,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 5 August 2012

NAJIB - ROYALTI MINYAK KELANTAN SUSU PERSIMPANGAN MAUT OLAK LEMPIT....mana yang harus di dahulukan?




PERSIMPANGAN MAUT OLAK LEMPIT, SUSU BAYI DAN ROYALTI MINYAK

Sabtu 15 Ramadhan 1433 - Olak Lempit, senangnya dalam hati...bila dengar berita, Negeri yang dikatakan miskin akan menjadi kaya.....apa kata Najib?





KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
“Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Jawatankuasa Khas itu akan mengkaji serta mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
“Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan," katanya sambil menambah bahawa sejak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut.
Najib berkata, dengan penubuhan jawatankuasa itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.
Beliau berkata, berdasarkan Perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.
“Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.
“Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum," katanya.
Najib berkata, kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.
Najib berkata, walaupun peruntukan perundangan ini adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri tersebut.
“Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus bangunkan Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya. Peruntukan itu telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," katanya.
Beliau berkata, sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk bantuan pelajar sekolah dan pelajar Kelantan yang memasuki tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
- BERNAMA


Tangisan cucu Aki.....Muhammad Qhairul Iman Al - Farris selalu mengganggu igauan Aki. "Ini tentu nak susu lagi ni".....rungut Opahnya. "Susu saja RM 200.00 tak cukup sebulan" Kata Farrah menantu Aki....apa kata Syarikat Pengeluarnya?

 

 PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

“Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.

“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih.

Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini.

“Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran.

Syarikat itu menghasilkan dua rangkaian jenama produk tenusu yang terdiri daripada susu segar, minuman yogurt, susu untuk membesar dan susu suhu ultra tinggi (UHT) serta Friso yang meliputi susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak dan golongan ibu mengandung dan menyusu.

“Matlamat kami pada tahun ini ialah untuk melepasi prestasi keuntungan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu walaupun akan menghadapi tahun yang mencabar,” jelasnya.
Di petik dari Kosmo


Keluar dari Jalan 1000 tahun untuk menyeberang ke Masjid Nurul Huda Olak Lempit....perhhh....tak sanggup beb.... kalau bukan tuntutan Ilahi, Aki bersolat di rumah saja. Menuggu saja kadang-kadang sampai 20minit....Lori, kepala lori, kereta, lori kecil bas kilang dan hampir kesemua kenderaan yang ada kat Malaysia akan melalui jalan ini. KEMALANGAN? Jangan cakap la...hampir setiap minggu ada kemalangan di kawasan ini....tak kira kemalangan kecil atau kemalangan maut. Beberapa minggu sebelum ramadhan....se orang Remaja Sekolah Banting putus kakinya di persimpangan ini.....sebelum itu pada 2 Jamdilawal 1433 4 buah kenderaan "berdentum" berlanggar antara satu sama lain di persimpangan ini juga......apa kata mereka.

PERSIMPANGAN MAUT DI OLAKLEMPIT

114 kes lima bulan pertama


Sinar Harian · 153,716 menyukai ini
pada 29hb Mei pukul 11.33 ptg ·

KUALA LANGAT - Pihak berwajib diminta menyegerakan naik taraf jalan dua lorong Banting ke Dengkil sejauh 23 kilometer kepada empat lorong berikutan peningkatan kes kemalangan di laluan berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, pihaknya mendapati naik taraf laluan pengguna bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penduduk tetapi juga memacu pertumbuhan ekonomi kawasan berkenaan.

Menurutnya, laluan merentasi dua daerah utama Kuala Langat dan Sepang itu jalan bagi pelancong dari KLIA untuk ke daerah berkenaan.

“Kuala Langat kini semakin menjadi tumpuan orang luar kerana pertumbuhan ekonominya sekali gus menambahkan jumlah pengguna jalan raya.

“Laluan ini juga digunakan kenderaan berat apabila menjadi pintu masuk utama untuk ke kawasan perindustrian di sini,” katanya ketika tinjauan khas bersama Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop di laluan berkenaan semalam.

Ungku Salleh berkata, naik taraf jalan itu perlu disegerakan kerana jalan dua lorong sehala tidak dapat menampung aliran trafik khasnya kenderaan berat.

“Banyak bahagian jalan beralun apabila melaluinya kita bagaikan berada di atas kapal lautan.

“Malah, bahagian jalan yang mempunyai selekoh tajam turut mengundang kemalangan maut sehingga memerlukan tindakan penyelenggaraan segera,” katanya.

Laluan utama kenderaan berat

Sementara itu, Zurihan berkata, kawasan berkenaan kerap berlakunya kemalangan sehingga membawa kepada kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika laluan kepada empat lorong dibina akan membantu melancarkan lalu lintas.

“Penduduk Kuala Langat tiada jalan lain selain melalui laluan ini sekiranya mahu ke KLIA, tetapi sekiranya laluan sempit dan sesak dengan kenderaan berat memberi masalah kepada penduduk.

“Bayangkan semua jenis kenderaan berat melalui kawasan ini termasuklah treler dan lori hantu setiap hari, bagaimana rupa permukaan jalan tersebut?,” katanya.

Zurihan berkata, penduduk beberapa kampung seperti Sungai Manggis, Olak Lempit, Bukit Changgang dan Dengkil juga terdedah dengan risiko kemalangan maut.

Kesesakan dua jam

PEN IAGA, Asiah Musa, 55, berkata, laluan itu akan mengalami kesesakan kritikal jika berlaku kemalangan . Katanya, jika berlaku kemalangan laluan berkenaan akan mengalami kesesakan hingga ada masa mengambil masa dua jam.

“Jika tidak pengguna terpaksa bergerak perlahan akibat laluan hanya dua lorong dan tiada laluan alternatif lain selain menggunakan laluan kampung yang jauh.

“Sebagai penduduk tempat, pihak berwajib perlu mengambil kira jumlah pengguna melalui kawasan ini selain memberi keselesaan kepada peniaga dan penduduk yang berada berhampiran jalan,” katanya.

Pekerja kilang, Hairul Nizam Kamarul, 30, berkata, penunggang motosikal terpaksa bergadai nyawa apabila berada sebelah kenderaan berat.

“Jika tidak pemandu kenderaan berat akan melanggar tanpa menghiraukan laluan berkenaan selain dilihat seperti maharajalela menggunakan laluan tersebut.

“Pihak bertanggungjawab perlu memantau pergerakan kenderaan berat kerana mereka ini sebenarnya menyebabkan kemalangan berlaku akibat tidak menghiraukan pengguna yang lain,” katanya.

Polis catat 114 kes kemalangan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, pihaknya menerima 114 kes kemalangan Januari hingga Mei lalu di laluan berkenaan.

Katanya, pihaknya sering mengadakan rondaan mengurangkan kadar kemalangan di kawasan tersebut.

“Selain itu, sekatan jalan raya turut diadakan di laluan tersebut bagi mengenal pasti kesalahan dilakukan pemandu sepanjang melalui kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan terutama apabila melalui kawasan ini kerana keadaannya yang sempit dan gelap',katanya.

amukanmelayu - sering jumpa JKR buat kajian "KENDERAAN" di sebelah Surau Al-Bajuri, dah bertahun-tahun.....jalan tak juga di lebarkan.....JKR- Jasa Kepada Rakyat atau Jaki Kepada Rakyat....