,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 1 December 2013

SIAPA PENDURHKA PAS - USTAZ KAZIM ATAU SAIFUDDIN NASUTION?




SIAPA PENDURHAKA PAS?


OLAK LEMPIT, Ahad 27 Muharram 1435 = 01hb Disember 2013,. - Di petik dari ARKIB Utusan Malaysia: 12/01/2010 di bawah tajuk "Saifuddin ahli Pas atau PKR?"
Saifuddin Nasution Ismail diumumkan Setiausaha Agung baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 1 Februari ini, kini tercetus persoalan parti mana yang dianggotainya.

Ini kerana Ahli Parlimen Machang itu yang menjadi ahli Pas Kawasan Pokok Sena, Kedah pada Januari 2007 tidak pernah mengumumkan keluar parti sekutu PKR tersebut. Keadaan itu mengundang tanda tanya di kalangan segelintir pemimpin dan ahli kedua-dua parti mengenai kedudukan Saifuddin berikutan pengumuman jawatannya sebagai Setiausaha Agung baru dalam PKR.

Sehubungan itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjelaskan status keahlian Saifuddin dalam parti itu. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa, sehingga kini Saifuddin tidak pernah mengumumkan keluar daripada Pas walaupun selepas dilantik sebagai Pengarah Strategi PKR pada konvensyen parti itu di Seremban pada Mei 2007.


Semalam Saifuddin Nasution Ismail telah dilantik menjadi Setiausaha PKR mengantikan Dato' Saleh. Kenyataan rasmi oleh DS Anwar Ibrahim menyebut jelas tentang perkara ini.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru malam tadi dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan" - Anwar Ibrahim

Hari ini akhbar telah memainkan isu sama ada Saifuddin ini ahli PAS atau PKR? Beberapa teori tentang keahlian PAS Saifuddin telah menjadi perbincangan.

Bila ditanya Saifuddin menjawab dengan tegas "Nombor ahli saya dalam PKR ialah 039... saya antara orang terawal menganggotai dan mengasaskan PKR"


Saya masih ingat lagi pada ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilanda kejutan dengan tindakan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari keluar parti…Mac 2007 ada juga yang bertanya apa ceritanya pula tentang Saifuddin Nasution, seorang lagi bekas tokoh ternama parti itu yang kini ‘menyepi’ di Kelantan.

Pada masa itu ada juga desas desus mengatakan bekas Naib Presiden Parti Keadilan (dulu Nasional) ini juga sudah meninggalkan PKR dan masuk PAS.


Namun begitu ketika dihubungi Saifuddin, calon Parti Keadilan (pada masa itu) yang pernah menewaskan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil di Lunas, Kedah memberi jawapan yang agak membingungkan.



Katanya dari segi teknikal beliau masih lagi ahli PKR. “Tetapi saya sudah lama tidak bayar yuran keahlian parti dan tidak peduli pun samaada saya ahli PKR atau tidak,”Pada masa itu Saifuddin sedang berkhidmat sebagai Pengurus Yayasan Tok Kenali, sebuah badan dibawah naungan parti PAS di Kota Bharu.

Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Saifuddin menjadi ahli PAS Kawasan Pokok Sena, Kedah pada Januari 2007 dan tidak pernah mengumumkan keluar parti tersebut.

Saifuddin sendiri pun menafikan tentang tarikh ini.

Saya lebih suka mengatakan Saifuddin menjadi ahli PAS lebih awal lagi, walaupun ada yang berpendapat dia semasa di UPM tidak PAS mana pun sekadar bersama dengan PAS.

Saifuudin keluar daripada PAS bersama Nakhie Ahmad dan masuk UMNO.

Saya juga lebih suka mengatakan Saifuddin Nasution selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, dia berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang.

Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah memberi kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan.

Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara mutlak telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali.

Kenapa Saifuddin Nasution menerima jawatan ini adalah topik yang berbeza dengan apa yang dibincangkan sekarang.

Saya lebih suka mengatakan Saifuddin Nasution telah menjadi ahli PAS dua kali. Menurut maklumat rakan-rakan blogger saya di Penang yang mendapat maklumat daripada Kedah bahawa Saifuddin Nusation Ismail, No. KP 6984735 (lama) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan.

Dan??

Mmenggunakan KP baru 631207715005 adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 6984735.

Ini bermakna Saifuddin Nasution menjadi ahli 2 kali.

Saya mendesak Dato' Mustafa Ali sebagai Setiusaha Agung PAS membuat kenyataan perkara ini bagi menyelesaikan kekeliruan yang berlaku dan bakal berlaku.

Kenapa bakal berlaku.

Ada ramai ahli PAS yang bertanding atas tiket keadilan yang tidak tahu statusnya. Contoh paling cepat dan mudah ialah Zukiffli Noordin. Dulu bertanding atas tiket PAS kemudian jadi MP PKR dan kini langsung tak tahu dia duk belah mana. Bagaimana pula dengan halnya Ustaz Kazim Elias


Keahli PAS -  Hanya Ustaz Kazim boleh jawab


Tak tahu yang mana betul yang mana salah tetapi hakikatnya pelantikan Ustaz Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno kini menjadi perbualan di mana-mana.

