,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 20 December 2013

ZAHID HANG TUAH ZAMAN BARU


 KELUARGA ISTANA AKAN TERUS DI JAGA, SEPERTI RAJA MENJAGA RAKYATNYA, RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA, MELAINKAN MEREKA YANG DERHAKA

Add caption

 OLAK LEMPIT, Sabtu 10 Saffar 1435 = 14hb Disember 2013, Di kala bakal suami penyampai radio terkenal Linda Onn di katakan Keluarga Di Raja, yang menurut sumber bernama Ungku Azhar, berusia dalam lingkungan 40an.

Linda sendir mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini dan akan mengadakan majlis secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Semoga jodohnya berkekalan hingga ke akhir nyawat,amin.......
Di kala ini jugalah  KDN akan bentang Undang2 Hina Islam & Raja setelah semuanya PUAS MENGHINA RAJA dan SULTAN. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka membentangkan rang undang-undang baharu dalam usaha memerangi penyebaran fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam serta institusi raja, khasnya daripada media alternatif.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia susulan peningkatan kes seumpama itu dewasa ini selain pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan mana-mana media alternatif secara melulu.

“Perkara ini seringkali berlaku dan perlu ditangani segera. Jadi bila dibentangkan di Dewan nanti, harap ia disokong,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di sini, Khamis.

Rang Undang-Undang SOSMA dibentangkan bagi meminda dua seksyen dalam Akta tersebut iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 30 yang bertujuan memperkukuh tindakan yang boleh diambil terhadap penjenayah.

Pindaan ke atas Seksyen 6 bertujuan mengehadkan kebenaran untuk membuat pintasan komunikasi hanya ke atas maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan dan bukan untuk tujuan politik.

Tegas Dr Wan Junaidi, sebarang pintasan komunikasi daripada pemberi perkhidmatan hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan bukannya mana-mana pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara.


sport
MENGHINA RAJA dan SULTAN - Siapa yang mengajar?
“DPP dipilih kerana ia sebuah badan yang bebas daripada pengaruh politik dan kerana itu perlu rujuk kepada mereka untuk sebarang pintasan,” tegasnya.

Beliau berkata sebaik pintasan dibuat, DPP akan membuang apa sahaja maklumat komunikasi bersifat peribadi, politik dan hanya menjurus kepada jenayah serta tujuan keselamatan.

Sementara Seksyen 30 pula bertujuan membuat pindaan kecil pada teks membabitkan penterjemahan.

Berdasarkan seksyen itu DPP dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 10 hari agar mana-mana individu yang dibebaskan oleh mahkamah, tidak meninggalkan negara bertujuan untuk membantu siasatan.

Pindaan terhadap kedua-dua seksyen di bawah SOSMA itu kemudian diluluskan oleh Dewan Negara. Selain itu, persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2013.
Sementara di Utara Tanah Air, Negara Jiran  Thailand dan Brunei menjaga baik nama Raja dan Sultan mereka. Tiada apa yang hendak penulis garapkan disini, tapi Raja dan Sultan dapat menyatukan Rakyatnya tapi Parti POLITIK banyak mendatangkan MUDHORAT kepada masyarakat.

Menghina Raja, Thailand - Editor majalah Thailand dipenjara selama 11 tahun

Menghina Raja, Thailand Bui Pemred Majalah
EDITOR/AKTIVIS POLITIK - Somyot Pruksakasemsuk
TEMPO.CO, Bangkok - Pengadilan Thailand menjebloskan seorang pemimpin redaksi majalah selama 10 tahun karena artikel di penerbitannya dianggap menghina raja.

Somyot Pruksakasemsuk, yang juga seorang aktivis politik ternama, dihukum penjara sehubungan dengan dua artikel yang diterbitkan di majalahnya, "Voice of the Oppresed". Majalah ini diterbitkan oleh para pendukung mantan PM Thailand, Thaksin Shinawatra. Dia dihukum berdasarkan hukum leste majeste di Thailand. Berdasarkan hukum ini, penghinaan terhadap Raja Thailand bisa dipidana.

Kecaman atas vonis ini datang dari kelompok penggiat hak asasi manusia. Mereka menganggap vonis Somyot bertentangan dengan prinsip-prinsip kebebasan berekspresi.

Uni Eropa juga mengecam keputusan majelis hakim.  "Keputusan hakim ini merusak citra Thailand sebagai sebuah negara yang bebas dan demokratis," demikian pernyataan resmi Uni Eropa yang dikutip kantor berita AFP. 

Somyot dan majalah yang dipimpinnya dikenal memiliki kedekatan dengan gerakan "Kaus Merah" Thailand. Kelompok ini pernah melakukan aksi unjukrasa menentang pemerintah, yang menyebabkan Bangkok lumpuh pada 2010 lalu. Somyot ditahan tanpa jaminan sejak April 2011.  BBC | CHOIRUL



AMUKANMELAYU - Yang tinggal Hanya Raja-Raja Melayu, Keretapi Tanah Melayu, Simpanan Melayu dan Askar Melayu.........