Adoiiiiiiii Sakitnya....
Bercita2 dan berazam utk laksanakan hudud tu benar!! tapi yg salahnya ialah kerana azam dan cita2 laksanakan hudud tu telah terbitkan perasaan benci dan iri hati sesama ummat Islam dan ini bukanlah kehendak Allah swt dan RasulNya.
Kita sepatutnya berusaha menyatu-padukan ummat Islam dan ngan penyatuan ini, ianya bukan saja mampu laksanakan hudud dan sekelian perintah2 Allah swt di Malaysia malah seluruh dunia.
Jika zaman Rasulullah saw yg hanya mempunyai ummat Islam seramai 124,000 saja dari 1 bandar yg kecil, bukan saja telah sebarkan islam keseluruh semenanjung Arab malah telah kuasai 2/3 dunia.
Usaha jerit2 sana sini, bertekak sana sini kononnya nak laksanakan hudud, salahkan orang sana dan sini..menerakakan dan mengkapirkan orang sana dan sini..sesapa yg beritahu ianya susah nak dilaksanakan atas sebab peraturan yg sedia ada maka orang tersebut dikatakan penentang Allah swt dan RasulNya..Ini bukanlah usaha yg diwariskan oleh nabi saw dan para sahabat ra serta para ulamak yg muktabar.
Usaha menuding jari pun bukan usaha yg betul..usaha yg betul ialah muhasabah atas diri apa sebab dan apa yg perlu saya lakukan agar wujudnya penyatuan dikalangan ummat Islam dan ngan penyatuan ini mampu mendapat bantuan dari Allah swt dalam mewujudkan dan menyempurnakan perintah2 Allah swt dan hukum2Nya.
PAS kena buktikan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. PAS kena buktikan bahwa mereka mampu.
Takkan Allah swt tak mahu bantu hamba2Nya yg ikhlas berjuang?
Muhasabahlah diri..semada ikhlas berjuang utk menegakkan hukum2 Allah swt atau atas sebab2 duniawi yg Allah swt sendiri membencinya.
Ada orang berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga semata2..ada orang semayang malam tapi hanya dapat ngantuk dan letih..dan kita khuatir perjuangan yg kita lakukan kerana hendak tegakkan hukum2 Allah swt ni hanya mendapat laknat dan murka Allah swt semata2...kerana khuatir kita telah jaja namaNya, AlQuranNya, RasulNya, AgamaNya semata2 mencari keuntungan duniawi.
Semoga Ramadhan ni dapat bantu kita lakukan perkara yg betul ngan cara dan pemikiran yg betul.
Bayangkan jika ada orang berpendapat, jika ada seseorang spt Umar ra maka Islam akan kembali menguasai dunia. Kita ada juta ummat Islam di Malaysia ini, so anggaplah ini satu cabaran yakni bagaimana nak hasilkan dan lahirkan seorang Umar ra dari jutaan orang Islam ini.
Tapi jgn lah rasa dah berjaya ngan seorang kapir yg nyatakan keinginan utk jadi Umar Abd Aziz rah tapi masih mahu kekal sebagai kapir.- di petik dari aa