatuan yang menyatupadukan rumpun-rumpun kemelayuan di dunia melayu.
 
Dunia melayu adalah geografik tempat tinggalnya rumpun-rumpun melayu yang mana adalah bekas pentas sunda yang tenggelam dan ia merangkumi semenanjung tanah melayu, kepulauan jawa, sumatra, borneo, sulawesi, filipina, kepulauan polynesia, utara australia dan indo-china.
Keilmuan Melayu adalah ilmu yang berasal dari nenek moyang (mungkin dari jurai kenabian) yang mana merangkumi spiritual, fizikal, sains, kimia kuno dan astronomi serta maritim. Ia juga merangkumi ilmu keagamaan islam serta sedikit dari agama hanif Ibrahim.

MIM adalah huruf hijayiah/arab/jawi yang bermaksud Muhammad rasullulah serta bersimbolkan anak kunci kepada sesuatu pintu.
Definisi yang saya ingin berikan mengenai bangsa mim+melayu islam di nusantara ini adalah seperti berikut:-

“Bangsa asimilasi berjuraikan kenabian, berdarah para dewa dan raja agung, dari tanah-tanah tinggi yang berasal dari tanah sunda tertinggi yang mengamalkan syariat islamiyah serta hidup berserumpun bersandarkan bahasa melayu sebagai bahasa penantara”
Sekali lagi kita imbas untuk kali terakhir:-

“Nabi ADAM di beri ilmu segala dan di wariskan kepada anak cucunya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana hebatnya ilmu itu, skala kekhalifahan itu merangkumi langit dan bumi. Akibat dari kehebatan mereka itu, para manusia ini mengidolakan mereka sehingga membuat patung-patung lalu di sembah. Dek kerana itulah ada para dewa ini menetap terus di ‘langit-langit’ dan tidak lagi mahu turun sehinggalah pintu kayangan itu di tutup sepenuhnya tika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

 Pintu itu tidak akan terbuka lagi tapi hanya yang berhaq atau di beri ilmu warisan ini saja yang dapat berhubung dengan para kayangan di ‘atas’ sana. Di muka bumi pula, kekufuran telah berlaku dan berluasa sehinggalah banjir besar terjadi. Banjir besar itu telah menenggelamkan PENTAS SUNDA si tanah paling tinggi bergelar syurga dunia itu sehingga hanya puncak-puncak paling tinggi yang kelihatan. Di puncak inilah kita diami sekarang.

Bahtera NUH itu di penuhi dengan pelbagai ras kaum dan bangsa. Besarnya Bahtera itu tidak di jangkau akal sehinggakan di gelar ‘rumah’ pada tika itu. Proses asimilasi berlaku di dalam ‘rumah’ itu dan menwujudkan bangsa MIM atau Quraisy kuno. Dari susur galur NUH ini terbitnya bangsa-bangsa kini. Tapi, ada juga bangsa di musnahkan kerana kesesatan yang nyata mereka bawa akibar dari penyembahan sesama makhluk.Waris yang di beri ilmu segala ini seterusnya harus mengajar dan mendidik kaum dan bangsa mereka. Ada yang di musnahkan dan orang yang beriman dari kalangan bangsa musnah itulah yang seterusnya menerbitkan bangsa baru sehinggalah membawa kepada generasi kita.

Era Ibrahim adalah era di mana ketentuan di ‘takdirkan demi masa depan’. Hajar menerbitkan arab. Sarah menerbitkan Bani israel dan Qeturah atau jawiyah ini menerbitkan madyan dan lain-lain yang mana menerbitkan bangsa aryan lalu di bawa kemari waris itu oleh para pelarian kemboja asli. Lalu di asimilasikan dengan penduduk asal di tanah bekas pentas sunda yang tenggelam ini yakni orang asli yang telah terselamat dan tinggal di gua-gua. Seterusnya hasil dari pedagangan china dan arab membawa kembali salasilah Ibrahim dari susur galur HAJAR. Salasilah SARAH pula di bawa secara rahsia oleh NABI MUSA lantas di kenali sebagai the lost tribe. Kerana ‘lost’nya tribe ini, maka ia tidak dapat di jumpai sehinggalah kini ia di buka sendiri oleh para pengkaji eropah serta cendikiawan dari sini.

Ketamadunan dari jurai kenabian ini telah di pegang oleh raja yang harus mengetahui ilmu dunia dan akhirat. Jika tidak, atas nama saja sultan itu berkuasa dan daulat itu tiada. Daulat itu adalah tanda adanya haq pada mereka dan takkala daulat itu di sanggah, terimalah dikau akan balasan kerana yang di pilih bukan kerana makhluk tapi keranaNYA. Jika tiada haq, pasti bala akan terima dan akibatnya Melaka jatuh ketangan portugis dan seterusnya pergaduhan sesama kesultanan terjadi. Maka, lahirlah negara bangsa seperti sekarang ini. Tapi sudah pasti mereka yang amat logikal akalnya akan berkata ‘ahh..itu cuma kebetulan’. Kebetulan kepala hotakkau berjambul kata P.ramlee. Apakah dunia ini juga di cipta kerana kebetulan dan kebetulan pula kita sebagai manusia?! Anda yang jawab.

