Lihat - Siapa yang mengajarnya
Mat Sabu Merayu Sedih.
Oleh: HHalem.
Mohamad Sabu - Timbalan Presiden Pas
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu meminta orang ramai terutama Umno-BN supaya hentikan tuduhan insiden tunjuk bontot dan memijak gambar Perdana Menteri, yang ia adalah perbuatan parti PR.
Kata Mat Sabu, ia lebih merupakan isu moral perbuatan individu membabitkan golongan muda. Akibat terlalu mengikut emosi dan semangat di luar kawalan. Mat Sabu dipetik Sinar Harian di Majlis Rumah Terbuka Pas Negeri Sembilan di Dataran Senawang.
“Hentikanlah tuduhan terhadap PR. Malah, pelakunya juga sudah membuat pengakuan bahawa ia dilakukan atas kehendak sendiri dan tidak dipengaruhi atau dibayar mana-mana pihak.”
“Saya ingatkan BN agar tidak mengalihkan isu tersebut dengan menyalahkan pembangkang kerana kita pun tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan,”
Pandangan Mat Sabu ini agak pelik kerana kita tahu Mat Sabu jarang sekali bercakap seperti seorang yang waras, lebih-lebih lagi berpendirian seperti seorang pemimpin yang cerdik akal.
Mat Sabu sendiri sebelum ini senantiasa mengambil sikap menyalahkan Umno-BN dan kerajaan didalam apa jua peristiwa yang tidak membabitkan politik langsung.
Tetapi, apabila terkena batang hidung sendiri, beliau seolah-olah merayu seperti seorang negarawan negara yang terbilang. Mungkin beliau terkenang peritiwa membontot beliau.
Kenapa tindakan pelajar-bontot dikatakan perbuatan PR, sehinggakan Mat Sabu merayu sedih?
Pertamanya, pelajar bontot, sekarang telah dibuang oleh Kolej Cybernatics, ketika dan waktu itu berada didalam kumpulan yang kita ketahui adalah anjuran parti PR. Maka sebab itu ia dikatakan perbuatan PR.
Keduanya, sikap sedemikian iaitu rusuhan, terkinja-kinja seperti monyet, adalah ciri-ciri yang sehingga kini ditunjukan dan dihubungkaitkan dengan PR. Maka sebab itu ia dikatakan PR.
Ketiganya, adakah memijak gambar Perdana Menteri merupakan perbuatan tidak waras oleh penyokong Umno-BN-Kerajaan? Perbuatan tidak waras sehingga kini selalunya ditunjukan dan dijadikan contoh tauladan oleh Pembangkang dan mempengaruhi anak-anak muda yang belum menyertai mana-mana parti politik. Maka sebab itu ia dikatakan perbuatan pembangkang.
Keempatnya, perbuatan terkutuk itu lebih merupakan isu moral perbuatan individu membabitkan golongan muda. Akibat terlalu mengikut emosi dan semangat di luar kawalan. Ciri-ciri anti-establishment ini berkait rapat dengan ciri-ciri semulajadi pembangkang. Maka sebab itu ia dikatakan perbuatan pembangkang.
Kelimanya, dan paling mustahak ialah pelajar-bontot ini lambat laun akan dipelawa untuk sambung belajar dan memasuki UniSEL atau KUIS atau kolej tajaan pembangkang. Maka sebab itu ia akan dikatakan perbuatan pembangkang.
Keenamnya, dan terakhir ialah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Mat Sabu sehingga kini gemar membela dan mempertahankan sesuatu yang diluar norma-norma masyarakat dan membela orang-orang terlanjur. Motif pembangkang cukup jelas iaitu asalkan ia bercanggahan dan berlawanan dengan Umno-BN-Kerajaan. Maka sebab itu ia dikatakan perbuatan pembangkang.
Mat Sabu cukup simpati dengan pelajar-bontot kerana beliau juga pernah dikaitkan dengan peristiwa membontot. Maka kita cukup faham tentang sensitiviti dan rayuan Mat Sabu. Kita faham perasaan Mat Sabu apabila berbangkit bab-bab bontot ini. Artikal asal dari HHalem
amukanmelayu - sudah terlalu banyak KES yang di lakukan oleh "Pengikut PR" dan boleh di Dakwa Di Mahkamah.....apabila ada kes yang di dakwa di Mahkamah ini beerti terlibat dengan "SALAH LAKU" atau berlawanan dengan UNDANG - UNDANG Negara. Inilah yang amat di takuti Bang Mat. Sekiranya PR dapat menubuhkan Kerajaan.....anak-anak muda inilah akan menentang atau memprektikan apa yang telah PR AJARKAN kepada mereka......oleh itu, kembalilah kepada POLITIK yang WARAS.