,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 20 December 2013

ISSU TOL - PENING AAAA.................








PLUS KATA TAK NAIK - Yang kecoh-kecoh ni TOL Lebuhraya dalam SELANGOR sahaja.
"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," - Dato' Noorizah Abd Hamid

Kuasa meluluskan pembinaan dan perjanjian konsesi lebuhraya bertol terletak di tangan Menteri Kewangan. Tahun 1991 sehingga 1998, Anwar selaku Menteri Kewangan telah meluluskan 14 projek lebuhraya bertol. Ia merupakan zaman yang paling banyak projek lebuhraya dibuat. Sumber


TIADA KENAIKAN TOL PLUS

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah.

Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa.

Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.

Sumber: TV3


TOL DI SELANGOR SAHAJA YANG NAIK.





Olak Lempit, Jumaat 16 Saffar 1435 Bersamaan dengan 20hb. Disember 2013, Artikal asal semua ini penulis petik dari Blog Tepak Bersulan - by Faiz, dan Jom kita cuba memahami kes Cadangan Kenaikan TOL ini.

1 - by Faiz:,
Aku bukanlah orang yang layak untuk ulas isu ni. Sebab memang tak banyak yang aku tahu. Setakat baca satu dua report, itu pun atas tuntutan kerja, rasanya memang jelas aku tak ada kelayakan.

Aku tak nak tulis pasal konsesi-konsesi yang bakal naikkan tol tahun depan. Dah cakap tadi, tak banyak yang aku tau pasal tu. Tapi aku nak highlight point DS Wahid about PLUS, yang mungkin ramai orang terlepas pandang. 

Untuk follower yang dah lama baca blog ni, or yang dalam friend list aku kat fb, maybe korang perasan aku bukanlah peminat tegar DS Najib. 

(Baru terbaca tadi ‘PM Najib tidak mahu guna pendekatan populis dalam mentadbir negara.’ Hehe. Nak tergelak baca. Tak populis ye? Hahaha. Hahahaha. Hahahahaha!)

Tapi dalam hal tol PLUS, I must say aku kena bagi kredit jugak pada dia. Here’s why.
Tahun 2010, dia announce pembekuan kadar tol untuk 4 highway yang di bawah PLUS. Govt negotiate dengan UEM Group dan EPF. Dia macam ni, govt (via Khazanah) pegang UEM Group. UEM Group pulak, ada 51% stake + EPF (49%) dalam PLUS.
group_structure
Hasil rundingan ni, diaorang bersetuju untuk bekukan kenaikan kadar tol selama 5 tahun bermula pada tahun 2010 sampai 2015. 

Yahoo! Lima tahun tol tak naik! 

1. Lebuhraya Utara-Selatan (NSE)
2. Lingkaran Tengah Lebuh raya Utara-Selatan (NSE Central Link) (ELITE)
3. Lebuh raya Laluan Kedua Malaysia- Singapura (Linkedua)
4. Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE)

Bila dah habis tempoh 5 tahun ni nanti, baru akan ada kenaikan.
Sebagai manusia normal, aku pun tak suka dengan sebarang kenaikan harga. Tapi, cuba kita tengok apa lagi hasil rundingan tadi.

Sebelum ni, kalau ikut agreement, Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ELITE ada kenaikan 10% untuk setiap 3 tahun. Tapi lepas rundingan, diaorang setuju untuk tetapkan kenaikan hanya 5% sahaja untuk setiap 3 tahun. Separuh. 

Untuk Linkedua (Malaysia-Singapore) pulak, sepatutnya ada kenaikan 25% untuk setiap 5 tahun. Tapi terms baru, turun jadi 5% jugak untuk setiap 3 tahun.

Butterworth-Kulim Expressway (BKE), sebelum ni 15-25% hike in every 5 years. Turut distandardkan jadi 5% every 3 years.

Dan untuk orang Penang, Penang Bridge sepatutnya ada 15-50% hike in every 5 years. Tapi dah diputuskan tiada lagi kenaikan selepas ni, sampai konsesi tamat. Sekarang RM7 kan? Terer tak aku? (Cee, mentang-mentang baru balik dari Penang. Hehe. Jeruk Pak Ali pun tak habih makan lagi.) :p
tol
Semua konsesi kat atas ni akan tamat pada tahun 2038. Tak ada lanjutan lagi lepas ni.
Sekarang kita dah tau, govt managed to reduce the hike rates. Tapi 5% ni, kita nak ambil apa pulak untuk compare? Kenapa 5%?
   
Ok. 5% untuk setiap 3 tahun.

Maknanya, lebih kurang 1.7% setiap tahun.