Kalaulah Kazim hanya orang biasa, pelantikan tersebut mungkin bukan isu besar tetapi disebabkan Kazim seorang ustaz yang bertaraf selebriti kerana terkenal dan mempunyai ramai peminat, maka apa sahaja yang berkait dengannya pasti menjadi tajuk bualan.

Yang menjadi tanda tanya, benarkah Kazim seorang ahli Pas cawangan Manjoi, Kawasan Tambun, Perak sejak tahun 1998 dengan nombor keahlian 0475276?

Secara peribadi,MKP lebih gemar Ustaz Kazim Elias kekal sebagai Pendakwah Bebas.
Apapun beliau lebih arif dalam membuat keputusan berdasarkan perkiraan yang berilmiah dan keperluan ketika Perpaduan Umat Islam dan Melayu agak genting ini.
Dalam masa sama,UMNO juga memerlukan peranan Pendakwah dalam menyebarakan Risalah Perjuanganya.
Terimalah kehadiranya dengan berlapang dada dan jangan ada andaian2 kearah merugikan.
Ulamak juga ada ujian dan cabaranya!

USTAZKAZIM SEBAGAI 'DURI DALAM DAGING' & 'ROSAK FAHAMAN UMAT ISLAM' 

Simpati sungguh dengan Ustaz Kazim Elias kerana dimaki hamun oleh penyokong-penyokong pembangkang di dalam media sosial. Tetapi, tahu-tahu saja Kazim Elias 'dibela' pula oleh PAS Perak.

Lihat di antara printscreen : 

Pada hal sebelum ini Ustaz Kazim telah dihina, dikecam dan dimalukan oleh PAS Perak ! Kazim telah dituduh sebagai 'duri dalam daging' dan boleh merosakkan fahaman umat Islam.

Dan Dewan Ulamak PAS Perak sebulat suara memecat Kazim Elias! Kazim dihina dikecam oleh PAS Perak kerana kononnya :
1. Menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi' 
2. Di kesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin. 

  Ustaz Kazim Di Pecat Dari PAS:
Sumber : Klik
Dan sekarang, PAS Perak mahu mempertahan Ustaz Kazim Elias yang pernah di malukan oleh Dewan Ulamak PAS Perak sebelum ini!

Seriously, berapa hina dan rendahnya martabat dan imej parti PAS itu yang sebenarnya?

Memalukan!

Kita juga perlu ingat bahawa Ustaz Kazim juga pernah dilarang untuk turut serta dalam Forun Perdana oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini! 
Pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz atau dikenali sebagai Ustaz Kazim kesal apabila kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan program Forum Perdana yang dijadual diadakan i negeri itu pada 5 Julai ini dibatalkan. 
Beliau mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Exco agama atas alasan tidak suka kepada beliau yang dikatakan boleh menggugat kerajaan negeri. 
"Sebagai Exco agama dia sepatutnya tolong saya, bantu serta bagi ruang dan bukan sekat saya berdakwah. "Sebagai pendakwah saya sedih kerana ahli jemaah yang menjadi mangsa kepada politik sedangkan saya bukan ahli politik. Seterusnya 

FITNAH YANG TIMBUL SELEPAS TAWARAN MT UMNO KEPADA USTAZ KAZIM ELIAS

Sunday, 1 December 2013
PENING LA - KATANYA CALL tapi kat bawah ada # msj dari ustaz kite?
Oleh : AJ

Perh!!! Macam cerpen (Cerita pendek).

Namun adakah betul apa didakwa @ FITNAH oleh seorang 'Ustaz' yang bernama Akmal Haji Kamaruddin ini? Berpegang perintah ALLAH yang bermaksud ;

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Maka rakan kami dari CELAH GELEGAR telah menampilkan kenyataan yang dibuat oleh tuan punya badan bagi menjawab fitnah tersebut. Moh kita tengok penjelasan dari Kazzim Elias sendiri :


Inilah salah satu kehebatan orang-orang PAS. Mereka pandai mengarang cerita palsu demi memfitnah mana-mana pihak yang mereka mahukan. Ternyata 'kelebihan' ini jarang ada pada ustaz-ustaz atau ulama-ulama sunnah yang lain, selain daripada 'Ulama Syiah' dan 'Orang Syiah' yang memang sudah terkenal dengan kehebatan putar belit, memfitnah, mengeji dan menipu. Setakat Abu Bakr, Umar, Usman, dan para isteri Nabi pun boleh difitnah, takkanlah setakat nak memfitnah seorang manusia yang bergelar 'Ustaz' ini menjadi satu masalah bagi mereka?

 Baca cerita rekaan Syiah untuk memfitnah Hindun disini.


Read more: http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/12/kejayaan-dakwah-syiah-dalam-pas.html#ixzz2mFGLHGla
Follow us: @penaminang on Twitter | penaminangfanpage on Facebook





AMUKANMELAYU - Adakah Ustaz Kazim akan jadi BONEKA UMNO seperti UAI menjadi BONEKA kepada PAS? Jika kamu melebihkan POLITIK PECAH BELAH......Allah akan mempercepatkan "Kehilangan Dunia Dakwah" kamu ustaz.........!!!!!!