,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday 21 December 2013

TASYABBUH - MENJERAT PERJUANGAN P.A.S


TASYABBUH - Mencampurkan Batil Dalam Kebenaran Semata-mata Nak Menjatuhkan Saudara Sendiri

KEJAM - Puak ANTI SUNAH(PAS) bertindak liar

Olak Lempit, Sabtu 17 Saffar 1435 Bersamaan dengan 21hb. Disember 2013, Artikal asal  ini penulis petik dari Penulis melalui Blog MYKMU.NET. Hero Tua menjelaskan mengenai TASYABBUH.  Dalam Islam, ada satu larangan yang kurang dicermati dan seringkali dipandang mudah oleh umatnya iaitu TASYABBUH.

Anda tahu apa itu TASYABBUH?
Tasyabbuh bererti menyerupai atau meniru sesuatu kaum (yang kafir) dari mana-mana sifat atau karektor mereka, mahupun cara berpakaian. Perbuatan tersebut adalah dilarang dalam syariat Islam bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyerupai suatu kaum (kafir), maka dia termasuk sebahagian daripada mereka.” (Hadis riwayat Ibn Majjah).

Tidak dapat dinafikan bahawa perbuatan tasyabbuh ini berupaya membentuk seseorang Muslim untuk mencintai orang kafir, ahli bidaah, dan para pelaku maksiat. Bahkan ada sebahagian dari kaum Muslimin, berasa bangga apabila dapat bertasyabbuh dengan mereka (orang-orang kafir, ahli bidaah, dan ahli maksiat). 
Mungkin ramai yang kurang faham mengapa tasyabbuh dilarang oleh Islam. Bahkan mungkin ada yang berpandangan, larangan ini hanyalah larangan ringan dan tidak memberikan mudarat kepada Islam seandainya ia dilanggar dan perbuatan tasyabbuh berterusan walaupun ingatan telah diberikan.

PERHATIAN;
PAS yang penulis maksudkan adalah PUAK ANTI SUNNAH, kumpulan ini ada dimana-mana sahaja sama ada di dalam masyarakat atau pun dalan NGO atau dalam Parti-parti POLITIK Orang Islam. Mereka ini akan mengenepikan apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak mereka walau pun bercanggah dengan PERINTAH RASULLULLAH dan mereka akan berdiam diri jika ianya sesuai dengan kehendak mereka. 
Itulah yang berlaku kepada PAS sebenarnya.(PUAK ANTI SUNNAH)
PAS seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang Islam. Perjuangan mereka adalah untuk memartabatkan Islam. Perjuangan mereka adalah untuk menghapuskan kebatilan, menentang kemungkaran dan mengembalikan kemurnian atas syariat Islam.
Malangnya, syariat Islam yang disebut oleh PAS seringkali bercampur aduk antara bidaah, maksiat mahupun kecelaruan fikiran dalam bentuk tasyabbuh. Kerana kecelaruan fikiran itulah menyebabkan ahli-ahli PAS sentiasa tenggelam punca dan tidak mampu bersuara apabila kalangan rakan-rakan mereka bertasyabbuh menyerupai perangai kaum kafir dan amalan-amalan mereka seperti BERDEMONSTRASI DI JALANAN. 