1.7% ni, diaorang compare dengan inflation rate. Kalau kita compare dengan average inflation rate (2.6%), kenaikan 1.7% p.a. ni masih di bawah kadar inflasi. Ada la perbandingan dengan negara luar, tapi aku rasa orang bukan nak dengar sangat bab tu kan?  

Lagi satu point yang aku rasa patut dihighlight adalah govt tak perlu bayar pampasan untuk pembekuan kenaikan tol 5 tahun ni. Kan tadi kita dah tau dari tahun 2010 sampai 2015 ni tiada kenaikan? Kalau nak ikut, sepatutnya govt kena bayar pampasan kepada PLUS sebab tak bagi naik. Jumlahnya approximately RM 3.6bn.

Tak ramai orang bagi credit hal ni. Bagi aku, itu dah save banyak dah tu. Kalau tambah pampasan yang tertunggak, add another RM 2.9bn, yang govt masih belum bayar kepada PLUS.
Dan yang itu pun dah kira settle. RM 6.5bn tak payah bayar in total. Well done!
Tapi berapa ramai yang sedar point ni? 

Ikut pengalaman kerja aku yang tak seberapa ni, sebenarnya highway operators pun tak suka jugak bila ada compensation plan. Walaupun diaorang still ‘dibayar’, govt bukannya akan bayar time-time tu jugak.

 Akan ambil masa untuk luluskan itu ini. Bila ambil masa, ni akan kacau cashflow syarikat. Dan itu pun kalau compensation dalam bentuk cash. Kalau dalam bentuk tax exemption? Lagi la complex.

Katalah dia issue bond untuk buat highway tu. Pinjam duit daripada market untuk buat modal. Dia projected tahun ke 6, dengan kenaikan tol yang dah dipersetujui, dia boleh bayar balik sekian-sekian amount kepada bondholders. 

Tup-tup bila sampai tahun ke 6, kerajaan tak bagi pulak penaik tol. So duit yang dia forecast awal-awal tadi tu tak masuk. Dan boleh jadi tak cukup untuk dia bayar hutang-hutang dia.
Dahh nak kena buat EGM pulak mintak tolong bondholder Sabaq sat, sementara govt nak bayaq kami. Nanti dah dapat duit kami bayaq kat hangpa na. Tu sebab diaorang pun tak happy bila ada compensation. 
And lastly, lets not forget about EPF. Bila EPF pegang PLUS, keuntungan PLUS akan masuk balik pada EPF, iaitu kita la. Dalam bahasa mudahnya, siapa yang ada EPF, sebenarnya dia ada share jugak dalam PLUS. Bila PLUS untung, berapa ramai individu yang dapat manfaat sebenarnya?

Rasanya, setakat ini sajalah yang aku mampu share bab ni. Mintak maaf pada member yang suruh aku komen pasal kenaikan tol tahun depan tu. Aku tak berani nak komen benda yang aku tak faham lagi. Semoga tulisan yang sedikit ni tetap bermanfaat.

~ Kerajaan Selangor ada 30% kepentingan dalam KESAS (via PKNS), 20% dalam SPRINT and LDP (via PERANGSANG). Hopefully they can do something to stop the hike.




Ni aku nak cerita sikit pasal lebuhraya tol. Korang tahu tak, kuasa meluluskan pembinaan lebuhraya bertol terletak di tangan Menteri Kewangan. Zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1991 sehingga 1998, merupakan zaman yang paling banyak projek lebuhraya dibuat.

Berbanding Tun Daim Zainuddin yang menjadi Menteri Kewangan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1985 sampai 1990 dan 1999 sampai 2001, Anwar telah meluluskan 14 projek lebuhraya bertol. Tun Daim pula, dari tahun 1985 sampai 1990 hanya satu iaitu Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan pada tahun 1999 sampai 2001, empat projek lebuhraya.

Katakanlah beberapa projek pada peringkat awal merupakan projek yang 'diambilalih' apabila jawatan Menteri Kewangan bertukar tangan, Anwar tetap merupakan Menteri Kewangan yang paling banyak meluluskan projek lebuhraya bertol.

Sekarang dia nak cakap pasal kroni? Eh, masa dia luluskan semua projek lebuhraya tol tu, dia tak pilih kroni ke? PAS dengan DAP bukan main lagi memekak masa tu minta Anwar Ibrahim dedahkan siapa pemilik konsensi. Hansard Parlimen pada waktu itu boleh dijadikan bukti.

Khalid Ibrahim kata, projek lebuh raya bertol sebenarnya adalah salah Kerajaan Pusat sebab tak berhati-hati ketika menandatangani perjanjian.

Eh, siapa yang kalut nak kumpul projek terbesar agaknya? Sama macam IPP yang dikatakan punca sebenar kenaikan tarif elektrik, pada zaman siapa sebagai Menteri Kewangan, IPP untuk kroni diperkenalkan sampailah dia jatuh kuda sebab asyik sangat menunggang bersama-sama kroni utamanya.

