,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 17 August 2012

BANGKIT....PEPERANGAN DENGAN KAFIR HARBI DI SAYANGI SUDAH BERMULA....


Panas!!! Umat Islam Harus Bangkit!!! Pakatan Upah Mubaligh Kristian Ini Belasah Hassan Ali Dan Ustaz Nasha Untuk Raih Sokongan Bukan Islam!!!



Laporan di Malaysian Digest semalam bertajuk ‘Catholic Bishop Slams Hasan Ali‘:
“Hasan Ali is in a man in search of a justification for his vaulting ambition – the classic recipe for the making of a charlatan,” opined the bishop. Hasan, the former PAS chief of Selangor and member of the state executive council, had been raising the alarm over Christian proselytisation of Muslims since controversy broke out over a fundraising dinner held at the Damansara Utama Methodist Centre a year ago.
Kata-kata bishop Paul Tan yang dipetik Malaysian Digest (sumber Malaysiakini):
“I don’t want to have to respond to someone [who] has been seen to be a public liar on the non-issue of Christian proselytisation of Muslims.”
Adakah Hasan Ali sebenarnya membohong seperti yang didakwa Bishop Paul Tan?

Adakah mubaligh Kristian tidak mendakwah kepada orang Melayu walhal mereka begitu giat mendakwah kepada orang Cina, India, pribumi Sabah dan Sarawak serta Orang Asal di semenanjung?
Di bawah ialah komen seorang pembaca Malaysiakini kepada rencana tentang Bishop Paul dan Hasan itu.
Orang ini yang menggelar dirinya ‘anak,bangsa,malaysia’ turut menuduh Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersama Hasan sebagai “kafirs of the highest order since they have abused and misrepresented Islam.”
Orang ini yang bukan Muslim juga yakin, “The wrath of Allah will befall them [Hasan dan Nasha] on this holy month of Ramadhan.”

‘Bastard’, ‘pariah, ‘low class’

Kalau si DAPster yang bergelar ‘anak,bangsa,malaysia’ berkata Hasan, Ustaz Nasha dan Ibrahim Ali “have made themselves bastardation of the highest order”, DAPster yang seorang lagi pula melontarkan cemuhan ‘pariah’ semalam juga.
Tweet yang menyebut “Cina pariah” (screenshot bawah) dikeluarkan oleh Leong Yook Kong, setiausaha cawangan DAP Kubang Buaya di Pulau Pinang. Ia ditujukan kepada ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.
Ia adalah respons kepada kenyataan Tan Keng Liang yang mengakui dirinya seorang “Malaysian Chinese” berbanding (beliau Tan Keng Liang bukan) “DAP Chinese”.
Leong Yook Kong bukannya belum pernah mengundang kontroversi di alam Twitterjaya. Blogger Dhanyaraam mencatat bahawa Leong Yook Kong “sering menggunakan kata-kata kesat terhadap kebanyakan orang yang beliau tidak sukai”.
Melempar kata-kata nista adalah salah satu ciri DAPsterisme.
The Mole (25 Okt 2012) memetik Leong Yook Kong yang menepis tuduhan bahawa dia seorang rasis. Bagi DAPster, mesti hanya orang lain yang rasis.
“Pariah” merujuk kepada kasta bawahan.
Pariah ini macam “low class” lah.
Leong Yook Kong bukan seorang-seorang sahaja orang DAP yang melontarkan kata-kata tersebut.
Leong Yook Kong mencetuskan kontroversi malah di Facebook juga.
“A retiree has been ordered by a High Court here to pay a total of RM100,000 in damages and costs to a private automotive technology training centre where his son had studied over three defamatory postings on Facebook.”
Satu lagi ciri DAPsterisme ialah mereka tidak segan silu untuk memfitnah.
Terbaru: Klik 2x untuk besarkan