TAWAF - Adakah sama dengan BERSIH?
Lebih malang lagi ialah apabila DEMONSTRASI JALANAN yang merupakan budaya kafir, disesuaikan bahkan disamakan pula dengan amalan ibadah umat Islam seperti berhaji di Makkah dan bersolat berjamaah.
Alangkah malangnya apabila budaya tasyabbuh sudah dianggap sebagai satu perkara biasa dan tidak salah malah amat mulia di sisi Allah Taala.
Semuanya kerana satu matlamat iaitu mahu mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Golongan pemimpin dalam PAS yang menghalalkan segala cara demi matlamat terlalu ramai dan  tidak  mampu ditepis oleh golongan pemimpin PAS yang berpegang kepada ajaran sebenar Islam yang dikatakan sebagai ADDEEN dan menyeluruh.
Penguasaan pemimpin-pemimpin yang berfikiran sekular tetapi melindungi pemikiran mereka dengan kopiah putih, jubah, janggut sejemput dan bercakap ’ana-ente’ dalam PAS, menyebabkan PAS semakin terpesong daripada perjuangannya yang sebenar. Kalau Nabi s.a.w telah memperingatkan umat Islam agar meletakkan sesuatu atau seseorang kena pada tempatnya, tasyabbuh dan taksub menyebabkan PAS meletakkan dan memilih sesiapa sahaja yang boleh menentang UMNO dan ianya merupakan kriteria terpenting.
Itulah sebabnya, dalam sejarah PAS, kecelaruan terus berlaku selain pelbagai bidaah yang diatasnamakan sebagai Islam, diamalkan secara meluas sehinggakan PAS boleh disamakan dengan Islam. Amalan tasyabbuh dalam PAS untuk mendapatkan kuasa, dikatakan jihad untuk mendapatkan syurga.
Tengah malam 31 Disember nanti, PAS pastinya akan menghantar bala tenteranya yang taat dan setia untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional di Dataran Merdeka. Mereka akan menyertai bahkan merekalah yang paling ramai dalam demonstrasi jalanan.
Dalam sejarah Islam, baik dari zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan Makkah sehinggalah ke zaman Bani Uthmaniyyah di Turki, demonstrasi jalanan tidak pernah dilakukan atau dialasankan kepada Islam. Biarpun terdapat khalifah atau sultan yang tidak menjalankan syariat Islam, baik dalam pentadbiran mahupun atas kapasitinya selaku individu, perbuatan seperti yang diamalkan oleh para pengikut PAS, tidak pula tercatat dalam kitab-kitab sejarah.
Sedangkan demonstrasi jalanan menjadi sinonim dengan budaya Anglo-Saxon selain terhadap Gereja semenjak sekian lama. Begitu juga dengan demonstrasi yang dibuat oleh kaum Yahudi yang berasal dari Zion dan dibawa ke Babylon untuk dijadikan hamba abdi. Budaya demonstrasi jalanan lebih kerap dilihat pada zaman sekular iaitu apabila pentadbiran dipisahkan dengan  Gereja  sehinggakan Raja Louis XVI Perancis digulingkan dalam satu rusuhan besar yang dinamakan sebagai Revolusi Perancis.
Revolusi Perancis (1789-1799) telah meruntuhkan sistem monarki mutlak selain penguasaan gereja Katholik untuk digantikan dengan  Liberté, égalité, fraternité (kebebasan, persamaan, dan persaudaraan) dalam bentuk sebuah negara demokratik sekular. Biarpun revolusi tersebut turut melibatkan pendeta dan paderi, namun akhirnya golongan agama itu telah disisihkan dan peranan penting orang agama dalam Revolusi Perancis tidak lebih daripada sekadar untuk mendapatkan sokongan besar kepada kaum bourjuis yang menentang raja, bangsawan, istana dan gereja Katholik.
GENE-SHARP
Add caption
Sebenarnya kalau kita perhatikan dan cermati Sejarah Revolusi Perancis, itulah budaya yang diperkenalkan oleh Gene Sharp menerusi Nonviolent Action. Penyebaran maklumat palsu atau di gembar-gemburkan sebagai kekejaman Kerajaan, dilakukan secara meluas dalam Revolusi Perancis. Gene Sharp, pengasas The Albert Einstein Institution meminjam keadaan tersebut dan dimasukkan ke dalam karyanya yang menjadi agama baru kaum yang dahaga untuk menggulingkan kerajaan.
Gene Sharp telah menghasilkan lima buah buku yang menjadi rujukan serta ikutan golongan Reformasi termasuklah di Malaysia. Bukunya yang paling terkenal dan dianggap sebagai Bible Reformasi, The Methods of Non Violent Action (1973), Ghandhi As A Political Strategist (1979), Making Europe Unconquered (1985), From Dictatorship to Democracy (1994) dan Waging Non Violent Struggle (2005).
Semua yang kita dapat lihat sepanjang siri demonstrasi di Malaysia membabitkan Pakatan Rakyat, mengikut kaedah yang diperkenalkan oleh Gene Sharp dalam karya-karyanya seperti memberikan bunga kepada anggota-anggota keselamatan selain bergambar dengan mereka, berbaring di atas jalanraya, memakai topeng Guy Fawkes atas nama non-violent dan sebagainya.
Mungkin para pengikut PAS yang cetek dalam pelbagai ilmu tetapi kaya dengan sentimen dan angan-angan MENCARI JALAN KE PUTRAJAYA menerusi jalan singkat, tidak pernah tahu tentang perkara berkenaan. Apatah lagi maksud sebenar TASYABBUH yang bagi mereka sekadar berlingkar sekitar kosmetik dan pakaian semata-mata. Ditambah pula dengan hasutan yang disemarakkan oleh para pemimpin PAS sendiri yang cukup gemar mencampurkan kebatilan di dalam kebenaran semata-mata untuk menjatuhkan saudara sendiri, Kerajaan dari Saudara sebangsa dan seugama, menjadi para pengikut PAS hanya bertuhankan kuasa politik tetapi berpakaian seperti orang Islam yang zuhud dan abid.
Maaf, kalau anda seorang pengikut dan pemercaya Penentang Kerajaan Islamelayu ini, apatah lagi penganut akidah PAS, anda tidak akan faham maksud artikel ini.  Tetapi sekiranya anda berlapang dada, berfikiran luas dengan menjadikan al Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas sebagai sandaran, tidak sekadar cakap di bibir, anda akan dapat melihat bahaya sebenar TASYABBUH, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpegang kepada prinsip, ‘KALAU ENGKAU BOLEH BUAT SALAH, AKU PUN BOLEH.’ asalkan dapat memerintah dan menjatuhkan Saudara sendiri sehingga sanggup menjadi ALAT kepada KAFIRUN dan BERSEKONGKOL dengan mereka hanya kerana NAFSU tanpa membantu Saudara seugama hanya kerana KUASA dan bukannya kerana ALLAH.

 AMUKANMELAYU - Mungkin Penulis silap tapi penulis yakin penulis tidak salah.