Mulanya Di Sini
DAP vs LIDAH BIAWAK
Wajib Sokong DAP, HARAM SOKONG UMNO Sehingga Kiamat - Hadi Awang
Wednesday, August 8, 2012
|
DAP
ulangi syarat kerjasama dengan PAS, Gugur niat bentuk negara Islam -
Karpal Singh. Pening Hadi Awang dan Nik Aziz dengan sikap konsisten
Karpal Singh sejak dari 7 Mei 1990.
Berbolak balik, tidak konsisten dan 'mentality block' adalah ungkapan terbaik bagi pemimpim-pemimpin 'yang sakit' di dalam PAS sebenarnya.
PAS semakin hari semakin tidak relevan untuk umat Islam.
Apa yang diperkatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Muhammad Daud sudah cukup menunjukkan tiga ciri utama di atas.
Berbolak balik, tidak konsisten dan 'mentality block' ...
PAS
Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang
Islam pada dasarnya namun dibolehkan untuk menjatuhkan kerajaan BN yang
diterajui UMNO.
Hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.
Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam dan hukum hudud.
Kalau
tidak undi DAP kita tidak boleh menang jadi kita memerlukan satu
gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN - Utusan Malaysia, 8 Ogos 2012
Sebelum GWM melangkau lebih jauh, mungkin
ada baiknya Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan ini merenung kembali apa
yang telah ditutur dan terkeluar dari mulutnya pada bulan Disember 2008.
Manusia
memang dilahirkan dengan sifat pelupa. Ini adalah contoh apa yang
dikatakan sebagai 'manusia-manusia sakit' dalam PAS ...Berbolak balik,
tidak konsisten dan 'mentality block'.
GWM tidak pasti sama Datuk Muhammad Daud akan menyanggah apa yang telah beliau perkatakan pada 4 tahun yang lalu.
Atau
sememangnya itu adalah habitat semulajadi 'manusia-manusia sakit' dalam
PAS? Maka tidak hairanlah jika beliau mampu mengeluarkan pendapat
'manusia-manusia sakit' ini pada bulan Ogos 2012.
Hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu - Utusan Malaysia, 8 Ogos 2012.
Mampukah
Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan ini menyanggah, mengutuk, mengecam malah
meletakkan pemimpin-pemimpan tertinggi PAS dibawah ini sebagai golongan
sekular sekaligus sebagai golongan yang menolak menolak perjuangan
Islam dan hukum hudud?
Ini adalah kenyataan rasmi yang terkeluar dan tersembul dari mulut Presiden dan Mursidul Am PAS.
Sanggupkah Datuk Muhammad Daud menempelak dan mengecam 'manusia-manusia sakit' ini dalam PAS?
Sanggupkah beliau memerangi 'manusia-manusia sakit' ini sebagai golongan yang menolak menolak perjuangan Islam dan hukum hudud?
Ini yang GWM katakan sebagai Berbolak balik, tidak konsisten dan 'mentality block'.
Bagaimana pula dengan kenyataan rasmi dari rakan parti PKR ini ...
KUALA
LUMPUR: Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat telah memilih untuk
menyebelahi Pengerusi DAP Karpal Singh dalam menolak aspirasi hudud Pas.
Ketuanya,
Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam memberi amaran kepada rakan
sejawatannya dari Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, bahawa dia telah membuka
kotak Pandora, di komen beliau baru-baru ini mengenai pelaksanaan
hudud, yang telah menimbulkan kemarahan Karpal dan ahli DAP yang lain.
Beliau
berkata ia adalah tidak wajar untuk Nasrudin membangkitkan isu yang
sekian lama wujud kerana beliau mendakwa bahawa pendirian pakatan antara
PKR, DAP dan PAS pada undang-undang jenayah Islam adalah jelas.
"Saya
ingin menasihatkan Nasrudin supaya merujuk persetujuan kita akhir tahun
lalu bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan
Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua pihak. - New Straits Times, 25 Julai 2012.
GWM
cukup yakin Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Muhammad Daud mampu
mengeluarkan satu lagi fatwa mahupun pendapat paling kukuh.
Namun beranikah beliau berkata ... PKR juga menolak perjuangan Islam dan hukum hudud, sama seperti BN dan UMNO. Atau beliau juga turut sama menjadi 'manusia-manusia sakit' dalam PAS.
Sekali lagi GWM dedahkan penyakit rasmi paling kronik dalam PAS ... Berbolak balik, tidak konsisten dan 'mentality block'.
PAS sebenarnya sudah menoktahkan mengapa parti itu layak bergelar parti picisan dalam pakatan pembangkang.
