,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 25 December 2013

GST - JIKA TAK FAHAM JANGAN CAKAP


GST - PENIAGA YANG MENGKHIANATI NEGARA TERASA KESANNYA

6-percent-gst
Olak Lempit - Rabu 22 Saffar bersamaan dengan 25hb. Disember 2013, Hari ini persoalan yang bermain diminda aku adalah GST. PR mengambil langlah betul dengan mengeluarkan buku penerangan GST. Selepas mendapat berita bahawa Pemuda Umno melalui KJ mahu kerajaan menubuhkan makmal bagi mengkaji kos sara hidup rakyat yang makin meningkat. Penulis nak ketawa pun ada, dan nak bersorak pun ada. Perasaan bercampur-campur.

Kamek ndak suka GST
Ini artikal asal yang penulis ambil dari BLOG Mykmu.net. Hari ini bertarikh 22 Disember 2013. Lebih kurang setahun sebelum kita melangkah ke tahun 2015, tahun di mana kerajaan bercadang akan melaksanakan sistem cukai baru, “Good and Services Tax” (GST), yang kecoh diperdebatkan sejak kebelakangan ini…habis sampai ke Hulu Temelin dan Kuala Nerang, sehingga Ranting Anak Dahan di Kuala Air Ganda pun menceritakan GST. Seolah-olah selepas GST ini di laksanakan ramai orang yang akan mati kebuluran.

Pembangkang yang sememangnya kerjanya membangkang setiap cadangan kerajaan, telah menerbitkan buku kecil bertajuk “Faham GST, Tolak GST” yang dilancarkan baru-baru ini. Tidak lain tidak bukan, buku itu diterbitkan bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN dengan langkah perlaksanaan GST nanti. Mereka bukan lagi Wakil Rakyat yang akan memikirkan untuk kesenangan rakyat dan memajukan negara, sebaliknya mereka lebih menumpukan kepada BAGAIMANA NAK AMBIL ALIH PEMERINTAHAN NEGARA.

Sebagaimana maklum, bukan saja Perdana Menteri, malah ramai Menteri, pemimpin kerajaan, pakar-pakar, pegawai-pegawai kewangan dan cerdik pandai ekonomi berkali-kali menjelaskan kebaikan yang bakal diperoleh rakyat dan negara dari perlaksanaan sistem GST nanti. Tapi seperti biasalah, apa yang dijelaskan itu “semuanya tidak betul” di mata pihak pembangkang…

Kalau kita beritahu GST hanya mengenakan cukai diantara 4% hingga 6% sahaja berbanding sistem cukai sedia ada (SST) sebanyak 16%, puak pembangkang tetap akan beritahu rakyat kononnya GST akan membuat mereka miskin dan papa kedana. Mereka hanya sebut 6% sahaja di depan rakyat, tapi pasal 10% (16% tolak 6% = 10%) yang bakal dimansuhkan itu mereka diamkan saja…

PERINGATAN AYAHANDA TUN M
GST dan Barang naik harga adalah dua benda yang berbeza, penerangan harus di beri dengan dua keadaan yang berlainan. Penulis merasakan tidak adil jika kedua-dua perkara ini di longgokkan sekali. Ya...memang barang naik, penulis pun tidak setuju. Tapi jangan KELIRUKAN rakyat. Ya...penulis juga tidak setuju dengan sikap boros KERAJAAN. Tapi tolonglah bertanggung jawab kepada setiap tindakan kita.

