,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 23 December 2013

SIAPA PM SELEPAS INI - HIMPUNAN GULING KERAJAAN DI AMBANG 2014.


perang
BAHAYA - Kepada anak cucuku jangan keluar Malam Ambang 2014.

PERHIMPUNAN GULING KERAJAAN 


Semua benda sekarang ini adalah Kesalahan Pemerintah. Dengan pengdekatan Tidak Mencari Popular, Najib dan PUNAHSIHATNYA akan berbuat apa sahaja walaupun mendatang KEMUDHORATAN kepada rakyat terbanyak. Sementara pihak Pembangkang pula bukan lagi rakan Pemerintah yang akan mendesak Kerajaan untuk Kepentingan Rakyat tapi sebaliknya, mereka melihat Kerajaan sekarang adalah MUSUH mereka walau pun mereka duduk dalam satu bangunan yang di namakan PERLIMEN.

Kenapa terjadi sampai begini? Satu saja jawapannya, NAFSU. Kini timbul pula Keributan kononnya terdapat satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka?  Ini amat mengejutkan dan PDRM telah membuat kenyataan akbar mengenai perkara ini dan menunjukan sekeping gambar PEMUDA yang di cari POLIS kerana bersangkutan dengan rancangan untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN.

Suara-suara sumbang mula berbunyi kononnya amat diragui dari mana pihak polis mendapat gambar individu berkenaan tetapi tidak dapat mengesan orangnya. Berdasarkan pengalaman, kononnya sesuatu gambar boleh dicari puncanya jika ia pernah disiarkan di internet. Sumber asal gambar itu boleh dicari dengan menggunakan khidmat percuma di internet.

Peliknya gambar yang ditunjukkan oleh polis tiada dalam carian internet.

zero face found

Maka timbul persoalan dari mana pihak polis mendapat gambar tersebut. Labun kononnya perhimpunan untuk guling kerajaan bukan cerita baru. Labun ini sudah dimainkan pak menteri sejak Bersih 2. Penulis turut tertawa dengan kenyataan beberapa Blog Pro Pembangkang ini. Janganlah kita nak menajdi SB pulak. Tak guna dah kalau dah berkecai beberapa batang tubuh baru POLIS nak tangkap PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA ni.

Kenyataan Polis KPN,

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

"Kita melihat perkara ini sebagai satu ancaman serius kepada negara. Kita akan pantau dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.

 PESANAN BLOGGER PRO PEMBANGKANG
"Kepada yang bakal menyertai perhimpunan tersebut sila berhati-hati kerana seperti biasa musuh akan turut bersama dalam perhimpunan tersebut bagi merosakkan matlamat. Mereka akan membuat onar dan kesalahan akan diletakkan di atas bahu penganjur".

"Oleh kerana perhimpunan ini bukan perhimpunan politik, maka ada kemungkinan orang umno juga akan turun bersama. Seboleh-bolehnya elakkan daripada bersama mereka. Jauhilah mereka. Ingat macai boleh jadi apa sahaja".




Mereka juga sudah mula mengingati Polis yang Polis tidak boleh sewenang-wenangnya menangkap sesiapa tanpa bukti perhimpunan yang bakal diadakan ada kaitan dengan usaha menggulingkan kerajaan. Tapi mereka juga dah mula mengingatkan Peserta Perhimpunan supaya berhati-hati dengan MACAI UMNO. Bagi penulis mudah sahaja. Telunjuk mereka sudah di luruskan kepada UMNO. Sekiranya ada yang terbarai dengan Letupan Bom atau Pergaduhan yang menyebabkan kecederaan dan kematian....UMNOlah yang salah, Polislah yang salah, Kerajaanlah yang salah.


blackout 505 padang merbok 035
Pakatan Rakyat telah menganjurkan beberapa siri demonstrasi dalam usaha menggulingkan kerajaan. Meskipun tidak menzahirkannya secara terang-terangan, namun para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim dalam ucapannya yang berapi-api, menggalakkan para pendemonstrasi untuk terus merusuh dan memaksa Kerajaan yang dipilih rakyat, dibubarkan dan kuasa diserahkan kepadanya.

Menjelang PRU13 pada Mei 2013, gerakan mengapi-apikan rakyat terus dilakukan. Dan selepas Pakatan Rakyat tidak berjaya dalam cubaan menggulingkan Kerajaan UMNO-BN menerusi keputusan PRU13, sekali lagi demonstrasi besar-besaran diatur beralasankan kononnya SPR telah melakukan penipuan bagi memenangkan UMNO-BN.
Biarpun penjelasan telah dibuat berserta bukti, namun Pakatan Rakyat tampil pula dengan bukti-bukti kosong yang kemudiannya dalam berpuluh-puluh petisyen yang mereka buat, langsung tidak disebutkan tentang bukti-bukti yang mendorong kepada demonstrasi yang digelarkan sebagai Blackout 505.

505 telah gagal. Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim hanya menunggu masa untuk mengatur satu lagi gerakan menggulingkan kerajaan yang sah. Yang diperlukan hanyalah alasan. Justeru apabila Kerajaan mengumumkan peningkatan harga perkhidmatan dan barang selain cukai, ia dijadikan alasan terbaik untuk PKR menerusi beberapa NGOnya seperti Jingga 13 dan SAMM memulakan sesuatu yang boleh mencetuskan penggulingan kerajaan.

PENGARAH LANDSCAP KDN


Tarikh 31 Disember 2013, waktunya tengah malam, telah dipilih untuk tujuan tersebut. Kempen-kempen subversif telah pun dimulakan di Internet, khususnya di Facebook. SAMM walaupun menafikan bahawa mereka menjadi dalang, namun seruan agar anak-anak muda berkumpul di Dataran Merdeka dan memulakan rusuhan bagi menggulingkan Kerajaan, datang dari laman sesawang SAMM sendiri.

Ada ketegasan yang telah disuarakan oleh Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri berhubung cubaan menggulingkan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat. Tindakan lemah-lembut seperti yang dilakukan oleh pihak berkuasa sebelum ini, mungkin telah banyak mendorong para penyokong Pakatan Rakyat yang kerap bercakap tentang KEBEBASAN BERSUARA dan KEBEBASAN BERKUMPUL untuk menjayakan rancangan mereka menggulingkan Kerajaan.

Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka
December 18, 2013 – 4:10 PM | No Comment
Kenyataan Media
18 Disember 2013
Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka
Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui …
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/#sthash.SRElc2cX.dpuf
MENAKUTKAN - Kemana lagi telunuk nak di luruskan selepas ini.

December 18, 2013 – 4:10 PM | No Comment
Kenyataan Media
18 Disember 2013
Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka
Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui …
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/category/samm/#sthash.qnUfuCRX.dpuf
Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka
December 18, 2013 – 4:10 PM | No Comment
Kenyataan Media
18 Disember 2013
Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka
Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui …
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/#sthash.0YJ7IYBe.dpuf

AMUKANMELAYU - Ngko nak guling sapa, gulinglah. Kalu kamu tak boleh menstabilkan semula Negara ini selepas Kamu Gulingkan.....jaga kamu. Kelubang cacing pun aku akan cari kamu. Kami majoriti senyap ada habuan untuk kamu.