Tidak kenal serik

Seorang DAPster akan terus mengulangi perbuatan yang batil walaupun sudah berkali-kali ditegur.
Malangnya setelah PRU12, si DAPster diberikan kuasa ke atas banyak jentera-jentera kerajaan (yang mereka sendiri wujudkan selepas memerintah di negeri-negeri Pakatan).
Misalnya Buletin Mutiara. Majalah negeri Pulau Pinang itu ditegur dua kali oleh ahli politik pembangkang (BN) dan akhbar-akhbar The Star dan NST.
Kali pertama tatkala Buletin Mutiaramenyiarkan 51 keping gambar Kim Guan Eng dan keluarganya dalam satu cetakan yang hanya berjumlah 28 halaman.
Kali kedua Buletin Mutiara ditegur oleh The Star dan NST ialah apabila ia mengulangi perbuatan tersebut walaupun yang kali pertama itu didakwa suatu “kesilapan teknikal” konon.
Laporan The Star bertajuk ‘Penang Govt rapped for using bulletin as political tool‘ (7 Julai 2012) manakala laporan NST sehari awal menyebut:
“GEORGE TOWN: It looks like the embarrassment caused by the publication of 51 pictures of Penang Chief Minister Lim Guan Eng in the May edition of the state government’s official newsletter, Buletin Mutiara, has not deterred its editorial team from continuing to glorify the DAP politician.
The latest issue of the publicly-funded newsletter is filled with 28 pictures of the chief minister unabashedly splashed across almost every page of the 28-page newsletter.”
Walaupun ditegur dua kali, Buletin Mutiara masih tidak mengambil iktibar. Ia terus mahu menjadikan Buletin Mutiara macam album foto keluarga Kim.

Masih lagi mempropaganda

Dalam posting 4 Ogos ‘Rebranding Betty 2.0 in Buletin Mutiara photo spread‘, saya telah memerinci bahawa gambar Kim Guan Eng ada di muka depan Buletin Mutiara cetakan 7-1 dan gambar-gambar isterinya Betty Chew – yang bergaya fesyen mengalahkan Mak Datin – dibentangkan pada mukasurat 2 dan 3.
Gambar suami-isteri Kim satu pasangan dipaparkan pada mukasurat 4 dan mengisi banyak halaman seterusnya, termasuk sebuah gambar besar Guan Eng minum kopi (klik sini). Minum air pun hendak diberi publisiti.
Dalam screenshot di atas pula dikumpulkan gambar-gambar Kim Guan Eng beserta isterinya yang disiarkan dalam Buletin Mutiara cetakan 7-2, iaitu edisi terbaru yang dimuat-turun ke Internet oleh Chan Lilian, Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Chan Lilian ini ada mempunyai sebuah kolum dalam Buletin Mutiara. Dia pengarang majalah tersebut yang membayangkan dirinya seorang “intellectual”.
Buletin Mutiara ditulis dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil. Ia tidak mempunyai kakitangan Melayu sama ada pengarang atau penulis.
Keadaan yang serupa juga di Selangor Times yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Selangor Times warta Hannah

Seseorang yang membaca suratkhabar negeri ini tidak akan disedarkan bahawa Selangor mempunyai barisan pembangkang, iaitu Adun-Adun Umno dan MCA yang seolah-olah ghaib di kacamata Selangor Times.
Yang galak dipaparkan di Selangor Times ialah politikus-politikus Cina DAP dan PKR, dan kalaupun ada orang India yang diberi ruang, mereka adalah Kristian seperti Xavier Jayakumar dan Charles Santiago ataupun kroni seperti Rajiv Rishyakaran, iaitu kaunsilor MPSJ yang juga Pembantu Khas Hannah Yeoh.
Jilid Selangor Times 20-22 Mei tahun lepas memaparkan dua gambar Hannah Yeoh dan gambar-gambar orang Kristian lain walaupun ia diterbitkan seraya sambutan Hari Wesak dan Hannah bukan penganut agama Buddha.
Jilid Selangor Times Feb 10-12 tahun ini seraya sambutan Thaipusam tetapi tidak dapat lari daripada memaparkan Hannah Yeoh seperti yang lazimnya meskipun Adun Subang Jaya itu bukan beragama Hindu.
Selangor mempunyai Adun-Adun keturunan India yang merayakan hari kebesaran tersebut tetapi akhbar negerinya umpama kacukan Chinatown Express dengan The Rocket dalam tumpuan rencana.
Sebuah rencana yang dikarang oleh Lisa Ng di Selangor Times (17 Feb 2012) menceritakan bagaimana dia telah memeluk agama Kristian pada tahun 2005.
Orang Cina Malaysia ada masuk Kristian tetapi orang Melayu tidak ada yang disasarkan mubaligh? Boleh percaya?
DAPster-DAPster boleh begitu kuat melontarkan tohmahan ke atas Hasan Ali dan Ustaz Nasha. Kedua-dua politikus bekas orang kuat PAS ini dikatakan mereka sebagai penipu. -Helen Ang
amukanmelayu - hanya yang berjuang kerana ALLAh sahaja yang akan selamat....