Kerahsiaan bangsa MIM baru atau di gelar MELAYU ini akhirnya di buka dengan kerahsiaan demi kebangkitan kali kedua ISLAM. Jika bukan kerana ISLAM, melayu takkan bangkit kerana ISLAM adalah penyebab Melayu harus bangkit. Jika tidak, selamanyalah melayu itu me-layu dan tidur di tendang-tendang oleh musuh-musuh di sekeliling. SANG NAG SEDANG TIDUR, MARI KITA BUNUH DIA. Tapi, sekali naga bangkit, bukan saja musuh malah bumi pun gentar. Ini termaktub dalam hadis nabi yang mana kebangkitan adalah dari timur. Tapi, ramai orang beranggapan timur itu di Asia tengah timur sikit, akibatnya perang tak sudah di nyalakan di sana. Tak puas dengan itu, nusantara pun terkena biasnya. Ekonomi meruntuh tapi nak runtuhkan bagaimana jika ‘giliran perekonomian IBRAHIM’ itu sedang berlangsung.

Kita lihat saja dalam masa terdekat, mungkin 1-2 tahun ini, sistem kapitalis atau ekonomi yang di pegang oleh yahudi dan para campurannya akan mendesup jatuh tanpa di selamatkan lagi. Tiba-tiba, muncul pula ramai orang kaya di sekitar nusantara. Nanti anda saksikanlah ia.”
Demi 1431 hijrah yang jatuh pada hari jumaat serta tahun 2010 yang juga jatuh pada hari jumaat dan bertajul mulukkan ‘air’, maka kita akan lihat bangsa ‘air’ akan mengambil alih bintang ‘ikan’ kepada ‘balang berisi air’ ini. Jika mahu berjaya, sistem maritim adalah kekuatan nusantara ketika dulu.

Pelabuhan dunia adalah gelaran kita. Selain itu, wujudkan juga keilmuan lama yang di beri nafas segar seiring dengan masa serta beralaskan syariat islamiyah yang benar agar ia tidak lagi terpesong dan tiada lagi ‘jin belaan’ akan di gendong. Wujudkanlah juga sains islam yang tidak langsung memandang barat yang hanya percaya pada tuhan fizikal. Kita berspiritual dan berfizikal dan kita adalah sempurna kerana kita memiliki kedua-dua elemetn. Jika ini berjaya, nanti lihatlah kenyataan “cacat seorang lelaki itu jika tidak dapat berjalan atas air dan terbang” akan menjadi kenyataan.

Realiti ini amat jelas jika kita melihat di sana sini orang mulai mencari spiritual dan kekuatan tenaga alam semesta. Realiti itu sehinggakan di pawagam ada saja Hollywood menayangkan cerita-cerita ‘superpower’ seperti x-man dan sebagainya agar bila orang menceritakan perkara itu, lantas mereka akan memotong lalu berkata “kau banyak tengok movie ni”. Apakah ALLAH itu lemah dalam memberikan sesuatu yang di luar adat manusia. Adat manusia kini saja yang tidak mempercayai kekuatan spiritual sedangkan ianya adalah kebiasaan pada zaman dulu kala. Maka, fikirkanlah. Apapun, sekali lagi saya katakan bahawa siri-siri bangsa MIM ini adalah kajian, pendapat, hasil pengumpulan data dan cerita orang lama. Maka, ianya hanyalah ‘tool’ untuk anda untuk mempercayai bahawa kisah kebangkitan akhir zaman bukanlah satu dogengan atau cerita bertaraf ‘Harry Potter’.

Oleh itu, di tangan andalah ianya akan di luaskan. Jika anda sayangkan Islam dan Melayu, maka sebarkanlah ia dengan kreativiti anda sendiri. Jangan pula taklid pada ilmu saya kerana ilmu saya masih cetek. Kaji dan analisalah klue dan ‘tools’ yang saya berikan ini agar kebangkitan islam kedua akan menjadi realiti. Insyallah ianya akan menjadi realiti. Akhir kata dari saya, ampun maaf jika ada salah silap dalam karya ini dan semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Dunia adalah permaian dan gurauan tapi AKU tidak bermain dengannya.
”Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”. (HR Imam Ahmad)

“Apabila jiwa manusia benar-benar berjanji akan meninggalkan semua dosa, nescaya akan terbang dia ke alam malakut (di langit), kemudian kembali membawa berbagai ilmu hikmah tanpa berhajat pada guru”. (HR Imam Ahmad)

Allah berfirman kepada Isa: “Aku akan mengirimkan satu umat setelahmu (ummat Muhammad Saw.), yang jika Aku murah hati pada mereka, mereka bersyukur dan bertahmid, dan jika Aku menahan diri, mereka sabar dan tawakal tanpa [harus] mempunyai hilm (kemurahan hati) dan ‘ilm [ilmu].” Isa bertanya: “Bagaimana mereka bisa seperti itu ya Allah, tanpa hilm dan ‘ilm?” Allah menjawab: “Aku memberikan mereka sebagian dari hilmKu dan ‘ilmKu.”(Hadis Qudsi; Futuh Mishr wa Akhbaruha)

“TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”

Hang Tuah
Anda fahaminya sekarang?!
INFO PENDEKAR SUFI
rujukan:-
-Al-QURAN dan hadis
-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua

FIKIR-FIKIRKAN….tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.


AMUKANMELAYU - Aku mencari diriku sendiri