,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 2 December 2013

TOK GURU TERLUPA SAAT-SAAT INDAH BERSAMA PM


Jumpa PM: Mengingatkan Tok Guru Nik Aziz Kenangan Indah Bersama PM Malaysia

 

OLAK LEMPIT, Ahad 27 Muharram 1435 = 01hb Disember 2013,. - Di petik dari artikal asal RBF Online, Tok Guru melahirkan ketidakpuasan hatinya kerana amat sukar bagi Kerajaan PAS Kelantan nak jumpa PM semasa dalam era pemerintahannya. Bila di lihat dari beberapa Keping Gambar yang di ambil dari Arkib, jelas hampir kesemua PM ada berjumpa dengan Tok Guru. Sukar untuk di tafsirkan kenapa Tok Guru mengatakan demikian. Mungkin ada muslihat yang sukar untuk di ungkap dengan akal fikiran kita yang tak Seperguruan denganya. Tapi dari hadis RASULLULLAH jelas mengatakan banyak sifat-sifat MUNAFIK dalam diri kita, Amat sukar untuk mengikis sifat-sifat munafik ini jika kita tidak berlapang dada.

Mungkin juga Tok Guru terlalu bimbang dengan MB Kelantan yang baru ni yang di kira mesra Pusat akan membawa perubahan ke Kelantan dan dengan demikian itu Tok Guru amat takut ia akan menjadi satu igauan buruk jika Era Pentadbirannya akan di BANDINGKAN dengan pentadbiran BARU. Strategi PUSAT MENGANAKTIRIKAN Kelantan akan terpadam dan PAS tiada lagi modal untuk meraih simpati rakyat. Ini pendapat penulis. Mari kita sama-sama melihat sifat-sifat MUNAFIK ini, adakah kita juga termasuk dalam senarai yang di jelaskan ini:

Ciri-ciri Atau Sifat-sifat Orang Munafik !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak kita tanya apakah ciri-cirinya. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini:

Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada kita ia perkara biasa dan tak ade apa pun. Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang amat buruk dan mencelakan.

Apakah kita termasuk orang yang munafik?

Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang munafik kerana kurangnya kefahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.

Hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan tanda-tanda orang munafik :

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :

1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.

2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.

3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.

Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.

1. Berbohong / Dusta

Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila seseorang itu tidak jujur kepada orang lain maka dia boleh menjadi orang yang munafik. Contoh bohong seseorang mengatakan dia ada di pejabat untuk menerima temu janji tetapi apabila orang yang di berhajat berjumpa dengannya dia menghilangkan diri. Dia berbohong dan memberi alasan yang tidak benar.

2. Mungkir dan Ingkar Janji

Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu telah ingkar janji. Contohnya seorang majikan berjanji hendak membayar gaji pekerjanya tetapi bila sampai masa dia mungkir janji dengan alasan yang direka-reka. Sifat seperti ini sungguh buruk lebih-lebih lagi dia menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada orang-orang dibawahnya. Sifat buruk ini menjadi umpatan orang lain dibelakangnya. Apabila sifat mungkir janji ini dilakukan berulang-ulang menyebabkan kepercayaan orang lain kepadanya sudah hilang.

3. Berkhianat/ Tidak Amanah

Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat suka bohong dan suka ingkar janji. Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri atau seseorang yang menaruh kepercayaan padanya seperti untuk menguruskan Pemergian ke Tanah Suci sama ada untuk Umrah atau Mengerjakan Haji. Sebaliknya dia melesapkan wang yang di amahkan kepadanya. Hidup orang yang tidak amanah ini tidak akan berkat dan dia akan mendapat balasan kerana sifat pecah amanah yang dilakukannya.

Di Bawah terdapat tambahan 32 sifat-sifat orang munafik yang boleh wujud pada diri seseorang dan membuatkan dia menjadi munafik tulin  secara tak sedar. Bacalah dan semaklah samada sifat-sifat itu ada pada diri kalian. Jika ada usahalah untuk memperbaiki.