Kalau di depan rakyat, mereka akan menyenaraikan sebanyak mungkin barang-barang yang akan naik harga. Mereka hasut rakyat seolah-olah kita semua tidak akan mampu membeli sekampit beras, sekilo gula dan sekati garam pada tahun 2015. Mereka tuding jari pada Kerajaan yang dituduh sebagai “zalim” terhadap rakyat…

BN diakronimkan sebagai “Barang Naik”. BN dikatakan lupa pada janji manifesto. Kononnya slogan “janji ditepati” digantikan dengan “janji dicapati”. Bekas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pula menuduh kerajaan “janjikan gula, beri garam”. Macam-macam yang mereka fitnah. Lagaknya mereka seperti “pakar ekonomi”…

PAS SUATU KETIKA - Kami akan jual PUTRA
Pertamanya saya nak tanya, ingat lagi sikap pihak pembangkang, khususnya PAS, ketika mula-mula kerajaan nak tubuhkan Proton dulu? Ingat lagi bagaimana sikap mereka bila KLIA, KLCC dan Putrajaya mahu dibina dulu? Tiap-tiap hari mereka “menyalak” marahkan kerajaan, bukan?

Kononnya kerajaan bazirkan duit rakyat. Kononnya kerajaan boros. Kononnya kerajaan bela kroni dengan projek mega. Kononnya kerajaan sajalah yang jahat dan zalim. Kononnya merekalah “pembela” rakyat dan pandai menguruskan negara…

Tapi kini PAS sendiri pakai kereta Proton. Sekarang mereka selalu ke KLIA naik turun kapal terbang dengan selesa. Kalau mereka nak berhimpun, KLCClah tempatnya. Kalau buat rombongan “Cik Kiah” dari kampung pun, KLCClah lokasi pilihan mereka. Putrajaya? Putrajaya sudah menjadi idaman pemimpin PAS. PAS sudah tak jadi nak jual Putrajaya…

Maksudnya, segala yang dibangkang mereka dulu, semuanya menjadi sesuatu yang berharga sekarang. Segala yang mereka buruk-burukkan dulu, semuanya menjadi sesuatu yang berharga di zaman ini.

Saya tidaklah menyamakan GST dengan aset pembangunan seperti KLCC, KLIA, Putrajaya atau Proton. Tapi saya bercakap mengenai sikap mereka yang suka memburuk-burukan sesuatu yang baik tanpa berfikir panjang.

Sistem GST dilaksanakan di 160 negara dari 193 negara maju dan membangun di dunia. Menurut kajian, memang terbukti GST memberikan pulangan yang baik dari sudut ekonomi, sama ada kepada rakyat mahupun kerajaan.

Secara ringkas, sistem itu berjaya mengatur semula sistem percukaian negara dengan berkesan dan memberikan pulangan yang baik berbanding sistem lama. Manakala bagi rakyat pula, mereka bakal menikmati kemakmuran ekonomi negara yang lebih baik, teratur dan sistematik.
Saya tahu tidak ada sesiapa pun yang suka bayar cukai. Kalau boleh, kita langsung tak mahu bayar cukai. Tapi, tahukah kita bahawa Islam juga mengamalkan sistem cukai?

Di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa Ar-Rashidin, sistem cukai sudah diperkenalkan. Zakat juga sebahagian dari sistem cukai. Cuma dalam Islam ia tidak disebut “cukai”, ia disebut “zakat”…
Marah sangat nak kena bayar cukai 6%? Kenapa rakyat di negara lain yang amalkan GST tak marah pun? Sebab rakyat di Malaysia ini suka sangat termakan dakyah jahat pembangkang yang “buta perut”?

Cuba kita berfikiran positif sedikit. Lihat, sudah lama restoran-restoran seperti McDonalds, Starbucks dan sebagainya mengenakan cukai tambahan. Malah ada yang kenakan “service charge” dan “table charge”?. Tapi penuh juga rakyat Malaysia di restoran-restoran itu. Tidak pernah pula saya dengar pelanggan marah-marah dikaunter McDonalds, berleter pada penjaga kaunter tentang “cukai” yang perlu dibayar…

Maknanya, tidak hairanlah sebelum ini MB Selangor mengatakan GST 6% itu masih rendah dan sepatutnya 10%. Ini kerana MB Selangor adalah seorang Bekas Ahli Perniagaan dan dia tahu rakyat Malaysia sebenarnya mampu untuk membayar cukai GST setimggi 10%. Sedangkan Kerajaan hanya mengenakan 6% GST. Ini berti kerajaan telah memulangkan balik kepada rakyat 10% berbanding dengan 16% sekarang ini. 
LIHAT KENYATAAN Tan Sri Khalid Ibrahim ini:

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PKR-Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kadar 6% pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak mencukupi untuk menambah pendapatan kerajaan.
Tan Sri Khalid Ibrahim


Menurut Abdul Khalid, mengikut kajian kos pengendalian GST dianggarkan antara 5% hingga 10%.

