,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 15 August 2012

USTAZ NASHA - KERIER POLITIKNYA MATI DI TANGAN PARASIT DALAM PAS....



Ahli Parlimen Bachok patut dipecat dari Pas 

 

 Kerana Gambar Ini.....Ustaz Nasha di "PELUPUH" setengah mati

Tiba tiba ahli Parlimen Bacok Ust Nasarudin Mat Isa  hentam dan sindir partinya sendiri. Buletin Utama semalam telah menyiarkan  ulasan dari YB  Bacok mengenai isu hudud dan beliau dengan jelas mengkritik dasar Pas yang bersekongkol dengan Dap dalam isu hudud. Beliau mahukan Pas keluar dari gabungan Pakatan Rakyat kerana dengan jelas Dap tak sokong Hudud kata nya .

Diam diam tetapi berisi inilah watak Nasarudin Mat Isa berbanding dengan Hasan Jati yang terang dan agresif menyerang dan hentam Pas . Selama ini beliau mengambil sikap berdiam diri, tetapi hari ini watak ahli Parlimen Bacok ini terserlah dengan terang dan jelas beliau telah menyakiti hati ahli dan pemimpin Pas.
Aku dah lama meluat dengan Nasa  yang  tergila gila dengan projek kerajaan perpaduan dengan Umno [gang UG], hari ini kebanyakan  FB dan blog  keluar gambar Nasarudin bersama  PM melawat  keluar negara  membuatkan  aku bertambah meluat manusia ini. Dengan tersiar gambar serta komen beliau mempertikai dasar Pas  maka mimpi beliau ingin bersama dengan umno semakin tercapai.
Aku menyokong kenyataan dari Dewan Pemuda Pas Kelantan agar Nasarudin menjelas pendirian beliau sama ada mahu bersama Pas atau sebaliknya.Sepatutnya Ust Nasa tak layak berada dalam jemaah Pas lagi,  Sepatutnya bukan parti  Pas yang kena keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya beliau [Nasarudin Mat Isa] yang patut keluar dari jemaah Pas itu yang sebenarnya bagi pendapat aku.
Menurut sumber tak rasmi beliau akan mengumumkan keluar parti dan akan menyertai Umno dalam masa terdekat.Jika benar beliau akan menyertai umno maka cita cita beliau yang  inginkan kerajaan perpaduan bersama umno akan tercapai tetapi bukan bersama Parti Pas sebaliknya untuk dirinya sendiri.
Pi mampuih la lu Osatad Nasa ....

Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.


"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.



Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.



Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.



"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini. 



"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya. 



Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. 



"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.



Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.
Dalam kita sibuk sibuk berbicara hal ahli MP BN lompat parti di Malaysia Timur
Hasan Jati disingkir dari keahlian parti dan terus bergerak aktif menyerang kepimpinan parti Pas dan Pakatan Rakyat , tetapi Osatad ini memgambil pendekatan yang berbeza dari Hasan Jati@Hasan Aqidah ,beliau mengambil pendekatan berdiam atau low frofile . [Harakah daily]
Apalah ada pada kita untuk memaki hamun pada Ustaz Nasha ini. Pada perkiraan amukanmelayu, Ustaz Nasha amat memahami dan faham tentang TASAMUH.

Allah berfirman di dalam surah Al-Maidah, ayat 2:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

BATAS TASAMUH

Terdapat dua jenis tasamuh dalam Islam. Pertama bertasamuh di kalangan umat Islam yang mewajibkan setiap ummahnya saling tolong-menolong dan nasihat menasihati demi menegakkan syariat Allah. Kedua, sikap tasamuh terhadap bukan Islam yang mempunyai hak sebagai warganegara di dalam sesebuah negara Islam. Bukan Islam(Kafirun) diwajibkan menjadi warganegara yang baik, saling membantu membangunkan negara dan menghadapi musuh bersama, tidak menimbulkan kekacauan dalam masyarakat selain menghormati hak-hak umat Islam sebagai kaum majoriti. Inilah yang diistilah oleh Rasulullah s.a.w sebagai kafir Dzimmi, kafir Mu’ahad atau kafir Musta’man iaitu kaum-kaum bukan Islam yang sanggup menerima kepimpinan dan dasar-dasar Islam. Sebagai balasan, pemimpin Islam wajib memberi perlindungan dan bersikap toleransi terhadap mereka.

Berbanding dengan sikap KAFIR HARBI(Kafirun Cina/India) yang sebahagian darinya mereka yang sentiasa engkar lagi memusuhi umat Islam samada secara terang atau sembunyi. Mereka sering melaungkan keadilan dan kesamarataan kononnya telah tertindas. Hakikatnya mereka sentiasa mengambil kesempatan di atas pepecahan umat Islam untuk mengaut segala kekayaan negara dan peluang yang ada sedikit demi sedikit, namun dalam masa sama cuba meruntuhkan teras-teras bangsa Islamelayu di negara ini. Mereka mendakwa kononnya puak merekalah paling banyak membayar pelbagai cukai kepada negara ini, lantas dengan sikap biadap berani menuntut pelbagai keistimewaan yang boleh merugikan masa depan majoriti umat Islam di negara ini. Namun mereka lupa umat Islam juga paling banyak membayar cukai kepada negara ini termasuklah pelbagai zakat, fitrah, sedekah, infaq dan wakaf sejak sekian lama. Bahkan perbelanjaan umat Islam jugalah yang memakmurkan mereka. Maka amat wajarlah kerajaan Islam mendahului dan memelihara kepentingan umat Islam di negara ini.
amukanmelayu - adakah ayat 2 surah Al-Maidah yang di turunkan seperti dia tas sudah tidak terpakai lagi pada umat Islamelayu Malaysia?