,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 16 December 2013

RACUN UMNO DI PRU KE 14 - TIKA ARMAND MANGAMUK, MB MAD SAID DATANG MENYEJUKKANNYA


Mat Said terus menyentuh hati rakyat tika UMNO hampir ke liang lahad............

MB TERENGGANU, MASA BANJIR TAK KERING BADAN, LEPAS BANJIR TAK KERING KAKI SELUAR....agar UMNO boleh BERNYAWA di PRU KE 14


Foto
 Najib dan Muhyiddin dan kepemimpinan Barisan Nasional

OLAK LEMPIT, Isnin 12 Saffar 1435 = 16hb Disember 2013, Penulis petik beberapa artikal asal dari blog dan  Pena Dari Tanah Melayu. Penulis juga seperti mereka yang penulis mengikuti penulisan mereka setiap hari. Penulis melihat dalam politik Islamelayu sekarang ni terdapat dua kolompok yang besar. Satu darinya adalah yang menentang dasar kerajaan sekarang dan satu lagi adalah yang menurut dasar kerajaan.


Dimasa MUSIM BAH yang melanda Pantai Timur sekarang ni, banyak rakyat yang bermain dengan airmata. Kereta tenggelam, barang rumah rosak, kebun musnah, rumah rosak, pendawaian letrik perlu di buat semula, peralatan persekolahan anak-anak habis musnah, dukumen peribadi hilang dan semua ini mengambil masa bertahun untuk memulihkannya.


 Majoritinya adalah Islamelayu. Orang yang telah memenangkan UMNO dengan 88 Kerusi Perliman yang menjadikan UMNO sebuah Parti Politik yang sepatutnya menjadi jaguh kepada orang Islamelayu. Tapi beginikah UMNO membalas PENGORBANAN orang Islamelayu? Lihat keputusan PRU KE 13 baru-baru ini:

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen pada jam 12.50 tengah malam.


Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila BN menguasai 133 kerusi Parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Pakatan pembangkang pula mendapat 87 kerusi dengan DAP memperoleh 38 kerusi, PKR (28 kerusi) dan PAS (21 kerusi). 


Kata Najib : 'Tsunami kaum Cina' antara punca undi berkurangan - Najib
Dan tambahnya lagi:

"Kita perlu mengadakan penyatuan nasional supaya sikap ekstremis dan isu perkauman tidak sihat dapat diketepikan. Kita mahukan dasar yang berpaksikan kesederhanaan atau wasatiyah. Kita amat mementingkan kesederhanaan dalam perpaduan nasional” - Najib Razak, Perdana Menteri

Tiba-tiba kerajaan nak naikkan TOL, naikkan bil letrik, minyak sudah lama di naikkan, naikkan Tambang Kenderaan berREL(Monorel). (Maaf Nak Cakap Kedah) Awat hangpa bodo piang ni, UMNO/PAS tu di tubohkan untuk membela oghang Melayu, nak menjaga oghang Melayu, nak Berjuang kerana oghang Melayu, Ni oghang Melayu duk tengah susah hangpa duk tindeh oghang Melayu lagi.... hangpa ni Pemimpin jenis apa ha?

Itulah sebabnya kita menghalau Penjajah kerana mereka adalah KAPITALIS. Mereka memerah keringat Orang Islamelayu dan memungut segala cukai dan hasil bumi di bawa balik ke England. Tapi kini dasarnya itu kamu pula yang menyambungnya. Apa guna "TALI DAN KERBAU" di tangan sendiri, tapi kamu menyusahkannya."TIDAK MENOLONG TAK MENGAPA, TAPI JANGAN MENYUSAHKANNYA".

Cara Berpolitik Demokrasi KAPITALIS ini semua orang tahu. Duit-duit untuk di laburkan semasa PILIHANRAYA di CEKAU dari taikon-taikon ini dan selepas PILIHANRAYA bukan kamu dan rakyat yang menentukan DASAR NEGARA, tapi kamu telah di ikat dengan UNDI yang di beri oleh rakyat untuk KAPITALIS-KAPITALIS ini yang menentukan BISNES mereka terus berjalan dan mendapatkan PROJEK Kerajaan secara  "RUNDINAGAN TERUS". Kini kamu hanya pelakon yang di gajikan untuk melakonkan watak yang di ujudkan oleh KAPITALIS-KAPITALIS ini. Kamu menjadi PAPET yang di gerakkan oleh mereka.

