TEMASEK - Bumi di pijak milik orang
Kesamarataan Hak di Singapura Hanya Satu Nyanyian Pilu Buat Islamelayu
Allahyarham
Pak Zubir Said, pencipta lagu rasmi 'Majulah Singapura'. Pada tahun
90-an, terdapat desakan agar lirik lagu ini diubah daripada Bahasa
Melayu ke bahasa rasmi yang lain
IbnuRusydi--Tanggal
9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di
Singapura. Pada tarikh tersebut 47 tahun dahulu, Republik tersebut
telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan
sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu
hanya berusia 2 tahun. Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum
Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa
sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam
Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta
sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.
Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia
adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP)
Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya
politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada
Barisan Sosialis. Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai
Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA
selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita
yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia,
terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia
yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik
kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak
istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa
rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum
yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah
menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya
bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan
tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah
Singapura diterima menyertai Malaysia.
Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee
telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak
istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang
sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di
nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf
dengan kaum-kaum imigran lain. Di dalam buku Tunku berjudul ‘Looking
Back’, Tunku telah memetik beberapa kenyataan dan ucapan Lee yang jelas
anti-Melayu. Antaranya ialah ‘tiada satu pun antara tiga kaum utama
–Cina, Melayu dan India, yang berhak menuntut adalah lebih pribumi
kepada Malaysia berbanding yang lain, kerana menurutnya, semua nenek
moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih daripada 1000 tahun’. Ikrar
dan janji-janji inilah yang telah dimungkiri oleh Lee yang disifatkan
oleh almarhum Tunku sebagai “orang yang tidak boleh dipercayai” dan
kemudiannya mengambil keputusan muktamad untuk menyingkirkan Singapura
demi menyelamatkan keutuhan Persekutuan Malaysia daripada terjebak ke
dalam konflik perkauman.
Selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia, peluang kini terbentang
luas kepada para pemimpin PAP Singapura untuk membuktikan dan
mengimplementasikan dasar ‘Singaporean Singapore’ kepada rakyat mereka
berdasarkan falsafah keadilan dan hak sama rata kepada semua terutamanya
kepada kaum minoriti sebagaimana yang diperjuangkan semasa mereka
masih menyertai Malaysia. Tetapi adakah perkara tersebut benar-benar
berlaku? Realitinya setelah mendapat kuasa, Pemerintah Singapura telah
menjilat kembali ludah mereka dan secara konsisten menindas hak kaum
minoriti Melayu yang juga merupakan pribumi asal Pulau Singapura.
Beberapa contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut :
1) Ketenteraan :
Masyarakat Melayu Singapura selama hampir 20 tahun secara sengaja
telah disisihkan daripada menjalani latihan wajib Khidmat Negara yang
bertujuan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada belia negara
tersebut. Pada awal tahun 1970-an, apabila angkatan tentera British
berundur dari Singapura, ramai bekas pekerja Melayu yang berkhidmat
dengan angkatan tentera British sukar untuk diterima bekerja di dalam
Angkatan Tentera Singapura (SAF). Bagi orang Melayu yang dibenarkan
menyertai SAF, menjadi satu rahsia yang diketahui umum bahawa mereka
dinafikan hak daripada menyertai ‘Unit Sensitif’ di dalam SAF walaupun
mereka memiliki kelayakan tinggi. Malahan Lee Hsien Loong, Perdana
Menteri Singapura pada hari ini, di dalam akhbar Straits Times
bertarikh 20 Julai 1987 telah mengesahkan bahawa jawatan tertentu di
dalam SAF telah ditutup kepada orang Melayu atas alasan ‘keselamatan
negara’ kerana kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa diragui oleh
Pemerintah Singapura.
Seorang tentera Singapura secara terbuka menyokong Israel di Facebook-nya
2) Kerjaya : Golongan
berpendidikan tinggi dan profesional dari etnik minoriti sukar
mendapatkan kerja berjawatan tinggi dan kenaikan pangkat walaupun
mempunyai kelayakan akademik. Kesukaran yang dihadapi oleh profesional
Melayu di Singapura terutamanya ketika mencari kerja di firma Cina
tempatan menjadi punca ramai diantara mereka lebih memilih untuk
bekerja di dalam syarikat Multinasional Barat. Kajian yang dibuat oleh
Dr. Lily Zubaidah Ibrahim telah mendedahkan ramai profesional dari
kumpulan minoriti mula mempersoalkan dengan serius tentang apa
sebenarnya yang diamalkan dalam konsep berbilang kaum dan meritokrasi
yang ideal dalam bidang pekerjaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh
Pemerintah Singapura.
3) Pendidikan :
Sebagaimana kuota penduduk etnik di kawasan perumahan, pelajar Melayu
di setiap sekolah sejak tahun 1988 dicadangkan supaya tidak melebihi
25% daripada bilangan pelajar kaum lain bertujuan untuk mengurangkan
bilangan pelajar Melayu di sekolah tertentu atas alasan menghina iaitu
untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah walaupun tida
kajian ilmiah yang terperinci dibuat untuk mewajarkan pelaksanaan dasar
kuota tersebut.