32 Sifat munafik yang wujud dalam perbuatan dan hati manusia :

Sifat Yang Ke-1 : Dusta

Sifat Yang Ke-2 : Khianat

Sifat Yang Ke-3 : Fujur dan lemah imannya

Sifat Yang Ke-4 : Suka mungkir janji bila berjanji

Sifat Yang Ke-5 : Malas beribadah

Sifat Yang Ke-6 : Riya

Sifat Yang Ke-7 : Sedikit berzikir

Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat solat (malas ketika solat)

Sifat Yang Ke-9 : Mencela orang-orang yang taat dan soleh

Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al-Quran, As-Sunnah Rasulullah SAW

Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah palsu

Sifat Yang Ke-12 : Tidak mahu berinfaq dan bersedekah

Sifat Yang Ke-13 : Tidak mempunyai sikap prihatin terhadap nasib kaum muslimin

Sifat Yang Ke-14 : Suka menyebarkan berita fitnah

Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari takdir (tidak reda qadak dan qadar)

Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh

Sifat Yang Ke-17 : Sering meninggalkan solat berjamaah

Sifat Yang Ke-18 : Membuat kerosakan di muka bumi dengan alasan mengadakan perbaikan

Sifat Yang Ke-19 : Tidak ada kesesuaian antara amal zahir dengan batin

Sifat Yang Ke-20 : Suka mengeluh dan tidak reda terhadap ujian Allah SWT

Sifat Yang Ke-21 : Suka membuat alasan dengan berdusta.

Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh perbuatan mungkar dan mencegah amal makruf

Sifat Yang Ke-23 : Bakhil harta yang dimilikinya.

Sifat Yang Ke-24 : Lupa kepada Allah SWT

Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya

Sifat Yang Ke-26 : Lebih mengutamakan zahir dan mengabaikan batin

Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam berbicara dan suka menegakkan kebatilan.

Sifat Yang Ke-28 : Tidak memahami Islam (Ad Din) sebagai satu cara hidup.

Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah SWT dengan dosa

Sifat Yang Ke-30 : Bergembira dengan musibah yang menimpa orang-orang mukmin dan dengki terhadap kebahagiaan mereka.

Sifat Yang Ke-31 : Suka mengungkit-ungkit pemberiannya kepada orang lain (buruk siku)

Sifat Yang Ke-31 : Suka maki hamun dan melaknat orang mukmin.(melampaui batas dalam berhujah)

Sifat Yang Ke-32 : Suka bertindak merampas hak orang lain


Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita jauhi tiga sifat munafik yang dinyatakan oleh Nabi SAW iaitu  apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. Selain daripada tiga sifat ini terdapat 32 lagi sifat-sifat munafik yang menjelaskan lagi ciri-ciri munafik tulin yang terdapat ramai dikalangan masyarakat kita.

Semoga kita muhasabah sifat-sifat di atas agar kita boleh perbaiki kelemahan kita dan menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa dan taat dan patuh segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wallahualam.

  

Akhbar Sinar Harian semua edisi yang merangkumi dari Perlis sampai ke Johor hari ini melaporkan di muka depan seperti yang anda lihat diatas. Ianya merujuk kepada pertemuan Menteri Besar Kelantan dengan Perdana Menteri dua hari lepas. Nik Aziz berkata seperti berikut (anak panah kuning), 
"23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebab (perdana menteri) buka pintu".
Tempoh 23 tahun itu merujuk kepada dirinya yang memerintah Kelantan selama 22 tahun.
Apakah Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebelum ini tidak pernah mengadakan sebarang perjumpaan dengan Perdana Menteri atau bertemu PM untuk membincangkan mengenai negeri Kelantan atau politik ?
 