Nak kata Tun Mahathir yang paksa dia macam alasan yang diberikan selama ini, adakah Anwar dan para penyokongnya berani mengaku yang Anwar ini sebenarnya BODOH, TOLOL, BAHLOL dan BENGONG sampai dia tak boleh fikir apa-apa? Kalau dah BODOH, TOLOL, BAHLOL dan BENGONG kenapa pula dia jadi Menteri Kewangan?

Masa pegang jawatan Menteri Kewangan dengan segala macam projek mega diluluskannya dan kemudian mencekik duit rakyat, kenapa dia langsung tak bercakap tentang kroni dan PERJUANGAN RAKYAT? Kenapa selepas hilang jawatan dan kuasa, baru nak bercakap tentang KRONI dan PERJUANGAN RAKYAT?

Masa dia luluskan projek lebuhraya bertol tu, pernah tak dia terfikir suatu hari nanti orang akan tahu siapa sebenarnya yang luluskan projek tersebut dan kepada siapa projek lebuhraya bertol diserahkan?

 3 - by

ISU TOL - SANDIWARA SIAPA?

KENYATAAN ANWAR PADA 18/12










PERATUS SAHAM YANG DIMILIKI KERAJAAN SELANGOR

Selangor State Development Corporation (PKNS) - Kesas Highway – 30% saham

Kumpulan Perangsang Bhd - Sprint dan LDP Highway – 20% saham

ASPEK UNDANG-UNDANG

Bolehkan tol di mansuhkan oleh kerajaan negeri?

YA kerana.....

Pakatan Rakyat di Selangor memegang 2/3 DUN, maka ianya boleh dilaksanakan jika Dewan memutuskan untuk memberi tekanan kepada pihak syarikat agar memansuh/mengekalkan/menurunkan harga tol.

MENGAPA HARGA TOL TIDAK DITURUNKAN SEBELUM INI?

AHLI LEMBAGA PENGARAH




PKNS merupakan 'hadiah' Anwar Ibrahim kepada Azmin Ali. Segala kontrak dan kerja guaman hanya boleh diperolehi melalui abang Azmin Ali iaitu Azwan.

Malah beberapa rundingan sememangnya telah diadakan di antara beberapa firma dengan saya dan Azwan untuk beberapa kontrak. Jika ingin mengesahkan kenyataan tersebut, cabar PKNS untuk mendedahkan jumlah wang yang telah  diberikan kepada firma-firma guaman yang milik peguam pro Pakatan Rakyat seperti N Surendran dan Sivarasah Rasaiah.

Tambahan pula, untung yang diperolehi oleh kutipan tol akan diagihkan kepada Pengarah-Pengarahnya. Ianya dipanggil dividen, Pernah tak fikir kenapa ramai merebut untuk posisi di GLC? Nak berkhidmat untuk rakyat?

Antara nama-nama yang diseneraikan sebagai Pengarah di dalam PKNS adalah Teresa Kok yang kini bukan lagi ADUN di Selangor, Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Khalid. Nama-nama yang sama telah melancarkan manifesto pra PRU 13 untuk memansuhkan tol walaupun mengaut keuntungan darinya.

Soal diri anda jika anda akan mengurangkan atau mansuhkan tol jika anda mendapat habuan yang besar daripadanya?

KUMPULAN PERANGSANG - JAWATAN PENGARAH UNTUK PROKSI ANWAR

Nama-nama yang duduk di Lembaga Pengarah kumpulan ini adalah mereka yang telah menyumbang bakti kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. 
Misalya penjilat dan pencacai terkemuka PKR iaitu Sivarasa Rasaiah. Dia telah diberikan jawatan di dalam konsensi ini setelah berjaya mewujudkan persepsi dan cerita palsu mengenai isu Altantunya. 
Dia mendapat tahu isu Altantunya melalui 'agen' untuk mencari klien baru untuk firma guamannya iaitu Daim Gamani. Agen itu bernama PI Bala. Nak tahu cerita bagaimana watak Altantunya dimanipulasikan dan ceritanya dipesongkan untuk kepentingan politik? Nak tahu bagaimana PI Bala mati? Lokasi isteri PI Bala?
Akan saya dedahkan dalam jangka masa terdekat. Jangan lagi diperdayakan oleh Anwar Ibrahim. Esok dia akan kata dia dah cuba sedaya upaya untuk menurunkan harga tol tapi Kerajaan BN yang telah menghalangnya. Yang halang itu Azmin Ali atau Kerajaan BN
by

AMUKANMELAYU - Penasihat EKONOMI Selangor perlu memikirkan bagaimana cara untuk mengurangkan KADAR Tol seperti yang di janjikan.