UMNO Semakin Hampir Ke Liang Lahad



Kemarahan rakyat kepada UMNO yang merupakn parti utama pemerintah utama nampaknya terus memuncak. Para pemimpinnya pula terus berlagak angkuh dan berharap rakyat akan mudah melupakan apa yang dilakukan oleh UMNO sekarang, terutama sekali dalam bab menaikkan harga.

Ramai pemimpin UMNO yang masih bercerita dengan cerita lama. Masih lagi mengungkit kehebatan dan jasa-jasa mereka kepada negara dan rakyat ini. Malah tanpa rasa malu, mengungkit tentang kejayaan UMNO memerdekakan negara. UMNO cuba jadikan sejarah sebagai senjata mereka agar rakyat Malaysia terus terhutang budi dan tidak ada cara lain kecuali memilih UMNO sebagai pemerintah negara.

Zaman di mana generasi muda menganggap sejarah sebagai sejarah dan bukannya sebagai satu sandaran, nampaknya akan mempercepatkan azab UMNO di liang lahad. Pemimpin UMNO masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah yang mereka masih diperlukan oleh rakyat, walaupun hakikatnya kemarahan rakyat membuak-buak kerana perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih mementingkan syarikat-syarikat korporat dan syarikat-syarikat konsensi berbanding kepentingan rakyat bawahan.

Lihat masa air mula naik, bukan main menderu-deru lagi pemimpin-pemimpin politik datang meredah banjir. Ada sesetengah tu yang sanggup berdiri dalam air, semata-mata untuk gambarnya diambil dan kemudian disiarkan di dalam media Internet dan cetak agar dilihat mengambil berat tentang mangsa-mangsa banjir.

Pelakon Berbakat
Dan ada sesetengahnya tu seperti Ahli Parlimen Kuantan, bergegas pulang ke kawasan masing-masing selepas teruk dihentam kerana meninggalkan kawasan sewaktu penduduk berhadapan musibah banjir kemudian mengaku dia dah sampai dulu walaupun bukti-bukti menunjukkan dia tidak berada pun di Kuantan, malah dia sendiri tinggal di Kuala Lumpur.

Tapi tidak dapat di nafikan masih ada yang baik, antaranya MB Trengganu... pemimpin yang tiba-tiba mendapat publisiti yang meluas dengan tindakkan "ROBINHOODnya". Menteri Besar Terengganu bukan sahaja meninggalkan Persidangan Agung UMNO di PWTC dari hari pertama lagi, tapi beliau melakukan kejutan menerusi tindakannya mengarahkan lori roti Gardenia memunggah dan membahagi-bahagikan roti kepada pengguna jalanraya di Kuala Lipis yang tersekat dalam banjir dan dalam kelaparan.
Merasai denyut nadi rakyat

Di sebalik pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya, ternyata Menteri Besar Terengganu itu benar-benar memperlihatkan tanggungjawabnya mengambil berat hal rakyat. Sudahlah sepanjang air naik, badannya tidak sempat kering kerana kesibukannya meredah air dan melawat dari satu pusat pemindahan ke satu pusat pemindahan yang lain, ternyata tugas tersebut bersambung pula selepas banjir reda.

Bersama-sama isterinya, Datin Seri Norliza Mahmud, Mat Said dan masyarakat Sungai Tayor serta 960 sukarelawan dari seluruh Malaysia, membanting tulang membersihkan Sekolah Kebangsaan Sungai Tayor yang dilanda banjir baru-baru ini.
PEMUDA UMNO - Menyampah aku tengok gambar ni

Menariknya, laki bini boleh pulak ambil tugas tanpa perlu bersilang penyapu dan batang mop macam yang dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juak-juaknya di Sungai Isap Murni beberapa hari lepas.

Rakyat Terengganu seharusnya bersyukur kerana Allah Taala melantik seorang Menteri Besar dari kalangan mereka sendiri yang mampu merasai denyut nadi rakyat. Biarpun tidak pandai berucap dan kerap kali digambarkan sebagai gedebe, tetapi amanah serta tanggungjawab yang dijalankannya, jauh lebih berharga berbanding cakap dan janji berdegar-degar tetapi kononnya tolong mangsa banjir, seluar dan kasut pun tak basah!!!
Merasai denyut nadi rakyat
Mat Said tak bersama pemimpin lain untuk tunjuk muka bersama boss besar di Persidangan Agung UMNO. Dia utamakan kebajikan rakyat.

