,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 15 December 2013

POLIS SYARIAH - PROSES MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM SEPENUHNYA


POLIS SYARIAH - MAT SABU MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PROSES MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM SEPENUHNYA

61377506089_295x200
POLIS SYARIAH DI BAWAH AGUNG

JAKIM telah mengisytiharkan, telah mengenalpasti sejumlah 1500 orang pengikut tegar agama Syiah dengan tiga negeri sebagai tumpuan penyebaran dan amalan agama sesat tersebut iaitu Perak, Selangor dan Johor. Pengikut-pengikut Syiah itu akan didakwa di mahkamah kerana menyalahi undang-undang negara.

Sehubungan dengan itu, JAKIM memperhalusi cadangan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi berhubung penubuhan POLIS SYARIAH membabitkan anggota-anggota PDRM. Polis Syariah akan berfungsi sebagai anggota-anggota penguatkuasa yang akan membantu mencegah ajaran sesat dan menyeleweng di negara ini.
Kedengarannya seperti sesuatu yang amat menarik dan memperlihatkan ketegasan pihak berkuasa syariah untuk memastikan maslahat umat Islam di Malaysia.

Cuma masalahnya ialah apabila Polis Syariah bakal diletakkan di bawah Majlis Agama Negeri memandangkan urusan dan hal ehwal agama Islam di negara ini merupakan kuasa Majlis Agama Islam Negeri. Majlis Agama Islam Negeri pula berada di bawah kuasa DYMM Sultan-Sultan Melayu manakala negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan, bidang kuasanya terletak di bawah DYMM Yang Di-Pertuan Agong.

ACEH - Di tangkap POLIS SYARIAH kerana berdua-duan

Kita dapat melihat sendiri bagaimana Majlis Agama Negeri tidak sahaja gagal membendung ajaran sesat, bahkan untuk memberikan penjelasan dan pentarbiahan Islam kepada generasi muda juga gagal sama sekali. Walaupun tanggungjawab Majlis Agama Islam Negeri mungkin dikatakan terlalu besar dan sekatan utama adalah tenaga kerja, namun ramai yang mengetahui kebanyakan kakitangan Majlis Agama Islam terlalu cenderung kepada politik kepartian yang akhirnya menyebabkan mereka gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan.

Mungkin tuduhan tersebut terlalu berat dan tidak adil memandangkan bukan kesemua kakitangan Majlis Agama Islam berkelakuan begitu. Namun logiknya, ajaran salah yang menyesatkan tidak sahaja berkisar tentang ajaran seperti Syiah, Wahabi, tarikat-tarikat mengarut yang akhirnya mempertuhankan nafsu dan wang, tetapi juga ajaran dari parti politik yang mudah mentakfirkan atau mewujudkan pelbagai hukum hakam yang bertujuan untuk membolehkan sesuatu kumpulan atau parti politik diberikan kepercayaan, pengaruh dan kuasa.
DEMONTRASI Perlaksanaan HUDUD di Brunei

Setakat ini, kita belum pernah lagi mendengar pembesar-pembesar dan pegawai-pegawai Majlis Agama Islam memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan. Sebaliknya ada pula yang terlibat secara langsung dengan politik kepartian dan ianya tidak lagi menjadi satu rahsia apabila nama institusi turut digunakan untuk berkempen bagi meyakinkan umat Islam yang mendengar kempen-kempen mereka.

PDRM merupakan salah satu daripada entiti KDN yang mempunyai kuasa lebih besar kerana gelaran DIRAJA yang dimiliki oleh pertubuhan tersebut. Walaupun tidak berada di bawah kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong secara terus sepertimana Angkatan Tentera Malaysia, namun kuasa PDRM walaupun tidak lebih besar daripada mana-mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, namun mana-mana unit dari PDRM tidak sepatutnya diletakkan di bawah mana-mana Majlis Agama Islam Negeri.