“Ini bermakna pendapatan kerajaan hanya bertambah 1%, ini tak cukup. Kalau kita nak laksanakan kita punya kadar mesti untuk meningkatkan pendapatan bukan hanya untuk menampung pengurusan GST semata-mata,” katanya dalam reaksi Bajet 2014 yang diumumkan di Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya untuk mengkaji bagaimana kos pentadbiran dan birokrasi dapat dikurangkan memandangkan terdapat kenaikan perbelanjaan setiap tahun tetapi tidak menunjukkan hasil peningkatan.


“Sebab itu kita perlu mengkaji semula bagaimana bukan sahaja hasil dapat ditingkatkan tapi pada masa yang sama cuba kawal berbelanja banyak,” katanya.
Banyak juga terdengar, ada segelintir pihak yang berkata, “yang kaya okaylah boleh bayar, tapi macam mana pula yang miskin dan berpendapatan rendah”?

Saya tertanya-tanya, apakah orang miskin minum di Starbuck? Beras, gula, garam dan barangan keperluan asas yang lain perlu dikenakan cukai GST, kah? Setahu saya, hanya barangan yang melibatkan “kehendak nafsu” saja yang dikenakan GST. Orang miskin sudah tentulah mengutamakan keperluan berbanding hawa nafsu kehendak, bukan?

PENGUSAHA rumah urut ini tidak kene GST
Mengawal harga barangan dan melaksakan GST, peniaga-peniaga yang selama ini senang lenang melarikan diri dari membayar cukai tidak akan terlepas dari tindakan mengenepikan mengejar keuntungan semata-mata tanpa menyumbang semula kepada Negara. Siapa mereka ini?. Tugas Kerajaan kawal keaadan harga barang dengan memastikan peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikan harga sewenangnya. Kajian harga perlu dilakukan secara terperinci. Penguatkuasaan perlu pada tahap yg tertinggi. Inilah yang perlu di buat oleh Kerajaan sekarang ini.

Ukur baju di badan sendiri. Ini pepatah yang tepat. Orang berpebdapatan sederhana lebih suka pakai telefon bimbit biasa berbanding “orang kaya”. Perangai orang kaya ialah tidak pernah puas. Misalnya, kalau dulu dia pakai Nokia 3310, bila keluar model baru yang lebih canggih, mereka akan tukar pada yang lebih canggih! Itu perangai orang kaya…

Masalahnya, ada juga orang miskin yang berlagak macam orang kaya. Dia hanya mampu pakai Nokia 3310, tapi berlagak nak pakai Iphone 5. Itulah yang payahnya. Sudah elok-elok beli beras tak payah bayar GST, tiba-tiba suka sangat ikut hawa nafsu nak makan karipap dan minum kopi Starbuck, kenalah bayar GST! Padanlah…

Sebab itulah saya sarankan pada diri saya dan rakan-rakan supaya kembali pada kehidupan seorang muslim yang wasatiah. Kita bersederhana dalam hidup, khususnya berbelanja. InsyaAllah kalau kita ikut cara Islam, datanglag GST berapa peratus pun, kita akan dapat menyesuaikan diri…kan?


AMUKANMELAYU - Pesanan untuk rakyat - "UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI", Untuk Kerajaan -"BERLAKU jujurlah dengan rakyat jika mahu ALLAH berlaku jujur dengan kamu".