,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 17 December 2013

ISSU PAK GUARD - RAMAI YANG JADI AHLI DEWAN NEGARA TIDAK LULUS BM


Dewan Negara: Lulus Kursus BM Syarat Baharu Jadi Pengawal Keselamatan

Kemas dan Bergaya
OLAK LEMPIT, Selasa 13 Saffar 1435 = 17hb Disember 2013, Penulis ketawa kecil melihatkan kenyataan yang di keluarkan oleh Bernama di mana Dewan Negara meluluskan Pra Syarat untuk menjadi Pengawal Keselamatan perlu lulus Bahasa Malaysia. Hehehehe.....yang meluluskannya pun TIDAK LULUS BAHASA MALAYSIA macamana dia nak tentukan Pengawal Keselamatan Lulus BM? 

Penulis yakin dalam tempoh 2 bulan sahaja Bangla yang datang kat Malaysia ni boleh Bertutur dalam BM, tapi yang SEPET tu lahir disini tapi jangan kata nak menulis dan membaca....nak bercakap pun Ke Laut perginya.

Penulis juga nakkan Syarat ini di kenakan kepada yang menjadi Calon untuk menjadi Wakil Rakyat WAJIB KEPUJIAN BM. Tidak ada kompromi lagi. Dengaq tu Mohyiddin Yassin dan Najib.
 
 KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Lulus kursus Bahasa Melayu, antara syarat baharu yang bakal dikuatkuasakan untuk pengawal keselamatan asing tahun depan, sebagai langkah menambah baik industri keselamatan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penambahbaikan itu mengambil input daripada kajian yang dilakukan, yang turut melibatkan pelaksanaan mekanisme baharu bagi mengaudit kesemua pengawal keselamatan tempatan dan asing di negara ini.

"Kita harap dapat bentangkan kajian tidak lama lagi untuk menambah baik industri secara keseluruhan," katanya pada persidangan Dewan Negara Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong yang bertanya langkah kerajaan dalam mengatasi masalah komunikasi dengan pengawal keselamatan asing di pelbagai sektor dalam negara.

Pada masa ini terdapat kira-kira 300,000 pengawal keselamatan tempatan dan asing di negara ini.

Semasa menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed mengenai pemeriksaan latar belakang pengawal keselamatan, Wan Junaidi berkata kaedah baharu Agency Link Up System (ALIS) telah diguna pakai baru-baru ini.

Menerusi sistem itu, pihak berkuasa dapat mengesan keaslian atau penipuan maklumat diri mana-mana pengawal keselamatan.

"Menerusi sistem itu, kita dapat kesan nama individu, gambar, cap jari dan segala butiran akan keluar. Jika tidak keluar, bermakna seseorang pengawal keselamatan itu bukan warganegara atau menggunakan maklumat palsu," katanya.

Semasa menjawab soalan asal Khairiah mengenai pemberian lesen senjata api, Wan Junaidi berkata sejak 2010 hingga kini, sebanyak 20 buah syarikat telah digantung lesen dan 22 syarikat dibatalkan lesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Sebanyak 138 syarikat kawalan keselamatan telah diberikan lesen senjata api dengan 806 pucuk pistol dan pumpgun sebanyak 10,712 laras," katanya.-- BERNAMA
 
 
AMUKANMELAYU - MP dan ADUN sepatutnya di WAJIBKAN KEPUJIAN Bahasa Malaysia.......