Apa salah Tok Guru di HINA sedemikian rupa
Mungkin entri ini akan membuatkan ramai yang melompat dan marah sakan, terutama dari kalangan yang pro kerajaan. Pastinya ada yang beranggapan amukanmelayu sudah pun beralih sokongan dari tidak MEMIHAK kepada memihak mana-mana PARTI.
Penuis berterus teranglah... amukanmelayu MENYOKONG semua kepimpinan ISLAMELAYU yang BIJAK berpolitik menjadi PEMILIK kepada Tanah Pusaka ini dan bukannya PENCACAI kepada Imegran yang luar dari Nusantara. Tetapi perbuatan menghina seperti ini, penulis sama sekali tak setuju.
Kita boleh bertentang pendapat mahupun berbeza kiblat politik tetapi kita masih di bawah satu kalimah thoiyibbah meskipun ramai daripada kita sekadar tahu mengucapkan atau melafazkannya sahaja.
Kita juga boleh mengkritik atau mengecam mana-mana hasil kerja pemimpin politik yang kita rasakan sebagai menyongsang atau menyeleweng daripada amanah yang mereka lafazkan dan tuntut selama ini.
Namun apabila berlaku seperti gambar yang dipaparkan di atas, ia sebenarnya adalah sesuatu yang amat memalukan kita sebagai bangsa Islamelayu yang hidup BERUGAMA dan BERADAT. Tolonglah jangan buat sesuatu yang memualkan, bodoh dan hilang akal seperti ini. Mungkin pada mata kita ia kelihatan amat janggal dan mungkin juga kelihatan seperti gelojoh benar tetapi mungkin ada sesuatu yang tidak kita tahu atau kita pernah dengar selama ini. Hampir sebahagian pengikut SELENDANG MERAH yang bertapak kukuh di Kg. Geluk Lenggong Perak....inilah amalan mereka sebelum membasuh tangan selepas makan dan fahamilah apa yang di riwayatkan oleh PERAWI hadith.
Hadith: Dari Anas: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: “Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: “Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan” (HR. Muslim)
Melampau sangatlah bagi mana-mana orang yang menyamakan perbuatan Nik Aziz itu dengan BABI atau khinzir. Itu namanya kurang ajar atau tersangat biadap. Kalaupun tidak tahu tentang mengapa ramai orang tua atau jemaah tabligh atau dari kaum sufi mahupun tarikat yang buat perangai yang kelihatan tidak cukup moden itu, tak perlulah disamakan dengan babi atau mana-mana haiwan sekalipun.
Kita boleh menghentam Nik Aziz kerana kegagalannya selaku Menteri Besar Kelantan atau mursyidul am PAS, tetapi apabila kita gunakan benda seperti ini untuk berpropaganda, ia bukannya menambahbaik sebaliknya memperlihatkan yang kita sebenarnya TERLALULAH AMAT BAHLOL.
Berhentilah berbuat seperti ini lagi. Nik Aziz dan pemimpin PAS ada banyak kelemahan dan kepincangan lain yang boleh kita sebut, besarkan dan uar-uarkan. Tak perlu kita cuba yakinkan orang ramai yang Nik Aziz dengan babi adalah sama kerana ia tidak sahaja menghina Nik Aziz sebaliknya menghina kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan kebodohan kita sendiri. di petik dari blog Flying Kick.
amukanmelayu - inilah bahananya mengamalkan budaya POLITIK TAKSUB. kepada pengikut PAS dan UMNO, anda perlu bertanggung jawab setiap apa yang anda tulis.....ini semua akan di hitung di akhirat kelak.....jangan main ikut sedap nak tulis dan pos sahaja......