Hari ini juga sudah menoktahkan PAS tidak lebih dari sebuah parti alat dan keldai tunggangan bagi DAP dan PKR.
Apa sebenarnya prinsip dan perjuangan PAS ...
Sudah semakin terlerai apa yang tersirat disebalik kegilaan ini ... Semakin ramai 'manusia yang sakit' di dalam PAS sebenarnya.
MELAYU BECAKAP, DAP GOYANG KAKI
Walaupun sudah dua kali didapati bersalah oleh
mahkamah kerana menyiarkan laporan-laporan yang berunsur fitnah terhadap ketua
menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, akhbar
Utusan Malaysia tampaknya masih tidak serik.
Dengan tajuk
sensasi, "Haram sokong DAP" pada muka hadapan serta laporan susulan di muka
surat dalaman, Utusan Malaysia telah menyiarkan beberapa tuduhan liar
seperti yang dipetik di bawah:
Adalah haram dan berdosa untuk umat
Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam
serta pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata, agenda perjuangan
DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan
sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam
dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan
negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu
sama rata..."
(Dipetik daripada "Haram, berdosa undi DAP",
mukas urat 5, Utusan Malaysia 8 Ogos 2012.)
Adalah jelas di sini
bahawa laporan tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menabur fitnah dan
implikasi bahawa:
- DAP merupakan parti yang haram.
- DAP tidak menerima Perlembagaan Persekutuan.
- DAP merupakan parti kafir harbi.
Tuduhan bawa implikasi DAP kafir
harbi
Umum mengetahui bahawa DAP merupakan sebuah parti
pelbagai bangsa yang sah atau "halal" dari segi undang-undang.
Perjuangan DAP pula berteraskan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan,
kebenaran, kesaksamaan dan demokrasi, sepertimana yang diperjuangkan parti-parti
rakan dalam Pakatan Rakyat yakni PAS dan PKR.
Selama 46 tahun sejarahnya,
tidak sesekali pun DAP diharamkan atau dibatalkan pendaftarannya. Tambahan juga,
sekian lama ini DAP telah berjuang di bawah kerangka kenegaraan Malaysia sebagai
sebuah demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem Raja
Berperlembagaan.
Prinsip perjuangan DAP bukan sahaja terpahat dalam
perlembagaan parti, tetapi juga diulangi dalam Deklarasi Shah Alam, iaitu suatu
ketetapan yang telah dipersetujui dalam persidangan kebangsaan parti awal tahun
ini.
Antara lainnya, wakil-wakil kebangsaan DAP telah menegaskan
"komitmen untuk mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua
negara.
DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia
sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat
merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963."
Oleh itu, dakwaan bahawa DAP
merupakan sebuah parti haram yang menolak Perlembagaan Persekutuan itu jelas
merupakan fitnah dan tohmah semata-mata.
Laporan Utusan Malaysia
tersebut juga membawa implikasi bahawa DAP adalah parti kafir harbi, hatta
menjadi musuh yang ingin memerangi Islam.
Tidak musuhi mana-mana agama
Ini merupakan
satu tuduhan yang sangat berbahaya dan jelas dilakukan dengan niat untuk
mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama.
Apakah asas untuk tuduhan
sedemikian memandangkan DAP tidak pernah memusuhi mana-mana agama?
Malah, DAP jelas mendukung agama Islam sebagai agama Persekutuan dan
pada masa yang sama ingin memelihara kebebasan rakyat untuk mengamalkan
agama-agama lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan.
Justeru, tuduhan sedemikian tidak mempunyai asas langsung serta berunsur
hasutan.
Untuk mengelak daripada sebarang kekeliruan dan ancaman yang
mungkin timbul akibat tuduhan-tuduhan palsu yang tidak bertanggungjawab oleh
Utusan Malaysia, saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat
Daerah, Jalan Patani, Pulau Pinang pagi tadi.
Walaupun kecewa dengan
tindakan lidah rasmi Umno, khususnya dalam bulan Ramahan yang mulia ini, saya
pasti bahawa rakyat Malaysia tidak senang termakan dengan umpan hasutan yang
cuba dimainkan oleh Utusan Malaysia.
Lagipun, suratkhabar milik
Umno ini sudah pun beberapa kali dibuktikan memfitnah oleh mahkamah.
ZAIRIL KHIR JOHARI setiausaha politik kepada setiausaha agung
DAP
amukanmelayu - sebenarnya BIAWAK yang tak sukakan HUDUD.....sebab ianya modal Pilihan Raya......................