Apabila melihat sahaja muka depan Sinar Harian hari ini penulis terus mengeluh panjang dan hati berkata, apa yang tak kena dengan Mantan MB Kelantan ini. Penulis berkata begitu kerana boleh dikatakan sewaktu dia menjadi MB Kelantan dia bukan sahaja pernah jumpa dengan PM yang ada pada hari ini, malah dia pernah jumpa dengan dua PM yang sebelum ini. Bukan setakat pernah jumpa malah dia pernah puji ketiga-tiga PM.
Namun begitu oleh kerana nafsu serakah politik mengusai diri, dia sanggup berkata begitu untuk menimbulkan perasaan benci atau marah orang ramai kepada Perdana Menteri. Apa jenis ulama jika ini sikapnya ?
Bila di google peristiwa yang di ingati yang dia pernah berjumpa dengan PM. Ada juga yang tidak terdapat di google yang tidak dimasukkan kerana di era 90an teknologi ICT di Malaysia tidak sepesat hari ini. Jika kita rajin buat carian di Arkib Negara atau  Perpustakaan Negara , atau perpustakaan syarikat yang mengeluarkan akhbar kita boleh menjumpainya.


Berikut adalah hasil carian yang dijumpai hari ini yang memaparkan pertemuan antara dia dengan tiga PM sejak dia menjadi MB Kelantan. Mungkin benar seperti kata Ana Muslimah, lihat petikan di bawah ini:

 Saudara RBF

"Saya dah lihat semua gambar yang ko paparkan dalam blog ini. Susah nak saya terima, zaman sekarang ini orang boleh buat superimposed. Gambar PM Mahathir, PM Pak Lah dan PM Najib bersama dengan Nik Aziz, betulkah dalam gambar itu Nik Aziz ? Saya takut gambar bahagian kepala dan muka sahaja Nik Aziz sedangkan badan adalah orang lain punya".

Tambah Ana Muslimah lagi "Mungkin gambar2 ini dibuat dengan niat nak beritahu khalayak bahawa Nik Aziz ni seorang penipu. Pada hal boleh jadi betul selama 23 tahun dia jadi MB tak sekali pun dia berpeluang jumpa PM".

"Bro, tak kan seorang Tok Guru nak cakap bohong kut ? Tak masuk aqal dan tak diterima aqal, seorang Tok Guru dan seorang Ulamak sesuci dan sehebat Nik Aziz nak menipu. Ingat lah Bro, ulamak adalah pewaris nabi"
- Ana Muslimah


ZAMAN MAHATHIR  - Tok Guru dan PM


Tahun 1999, Tun Dr Mahathir bukan setakat pergi ke Kelantan , malah pergi ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Pas itu dan bertemu empat mata dengannya. Malah dia pula yang melahirkan rasa syukur dan terima kasih terhadap Tun. Dia puji Tun Mahathir dan berkata itu satu penghormatan. Hari ini dia kata 23 tahun baru boleh jumpa.

 

Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr. Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, PM beri duit kepada Tok Guru."

Masya Allah ...

Rupanya DIKTATOR yang dilabelkan sebagai MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM ini telah membantu PAS KELANTAN, setiap tahun, RM300 juta, sejak bergelar Perdana Menteri Malaysia kelima.

MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM yang tergolong didalam golongan kafir kerana menyertai UMNO, seperti yang didakwa PAS inilah yang banyak membantu PAS Kelantan.

Bukan sedikit jumlah wang diberikan, RM 300 juta setahun ...

Bermakna setiap tahun Perdana Menteri yang dilabelkan sebagai MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM ini membantu PAS KELANTAN, selama 13 tahun sejak Nik Aziz bergelar Menteri Besar Kelantan.

RM300 juta x 13 tahun = RM3.9 Bilion ... RM3.9 Bilion ...

Zalim ... Memang Zalim Perdana Menteri yang dilabelkan sebagai MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM ini.

Setiap tahun RM300 juta diberikan untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan.

Rasanya ... Lebih molek rakyat Kelantan bertanya kepada Nik Aziz.

'Apa yang telah dibelanjakan' dengan pemberian WANG IHSAN RM3.9 BILION ini ? 

Nak lagi sedap, tanya Nik Aziz ... Benarkah MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM ini memberi bantuan RM300 juta sejak dari tahun 1990 ?  

Ulamak tidak akan bercakap bohong ..............