Jika sebelum ini rakyat Malaysia baru disedari akan sentuhan marhaen Menteri Besar Terengganu ketika menjenguk dan bantu rakyat Terengganu yang berhadapan dengan banjir, mereka lagi terkejut dengan gelagatnya manahan lori roti untuk diberi kepada orang ramai yang kelaparan dari tersekat dalam banjir.

Mat Said turun bersama isterinya, Datin Seri Norliza Mahmud, Mat Said dan masyarakat Sungai Tayor serta 960 sukarelawan dari seluruh Malaysia, membanting tulang membersihkan Sekolah Kebangsaan Sungai Tayor yang dilanda banjir baru-baru ini.

Menariknya, laki bini boleh pulak ambil tugas tanpa perlu bersilang penyapu dan batang mop macam yang dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juak-juaknya di Sungai Isap Murni beberapa hari lepas

Armand Azha EXCO Pemuda UMNO Malaysia Yang Berani Belasah Kerajaan



Jawatan tidak penting, tapi PERJUANGAN perlu jelas
Seperti Mad Said.....dalam semua orang sedang bercakap dan menunjukkan KEPETAHAN BERPIDATO, se orang anak muda, Armand Azha lahir di tengah-tengah medan, memperjungkan HAK RAKYAT untuk bersuara. Di tengah-tengah semua orang sedang menjaga TEMOLOQ supaya sentiasa penuh, Armand bersuara dengan suara yang tak senada dengan kaum PEMBODEK dan mereka yang gilakan Jawatan dan Kuasa. Ya Armand sangat Sibuk  menentang usaha kerajaan nak naikkan "KADAR TOL" dan "TARIF ELEKTRIK" Ingat Armand.. Ko tu EXCO Pemuda Malaysia ...hehehehehehe......dah banyak di terajang oleh PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT Najib kerana "BERNIAGA" dengan rakyat banyak untungnya.


Itulah yang dinamakan KEBERANIAN dalam PERJUANGAN. Jawatan yang disandang itu sebenarnya amanah dari rakyat yang mewakilkan kita sebagai pemimpin untuk membela nasib mereka.

Siapa EXCO Pemuda Malaysia yang berani mengeluarkan kenyataan seperti itu? Siapa EXCO Pemuda Malaysia yang sanggup dihadapkan ke jawatankuasa disiplin kerana mahu membawa Suara Keresahan Rakyat kepada pemimpin tertinggi negara?

Bagi aku apa yang Arman suarakan itu bukan penentangan atau kurang ajar tapi itu adalah pesanan dari rakyat untuk Perdana Menteri agar mendengar suara hati mereka yang semakin dihimpit kesusahan. Rakyat mahu Kerajaan menjelaskan kenapa perlu begitu teruk kenaikan hingga menjejaskan rakyat.

Keberanian seperti itu tiada pada EXCO-EXCO Pemuda yang lain. Yang ada hanyalah Pengampu Pencacai Penjilat Jubor Ketua Mereka... Contoh yang paling senang dikaitkan tak lain tak bukan EXCO Pemuda Malaysia Paling Sengal dalam Sejarah yang sanggup menjadi Kambing Hitam kepada orang yang berkepentingan dalam UMNO ni.

Kalau nak ikut pejuang-pejuang yang ada sekarang ni mahu dikurangkan peranan mereka dalam politik kerana pada ianya akan memberikan kesan buruk kepada UMNO apabila orang UMNO asik berpolitik dan asik menyerang Pakatan Pembangkang yang mahu merampas negara.

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan pemuda UMNO pejuang yang benar-benar memikirkan masalah rakyat dan tidak takut untuk bersuara walaupun dia tahu ianya akan memberikan kesan kepada jawatan yang disandangnya sekarang. Tahniah Armand Azha. Teruskan Usahamu. Insyaallah kami semua akan memberikan sokongan kepada kamu.


AMUKANMELAYU - PRU KE 14 hanya tinggal 4 tahun lagi, apakah RAKYAT akan melupakan apa yang KERAJAAN lakukan pada mereka ketika ini?