,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday, 26 September 2012

USTAZ NASA BESAQ KEPALA



Ustaz Nasha Di Gelar Besar Kepala Dan Di Tuduh Agen Umno Hanya Kerana Mempertahankan HUDUD

by Pisau Dotnet 

Di Parlimen Ustaz Nasha telah mengundang kemarahan kelompok Anwarinas dan Lim Guan Eng,puncanya apabila Nasha yang terlepas daripada tindakan displin parti sudah berani secara terbuka menghentak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan desakan agar meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang menolak hudud demi kesepakatan barisan pembangkang.
Ustaz Nasha berpendapat bahawa kenyataan pemimpin DAP ternyata bercanggah dengan pendirian Presiden PAS dan Tok Guru Nik Aziz yang menekankan hudud adalah kewajipan dan bukanlah satu keperluan.

Pisau berasakan tindakan Ustaz Nasha kali ini mendedahkan sekali lagi kecelaruan PAS didalam perjuangan mereka sendiri.Paling menghairankan mana satu yang mereka mahukan..2 konteks yang berbeza sama ada hudud itu wajib atau keperluan.Tetapi sekarang ini hudud hanya dilihat sebagai satu keperluan apabila boleh diubah ubah prinsipnya yang mengikut kehendak politik berbanding kewajipan tuntutan agama.

Apatah lagi Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan persepakatan barisan pembangkang mendahului kewajiban hudud,kata kata ini langsung tidak disanggah oleh barisan pemimpin PAS.


Apa yang menarik apabila Pisau bertanya kepada seorang ahli Parlimen PAS yang dari kumpulan profesional(Anwarinas) katanya Ustaz Nasha dah naik tocang dan besar kepala sebab tidak diambil tindakan semasa syura baru baru ini sebab itulah beliau berani serang Guan Eng.Katanya lagi "Tak apalah,kita tunggu sampai masanya baru dia tahu langit tinggi atau rendah" dengan nada geram..


Dalam perkembangan terbaru Lim Guan Eng bertindak balas apabila menuduh Ustaz Nasha sebagai agen Umno sedangkan beliau hanya bangkit pertahankan prinsip parti. Serangan Guan Eng terhadap Ustaz Nasha sudah pasti akan mengundang kemarahan penyokong PAS pro ulama.

Jika perjuangkan kepentingan prinsip parti dan kewajipan tuntutan agama Islam dituduh sebagai musuh oleh Lim Guan Eng maknanya penyokong PAS harus sedar dimana kedudukan mereka jika masih tidak membuang prinsip perjuangan agama Islam dan hudud.


amukanmelayu - kita akan terasing walau pun dirumah Allah jika kita memperjuangkan ISLAM