Asal-usul Nama Terengganu dan Batu Bersurat
Ini sejarah kita.......
Asal
nama Terengganu tidak diketahui dengan jelas. Teori yang menyatakan
bahawa asal-usul nama Terengganu diambil dari perkataan ‘Taring Anu’
sebagaimana yang telah diberitahu oleh Almarhum Sultan Omar (Marhum
Baginda) tidak begitu kuat kerana jarak masa di antara zaman
pemerintahan Sultan Omar dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu terlalu
jauh iaitu sekitar 536 tahun sehingga 573 tahun.
Tarikh
yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah pada 1303 Masehi
sementara Sultan Omar pula hanya berkuasa pada tahun 1839-1876 masehi.
Teori ini juga ditolak berdasarkan sejarah permulaan kesultanan
Terengganu yang hanya bermula pada tahun 1708 Masehi iaitu setelah
pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Kuala Berang. Sedangkan Batu
Bersurat Terengganu ini dipahat pada zaman pemerintahan Telanai
Terengganu (Raja Mandalika).
Selain
itu, dikatakan ianya berasal dari perkataan ‘Taring Anu’ mengambil
sempena dialog sekumpulan rombongan dari Pahang yang datang memburu di
sungai Terengganu Mati sedangkan Pahang masih belum ada lagi pada waktu
itu.
Batu
bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira pada
tahun 1887 itu menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu
ialah"Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh
1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".
Manakala
pada masa sekarang Terengganu dieja sebagai ‘Terenjanu’. Maka di antara
nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO. Semasa
pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1839-1876) ada dikatakan
Terengganu menggunakan gelaran "Darus-Salam".
Kepentingan Batu Bersurat.
1)
Orang Terengganu tidak terlibat dengan kerajaan Langkasuka yang
dikatakan dipengaruhi campuran Melayu-Siam atau Mon-Khmer kerana Batu
Bersurat Terengganu dipahat dalam bahasa dan tatacara penulisan Melayu
Terengganu dan tiada langsung unsur-unsur perkataan Siam di dalamnya.
Dengan ini ianya menolak andaian bahawa orang Terengganu berasal dari
Langkasuka ataupun Patani.
2)
Telah wujud sistem pemerintahan yang sistematik dengan pemerintahnya
mengguna-pakai gelaran Telanai. Sultan Muhammad Syah iaitu sultan Pahang
pernah menghantar Seri Akar Raja untuk membunuh Telanai Terengganu
setelah baginda mengetahui Telanai telah bertemu dengan Sultan Alauddin
Shah, sultan Melaka bagi meminta bantuan daripada baginda.
3)
Tidak wujud perkampungan masyarakat Siam di Terengganu kecuali di Besut
yang mana mereka ini kebanyakkannya berasal dari pelarian perang di
waktu berlakunya peperangan diantara Thai dengan Patani di mana
kesudahannya Patani tewas pada tahun 1786 menyebabkan sebahagian
penduduk mereka berhijrah ke Terengganu terutamanya di daerah Besut.
Pada masa itu Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Mansur Syah 1.
4) Mengesahkan bahawa Islam mula-mula bertapak di Terengganu.
5)
Orang Terengganu memang bertutur di dalam bahasa melayu dan loghat
terengganu adalah antara loghat melayu tertua yang masih ada.Setakat
ini,hanya orang terengganu yang bertutur dengan akhiran ‘e’ dan ‘ng’
secara jelas.
6) Bahasa yang digunakan pada Batu Bersurat Terengganu lebih mudah difahami berbanding Batu Bersurat Minya Tujuh Acheh.
7)
Tulisan Jawi dipercayai dicipta oleh orang Terengganu kerana setakat
ini masih belum dijumpai sebarang artifak yang mengandungi
tulisan-tulisan Jawi sepertimana yang terdapat pada Batu Bersurat
Terengganu.
8) Membuktikan bahawa sudah ada pemerintah yang telah melaksanakan Undang-Undang Islam di Terengganu.
9) Menunjukkan bahawa orang Terengganu pada waktu itu pandai menulis dan membaca.
Asal keturunan
1)
Setakat ini, kebanyakkan orang Terengganu berketurunan Champa sama
sepertimana dengan orang Patani.Tetapi lebih dipengaruhi oleh susur
galur dari era Dong-Son.
2) Ada juga diantara mereka ini berketurunan Yunnan bergantung kepada waktu kedatangan mereka ke Terengganu.
3)
Bukti yang mengaitkan Terengganu dengan Champa ialah penemuan gendang
tembaga era Dong-Son di Pantai Batu Burok,Kuala terengganu.Pelabuhan
Primula sepertimana yang disebut oleh Ptolemy mungkin merujuk kepada
Batu Burok yang ada pada hari ini.
Dong-Son
adalah suatu tempat yang terletak di dalam sebuah daerah yang bernama
Jawana yang sekarang ini terletak di utara Vietnam.Daerah ini telah
ditakluk oleh orang Han sekitar kurun ke-2 Masehi.Pada peringkat awal
peperangan pada waktu itu hanya melibatkan diantara orang Han dan Viet
tetapi kemudiannya berlarutan sehingga menjerumuskan nenek moyang bangsa
melayu ke kancah perang tersebut.