Seorang
ahli PAP, Jason Neo, memuat naik gambar kanak-kanak tadika
Melayu-Islam di Facebook-nya dengan ayat "Bus filled with young
terorist trainees"
4) Politik : Walaupun
hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan
merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat
Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8%
sahaja pada tahun 1991. Pernah dalam satu masa iaitu dari Bulan
Disember 1980 hingga Januari 1985, tidak ada seorang pun Melayu
dilantik sebagai Menteri Kabinet, hanya ada seorang Melayu iaitu Dr.
Mattar berkhidmat itu pun hanya sebagai pemangku Menteri. Menjelang
tahun 1990-an, hanya ada seorang wakil Melayu yang dilantik sebagai
Menteri Kabinet Singapura. Sebagaimana di dalam tentera, Menteri
Kabinet Melayu juga disisihkan daripada memegang portfolio penting
disebalik alasan menghina kononnya mereka kurang berkelayakan. Walaupun
Kabinet Singapura mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri,
jawatan tersebut hanya diisi oleh kaum Cina dan India sahaja dan tidak
pernah diisi oleh kaum Melayu. (Bayangkan tuntutan Ultra-Kiasu yang
mahukan negara kita mempunyai dua jawatan TPM. Siapakah yang mereka
mahukan untuk mengisi jawatan TPM-2 itu?).
Di sebalik semua penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh
Pemerintah PAP Singapura terhadap masyarakat Melayu tempatan disebabkan
tanggapan negatif mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap negara,
kajian yang dibuat oleh Chew Sock Foon (1987) telah membuktikan
sebaliknya iaitu orang Melayu Singapura yang juga Bumiputera di pulau
tersebut adalah masyarakat yang paling patriotik jika dibandingkan
dengan kaum-kaum lain di Singapura. Hasil kajiannya di dalam “Ethnicity
and Nationality in Singapore” terbitan Centre for International
Studies, Ohio University, mendapati orang Melayu mempunyai tahap jati
diri kebangsaan tertinggi (86-98%) berbanding India (85-90%) dan Cina
(69-95%), sementara orang Melayu Singapura yang berbangga menjadi rakyat
Singapura adalah pada tahap 69-95%, berbanding dengan 54-74% bagi
masyarakat Cina.
Fandi Ahmad, pemain lagenda Bola sepak Singapura menjulang Piala Malaysia pada tahun 1994
Apa yang menyedihkan, di negara kita pada hari ini, laungan
kesamarataan hak kembali didendangkan oleh para chauvinist yang
berselindung di sebalik topeng perjuangan hak asasi manusia. Maka
timbullah slogan-slogan dan ideologi seperti ‘Malaysian First, Malay
Second’, ‘Middle Malaysia’, ‘Saya Anak Bangsa Malaysia’ dan sebagainya
yang kononnya mempelopori gerakan supaya diutamakan kepentingan
nasional sementara hak Bumiputera dan Islam perlu diletakkan pada
tangga kedua. Anehnya, apabila timbul isu yang menyentuh kepentingan
kaum mereka seperti cadangan pengwujudan satu sistem sekolah tunggal
bagi menggantikan Sekolah Jenis Kebangsaan, mereka bermatian-matian
pula mempertahankan apa yang dipanggil hak kaum mereka dan keperluan
untuk menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia.
Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis. Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu. ‘Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk’, mungkin itulah yang ada difikiran para pelakon Melayu ini.
Maka tanpa ada rasa bersalah, para pelakon Melayu-Islam ini bersungguh-sungguh membantu mempromosikan filem terbaru apek Rasis tersebut agar orang Melayu menyedekahkan duit demi menjayakan filem tersebut dan menyuruh orang Melayu-Islam supaya berbondong-bondong untuk membuang masa dengan menonton filem tersebut yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini. Maka janganlah ditangisi sekiranya apa yang telah berlaku di Singapura 47 tahun dahulu berulang semula di negara kita.
Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis. Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu. ‘Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk’, mungkin itulah yang ada difikiran para pelakon Melayu ini.
Maka tanpa ada rasa bersalah, para pelakon Melayu-Islam ini bersungguh-sungguh membantu mempromosikan filem terbaru apek Rasis tersebut agar orang Melayu menyedekahkan duit demi menjayakan filem tersebut dan menyuruh orang Melayu-Islam supaya berbondong-bondong untuk membuang masa dengan menonton filem tersebut yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini. Maka janganlah ditangisi sekiranya apa yang telah berlaku di Singapura 47 tahun dahulu berulang semula di negara kita.
rujuk siri artikel Pisau sebelum iniDAP Anti Umno,Rahsia Di Sebalik Kempen "Asal Bukan Umno" :klik siniDAP Anti Umno:Rahsia Di Sebalik Kempen "Asal Bukan Umno" Pt2 Klik sini
Rahsia Terbongkar ! Agenda DAP PAP Penyatuan Malaysia Singapura::Klik siniMalaysia dikuasai oleh DAP dan PAP. Melayu & Bumiputra Majoriti menjadi minoriti.Raja Melayu di Singkirkan .Lahirnya sebuah negara Republik Bersatu Rakyat Malaysia :KLIK SINI
amukanmelayu kata - kafirun WAJIB di NYAHkan dari NUSANTARA.......