,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 3 December 2013

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK - AMARAN KEPADA BN DAN PR "KALAU NAK HEBAT, JANGAN KACAU POKET RAKYAT"


Untung bersih TNB RM1.014b

Untung bersih TNB RM1.014b
OLAK LEMPIT, Selasa 29 Muharram 1435 = 03hb Disember 2013,. - Di petik dari artikal asal Berita Harian tulisan Oleh Suffian A Bakar Cetak , semuanya menceritakan Keuntungan TNB dan bukannya sedikit Untungnya, malah mencecah BERBELION RINGGIT. Seperti penulis, Bloge's mula MENUJAI KEPALA JERAJAAN mengenai TARIF LETRIK yang baru dengan KENAIKAN 15% dari harga lama sedangkan TNB sedang bersenang lenag dengan Untung bersih TNB RM1.014b.


"Berdasarkan keputusan kewangan selepas pelarasan pampasan kos bahan api, suku keempat tahun kewangan 2012 mencatatkan kenaikan keuntungan bersih hampir tiga kali ganda kepada RM1 bilion berbanding RM0.35 bilion suku sebelumnya," - Leo Moggie, Pengerusi TNB

TENAGA Nasional Bhd (TNB) mencatat keuntungan bersih berjumlah RM1.014 bilion, mewakili kenaikan lebih tiga kali ganda pada suku kewangan keempat berakhir 31 Ogos 2012 berbanding kerugian bersih RM322.5 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Ia diraih daripada pendapatan yang meningkat kepada RM9.334 bilion berbanding RM9.154 bilion dalam tempoh kajian.

Untuk keseluruhan tahun kewangan 2012, keuntungan bersih kumpulan itu mengukuh kepada RM4.206 bilion, iaitu peningkatan 336 peratus berbanding RM964.5 juta tahun sebelumnya.

Ia diraih daripada pendapatan yang meningkat kepada RM35.848 bilion berbanding RM32.241 bilion yang dicatat pada tahun kewangan sebelum.
Menjelaskan kenaikan ketara keuntungan itu, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, berkata ia berikutan pampasan kos bahan api yang diambil kira bagi tahun kewangan dikaji.

Beliau berkata, jika tidak diambil kira pampasan berkenaan, peningkatan keuntungan bersih TNB bagi tahun kewangan 2012 ialah sebanyak 34.2 peratus kepada RM2.94 bilion berbanding RM2.19 bilion tahun sebelumnya.

“Berdasarkan keputusan kewangan selepas pelarasan pampasan kos bahan api, suku keempat tahun kewangan 2012 mencatatkan kenaikan keuntungan bersih hampir tiga kali ganda kepada RM1 bilion berbanding RM0.35 bilion suku sebelumnya.

“Ia disebabkan didorong khususnya oleh pertumbuhan permintaan elektrik lebih kukuh sebanyak lima peratus dan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan yen Jepun masing-masing pada 1.6 peratus dan 1.3 peratus,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Presiden yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Ir Azman Mohd.

Azman berkata, mekanisme perkongsian kos bahanapi hanyalah langkah sementara untuk mengatasi isu semasa.

TNB katanya, secara berterusan bekerjasama dengan kerajaan dan agensi berkaitan bagi mendapatkan penyelesaian jangka panjang yang mapan untuk memastikan bekalan elektrik mapan dan selamat.

Beliau berkata, pada peringkat operasi, permintaan elektrik di Semenanjung naik 4.3 peratus sepanjang tahun kewangan lalu, dipacu sektor komersial.

Bagi memenuhi permintaan lebih tinggi itu, TNB katanya terpaksa meningkatkan penjanaan dari stesen jana kuasa arang batu, menyebabkan kenaikan 10.1 peratus dalam penggunaan arang batu daripada kepada 20.8 juta tan metrik tahun lalu daripada 18.9 juta tan metrik tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, arah aliran penurunan harga arang batu di peringkat global membantu mengurangkan impak itu, purata harga arang batu tahun lalu ialah sekitar AS$103.6 (RM316.07) satu tan berbanding purata AS$106.9 (RM326.14) satu tan tahun sebelumnya, katanya.