Loceng
tembaga era Dong-Son juga telah dijumpai di Kelang,Selangor.Kelang
merupakan tapak awal petempatan manusia di Selangor dan orang asal
Kelang ini mungkin berasal dari Terengganu.
4)
Orang Terengganu merupakan masyarakat maritim atau dengan kata lainnya
terlibat dengan kegiatan perdagangan,perikanan serta pelayaran.Perahu
Besar Terengganu adalah antara tinggalan warisan orang Terengganu yang
memaparkan ciri-ciri warisan kebudayaan di Tanah Besar China dan
ukiran-ukiran naga turut dilakar atau dicat pada kapal-kapal serta
perahu-perahu mereka.
Fakta
lain yang mengukuhkan kenyataan ini ialah kebanyakkan orang Terengganu
membina petempatan-petempatan di sepanjang pantai timur semenanjung
Tanah Melayu dan tidak terhad didalam negeri Terengganu yang ada
sekarang ini tetapi menjangkau ke Pahang,Johor Timur,Riau dan Lingga
serta sebahagian daripada Perak.
Di
Perak,kita boleh menemui sebuah kampung yang bernama Kampung Kuala
Terengganu. Hatta, di Bali dan Filipina juga terdapat perkampungan orang
Melayu Terengganu.
5)
Orang Kuala Berang merupakan orang Terengganu yang membina petempatan
paling jauh dari pantai dan sehingga ke hari ini mereka digelar ‘orang
hulu’ atau ‘orang darat’.Walau bagaimanapun, kuala Berang adalah pusat
pemerintahan terawal bagi orang melayu Terengganu sebelum pusat
pemerintahan kesultanan Terengganu dipindahkan ke Kuala Terengganu.
6) Orang Terengganu setakat ini belum pernah mendirikan sebuah empayar yang besar.
Ketenteraan
1)
Dianggarkan bahawa setiap ketumbukan angkatan tentera Terengganu
berkekuatan sekitar 4000 orang berdasarkan kepada bilangan tentera
dibawah pimpinan Panglima Megat Panji Alam dalam kempen menawan Melaka
akibat daripada tindakan Laksamana Hang Tuah melarikan Tun Teja ke
Melaka.( Teja adalah perkataan yang berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan
yang digunakan oleh orang Terengganu untuk dibuat ubat-ubatan)
2)
Selain itu, semasa kempen menyerang Besut,sekitar 8000 tentera telah
dihantar ke Besut oleh Sultan Terengganu untuk menghapuskan
pemberontakan disana dan ianya mungkin melibatkan 2 ketumbukan tentera
yang menyerang dari arah laut.
3)
Peperangan dengan Kelantan tidak dapat dipastikan dengan jelas jumlah
tentera yang telah digunakan. Begitu juga semasa menghadapi
pemberontakan di Kemaman.
Terengganu Sebagai Pusat Perdagangan
Pada
abad ke-18 dan ke-19, Kuala Terengganu telah menjadi pusat perdagangan
antarabangsa. Hal ini dijelaskan beberapa orang Eropah yang pernah
melawat Terengganu, antaranya pada tahun 1719, Alexander Hamilton
seorang Inggeris telah melaporkan keadaan Kuala Terengganu. Kata beliau
penduduk Kuala Terengganu sebahagiannya terdiri dari orang China yang
berdagang dengan Wankang atau Jong. Selain daripada itu terdapat kapal
dari Siam, Kemboja dan Sambas. Pengeluaran negeri ini ialah lada hitam
dan emas yang di ekspot ke China.Medhurst, seorang Mubaligh Kristian
melaporkan keadaan negeri Terengganu semasa lawatan beliau pada tahun
1828, menyatakan terdapat banyak perahu-perahu kecil dipunyai orang
Melayu, dua buah Jong Siam dan Perahu Besar kepunyaan Terengganu yang
sedang bersiap untuk ke Singapura.Earl mengesahkan, menangkap ikan
adalah suatu pekerjaan penting di Terengganu. Ikan yang dikeringkan akan
ditukar dengan penduduk pendalaman seperti debu-debu emas dan lada
hitam. Barang ini menjadi barang pertukaran dengan pedagang asing.Barang
yang diperlukan ialah beras, tembakau, kapas dan barangan lain.Hugh
Clifford pada tahun 1895 melaporkan kemahiran pengeluaran orang-orang
Terengganu. Barang-barang utama pengeluaran Terengganu ialah
sutera,kain-kain, alat-alat senjata seperti pisau, badik, pedang, keris,
barang-barang logam dan ukiran kayu. Orang-orang Melayu Terengganu
adalah pembuat bot yang pakar.Masyarakat Terengganu telah menjalankan
perdagangan antarabangsa menggunakan perahu besar membawa barangan
seperti barangan tembaga, kain dan rotan dari Terengganu menuju negeri
Indo-China dan Indonesia.
Kebenaran
FO-LO-AN (Kuala Berang) sebagai sebuah pusat perdagangan di Abad ke
12,berkemungkinan ada kaitannya dengan sebuah kapal yang telah tersadai.
Kapal ini telah menjadi batu dan bentuknya dapat dilihat seperti
bunyikan, kemudi dan bahagian dalamnya. Kapal tersebut terletak di atas
sebuah anak bukit tidak jauh dari sebuah anak sungai di Kampung Gerdong,
kira-kira 40 km dari Bandar Kuala Berang.