,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 16 August 2012

KETUA PEMUDA PAS "SOUND" USTAZ NASHA....macam ayam jantan....kokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang ta.........?

Pemuda PAS: 'Ustaz Nasha, jangan sampai jadi macam Hassan Ali!"

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa agar bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.
Menurutnya, tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikai parti di media pihak lawan tidak menguntungkan parti malah hanya akan memberi peluang kepada musuh politik melemahkan Pas.
"Saya menggesa supaya Ustaz Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati.
"Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Hasan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan," katanya dipetik Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu yang disiar di Buletin Utama TV3 malam tadi yang mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.
Kenyataannya malam tadi itu menghangatkan semula perbahasan berhubung kedudukan Nasharudin dalam parti ekoran beliau dilihat secara terbuka menolak keputusan parti.
"Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti.
"Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS," kata Nasrudin lagi.
Sehubungan itu, beliau menggesa Nasharudin segara bertemu pemimpin tertinggi parti begi menyelesaikan segala masalah yang timbul secara dalaman.
"Saya tidak nampak Ustaz Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah.
"Ustaz Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.
"Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini, justeru ALLAh pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini," katanya.
 
amukanmelayu - Nak tanya.....ISLAM sangatkah perjuangan PAS ni?.....Zaman Dato' Al-Ustaz Fadzil Noor mungkin orang boleh terima PERJUANGAN PAS.....tp sekarang ni....PAS syok sendiri jerr kot... dengan Karpal Singh pun kecut teloq....perjuangan apa macam ni......