ZAMAN PAK LAH - Tok Guru dan PM




Tahun 2007, dia bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kota Bharu. Bukan setakat berjumpa dan duduk sepentas malah dia memuji Tun Abdullah melambung-lambung kerana memimpin tangannya. Belum sampai 10 tahun, hari ini dia kata 23 tahun baru boleh jumpa.




ZAMAN NAJIB - Tok Guru dan PM

Di zaman Datuk Seri Najib pula tak payah cakaplah entah berapa kali dia pernah jumpa pun tak tahulah. Apa yang dipaparkan di bawah menjadi bukti kepada anda semua. 
Tahun 2009, dia sendiri yang ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memberi jaminan positif untuk meningkatkan hubungan pusat dan negeri. 


Tahun 2011, sekali lagi dia mengakui dia berjumpa dengan Datuk Seri Najib dan tidak mahu berkongsi dengan media apa yang dibincangkan dengan PM. Katanya salah dari segi peraturan. Sewaktu nak doa orang pecah perut tak ingat pula salah dengan Allah. Sewaktu tuduh orang tak sembahyang, tolak islam dan sebagainya dia tak ingat pula salah dari segi agama. 
Biarlah gambar-gambar dibawah ini yang berbicara untuk menjawab segala dakwaan dia. 




Lihatlah bagaimana PM melayan dan menghormati beliau. MB Pahang yang BN ditinggalkan di belakang. Pimpin MB Pas turun tangga. Semuanya kerana tidak lain tidak bukan menghormati yang lebih tua. Kalau nak ikut-ikutkan MB Pahang yang lebih layak berjalan beriringan dengan PM kerana dari parti yang sama. Manakala dia pula layak dipinggirkan.

Saya Syukur Dengan Layanan Luar Biasa PM - Nik Aziz
TUMPAT, 5 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau amat bersyukur dengan layanan luar biasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepanjang lawatannya ke Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) semalam.

Beliau berkata penghormatan yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin kerajaan pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.

"Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyum simpolnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap "corridor of power" untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 orang penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat pada Rabu.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas lawatannya ke perasmian SEZ-ECER oleh Perdana Menteri di Pekan, semalam.

SEZ-ECER adalah zon ekonomi khas pertama negara meliputi Kertih di Terengganu hingga ke Tanjung Agas di Pekan yang akan menyumbangkan 80 peratus kepada hasil keluaran ekonomi kawasan ECER.

Perdana Menteri berkata zon ekonomi khas mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan merupakan yang pertama di Malaysia.

Nik Aziz berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mengundangnya bersama pemimpin lain melawat kawasan itu yang dianggap memang luar biasa dari tempat-tempat lain.

-- BERNAMA

Apa yang saya kemukakan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada anda bahawa apa yang diungkapkan Nik Aziz hari ini adalah tidak benar. Umno sebenarnya tidak mempunyai masalah besar dengan dia. Tetapi sebelah pihak dia yang hati busuk tak habis-habis kerana dendam politik. Soal berlainan parti tidak menjadi masalah untuk menjalinkan hubungan atau saling hormat menghormati. 
Waktu dia sakit dulu dan waktu itu Datuk Najib selaku TPM dan Menteri Pertahanan pergi melawat beliau di Kelantan.

Datuk Najib panggil doktor dan tanya apa masalah. Doktor kata masalah boleh diselesaikan di IJN. Tetapi dia tak boleh mengharungi perjalanan yang lama. Datuk Najib minta TUDM bawa pesawat ke Kota Bharu untuk ambil dia. Sampai di Pangkalan TUDM Subang, polis pengiring dah siap tunggu untuk iring dia agar sampai dengan cepat di IJN. Datuk Najib minta pula pihak IJN memberi rawatan yang terbaik kepada beliau. Saya masih ingat lagi apabila beliau keluar dari IJN beliau ucapkan terima kasih kepada Tun Abdullah selaku PM pada waktu itu dan Datuk Najib TPM. Selepas beberapa tahun doa orang pecah perut. Itukah perangai tok guru ? Itukah perangai ulama ?



AMUKANMELAYUMungkin Tok Guru terlupa kot........