Berhubung laporan bahawa loji pemprosesan semula gas asli cecair (LNG) milik PETRONAS di Sungai Udang, Melaka yang sepatutnya memulakan khidmatnya kepada pelanggan September lalu tetapi ditangguhkan atas sebab tertentu kepada suku pertama tahun depan, beliau berkata penangguhan itu tidak memberikan kesan kenaikan kos kepada TNB dalam tahun semasa ini.

Beliau menjelaskan, seperti termaktub dalam perjanjian pelarasan pampasan kos bahan api antara TNB dengan Kerajaan dan Petronas, ia menjanjikan pampasan diberikan kepada TNB selagi loji itu tidak beroperasi.

Azman berkata, kelewatan operasi loji di Melaka itu juga tidak memberikan masalah besar kepada TNB untuk menguruskan bekalan elektrik.

Beliau berkata, ini kerana secara tradisinya permintaan hanya akan mencapai tahap puncak pada Mei hingga Ogos setiap tahun. - 2012/11/01 - 05:26:37 am - BERITA HARIAN
 

Untung TNB RM1.27b

Leo Moggie (tengah) bersama Azman Mohd. (kiri) dan Fazlur Rahman Zainuddin pada majlis sidang akhbar laporan kewangan TNB suku kedua 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
 
KUALA LUMPUR 18 April - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.27 bilion bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013.
Kestabilan permintaan dan pengukuhan ringgit berbanding yen yang merupakan penyumbangan utama kepada keputusan positif kumpulan.

Keuntungan bersih sebelum pertukaran wang asing dilaporkan sebanyak RM883.5 juta.
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, prestasi kewangan suku kedua dikekalkan menerusi kos arang batu yang stabil. Harga purata arang batu pada suku tersebut adalah RM256.9 (AS$ 84.7) metrik tan, berbanding RM256 (AS$ 84.4) pada suku pertama tahun kewangan 2013.

"Walaupun TNB menikmati faedah daripada harga arang batu yang stabil yang mengurangkan kos penjanaan, syarikat akan sentiasa berhati-hati dalam menguruskan kos bahan api," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan kewangan suku kedua TNB di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. dan Ketua Pegawai Kewangan TNB, Fazlur Rahman Zainuddin. Katanya, kumpulan turut mencatatkan peningkatan pendapatan yang kukuh bagi enam bulan pertama tahun kewangan berakhir 2013 sebanyak RM17.9 juta berbanding RM 17.3 juta bagi tempoh kewangan yang sama pada tahun lalu.
Ia meningkat sebanyak 3.8 peratus, selari dengan peningkatan permintaan di Semenanjung Malaysia sebanyak 4.6 peratus. Sementara itu, Azman berkata, permintaan bekalan tertinggi direkodkan pada 16 April lalu sebanyak 16,356 megawatt (MW).

"Sehubungan itu, anggaran pertumbuhan yang kukuh dijangka pada tahun ini didorong permintaan oleh sektor komersial.
"Bagi kewangan tahun semasa, pertumbuhan permintaan elektrik dijangka kekal stabil, bagaimanapun isu bekalan gas masih menjadi perhatian utama," katanya.

Tambahnya, kumpulan juga dijangka menanggung kos penjanaan yang lebih tinggi kerana terpaksa menggunakan bahan api alternatif bagi menampung kekurangan bekalan gas serta memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Kumpulan akan terus memastikan keselamatan dan kemampanan bekalan tenaga negara dapat dipenuhi di samping mengimbangi prestasi kewangan dan teknikal dalam jangka panjang," katanya.
Dalam pada itu, lembaga pengarah juga telah meluluskan dividen interim sebanyak 10.0 sen sesaham biasa bagi suku tahun kedua tahun kewangan berakhir 28 Februari 2013.- © Utusan Melayu (M) Bhd

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Menteri Besar, ADUN Selangor Dapat Kenaikan Gaji Mulai 1 Januari 2014

Nuffnang Ads

[BERNAMA] Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa Januari 1 depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.
"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.

