,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 19 December 2013

MAKMAL KAJI KOS SARA HIDUP ROBOH DI LANGGAR PEMANDU

BLIND COLOUR

Kereta Terbabas Rempuh Gerai, "PEMANDU" Selamat, Nasib Najib dan UMNO Belum Pasti 

OLAK LEMPIT, Khamis 15 Saffar 1435 = 19hb Disember 2013, Kereta atau kenderaan berenjin yang lain adalah mesin, ianya perlu penyelenggaran yang baik dan ia juga perlu di KENDALIKAN oleh "PEMANDU" yang baik. Keselamatan "PENUMPANG" dan orang lain berada di tangan "PEMANDU".

Soalnya sekarang, adakah "PEMANDU" ini hanya mahir memandu? Lesen KEBENARAN memandunya adakah untuk memandu kenderaan di Jalan Raya atau hanya untuk pemanduan di TREK? Mesin perlu di kawal oleh "PEMANDU", Tapi jika "PEMANDU" gagal mengawal mesin, ianya akan membahayakan "PEMANDU" itu sendiri, penumpag dan juga pada orang lain.
PEMANDU - Kerier politik NAJIB hancur di bawah mereka ini

Kes di Besut ini seorang peniaga burger bersama isteri dan anaknya berusia enam tahun nyaris maut apabila sebuah kereta dipandu seorang lelaki terbabas dan hampir merempuh gerai tempat mereka berniaga di bahu jalan Jertih – Pasir Putih dekat Kampung Padang Luas adalah satu contoh yang baik untuk di jadikan panduan kepada "PEMANDU" di Jaatan Perdana Menteri. Walau pun dia berhati-hati tapi di sebabkan dia gagal "MENGAWAL" mesin yang di pandunya jelas mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Nyawa orang ramai nyaris menjadi mangsa  kepada "PEMANDU" yang gagal mengawal mesinnya.

Peniaga terbabit, Che Mohd Safuan Che Kamaruzaman, 27, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang membabitkan kereta dipandu seorang lelaki lewat 30-an dari arah Jertih ke Pasir Puteh, Kelantan.
“Ketika saya menggoreng burger, saya lihat sebuah kereta Proton Iswara Aeroback meluru terus ke arah gerai saya kemudian terbabas hanya kira-kira semeter di belakang gerai.

“Kereta itu melanggar tong gas dan kuali berisi minyak goreng pisang menyebabkan minyak itu tumpah mengenai tangan dan badan anak serta isteri saya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, isteri dan anaknya tidak melecur memandangkan minyak masak itu sudah suam kerana api dapur telah dikecilkan disebabkan ibunya yang berniaga pisang goreng baru sahaja menutup kedai.

“Selepas kejadian saya terus menarik anak ke tepi dan bersyukur Tuhan masih melindungi nyawa kami tiga beranak.


Sementara itu, pemandu kereta terbabit, seorang guru dikatakan mahu berhenti berhampiran gerai mangsa untuk membeli burger, namun difahamkan kenderaan dipandunya gagal dikawal menyebabkannya terbabas. -SH

Khairy: Makmal kaji kos sara hidup rakyat ditubuhkan tahun hadapan


Khairy: Makmal kaji kos sara hidup rakyat ditubuhkan tahun hadapan
Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin
Kerajaan Islamelayu di bawah Najib rasanya adalah adalah KERAJAAN yang banyak membazir dan perbelanjaan yang tidak mendatangkan hasil. Pernahkah di tanya, Berapa banyak di habiskan untuk "MENJAMU KAFIRUN CINA" semasa Pra PRU KE 13? Berapa banyak di laburkan untuk SEKOLAH CINA? Mana hasil?
 Banyak juga Jabatan-jabatan baru di tubuhkan dan di letakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Berapa banyak di habiskan untuk Gaji, Pejabat, Elaun dan Peruntukan Kajian yang sebenarnya adalah ia mendatang dan menimbulkan kerumitan kerana berlaku kerja BERTINDIH dengan Kementerian yang sedia ada.
Di lantik SENATOR untuk di lantik menjadi MENTERI, bagaimana dengan MP yang ada? Jika mereka tidak berkelayakan untuk menjadi Menteri, kenapa di pilih mereka menjadi calon? Jika semua kerja di buat oleh "PEMANDU", apa guna Wakil Rakyat dan Kementerian yang sedia ada? Wakil Rakyat dapat merasai "DENYUT NADI RAKYAT" kerana mereka adalah orang politik yang sentiasa dengan PENGUNDI dan mereka tahu apa kehendak rakyat. Adakah "PEMANDU" faham seperti apa yang di fahami Wakil Rakyat?

Sebenarnya, mereka adalah PEMANDU trek dan bukannya PEMANDU TEKSI atau pemandu lori atau pemandu kren atau pemadu motosikal yang berulang alik ke Kilang dan ke Post Kawalan untuk mencari sesuap nasi. PEMANDU tidak ada hak untuk menghukum rakyat dengan IDEA GILA mereka. NAJIB.....ini amaran dari rakyat. "KALAU NAK MENANG PILIHAN RAYA, JANGAN KACAU POKET RAKYAT". Selamat berpindah ke KERUSI PEMBANGKANG selepas PRU KE 14.

Kini satu lagi Pembaziran Kerajaan di ujudkan seperti yang dinyatakan oleh Menetri Belia dan Sukan, Sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia bakal ditubuhkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata lagi makmal ini akan ditubuhkan untuk mengkaji kos sara hidup masyarakat dan memberi bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan. Khairy berkata makmal itu akan ditubuhkan awal tahun hadapan.

“Makmal ini akan mengkaji kos sara hidup dan akan mengemukakan cadangan dan cara penyelesaian serta cadangan.  Cadangan tersebut akan dibentangkan di Kabinet selepas dimuktamadkan,” katanya kepada Astro AWANI.

Khairy berkata beliau membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini, kerana kos sara hidup yang meningkat adalah suatu perkara yang sangat serius.

“Kita perlu memberi jaminan bahawa kualiti kehidupan rakyat Malaysia adalah baik,” katanya.

Khairy turut berkata keanggotaan makmal itu akan diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Datuk Seri Idris Jala.

Sebelum ini, Khairy telah berkata tiga perkara pokok yang membelenggu golongan belia di negara ini ialah kos sara hidup, rasuah dan kejadian jenayah.

"Perkara ini perlu dibangkitkan di peringkat Kabinet supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat," katanya.- T K Letchumy Tamboo | Kemas kini: Disember 18, 2013 Astro AWANI.

MAKMAL KAJI KOS SARA HIDUP ROBOH DI LANGGAR PEMANDU






BENGONG - Kerajaan tubuh makmal kaji kos sara hidup. Yang buat hal pemandu, yang kaji balik masalah pemandu, yang buat no hal pun pemandu ! Apa bende ni........PENING AAAAAAA.....!


AMUKANMELAYU - NAJIB.....ini amaran dari rakyat. "KALAU NAK MENANG PILIHAN RAYA, JANGAN KACAU POKET RAKYAT". Selamat berpindah ke KERUSI PEMBANGKANG selepas PRU KE 14.