SURAT TERBUKA KEPADA PAK SAMAD SAID
Masih Pak Samad ingat puisi yang Pak Samad berikan kepada saya 10 tahun dahulu (10 Jun 2003), Pak Samad Kata "Jika
Bukit Menjadi Gunung, Gunung Menyuburi Rimba, Jika Sakit Mendorong
Menung, Menung Merangsang Dewasa, Lorong Hidup Banyak Cabarannya".
Pak Samad tentu lupa bagimana peritnya
hidup di Kota Singa, sehingga di mata Pak Samad sudah biasa melihat
wanita-wanita menjual tuboh raga mereka, untuk sesuap nasi. Apa Pak
Samad sudah lupa bagaimana Pak Samad harus menerobos jantung Kota Singa,
terutama ketika Zaman Jepang melanggar pusat kota, mengambil segala
macam harga diri. Jika tidak Pak Samad sudah tentu tergolong dalam
golongan pengemis, lintah darat, nasib baik Pak Samad segera membawa
diri ke ibu kota Tanah Melayu, Kuala Lumpur yang indah.
Kini Pak Samad memasuki Lorong terakhir.
Lorong yang Pak Samad tidak ada bedanya dengan rencana Pak Samad tahun
50an, ketika orang bersastera karena masyarakat, Pak Samad bersastera
karena seni. Akhirnya Pak Samad asyik termenung panjang, sakit kerana
terlalu lama termenung. Pak Samad mengapa perlu termenung lagi, Kota
Singa sudah 50 tahun kita tinggalkan. Wanita Salina itu sudah lama
kerepot, sudah lama mati agaknya, usah Pak Samad bermimpi dia datang
lagi.
Dalam puisi itu Pak Samad menyebut lagi, "Jika
Rakit Menjadi Kapal, Kapal Meningkat bahtera, Jika Bangkit Melawan
Gagal, Gagal membibit Hemah, Landas Hidup Banyak Tuahnya".
Mana mungkin mimpi dan igauan lama Pak
Samad boleh membina Kapal sebesar bahtera Nabi Nuh, sedangkan rumah
tangga Pak Samad tidak mampu bertahan lama. Kini Pak Samad bersama
segala macam petualang negara yang mahu menjual negara ini atas nama
kebebasan sebangsa, mengumpulkan segala macam igauan lama Pak Samad
menjadi satu jiwa yang bersatu dengan Pak Samad dan orang tua yang Pak
Samad lihat-lihat saja di lorong Kota Singa tanpa membuat apa-apa,
Inikah jiwa-jiwa yang hendak disejiwakan. Semua ini berontakan jiwa mu
yang tidak pernah tenang.
Mana perginya petikan guitar anak mu
yang bernama Az itu. Dia hilang membawa dirinya jauh dari kebobrokan
ciptaan Pak Samad yang tidak mungkin Pak Samad boleh gapai sama panjang
dengan Ambiga dan Nga Ngeh itu. Pak Samad sangat kecil dan pendek untuk
berada di atas mereka, mana mungkin sejiwa menjadi sebangsa jika selepas
PRU13. Diri Pak Samad, bangsa Pak Samad, saudara Pak Samad yang
mengucap La Ilaha Illallah Muhammad Dar Rasulullah dibuang
dipinggirkan dihumban di tepi longkang. Sama seperti keadaan rumah sewa
Pak Samad di Kota Singa yang ditampal-tampal dengan paku-paku berkarat
dan papan-papan lusuh yang kita sama-sama pungut di tepi jalan. Ada Lee
Kuan Yew peduli kita? Lee Kuan Yew kata kita Melayu rakyat bodoh dan
pemalas? Itulah juga suara Chen Man Hin, LKS dan LGE yang Pak Samad puja
itu!
Apakah pemerintah durjana Singapura ada
membantu kita, Tidak Pak Samad! Malah kita dihumban di lembah kemiskinan
dan wanita-wanita Melayu dibiarkan Melacurkan harga diri dan jiwa-jiwa
mereka. Jiwa mereka menangis pun Pak Samad tak mampu tolong melainkan
hanya tulisan-tulisan English Nice Pak Samad yang Pak Samad
bukukan untuk menjadi Sasterawan Negara. Itulah Pak Samad yang saya
kenali, menipu di dalam seni karena segenggam ringgit. Jika tidak mana
mungkin hendak mogok seni begitu-begitu saja, melainkan sudah mendapat
suapannya menyambung semula.
Pak Samad mahu berdebat dengan saya? Apa
tema Pak Samad, Sehati Sejiwa Berdansa? Sebangsa Senegara Sejiwa?
kenapa bukan Seni Untuk Seni? Kenapa bukan Seni Untuk Masyarakat? Kenapa
tidak Bersihkan Bangsa, Bersihkan Negara, Bersihkan Jiwa?
Bersih 3.0 Pak Samad itu saya 100 persen
menolaknya? Karena saya tahu Pak Samad jua tidak sebersih Bersih. Sudah
berapa kali negara kita Pilihanraya? Pak Samad Pernah kah Mengundi?
Anak Bini Pak Samad pernahkah mengundi? Sila jawab dengan benarnya,
Betul atau Tidak? Maka bagaimana Pak Samad bisa bercakap Bersih untuk
Pilihanraya sedangkan diri dan keluarga Pak Samad sendiri tidak
menunjukkan kepekaan itu! Senang berkata, mudah menulis, sukar
melaksanakannya Pak Samad, bukankah Pak Samad dalam puisi di atas
menyebut Hidup ini banyak cabarannya.
Saya berhenti di sini dahulu, saya tidak
sanggup membongkar segala macam penyelindungan diri yang Pak Samad
lakukan demi ringgit-ringgit dari mana pun. Jika Pak Samad mahu
berdiskusi dengan saya silakan, jika mahu berdebat dengan saya mari kita
bentang tikar bicara, bangsa Malayu tidak perlu tunduk kepada sebangsa
pembohong, bangsa Melayu tidak harus tunduk kepada jiwa-jiwa yang
berbuih kosong, negara ini negara bertanah, dan tanah itu Tanah
Melayu!!!
Salam Hormat,
Kota Singa.
amukanmelayu - semakin bercelarulah bila Sang Pengkarya Puisi mahu menjadi saintis.