Sebaliknya Polis Syariah yang hendak ditubuhkan, perlu lebih bebas daripada kekangan protokol Majlis Agama Negeri sekaligus mewujudkan ketidakadilan, apatah lagi sekiranya terdapat penyelewengan akidah membabitkan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri sendiri.
Kuasa Polis Syariah perlu diperluaskan dan dipusatkan, walaupun kuasa hal ehwal agama Islam merupakan kuasa negeri. JAKIM sepatutnya tidak lepas tangan dalam hal ini sebaliknya JAKIM yang perlu sentiasa bekerjasama dengan PDRM dan Polis Syariah PDRM bukannya menjadikan Polis Syariah dan PDRM sebagai instrumen kerana pengakhiran daripada tindakan tersebut, hanya akan menambahkan lagi kekusutan, bukannya menyelesaikan masalah atau menjaga kemaslahatan umum. Tapi ini satu permulaan yang baik. Kesedaran berugama secara baik berkembang biak sekarang ini walau pun ramai yang menggunakan Islam untuk kepentingan politik. Jika di lihat dari tentera ALLAH yang sengaja ALLAH nak tunjukkan kepada kita ini, penulis yakin kita ke arah Negara Islam sepenuhnya tak berapa lama lagi.


Subhanallah… Maha Suci Allah… 
Gambar awan berbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang.Diambil pada tahun 2009 di Nilai,Negeri Sembilan.Mungkin ramai yang sudah melihatnya. Kepada yang belum,Klik pada imej itu untuk membesarkannya dan anda akan dapat lihat dengan jelas imej sekumpulan pahlawan berkuda.Kepada yang terpilih sebagai POLIS SYARIAH nanti, inilah peluang terbaik anda. Sebenarnya anda terpilih untuk membenteras dengan "TANGAN" kepada mereka yang mencabar hukum ALLAH.
Yang pasti, kewujudan Polis Syariah PDRM akan mencetuskan satu transformasi besar ke arah kehidupan syariah dan menyusul adalah tentangan daripada golongan seperti seperti di bawah dan sekutu-sekutunya menerusi pelbagai alasan dan dalih.

Mahkamah Dah Macam "KERANI CUTI" - Petuduh Tidak Hadir Kerana Berada Di Washington?



Agak pelik jugalah bagaimana seorang 'Yang Kene Tuduh' boleh bergerak bebas kesana kemari tanpa batasan! Menghairankan juga apabila petuduh ini berucap mengenai moral dalam satu simposium anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) di Washington, DC. Apa istimewanya orang ini sehingga "Mahkamah menjadi tempat" memohon cuti baginya untuk dia bergerak bebas keseluruh dunia.

Ram Karpal Singh, salah seorang peguam pasukan guaman kes liwat II berkata, Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana beliau berada di Washington untuk menghadiri seminar.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara ini dalam kamar selepas ketua pembangkang itu gagal menghadirkan diri ke mahkamah pagi ini.

Menurut Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah "dalam sebarang perbicaraan jenayah, sebagai responden seseorang itu mesti hadir semasa perbicaraan".

GAME - Siapa yang terperangkap

“Kami mengemukakan bantahan atas kegagalan pihak responden untuk hadir. Perkara ini tidak boleh diberikan toleransi,” kata Shafee dilaporkan The Malaysian Insider.

Terdahulu, peguam Tommy Thomas yang mewakili Anwar sekali lagi memohon mengenepikan Shafee bagi mengetuai pihak pendakwaan dan meminta penangguhan kerana memerlukan masa memfailkan afidavit kepada Putrajaya.

Tommy berkata, beliau hanya mendapatkan salinan afidavit pagi ini.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menetapkan 11 dan 12 Disember sebagai tarikh pendengaran hujah rayuan pihak pendakwaraya dalam kes liwat II.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Anwar tewas di semua peringkat untuk menggugurkan Shafie mengetuai pasukan pendakwaan tersebut.


Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 66, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

AMUKANMELAYU - Tahniah Zahid......POLIS SYARIAH adalah perintis kepada "PENYELESAIAN" kes MORAL dan "Penyelewengan Akhidah" kerana politik atau menghalalkan kesesatan AKHIDAH kerana  TAKSUB kepada PEMIMPIN yang berleluasa di Tanah Melayu ketika ini.