,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 2 December 2013

Bolasepak Malaysia - TMJ SUDAH MULA BERSUARA JOHOR Di Ambang Kemasyhuran


Bolasepak Johor Di Ambang Kemasyhuran


OLAK LEMPIT, Ahad 27 Muharram 1435 = 01hb Disember 2013,. - Di petik dari artikal asal Sahabat Gunung, Keadaan Bola Sepak Negara sekarang ni macam Kelab-kelab di Di Europe, Pengurusannya mementingkan standard yang kononnya Bola Sepak Negara telah maju dengan Pengurusan yang Bijak dari sebuah badan yang bukan main lagi gahnya. Tapi yang gahnya adalah muka-muka yang merasakan dirinya hebat. Apa yang hebatnya penulis pun tak tahu. Nak sampai Tahap Al-Marhum Dato' Mokhtar Dahari nampaknya "Jauh Semanggang Dari Api".

Ampun Tuanku, 

Rasanya sudah sampai masa untuk meletakkan Bola Sepak Negara setaraf dengan dunia Luar. Patek percaya dengan KEMAMPUAN Tuanku. Patek sudah lama tidak melihat Bola Sepak ni semenjak Pasukan Kita bukan nak kata Jaguh Dunia, nak melepasi Jaguh Kampung pun dah semakin tak terdaya. Petikan dari kata-kata Tuanku ini di harap Johor dapat memulakan langkah ke hadapan dan patek amat faham dengan TITAH Tuanku ini.
 
 "Saya tidak memerlukan sebarang anugerah daripada sebuah badan pentadbir bolasepak yang tidak konsisten untuk mengiktiraf segala kemajuan dan pencapaian Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah diberi penghormatan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru-baru ini.

Kepada para penyokong Johor, saya ingin memaklumkan bahawa laman web Johor Southern Tigers dan JDTTV menjadi tatapan di lebih 44 buah negara. Terdapat lebih sejuta hits di laman web kita ketika siaran langsung perlawanan Harimau Muda bertemu JDT II pada Jumaat lalu. Pengunjung kedua paling ramai ke laman web kita adalah dari Amerika Syarikat, diikuti Singapura, Kanada dan Jepun. Terdapat juga pengunjung dari Eropah, Amerika Latin dan Asia.

Kemudahan stadium dan kemudahan lain berkaitan bolasepak di seluruh negeri juga sedang dinaiktaraf. PBNJ juga sedang dalam rundingan dengan sebuah syarikat dari China untuk mendirikan Akademi Bolasepak Johor - Chelsea, yang akan menggunakan modul akademi bolasepak kelab tersebut.

Selain pasukan kebangsaan, JDT dan JDT II merupakan pasukan pertama dalam negara ini yang mendapat tajaan jenama gergasi Nike. Semua ini sedang dilaksanakan dan bukan sekadar dalam peringkat perancangan. Tiada maknanya menjulang piala jika dunia tidak mengenali siapa kita. Saya bukan di sini sekadar untuk bertanding, saya ingin menempa legasi yang akan diingati sehingga generasi-generasi mendatang. In Shaa Allah, Johor akan sentiasa dan kekal sebagai Johor.
Kepada Allah Kita Berserah. As-salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

Tunku Mahkota Johor / Presiden PBNJ

Sumber:   FB - Kesultanan Johor
 
 
AMUKANMELAYU - "LUASKAN KUASA MU".....Johor asal Negeri Berdaulat dan di Geruni. Kembalikan semangat itu.