 

KERAJAAN BARISAN NASIONAL

 
Mohamed Khaled
KLUANG: Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata kajian sedang dilakukan untuk meneliti kenaikan itu, bagaimanapun jelasnya, ia tidak akan terlalu tinggi seperti dinikmati Adun Selangor.

"56 orang Adun Johor mempunyai banyak kerja tetapi kita belum sampai peringkat terdesak untuk menaikkan gaji," katanya kepada pemberita.

Rabu lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, Exco dan Adun dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Beliau berkata, Johor juga kekal sebagai pengeluar ayam daging utama di negara ini iaitu melebihi RM2.54 bilion setahun manakala telur ayam pula dengan pengeluaran output 3 bilion biji bernilai RM1.06 bilion. Dalam sektor perikanan, beliau berkata Johor menduduki tempat ketiga tahun lepas dalam kategori pembekalan ikan air payau dengan 11.67 peratus pengeluaran manakala pengeluaran ikan hiasan melebihi 238 juta tan metrik iaitu lebih 70 peratus sumbangan keseluruhan kepada negara.

Khalid berucap di Perasmian Ekspo Agro Johor 2013 yang bermula Rabu hingga Ahad ini merupakan kemuncak Mini Agro Johor yang diadakan di Johor Baharu, Kota Tinggi, Mersing, Pontian dan Muar sejak dua bulan lepas. Bertemakan 'Johor Gedung Makanan Negara', ekspo tersebut menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta serta kehadiran 500,000 pengunjung ke 220 gerai jualan. - Artikal asal dari BERNAMA


TARIF ELEKTRIK NAIK 15% :AKU NAK CAKAP TERUS TERANG..SYARAT NAK MENANG POLITIK DI MALAYSIA JANGAN KACAU POKET RAKYAT -


DI BAWAH ADALAH FAKTA KENYATAAN RASMI TNB 20/8/2013.


FAKTA 1.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bahawa sebarang pelarasan kadar tarif elektrik jika dipersetujui oleh kerajaan, tidak akan membebankan pengguna. 

FAKTA 2

“Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna (tenaga di dalam negara) adalah daripada kumpulan yang mana penggunaan bulanan mereka di bawah 200 kwj iaitu dengan bil di bawah RM70.
 
FAKTA 3

“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.
 
FAKTA 4

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun 2011 apabila ia dinaikkan sebanyak 2.23 sen bagi satu kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada paras semasa iaitu 33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj.

4 fakta aku bagi.. nak mudahkan cerita kita bahasakan kenyataan ini dalam penyampaian bahasa kampung.
 
TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai 1 januari 2014.

apa rakyat akan bual kan ?
BARANG NAIK.


TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai januari 2014.

apa rakyat akan bual kan ?
kos meningkat.

TNB umum kenaikan tarif hampir 15% mulai januari 2014.

apa rakyat akan bual kan ?
kerajan jaga kepentingan IPP dan bukannya rakyat.

TNB pernah buat kenaikan tarif pada jun 2011, yakni kenaikan sebanyak 7 %.

bulan januari 2014 naik pulak 15%..

maknanya dalam masa tak sampai 2 tahun setengah ada kenaikan sebanyak 22 % !

TNB KATA TAK BEBANKAN PENGGUNA ?
REALLY ?

aku amik satu contoh mudah. kebanyakan golongan pertengahan melayu duduk kat flat dan apartment. 
bila duduk apartment/flat dan pangsapuri secara automatikalinya penduduk kena bayar duit maintenance.
duit maintenance itu membabitkan hak bersama penduduk menikmati kemudahan bekalan api,air dan lif.
kenapa penduduk terpaksa bayar maintenance ?
pasal nak hidupkan lif, kena pakai elektrik. nak guna air kat rumah, kena pastikan pam air berfungsi. nak nampak terang, malam berpuluh lampu koridor mesti dihidupkan.
kos eletrik untuk jana 24 jam LIF ,  lampu ,jana pam air dll bakal membabitkan kenaikan juga kerana kepenggunaan BIL SEMASA ELETRIK baik pihak pengurusan bangunan ataupun JMB adalah biasanya melebihi RM3000 setiap bulan. ( minima berdasarkan kos bil api satu blok apartment yang ada 130 pintu ).

