Tahniah Datuk Hishamuddin
Hissham - zaman control MACHO dan berlalu, ini masa buat kerje
Jika sebelum ini, perosak negara yang melakukan onar pada ambang merdeka dan pengawal peribadi Al Jubs yang mengacukan senjata kepada rakyat boleh dilepaskan dengan jaminan polis. Diharap pelaku- pelaku ini juga dapat diberikan kelonggaran seperti mana yang diberikan kepada penyokong pakatan.
Bukanlah PM menyokong perbuatan tidak bertamadun itu, tetapi apa yang PM suarakan inisebenarnya adalah ingin menuntut agar pihak kementerian pimpinan Datuk Seri Hishamuddin berlaku lebih adil kepada semua pihak tanpa mengira ideologi yang diperjuangkan.
KUALA LIPIS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Katanya, penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.
HISSHAM - Bagaimana dengan orang ini?
"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM. "Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini. Beliau berkata, apabila siasatan kes itu selesai nanti, terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak mereka yang terlibat.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih ditahan, Hishammuddin berkata, sebahagiannya sudah dibebaskan sebelum Aidilfitri lalu. "Baki tahanan itu masih dalam pertimbangan (untuk dibebaskan) di mana mereka ini kita kena pastikan dulu benar-benar tidak lagi mengancam keselamatan negara. "Kita sudah perkenalkan akta baru bagi menggantikan ISA jadi kita kena ambil kira semua benda," katanya.
amukanmelayu - Hissham - zaman control MACHO dan berlalu, ini masa buat kerje, kalu rasa tak mampu.....serahkan pada Abg Sepupu kamu....lembeklah kamu ni.