berapa ramai melayu duduk dalam apartment dan pangsapuri ?

kenaikan tarif 15% ini hakikatnya akan  ditanggung pihak pengurusan bangunan dan JMB.

tak mustahilkah kelak, kos lebihan ( 15%) ini bakal dilepaskan kosnya dan ditanggung pula oleh penduduk yang mendiaminya...! yakni dengan cara pihak pengurusan bangunan menaikkan kadar bayaran bulanan maintenance kepada penduduk !

dalam isu penduduk yang tinggal di pangsapuri dan apartment, hakikatnya mereka terpaksa menanggung 2 bil serentak iaitu bil rumah dan bil banggunan. ( yakni bayaran maintenance meliputi api,air,parking dll )

jadi apa kejadahnya TNB kata ia tak membebankan pengguna !

di lembah klang, berapa puluh ribu apartment dan pangsapuri yang melayu pertengahan duduk ?

 kat klang sahaja mengikut survey majlis perbandaran klang, hampir terdapat 200 lebih apartment/pangsapuri taraf sederhana berdaftar dengan MPK.

ini tak masuk kondo...

kalau jumlah di klang dijadikan sandaran. berapa puluh ribu keluargakah  yang akan terpalit terkesan dengan  kos ini ?
contoh di atas boleh dpanggil sebagai domino efek. yakni kos tanggungan pengurusan dilepaskan kepada rakyat.

AKU ADA SOALAN SPESIFIK KHAS UNTUK BN.
BOLEH KE BN NAK RAMPAS SELANGOR KALAU LAGI BANYAK DASAR KERAJAAN 'YANG KACAU POKET RAKYAT' DILAKUKAN ?

tak pasal-pasal lah kes kenaikan gaji dan elaun mb,spekaer,exco dah turun ke bawah dek kehebatan kita gelojoh naikkan tarif.

BACA FAKTA NO 3 KAT ATAS.. AKU QUOTE .

“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.

kata TNB pelarasan tidak akan membabitkan 2 atau 3 kali ganda.

jun 2011 naik 7 peratus.
januari 2014 naik hampir 15%...
7 + 15 = 22 % dalam masa tak sampai 2 setengah tahun.

takkan naik berganda apanya TNB ?

yang menarik nya pula bila TNB kata sektor industri takkan terjejas dari pelarasan ini. ( kononnya bila sektor industri tak terjejas, maka produk barangan takkan dinaikkan ..kih kih kih teringat aku pada mahfuz omar )

inilah masalah bila suka pandang kos pada sebelah pihak aje.

di seksyen 7 shah alam, boleh dikatakan hampir 70% peratus peniaganya adalah melayu.

ada yang buat kad kawin, buat kek, servis kereta dll.

jika overhead kos untuk bil utiliti api mereka sekitar RM1000, kenaikan 15% tarif ini bukankah akan membebankan mereka kerana hakikatnya kelak mereka akan membayar lebihan RM 150 untuk bil api sedia ada.

itu kalau bil RM 1000 ?
kalau bilnya RM 2500 ?
naikkan 15 %...

tak menjejaskan industri kata TNB... hei mangkok, peruncit ni takde dapat special price lah jika dibandingkan dengan pihak industri yang besar !

INI IDE SAPE NIH WEI ?!

ONGKILI KATA KERAJAAN AKAN BAGI REBAT RM20 KEPADA BIL PENGGUNA BAWAH RM20..

 
dalam malaysia, bil siapa bawah RM 20 wahai ongkili ?
dalam malaysia, berapa ramai bil bawah RM20 ongkili ?
kenapa tak keluarkan statistik jumlah pengguna dalam kuantiti yang dapat rebat RM20 nih?



AMUKANMELAYU - Pak Menteri Oiiiiiiii.....................jika dah untung bersih berbilion ringgit, ini namanya nak MENCEKIK RAKYAT. Ingat....ada tiga benda tak boleh berniaga dengan RAKYAT dan ianya adalah KEWAJIPAN PEMERINTAH. 1- Air, Ke 2 - Api dan Ke 3 adalah PADANG RAGUT.